KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, September 10, 2013

SOLOK LADA

 SOLOK LADA merupakan sejenis makanan tradisional yang sangat disukai oleh ramai rakyat Malaysia khususnya di Negeri Kelantan. Solok Lada mendapat nama daripada cara kita menyediakannya iaitu dengan memasukkan ramuan khusus kedalam bahagian tengah cili yang mempunyai rasa pedas, lemak, manis dan masin semasa dimakan. Solok lada ini lazimnya dimakan sebagai 'lauk' yang dimakan dengan nasi putih, nasi kerabu, nasi berlauk atau nasi dagang (jika mahu). Kalau dahulu solok lada hanya didapati di Kelantan sahaja, kini ia boleh didapati diseluruh negara di Malaysia seperti di Restoran, Hotel, Pasar Malam, Pasar Tani, Pasaraya dimana ia telah menjadi makanan nasional. Kalau dahulu orang Kelantan sahaja yang pandai buat solok lada, kini ramai oramh dari negeri lain yang telah pandai membuatnya malahan lebih sedap daripada yang asli dengan pelbagai ramuan tambahan yang digunakan. Ada berbagai jenama diberikan kepada solok lada bergantung kepada cara menyediakan dan resepi. Ada yang beri nama Solok Lada Asli, Solok Lada Kelantan, Solok Lada Cik Siti Wan Kembang, Solok Lada Moden, Solok Lada Udang dan banyak jenama lagi. Artikel malam ini saya suka untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Solok Lada dan resepi mengenainya untuk dijadikan bacaan dan rujukkan.


Ramai diantara kita yang mungkin tidak tahu bahawa terdapat sejenis varieti cili yang dipanggil sebaga Cili Solok. Cili Solok ini didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia didalam sistem pendaftaran varieti tanaman (Variety National Listing)Varieti Cili Solok dengan nombor pendaftaran CA4 merupakan sejenis cili besar berwarna hijau muda yang sangat popular di Kelantan. Cili ini didaftarkan pada Julai 2013 dengan kategori pemilikan sebagai 'public domain'. Cili ini bersaiz sederhana besar dengan banyak digunakan untuk dibuat Solok Lada dalam menu makanan Nasi Kerabu atau Nasi Berlauk. Cili ini berbentuk bulat dan menirus dihujungnya dengan tahap kepedasan yang sederhana (Sederhana pedas). Stesyen Hortikultur Jabatan Pertanian Kelantan diantara premis yang menghasilkan benih cili ini untuk dijual kepada petani di negeri tersebut. Antara ciri-ciri dalam senarai 'variety listing' yang dinyatakan adalah "Presence of anthocyanin at nodes and anther only. Anthocyanin absent on leaf, flower and at filament. Fruit color: light green". Penanaman cili solok kini telah meluas dinegeri-negeri lain sebagai satu pilihan petani untuk ditanam dan dijual kepada penyedia makanan pantai timur ini.


Membuat Solok Lada adalah mudah tetapi ia memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman serta kemahiran. Merujuk kepada cara membuat jenis Solok Lada Cik Siti Wan Kembang, kita perlukan bahan seperti 10 biji lada Kelantan (Cili Solok), 1/2 biji kelapa parut, 2 ekor ikan (jenis ikan Penalin), 12 biji lada hitam, 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia, 1 sudu besar kerisik basah, 1 cawan santan , Garam dan gula disukat secukup rasa. Mula-mula dibelahkan lada dibahagian tengah secara memanjang. Kemudian ai perlu direndam dalam air. Selepas itu dikukuskan ikan Penalin tadi sehingga masak dan disejukkan serta buangkan semua tulangnya. Tumbukkan bahan-bahan seperti lada hitam, halia, bawang merah dan putih terlebih dahulu. Kemudian, tumbukkan sekali kelapa parut dan juga ikan kukus tadi sehingga lumat dan sebati. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas. Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan bahan-bahan tersebut. Sumbatkan adunan ke dalam belahan lada. Mampatkan dan susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Jangan terlalu lama nanti lada jadi lembik sangat. Solok Lada telah sedia untuk dihidang. Selamat menjamu selera. Wasallam!

SOLOK LADA.... ENAK RASANYA...
RASA LEMAK, PEDAS...SEMUA ADA...
MUDAH DIBUAT...MURAH HARGA...
BUAT SENDIRI... IKUT CITARASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Tani Mega Putrajaya,
Precint 2, Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulkaedah 1434Hijrah)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...