KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, September 8, 2013

DURIAN BELANDA - KHASIAT HEBATNYA

Durian Belanda (Annona muricata Linn) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Anonaceae yang dipercayai berasal dari Afrika Sahara dan kini banyak ditanam di kawasan Tropika seperti Mexico, Caribean, Amerika Tengah dan khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Vietnam dan Indonesia serta Thailand. Nama lain tanaman ini ialahDurian Belanda (Malaysia) adalah seperti Sirsak(Indonesia), Soursop (English), Guanabana (Spanish),Graviola (Portugis) dan sebagainya. Keluasan tanaman buah Durian Belanda di Malaysia tidak direkodkan oleh Jabatan Pertanian kerana ia adalah sejenis buah 'minor' dan saya menganggarkan sebanyak 180-200 hektar CHE sahaja. Terdapat beberapa petani yang saya kenal dan membuat beberpa kali lawatan menanam Durian Belanda (DB) secaramonocrop (Seperti di Pontian, Johor - 2.5 hektar) dan di Kulai, Johor (2.0 ha). Kebanyakkan tanaman durian Belanda ditanam bercampur dengan pokok buah2an jenis lain sebagai dusun campuran. Penulis beberapa kali menjalankan aktiviti pemindahan teknologi tanaman ini semasa melawat kebun Durian Belanda. Artikel kali ini saya menulis bertapa hebatnya khasiat durian belanda didalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama semua pembaca.

Buah durian belanda muda.
Nama botani bagi Durian Belanda ialah Annona muricata L. dan ia tergolong dalam keluarga Annonaceae. Lazimnya pengeluaran buah durian belanda banyak bergantung kepada keadaan cuaca semasa, penjagaan anak pokok teratur dan sempurna, pendebungaan berbantu serta kesuburan tanah yang baik.
Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta dapat mengeluarkan buah secara optimum. Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan mempunyai rasa masam-masam manis. Buah durian belanda biasanya dimakan segar dan boleh diproses untuk dijadikan jus. Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama. Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok.

Pokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks. Jenis tanah yang sesuai untuk penanaman pokok durian belanda ialah tanah jenis lom liat berpasir. Selain itu, mempunyai saliran yang baik, keasidan tanah dengan pH di antara lima hingga tujuh serta kawasan yang tidak mempunyai naungan. Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna. Durian Belanda juga telah dibuat banyak kajian mengandungi acetogininseperti muricoreasin danmurihexagon yang bersifat sitotoksik pada sel-sel tumor PC-3 dan sel kanser prostat. DB juga di dakwa mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan, trigliseride dan LDL (Low density Lipid) dalam badan manusia. Buah ini digunakan sebagai hidangan segar,diproses jadi jus dan boleh diproses sebagai kerepek (Buah muda). Ramai pesakit 'Gout' yang makan buah DB kerana ramai kata ianya sangat berkesan kurangkan sakit tersebut dan melegakan.

LAPORAN 1:
Pasar produk kesihatan durian belanda

Nurhusni Mahad Nor menunjukkan jus Annona keluaran syarikatnya

BUKIT MERTAJAM 14 Dis. - Pengeluar jus kesihatan dan kecantikan, MOS Nutraceutical Sdn. Bhd., (MOSN) mengorak langkah apabila memasarkan produk kesihatan berasaskan durian belanda. Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menjadikan buah durian belanda sebagai bahan utama dalam penghasilan produk minuman kesihatan. Menurut Pengarah MOSN, Nurhusni Mahad Nor berkata, setakat ini, pihaknya telah memperkenalkan dua produk tersebut dalam bentuk jus dan teh yang masing-masing dikenali Jus Annona dan Teh Annona. Katanya, Jus Annona menggunakan 100 peratus pati durian belanda dan campuran bahan sampingan seperti delima, kurma, dan madu yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit seperti kencing manis, gout, strok, serta boleh dijadikan alternatif penyembuhan untuk pesakit kanser. "Teh Annona pula menggunakan campuran daun durian belanda, teh hijau, halia, serbuk kulit kayu manis dan daun lidah buaya," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Nurhusni yang juga ahli farmasi berkata, dua produk tersebut telah berada di pasaran Semenanjung sejak ia diperkenalkan pada September lalu. Jelasnya, penghasilan produk kesihatan keluaran syarikat dihasilkan mengikut standard Pengamalan Pengilangan Islam (IMP).

Berdasarkan kepada beberapa testimoni ke atas pesakit, jus dan teh Annona berkesan menyembuhkan luka pesakit yang menghidap kencing manis," ujarnya yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah. Jus Annona dijual dengan harga sebotol RM188 (Semenanjung) dan RM198 bagi Sabah dan Sarawak manakala Teh Annona pula dijual dengan harga RM59 (Semenanjung) dan RM65 bagi Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, katanya, MOSN sedang mencari pengedar untuk memasarkan produk keluaran syarikatnya dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 016-4668181.


LAPORAN 2:
KHASIAT DURIAN BELANDA
DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?. Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.  Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.  Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini.

Fakta yang membingungkankan saintis adalah seperti jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini didapati (i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. (ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. (iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan. (iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah (1) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. (2) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan! (3) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ?  Jawabnya adalah. Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! . Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini.  Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini iaitu Kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan penyakit Sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !.
Wasallam!

DURIAN BELANDA ... ADA DIMANA...
BANYAK KHASIAT... PERLU DICUBA...
ANTI-KANSER... DIANTARANYA...
HARGA MAHAL... BUKTINYA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Buah-buahan Tropika,
Selandar, Jasin,
Melaka, Malaysia.
(5 Zulkaedah 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...