KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, September 20, 2013

CENGKERIK - CARA MENTERNAK (Part 2)

CENGKERIK dari keluarga Grillidae atau di Indonesia disebut 'Jangkrik' atau 'Cricket' adalah serangga yang menyerupai dengan belalang iaitu memiliki tubuh rata dan antena panjang. Cengkerik adalah omnivora dimana kita boleh kenal dengan suaranya yang hanya dihasilkan oleh cengkerik jantan. Suara ini digunakan untuk menarik betina dan menghalau jantan lainnya. Suara cengkerik ini semakin kuat kedengaran dengan naiknya suhu disekelilingnya. Kajian saintis mendapati terdapat sebanyak 900 spesis cengkerik diseluruh dunia. Dari segi pengkelasan cengerik dari kingdom- Animalia, Phylum- Arthropoda, Kelas - Insecta, Order - Orthoptera, Suborder -Ensifera, Superfamily - Grylloidea, Family - Gryllidae dann akhirnya Subfamili - Aos teks. Cengkerik juga telah diternak manusia sejak lama dulu terutama dikawasan Asia yang memang boleh memberikan keberuntungan. Tradisi berlaga cengkerik adalah sejenis permainan tradisi yang popular sejak zaman dulu dimana ia kadang-kadang melibatkan wang pertaruhan. Kini di Malaysia telah ramai usahawan yang menternak cengkerik sebagai sumber pendapatan lumayan. Beberapa kedai menjual burung dan ikan hiasan telah menyediakan stok cengkerik untuk dijual sebagai makanan untuk haiwan burung dan ikan (terutama ikan kelisa). Tinjauan saya kebeberapa premis mendapati harga jualan cengkerik berbeza-beza mengikut lokasi, saiz dan kualiti iaitu diantara RM 1.00 daripada 10 - 25 ekor yang dibungkus dalam bekas khas. Artikel subuh Sabtu ini sementara menghantar anak pergi ke Republik Checzoslavakia, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" cara menternak cengkerik untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Menternak cengkerik memerlukan kemahiran ilmu untuk pembiakan dan cara menetaskan telur cengkerik. Teknik yang lazim untuk menetaskan telur cengkerik dengan menyediakan sebuah kotak penetasan dengan ukuran 50 cm panjang, 30 cm lebar dan 20 cm tinggi. Saiz kotak ini lazimnya akan dapat menampung sebanyak 1 (satu) sudu telur cengkerik dengan anggaran telur berisi sekitar 2,500-3,000 biji. Kaedah pertama dengan menggunakan Media Kain dilakukan dengan kita memotong kain dengan ukuran sekitar 25 cm x 25 cm. Kain ini akan diletakkan pada alat yang digunakan berupa bekas plastik atau besen plastik bertujuan untuk meletakkan kain serta semburan air berukuran kecil. Cara penetasannya adalah dengan memasukkan satu sudu telur cengkerik pada bahagian tengah kain kemudian disebarkan dipermukaannya agar rata dan seimbang. Lipat semua sisi kain kebahagian tengah secara berganti-ganti mulai dari sisi kanan, kiri, atas dan bawah. Pastikan agar jangan menekan kain yang dilipat dan biarkan agak longgar sebagai jalan keluar untuk anak cengkerik yang akan menetas nantinya. Kemudian masukkan kain berisi telur ke dalam bekas plastik, lalu letakkan bekas plastik tersebut kedalam Kotak atau kandang cengkerik. Lakukan menyembur air kepada bungkusan kain yang berisi telur cengkerik secara rutin setiap hari agar kain tetap lembab. Telur lazimnya akan menetas sekitar 3-6 hari kemudian dimana ia bergantung usia telur cengkerik. Sebelum telur menetas,  biasanya telur akan berubah warna menjadi kuning kehitaman. Apa perlu diperiksa adalah untuk mempastikan perkembangan dan keadaan telur dimana kain diperiksa setiap hari sebelum disembur dengan air. Kain ditutup kembali setelah pemeriksaan.


Kaedah kedua untuk menetaskan telur cengkerik adalah dengan menggunakan Media Pasir. Kaedah ini adalah teknik penetasan dengan media pasir menggunakan pasir halus dan bersih yang telah diayak. Pasir halus ini perlu dijemur  atau dipanaskan agar semua bakteria dan kuman penyakit lainnya mati sehingga media pasir tersebut menjadi steril. Masukkan pasir halus tadi kedalam bekas berukuran 15 cm x  20 cm atau dapat disesuaikan dengan ukuran kotak. Alat lainnya adalah alat penyembur (Spray). Teknik penetasan dengan cara ini adalah dengan menaburkan pasir secara rata dalam bekas dengan ketebalan 1 - 2 cm. Kemudian taburkan telur cengkerik secara merata diatas pasir dan ditutup kembali dengan pasir dengan lapisan harus senipis mungkin iaitu asalkan telur tidak nampak dari permukaan. Kemudian masukkan bekas plastik tadi kedalam kotak atay kandang cengkerik yang telah dibuat. Sembur dengan air setiap hari dan pastikan agar medianya sentiasa lembab.

Lazimnya anak cengkerik atau pun mudahnya kita panggil sebagai bayi cengkerik yang baru menetas perlu dipelihara dalam kotak penetasan hingga berumur 10 hari. Cengkerik yang kecil ini sangat rawan (lembut) dengan keadaan sekeliling boleh mengamcam sehingga ia memerlukan perhatian yang serius dan secara intensif. Jika tidak dijaga maka populasinya akan cepat menyusut kerana ia akan mati. Diantara langkah-langkah perlu yang mesti dibuat setelah telur cengkerik menetas adalah dengan menjaga Kelembaban ruangan, sentiasa memperhatikan makanan nim, megawal suhu dengan alat pemanas (heater), membuat penandaan dan menjaga kebersihan persekitarannya. Pada masa sama kita perlua membuat persediaan untuk menjaga telur cengkerik yang baru menetas. Terdapat 5 perkara harus dipersiapkan terlebih dahulu bermula dengan menyiapkan atau membuat kotak penetasan telur cengkerik. Ini biasanya dibuat dengan ukurannya lebih kecil dibandingkan dengan Kotak pembesarannya.Ia berguna bagi tujuan memudahkan pada mengawal peringkat nim. Perlu pastikan agar sentiasa menjaga kadar kelembaban ruangan. Ini dengan mempastikan ruangan tidak terlalu panas dan tidak terlalu lembab. Bagi tujuan mengawal kelelbapan, biasanya dengan diletakkan beberapa botol kecil yang diisi air yang ditutup dengan kapas yang sentiasa basah.

Peringkat ini perlu diperhatikan kecukupan dan kesesuaian makanan Nim dengan mempastikan (cengkerik yang baru menetas) cukup makan. Makanan yang diberikan seperti keratan bahan sayur-sayuran seperti lobak, karot, tepung kacang hijau dan sebagainya secara bergilir-gilir. Alat pemanas eletrik perlu dipasang terutama ketika malam hari dengan memasang mentol (bulb) lampu dengan kapasiti lampu 5 watt sahaja. Memberikan tanda pada anak cengkerik penting dibuat untuk mengetahui usia anak cengkerik sehingga ia dapat dipastikan masa untuk menuai. Makanan diberikan secara konsisten untuk kadar pertumbuhan yang baik. Menjaga kebersihan kawasan ternakan dalam kotak dibuat dengan kita membuang reja-reja makanan yang tidak habis dimakan dan diganti dengan yang baru. Kekotoran sisa makanan ini akan menyebabkan kesihatan anak cengkerik untuk membesar akan terganggu. Bagi melindungi ternakan cengkerik dari haiwan pemangsa, sebaiknya kotak ternakan dipasang dengan kawat dawai yang kukuh agar ianya selamat dari gangguan pemangsa seperti cicak, lipas, mengkarong untuk tumbesaran cengkerik. 

Hidangan cengkerik goreng yang kaya dengan protin.
TERNAK CENGKERIK....DALAM KOTAK...
TELUR DITETAS... MEDIA KAIN DISELAK...
MEDIA PASIR... IA PRAKTIKAL JUGAK...
SELALU DIBERI MAKAN... JANGAN DI ELAK...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1305, Hotel Ramada Plaza Melaka,
Jalan Bendahara, Melaka,
Malaysia.
(15 September 2013)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...