Support My Blog

Friday, May 22, 2020

CARA MENTERNAK CENGKERIK EFEKTIF

CENGKERIK (Gryllus sp) atau di Indonesia dipanggil sebagai 'Jangkrik' merupakan salah satu serangga yang sering dijadikan makanan burung, ikan dan reptilia lain. Permintaan pada cengkerik ini semakin banyak seiring dengan bertambahnya minat masyarakat untuk memelihara burung, ikan dan reptilia. Cara menternak serangga ini cukup mudah dilakukan baik untuk skala kecil mahupun besar. Apa pun sebelum itu penulis  blog anim agro technology ingin berkongsi maklumat mengenai sifat cengkerik ini. Cengkerik adalah serangga termasuk dalam keluarga Gryllidae dimana dilaporkan terdapat lebih dari 1,000 spesies cengkerik yang hidup di kawasan tropika. Di Malaysia sahaja dikatakan ada sekitar 100 spesis yang dikenalpasti daripada pelbagai jenis habitat yang berbeza. Bagaimana pun spesis yang sesuai untuk diternak secara komersil adalah dikenalpasti sebagai  Gryllus mitratus dan Gryllus testaclus. Selain itu dilaporkan dimana ada beberapa spesis cengkerik yang diternak untuk tujuan lain seperti di Jepun sebagai hobi untuk dijadikan Cengkerik Pertandingan (Fight). Cengkerik merupakan sejenis haiwan Herbivora dimana pada habitat asal ia akan memakan daun-daun muda seperti daun rumput dan tanaman. Dalam aktiviti penternakan pula cengkerik diberikan makanan seperti jenis sayuran hijau yang banyak mengandung air seperti sawi, bayam, selada, mentimun dan daun betik. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai cengkerik ini yang boleh dirujuk (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Kepada usahawan yang berminat untuk menternak cengkerik kini amat mudah melakukannya asalkan ada ilmu pengetahuan, sedikit modal, bahan makanan dan paling penting adalah ruang pemasaran. Jika ada penghasilan cengkerik akan tetapi tidak boleh dijual maka projek menternak cengkerik menjadi sia-sia belaka kerana ia bukan makanan yang kita boleh makan (kecuali di Thailand, Vietnam dan China) yang mana mereka makan cengkerik sebagai sumber protin yang digemari masyarakat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya papaekan teknologi penternakan cengkerik yang sesuai dilakukan untuk bshsn rujukkan pembaca semua.


Penternakan cengkerik memerlukan persiapan kandang atau kotak cengkerik yang dibuat dari berbagai bahan seperti kertas kotak (kardus) jenis papan atau triplek. Pada artikel kali ini dipaparkan contoh pembuatan kandang cengkerik  bahan dari kayu dan kasa. Rekabentuk  kandang untuk menternak cengkerik ini adalah kotak seperti peti yang boleh dibuat dari papan atau tripleks sama aia kotak tunggal atau pun bersambungan. Kotak terbuat dari papan atau tripleks dengan tulang dari kayu ringan yang berukuran panjang 100 cm, lebar 60 cm dan tinggi 30-40 cm (Sila lihat foto disebelah). Boleh gunakan gam pelekat dan pakukan pada setiap sambungan dan sudut peti. Ia bertujuan agar cengkerik yang baru sahaja menetas tidak boleh keluar melalui celah-celah sambungan sebab memang penulis blog dapati ukuran anak cengkeril yang baru menetas sangat kecil. Sebaiknya pada permukaan bahagian atas harus boleh untuk dibuka tutup dengan menggunakan engsel. Kemudian pada bahagian sisi muka dan belakang diberi lubang unruk pengudaraan (ventilation). Ukuran lubang ventilasi sekitar antara 50 x 7 cm dengan posisi lubang sekitar 10 cm dari atas. Ventilasi sebaiknya perlu ditutup dengan dawai jenis kasa yang ukuran halus agar cengkerik ini yang kecil tidak boleh keluar. Pada sisi tepi diberi struktur ubesi untuk dijadikan pegangan mengangkat kotak yang gunanya untuk memudahkan mengangkat atau menyusun peti. Apa pun sebaiknya pada sekeliling sisi bahagian dalam iaitu sekitar 10 cm dari atas dipasang plastik pemisah bertujuan agar cengkerik ini tidak merayap ke atas. Perlu dipasang kaki sesuai pada keempat sudut peti dengan ketinggian sekitar 10 cm. Keempat kaki-kaki tersebut kemudian akan diletakan pada mangkuk yang diisi air bersih untuk mencegah kemasukkan serangga lain yang menganggu seperti semut dari ia masuk ke dalam kotak. Kotak ini boleh disusun mengikut kesesuaian ruang asalkan berada diruangan gelap dan tidak terkena sinar matahari langsung. Sesuai dilwtak dikawasan yang tenang, ruangan yang memiliki angin cukup, gelap, jauh dari hiruk pikuk dan lalu lalang oleh pergerakan manusia.


Penyediaan benih cengkerik iaitu daripada spesis untuk ternak dari jenis G. miratus dan G. testaclus dimana ia boleh dibeli dari kedai-kedai sedia ada yang menjual cengkerik jenis ini. Sebenarnya jenis cengkerik lain boleh juga diternak tetapi memang sulit atau lambat pembiakkannya. Benih atau induk cenglerik ini boleh juga didapati daripada cengkerik liar tetapi agak sukar mengumpul dalam jumlah banyak dan sebaiknya beli sahaja. Induk cengkerik jantan yang agressif agak sukar diperolehi. Antara ciri-ciri baka bagi induk jantan sebaiknya mempunyai sesungut atau antena masih panjang, seluruh anggota badan masih lengkap, boleh melompat jauh dan gesit, badan berwarna kilat. Elakkan dari memilih cengkerik yang bila dipegang terus mengeluarkan cairan baik dari mulut maupun duburnya. Induk jantan mengeluarkan bunyi derikan yang keras kerana ia mempunyai permukaan sayap atau punggungnya bergelombang dan kasar. Induk betina ada ovipositor pada bahagian ekornya dimana ekornya ada tiga bahagian tengah merupakan ovipositor dengan ukuran yang besar.  Cara membezakan jangkrik jantan dan betina yang paling mudah adalah melihat ekornya. Cengkerik jantan hanya memiliki dua helai ekor sedangkan betina terlihat memiliki 3 helai ekor. Sebenarnya ekor bahagian tengah tersebuta adalah ovipositor.


Bagaimanakah cara dan teknologi untuk menternak cengkerik yang baik. Keadaan penternakan sebaiknya adalah lembap dan bebas dari haiwan lain yang menganggu.  Kadar kelembaban lokasi ini perlu terus boleh dikawal sentiasa terutama semasa musim kemarau. Sebaiknya perlu selalu menjaga keadaan kelembaban iaitu dengan cara menyembur ai atau pun selalu menutup kotak atau kandang dengan karung guni basah. Dilaporkan dimana antara musuh atau serangga perosak dan menganggu cengkerik memang banyak seperti tikus, lipas, semut dan labah-labah. Selain itu juga meman cengkerik akan boleh menjadi serangga karnival apabila ketersediaan makanan dalam kandang tidak mencukupi. Cengkerik boleh dikaheinkan bagi tujuan untuk menambahkan jumlah koloni. Tempat untuk memproses pembiakan cengkerik ini sebaiknya terpisah dengan tempat pembesaran anaknya. Pilih persekitaran kandang sesuai untuk pembiakan cengkerik yang sebaiknya dibuat mirip dengan habitat asalnya dimana dinding kotaknya sesuai dibuat daripada lapisan tanah liat, simen putih serta diberi daun-daun kering seperti daun jati, daun pisang atau sisa kayu. Cengkerik yang akan dibiakkan semestikan daripada spesis yang sama kerana apabila induk jantan dengan induk betina daripada spesies berlainan maka prses biakbaka tidak akan terjadi. Kadar untuk meletakkan induk betina dengan penjantan disyorkan dalam kotak pembiakan adalah dengan perbandingan 10 cengkerik betina : 2 cengkerik penjantan.  Sebaiknya didalam kandang pembiakan ini disediakan lantai pasir atau tanah sebagai tempat peneluran (Sila lihat foto disebelah). Selama masa perbiakan ini cengkerik penjantan akan mengeluarkan suara derik terus menerus. Cengkerik betina yang telah kahwin akan bertelur iaitu telur ini biasanya diletakkan dalam pasir atau tanah. Selama masa proses pembiakan ini pastikan cengkerik diberikan makanan yang mencukupi dengen memberikan makanan segar seperti sayur kobis, sawi, kangkung, bayam, daun pepaya dan jenis sayuran hijau lainnya. Buangkan sisa makanan dari dalam kotak setiap hari dan pastikan agar jangan sampai sisa makanan ini jadi busuk di dalam kandang. Dilaporkan amalan beberapa ada yang memberikan ramuan khusus bagi induk cengkerik baka dengan makanan tambahan sesuai seperti dari jenis  bekatul, tepung ikan, kuning telur angsa yang telah direbus dan dihaluskan dan beberapa jenis vitamin. Ini membolehkan agar telur cengkerik yang akan dihasilkan boleh banyak jumlahnya serta berkualiti (banyak prootin). Perkara ini menjadi tips dikalangan usahawan. Proses untuk menetaskan telur berlaku selepas 7 - 10 hari kemudiannya dengan lazimnya adalah dalam tempoh 5 hari. Sebaiknya dipisahkan diantara teluk dengan induk betina sekitar 5 hari untuk mengelakkan ntuk menghindari si induk memakan telurnya sendiri.


Aktiviti seterusnya adalah memindahkan ke dalam kandang penetasan telur yang juga sekaligus adalah kandang untuk tumbesaran anaknya. Warna telur yang telah disenyawa akan berubah dari jernih menjadi keruh dimana setelah 4 - 6 hari biasanya telur cengkerik akan menetas. Semasa penetasan pastikan agar kelembaban kandang harus terus dijaga dengan kaedan selalu menyembur air atau menutup kandang dengan karung guni basah. Pemberian makanan cengkerik setelah telur menetas dengan bagi yang baru menetas berumur 1-10 hari diberikan pellet makanan ayam iaitu dibuat dari kacang soya, beras merah dan jagung kering yang telah dihancurkan.  Selepas 10 hari barulah anak cengkerik ini sesuai diberikan kakanan seperti sayur-sayuran dan jagung muda. Selanjutnya beri makan dengan ubikayu, timun atau keladi. Pastikan kandang sentiasa bersih dan hygenik serta mempunyai kelempaban dan kegelapan sesuai yang dijaga. Sentiasa jaga makanan agar ia tidak karnibal dengan memakan cengkerik lain  memangsa di antara mereka. Sisa makanan mesti dibersihkan setiap hari bagi elakkan membusuk. Selain itu boleh amalkan melumurkan permukaan kandang dengan lumpur sawah untuk dan dijemur hingga kering. Sering juga memeriksa air yang ada pada mangkuk atau bekas pada tapak bawah kandang. Perlu ditambah atau ganti bila cairan sudah sedikit iaitu seperti minyak tanah atau jenis cairan lain yang boleh mencegah serangga perosak masuk ke dalam kandang. Hasil dari penternakan cengkerik ini ada dua iaitu Cengkerik Dewasa dan Telur Cengkkerik. Biasanya telur cengkerik dikumpulkan dan boleh dijual lebih mahal dari jangkrik dewasa itu sendiri. Telur biasanya dijual kepada para peternak cengkerik lain untuk pembesaran. Lazimnya penuaian cengkerik dewasa setelah mencapai umur kurang lebih 30 hari atau sebulan selepas penetasan. Semuga ada kalangan pembaca berminat menternak cengkerik setelah membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENTERNAK CENGEKRIK.. MACAMANA...
PASTIKAN SPESIS... ADA DUA SESUAINYA...
SEDIAKAN KANDANG... MAKANAN ADA...
TELUR DAN DEWASA... DIJUAL SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(26 Ramadan 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...