Support My Blog

Monday, September 2, 2013

KELAWAR - KENALI DIA


KELAWAR (Bats) adalah haiwan daripada order Chiroptera. Kelawar yang saya rujuk boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Jenis Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera dan juga Kelawar (dalam bahasa Inggeris di panggil Microbat). Kebanyakan spesis kelawar adalah didalam sub-order Microchiroptera. Haiwan ini telah ujud semenjak zaman pra serajah lagi bersama-sama zaman dinosour yang kekal sehingga kehari ini dimana terdapat banyak fossil kelawar dijumpai. Kajian saintis mendapati kelawar adalah dikelaskan sebagai 'Icaronycteris'. Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Ini kerana kelawar mempunyai tangan yang berkepak untuk ia terbang. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Saintis juga mendapati terdapat 3 kumpulan kelawar berdasarkan cara dan pemakanannya iaitu Kelawar Biasa yang makan serangga (Hampir 70% spesis kelawar), Kelawar Menghisap Darah (Ada 3  spesis) dan Kelawar Makan Buah-buauan (Bermusim). Kelawar yang menghisap darah haiwan (Vampire bats) adalah natif atau  terdapat di beberapa negara seperti di Mexico, Chile, Argentina dan Brazil. Tedapat 3 spesis kelawar vampire iaitu Vampire Biasa (Desmondus rotundus), Vampire Kaki Berbulu (Diphylla ecaudata) dan Vampire kaki Putih (Diaemus youngi). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai haiwan kelawar uang ujud dalam dunia kita sebagai satu daripada haiwan yang membantu menstabilkan ekosistem.

Secara kasar kelawar boleh dibahagikan kepada dua suborder iaitu melibatkan sebanyak 175 spesis Keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera. Seterusnya adalah Kelawar (kelawar kecil sub- order Microbats). Kajian saintis menmbahagikan kedua-dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies dan 16 keluarga kelawar. Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga dan darah. Kebanyakan kelawar hidup dibanyak lokasi terutama dikawasan tropika yang lembap basah. Walau pun kelawar dijumpai dikawasan lain bahagian dunia dengan populasi kecil tetapi tidak terdapat dikawasan kutub, pulau yang terpencil dan di tempat pergunungan yang tinggi.

Kelawar mempunyai saiz dari yang kecil sekitar 30 mm panjang (Kelawar Jenis Kitti) sehingga jenis kelawar sebesar kepaknya selebat 1.7 meter dengan berat mencecah 2 kg iaitu Giant Golden Crowned Flying Fox. Warna tubuhnya juga berbeza-beza bergantung kepada warna bulu, jenis habitat sekeliling dan juga spesis. Perbezaan nyata antara Keluang dengan Kelawar adalah dimana kelawar merupakan haiwan menggunakan deria bunyi untuk terbang (echolocation) tetapi kelawar mempunyai deria penglihatan mata yang baik di malam hari. Kelawar tidak mempunyai kuku (claws) dibahagian jari (toe) dan foreimbs seperti keluang. Keluang lazimnya lebih banyak bulu disekeliling tubuhnya tetapi kelawar kurang berbulu atau tidak ada bulu langsung. Makanan bagi keluang adalah buah-buahan, manisan nektar tumbuhan dan juga debunga tumbuhan sementara bagi kelawar kebanyakannya hanya makan serangga. Terdapat juga kelawar yang menghisap darah, makan katak, anak ikan dan sebagainya sebagai haiwan pemangsa.

Pada saya yang paling istimewa mengenai kelawar adalah kepaknya yang mampu menerbangkan kelawar. Kelawar akan buka kepaknya yang lebar dan mampu bergerak pantas diudara serta mempunyai daya pusingan (menouver) yang tangkas tidak seperti gerakan burung (Lihat foto sebelah). Ini membolehkan kelawar mampu menangkap serangga dengan cekap sebagai makanannya. Terdapat kuku pada jari tangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Uniknya juga kepak kelawar mudah dipulihkan apabila cedera atau terkoyak dengan cepat. Kemampuan tisu kepak ini mebaiki kerosakan sama dengan bahagian tulang kepak yang cedera seperti tisu pada kuku manusia yang sentiasa tumbuh. 

Selain ia mampu terbang dalam gelap malam, lazimnya kelawar tinggal didalam habitat seperti dalam gua, rumah dan juga kawasan yang terlindung. Didalam sarang kelawar tinggal disarang dengan bergantung dimana kakinya dibahagian atas dan kepalanya dibahagian bawah. Pada saya dunia kelawar memang terbalik dengan haiwan biasa. Sudahlah keluar hanya pada waktu malam, cara ia tidur pun terbalik daripada haiwan biasa. Kelawar mengawan dan kelawar betina akan menyimpan sperma dalam sesalur sehingga ia bersedia untuk mengandung dan melahirkannya. Lazimnya seekor kelawar betina melahirkan seekor anak walau pun ada sehingga 2-3 ekor. Anak kelawar akan dipelihara ibunya dengan menyusukannya sehingga ia mampu untuk terbang dan mencari makanan sendiri (Ia mamalia kan...sama macam manusia juga). Dah panjang cerita ni... sambung lain kali sahaja mengenai kelawar (Sila klik disini) ... Wasallam!

Vampire bats menghissap darah haiwan.
KELUANG KELAWAR... IA BERBEZA...
BANDAR KLUANG... JOHOR LETAKNYA...
KELUANG MAKAN BUAH... BESARNYA...
KELAWAR PULA.... MAKAN SERANGGA...
TERBANG LAJU... MENOUVER CEKAPNYA...
IA BERANAK... MENYUSUKAN ANAK JUGA...

Artikel berkaitan:
1. Kelawar Kesannya pada kita Part 1 (Klik disini)
2. Kelawar Kesannya pada kita Part 2 (Klik disini)
3. Buah Mata Kucing (Klik disini)
4. Buah Longan (Klik disini)
5. Buah Rambutan (Klik disini)


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Melawat Gua Niah, 
Sarawak,
Malaysia.
(21 Syawal 1434H - Lawatan ke Gua Niah pada Jun 2006)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...