Daging apakah ini.... baca blog seterusnya |
Di Indonesia didapati spesis katak Lembu merupakan yang paling banyak diternak. Kriteria lokasi cara berternak katak lembu dikawasan agak sejuk dengan ketinggian lokasi yang ideal sekitar 1,600 kaki dari paras laut. Keadaan topografi tanag tidak bercuram atau tidak terlalu mendatar asalkan mempunyai sumber air yang jernih atau sedikit tercampur lumpur untuk hidup. Lazimnya punca air yang jernih akan dapat melancarkan proses penetasan telur. Katak atau di panggil Kodok ini dapat hidup di air yang bersuhu 2 - 35 celcius dimana pada waktu penetasan telur adalah sekitar 24 - 27 celcius dengan kelembapan disekeliling sekitar 60–65%. Kualiti air terbaik mengandungi oksigen lebih kurang 5-6 ppm atau minimum 3 ppm dan kandungan untuk karbon dioksida terlarut tidak kian lebih 25 ppm. Sebaiknya kandang ternakan adalah dekat dengan sumber air dan sumber air dapat masuk dan keluar dengan lancar dan bebas dari kekeringan atau elakkan dari kebanjiran.
Persiapan kemudahan dan peralatan untuk menternak katak adalah penting. Membuat kolam menurut kaedah menternak katak lembu, tidak boleh hanya menggali atau menimbun tanah sahaja. Perlu diujudkan keadaan kolam yang ideal dengan kedudukan kedalaman dan tebing yang sesuai untuk habitat katak atau dibuat kolam konkrit. Paling utama mesti ada kemudahan untuk memasukkan air ke didalam kolam diperlukankan melalui sesalur yang dibina. Bahan sesalur ini sama ada dari pasangan bata merah atau PVC yang kukuh. Sebaiknya sesalur ini tidak akan menyebabkan katak dalam kolam dapat keluar daripada kawasan ternakan. Beberapa keperluan kolam ternakan katak terdiri daripada Kolam Perawatan Katak, Kolam Penyimpanan Induk sebelum saat dikawinkan, Kolam Pembiakan, Kolam penetasan, Kolam Perawatan berudu, Kolam Pembesaran Katak Kecil dan Kolam Pembesaran Katak Remaja. Terdapat juga keperluan kolam untuk dikhaskan sebagai kolam bagi memelihara katak induk.
Kolam Perawatan katak mempunyai keluasan sekitar 15 meter persegi dengan ukuran 3 x 5 m dan yang terdiri dari dinding tembok 0.40 m dan dinding kawat plastik setinggi 1.0 m. Lazimnya bahan untuk lantainya dibuat dari simen konkrit dan bata yang terdiri dari 2/3 bagian kolam terisi air setinggi 10-15 cm dimana 1/3 bahagian lagi adalah kering. Kolam Pembiakan pula dibina dari simen konkrit dan diatasnya dinding kawat plastik dengan kadar kedalaman air di kolam ini lebih kurang 0.30 - 0.40 meter dimana ditengahnya dibuatkan daratan. Kadar kepadatan pemeliharaan katak yang sesuai adalah 15 ekor tiap-tiap meter perseginya. Kadar untuk perbandingan adalah sebanyak tiga ekor betina dan satu jantan. Sebaiknya lantai didaratan tidak berlumpur dimana perlu dimasukkan pokok kiambang. Makanan seperti ikan kecil, ketam diberikan semasa katak mengawan dimana lazimnya ia berbunyi kuat semasa musim mengawan dengan nada merdu. Selesai proses mengawan, katak akan bertelur yang dilihat timbul pada permukaan kolam. Telur ini sebaiknya cepat-cepat perlu dipindahkan ke kolam penetasan.
Kolam penetasan dibina lebih dari satu buah yang lazimnya boleh dibuat dari tembok konkrit dengan air sedalam 30 cm dan air mengalir atau diberi sistem pengudaraan (aeration) yang menyeluruh dan cekap. Lazimnya ini kolam sekitar 10 m² persegi. Kolam Berudu terdiri dari lebih dari satu kolam yang masing-masing luasnya berkisar diantara 5 m² - 6 m² persegi dimana lapisan lantai dibuat dari simen konkrit. Bagi Kolam Katak Muda ia dibina dengan keluasan sekitar 15 meter persegi terdiri dari beberapa buah dengan kedalaman air sekitar 15 - 35 cm dan mengandungi 1/3 air bercerun. Lazimnya katak muda berada dalam kolam ini selama 2 bulan untuk pembesaran. Kolam Katak Dewasa pula perlukan keluasan sebanyak 20 meter persegi dengan bilangan beberapa unit. Kolam ini perlu ditutup dengan kawat mata punai dan dinding konkrit agar kata tidak melompat keluar. Paras air dalam kolam sekitar 30 - 40 cm dengan jangkamasa ternakan untuk katak dewasa selama 2 - 6 bulan sebelum boleh dijual.
Sebelum kita mencuba untuk mulakan aktiviti menternak katak, mari saya paparkan Hukum Menternak Katak yang perlu dirujuk dahulu. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 Januari 2012 telah membincangkan mengenai " Hukum Menternak Katak ". Tarikh Keputusan: 23 Jan, 2013. Alhamdulillah fatwanya seperti berikut: " Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulamak. Menurut jumhur ulamak, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah dua alam.". Wallahualam!
Jangan keliru dengan peha ayam goreng ..... |
PELBAGAI KOLAM...LAIN FUNGSINYA...
AIR MASUK KELUAR.. BAIK KUALITINYA...
DIBUAT KONKRIT ... IKUT SPESIFIKASINYA...
By,
M Anem
Senior Agrologist
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Syawal 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.