Support My Blog

Showing posts with label KATAK - MENTERNAK KATAK. Show all posts
Showing posts with label KATAK - MENTERNAK KATAK. Show all posts

Friday, September 13, 2013

KATAK - TERNAK KATAK (PART 3)

KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti ternakan katak daripada pemerlatian semasa membuat lawatan ke projek ternakan katak di Plentong, Johor dan di Jakarta serta membuat rujukkan daripada beberaba sumber teknikal.


Pemeliharaan atau cara menternak katak dijalankan mengikut peringkat kehidupannya. Pemeliharaan ini saya dapati perlu dikerjakan pada setiap peringkat perkembangan katak dari berada dalam air (berudu) sehinggga didaratan (dewasa). Pembesaran dan perkembangan dan kesehatan katak bergantung pada jenis makanan dan kesesuaian kawasan penternakan. Lazimnya katak akan diberi makan satu kali sehari. bagi penyelenggaraan air dalam kolam perlu diganti dan kolam dibersihkan seminggu sekali. Kebersihan kolam merupakan cara preventif yang perlu dijalankan. Selalunya telur katak yang telah disenyawa akan dipindahkan pada kolam penetasan. Kolam ini perlu dibersihkan dari perosak dan kotoran sebelum digunakan. Telur katak akan dipisahkan dari katak  induk agar telur tersebut tidak mengganggu proses penetasan dan tidak dimakan oleh induknya. Pindahkan telur katak tesebut  sebelum sempat ia pecah dari sarangnya atau lendirnya. Biasanya saya lihat telur katak akan menetas selepas 48 - 72 jam pada suhu air 24 - 27 Celsius. Kemidian apabila telur telah menetas, ia akandipelihara dalam kolam yang sama sepanjang 10 hari.


Menjaga katak kecil atau katak muda yang sudah mengalami proses 'metamorphosis' dibuat dengan meletak ia pada kolam tuaian. Pada masa ini kemasukan dan pengeluaran air perlu dtapis untuk menghalang hama perosak serta kawal katak dari keluar. Kadar kepadatan anak katak sekitar 50 - 100 ekor/meter persegi. Bagi spesis katak yang kurang bergerak, makanan katak boleh diletakkan dibawah aliran atau pancuran air untuk ianya bergerak sendiri. Selepas 3 bulan, buat pemilihan katak untuk dituai dengan meneliti perkara berikut. Bahagian kaki belakang, kulit dan ukuran badannya sudah mencapai ukuran sesuai dimana lazimnya hanya kira-kira 20% sahaja dari jumlah katak dipilih untuk dipindahkan ke kolam calon baka induk. Bakinya hanya akan terus dipelihara dan dituai selepas umur 4-5 bulan bila mencapai saiz sesuai. Katak yang hendak dijadikan baka induk sama ada betina atau jantan di suntik dengan kelenjar hiphopisa katak sebanyak 1 dos dalam masa 1 bulan sekali untuk pembiakan semula katak. Kadar kepadatan populasi katak ini sekitar 20 - 25 ekor/m².


Makanan katak yang diternak saya perhatikan mengunakan bermacam cara dan bahan mengikut peringkat umur. Makanan yang sesuai diberikan untuk katak di kolam adalah daging yang dicincan aau daging ikan, ulat, serangga, mi, anakanak benih ikan dan juga jenis ketam-ketaman kecil dan yang lain. makanan buatan kilang boleh diberikan seperti makanan ikan yang diformulasi dikilang makanan ikan atau makanan ternakan. Jenis makanan diberi mesti sesuai dengan peringkat umur katak kadang-kadang ia melibatkan kos tinggi sedangkan tahap pembesaran katak tidak berapa. Kombninasi pemilihan makanan katak perlu dijalankan. Menternak katak tidak terlepas dari masaalah serangan perosak dan penyakit. Antaranya adalah Penyakit Cendawan oleh bakteria. Simptom dilihat dimana peha kaki akan berwarna merah, kelihatan macam luka dan kulit katak melepuh sedikit. Ia lazimnya menyerang katak berusia 1 -  2 bulan. Kemudian serangan akan terus menrebak dan menyerang sistem saraf sehingga katak boleh mati dalam masa lebih dari satu jam.


Kawalan dan pencegahan penyakit ini diperingkat berudu lagi dengan menghalang bakteria menyerang berudu dan kelihatan ekornya ekot yang luka berwarna putih. Sering membuat pengasingan katak berudu dan membuat sanitasi kolam dengan menggunakan bahan kimia sesuai. Pastikan anda tidak memberikan makanan yang kandungan proteinnya melebihi dos 10  - 15% kerana ini akan menyebabkan perut katak akan menjadi kembung. Pemberian abtibiotik seperti streptomisin/tetrasiklin serta jenis ubat luaran seperti betadine boleh dilakukan. Rendam ini dalam larutan garam (Nacl 0.15 gram/liter air) selama 30 minit yang perlu diulang sampai 4 kali. Masaalah kaki merah dan bisul pada katak dikawal dengan memandikan katak tersebut dengan larutan 'Nifurene' yang dibancuh sekitar 50 - 100 gram/m² air. Kaedah lain dengan buat suntikan 'teramisin' pada kadar  25 mg/kg atau Streptomycin 20 mg/kg berat katak. Bagi penyakit dubur yang keluar diubati dengan langkah memipisahkan dan rehatkan selama 2 - 3 hari dan tidak perlu diberi makan. 


Katak boleh dituai untuk dipasarkan apabila mencapai piawaian. Penternak katak mensasarkan daging katak (Lihat foto sebelah) sebagai pendapatan utama untuk dijual atau makan sendiri. Bagaimana pun kini terdapat maklumat bahawa air kumbahan katak bleh digunakan untuk dijadikan 'Silaj'. Caranya dengan penambahan bahan Propionat dan Asid formiat dengan bahan buangan seperti jerami atau batang jagung yang disusn dalam bekas membuat silaj yang dicampur air tersebut. Ia disimpan selama 2 bulan sehingga silaj tersebut sesuai untuk diberikan kepada ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Proses pembuatan silaj ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan pengusaha katak. Katak yang tidak dapat dijual perlu disimpan untuk boleh  diambil hiphofisanya untuk proses pembiakan katak selanjutnya. katak yang hendak dijual dikumpulkan dalam kolam khas yang selamat dan ia sebaiknya dilapah dan dibuang kulitnya sehingga dipek dalam bungkusan daging katak yang menarik (Sila lihat foto diatas). Saya kurang pasti harga kualan daging katak di pasaran Malaysia kerana ia hanya dijual oleh orang tertentu sahaja.


Aktiviti lepastuai katak berbeza dengan tanaman buah-buahan kerana katak adalah haiwan hidup. Biasanya ia disimpan dalam kotak atau bekas kayu yang ditutup dengan guni lembap atau kain yang dbasahkan. Pengangkutan katak kedestinasi yang jauh untuk jualan perlu dibuat awal pagi atau lewat petang untuk mengelakan kepanasan yang akan menyebabkan katak ini mati. Sebaiknya diberikan makanan jika perlu untk ia dibawa dalam kenderaan yang sejuk dan berbunbung. Mereka yang pakar melapah membuang kulit katak dan isi perut katak adalah mahir. Lazimnya katak akan dibuang perutnya, kulitnya dan kepalanya serta dua kaki hadapan. Katak yang besar apabila disusun bentuknya sama seperti daging ayam. Walau pun penulis 'tidak' pernah rasa masakan daging katak, kata mereka yang menjadi peminat ianya adalah lebih lazat lagi. ini kerana dagingnya lembut, tulangnya juga boleh diratah dan katanga lemak manis. 


Sebelum kita mencuba untuk mulakan aktiviti menternak katak, mari saya paparkan Hukum Menternak Katak yang perlu dirujuk dahulu. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 Januari 2012 telah membincangkan mengenai " Hukum Menternak Katak ". Tarikh Keputusan: 23 Jan, 2013. Alhamdulillah fatwanya seperti berikut: " Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulamak. Menurut jumhur ulamak, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah dua alam.". Wallahualam!

DAGING KATAK... SEGAR NAMPAKNYA...

SESUAI DI GORENG...RANGUP RASANYA...
SUKAR DIBELI... PEMINAT TAHUNYA...
ORANG ISLAM  ... BACA FATWANYA...

By,

M Anem,
Senior Agrologist,
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(27 Syawal 1434H)

Thursday, September 12, 2013

KATAK - TERNAK KATAK (PART 2)

KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat memang mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan memang tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat iaitu daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga kepada peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak haiwan paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim ia mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk sub-artik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak juga merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun bila sahaja mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', tetapi kini terdapat beberapa spesis katak yang sesuai diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti ternakan katak daripada pemerhatian semasa membuat lawatan ke projek ternakan katak di Plentong, Johor dan juga beberapa projek ternakan katak di Indonesia serta membuat rujukkan daripada beberapa sumber teknikal.


Sepasang Katak mengawan 
Sistem atau teknologi pembiakan katak untuk mendapatkan baka bagi tujuan ternakan adalah proses semulajadi. Induk katak jantan dan katak betina yang sudah dipisahkan sepanjang 1-2 hari dikumpulkan di kolam mengawan (Lihat foto sebelah). Pastikan tidak ada ikan liar dalam kolam ini kerana ia akan mengganggu hasil pembiakan katak. Perlu juga diperhatikan agar telur-telur katak yang berada didalam air juga tidak keluar melalui saluran air keluar dari kolam. Lazimnya waktu mengawan paling sesuai bagi katak saya lihat pada waktu petang atau pagi dimana suhu pada ketika itu adalah rendah. Sebaiknya bagi tujuan untuk membantu katak untuk mengawan, kita buat hujan tiruan dengan sistem renjisan air menggunakan alatan khas mudah. Mengalakan katak untuk mengawan dapat dijalankan dengan sistem 'hypofisasion' dimana ekstrak kelenjar 'hipofisa' untuk merangsang katak supaya mengawan pada waktu yang kita kehendaki. Cara ini kita dapat membanyakkan pembenihan, mengurangkan kadar kematian, merawat telur-telur katak yang sudah senyawa didalam kawasan khas. Penyuntikan pada katak betina lazimnya pada bahagian punggung, rongga perut atau bahagian kepala. Cara menyuntik pada rongga perut banyak dipilih keran cara ini paling mudah dilakukan.


Teknologi reproduksi ataumengawan katak untuk diternak memerlukan kemahiran dan kepakaran khusus. Lazimnya katak yang akan disuntik diletakkan dalam akuarium yang diberi sedikit air dan ditutup dengan kawat atau dawai kasa bagi memudahkan proses penangkapan. Katak-katak tersebut apabila sudah cukup umur dipastikan berada dalam keadaan bersedia untuk bertelur. Semasa hendak menyuntik katak, katak tersebut perlu dibalut dengan kain lembut agar katak tidak meronta-ronta. Katak yang sudah disuntik kemudian boleh dilepaskan didalam akuarium lain dan dipantau setiap jam. Selapas 12 jam maka katak tersebut disuntik kembali supaya mereka dapat bertelur semuanya. Lazimnya selepas katak betina disuntik 2 kali, ia akan menunjukkan tanda untuk bertelur. Seterusnya kita perlu menyiapkan testis dari katak induk jantan. Sperma dikeluarkan dari testis katak jantan dengan langkah memotongnya dengan jarum kecil yang tajam dan dimasukkan ke cawan petri yang telah berisi air kolam yang bersih.  Pastikan air didalam cawan jadi keruh dengan sperma katak jantan dimana periksa yang testis katak jantan tadi telah kosong. Cairan sperma dari testis katak jantan perlu dibiarkan selama 10 minit didalam suhu bilik. Buat pemeriksaan tahap keaktifan sperma (Boleh kita tengok di bawah mikroskop). Sperma yang aktif membolehkan kita dapat telur katak yang banyak dan berkualiti.


Proses yang seterusnya adalah untuk kita mendapatkan telur katak betina. Lazimnya ia akan bertelur dengan diurut perutnya supaya telurnya keluar. Sebaiknya telur katak ini diusahakan agar jatuh diatas cairan sperma dalam petri disk. Cara ini seperti apa yang saya pernah lakukan ketika membuat proses pembiakan ikan keli. Proses seterusnya adalah mengoyangkan petri disk dan biarkan selama satu minit. Telur katak yang berjaya melakukan persenyawaan secara semulajadi ini akan kelihatan melakukan pusingan (rotation). Telur yang menetas ini disimpan dalam bekas khas dimana perlu dipastikan airnya mesti diganti tiap-tiap hari dengan melindungi suhu sekeliling sekitar  24 - 27 darjah Celsius. Perli diperiksa tahap keasidan atau pH air untuk meningkatkan kejayaan pembenihan anak atau berudu katak. Sebaiknya kaedah mengadakan hujan tiruan pada keseluruhan proses pembenihan ini meningkatkan kejayaaan mendapatkan anak katak untuk penternakan. Walau pun proses ini nampak mudah tetapi ia memerlukan latihan dan kemahiran serta pengalaman untk membuatnya. Saya dapati proses ini hampir sama dengan penyediaan benih ikan keli. 

Sebelum kita mencuba untuk mulakan aktiviti menternak katak, mari saya paparkan Hukum Menternak Katak yang perlu dirujuk dahulu. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 Januari 2012 telah membincangkan mengenai " Hukum Menternak Katak ". Tarikh Keputusan: 23 Jan, 2013. Alhamdulillah fatwanya seperti berikut: " Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulamak. Menurut jumhur ulamak, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah dua alam.". Wallahualam!



Berusu katak selepas menatas.
KATAK MENGAWAN...ITU TELUR JADINYA...
KATAK BETINA DISUNTIK...ITU CARANYA...
TESTIS KATAK JANTAN...KELUARKANNYA...
DALAM PETRI DISK...IA DI SENYAWANNYA...
TELUR MENETAS... ITU BERUDU JADINYA...
SESUAI DI TERNAK...IKUT PERINGKATNYA...

By,

M Anem
Senior Agrologist
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(24 Syawal 1434H)

Wednesday, September 11, 2013

KATAK - TERNAK KATAK (PART 1)

Daging apakah ini.... baca blog seterusnya
KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Artikel subuh ini saya terfikir untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti ternakan katak daripada pemerlatian semasa membuat lawatan ke projek ternakan katak di Plentong, Johor dan di Indonesia serta membuat rujukkan daripada beberapa sumber teknikal.


Di Indonesia didapati spesis katak Lembu merupakan yang paling banyak diternak. Kriteria lokasi cara berternak katak lembu dikawasan agak sejuk dengan ketinggian lokasi yang ideal sekitar 1,600 kaki dari paras laut. Keadaan topografi tanag tidak bercuram atau tidak terlalu mendatar asalkan mempunyai sumber air yang jernih atau sedikit tercampur lumpur untuk hidup. Lazimnya punca air yang jernih akan dapat melancarkan proses penetasan telur. Katak atau di panggil Kodok ini dapat hidup di air yang bersuhu 2 - 35 celcius dimana pada waktu penetasan telur adalah sekitar 24 - 27 celcius dengan kelembapan disekeliling sekitar 60–65%. Kualiti air terbaik mengandungi oksigen lebih kurang 5-6 ppm atau minimum 3 ppm dan kandungan untuk  karbon dioksida terlarut tidak kian lebih 25 ppm. Sebaiknya kandang ternakan adalah dekat dengan sumber air dan sumber air dapat masuk dan keluar dengan lancar dan bebas dari kekeringan atau elakkan dari  kebanjiran.


Persiapan kemudahan dan peralatan untuk menternak katak adalah penting. Membuat kolam menurut kaedah menternak katak lembu, tidak boleh hanya menggali atau menimbun tanah sahaja. Perlu diujudkan keadaan kolam yang ideal dengan kedudukan kedalaman dan tebing yang sesuai untuk habitat katak atau dibuat kolam konkrit. Paling utama mesti ada kemudahan untuk memasukkan air ke didalam kolam diperlukankan melalui sesalur yang dibina. Bahan sesalur ini sama ada dari pasangan bata merah atau PVC yang kukuh. Sebaiknya sesalur ini tidak akan menyebabkan katak dalam kolam dapat keluar daripada kawasan ternakan. Beberapa keperluan kolam ternakan katak terdiri daripada Kolam Perawatan Katak, Kolam Penyimpanan Induk sebelum saat dikawinkan, Kolam Pembiakan, Kolam penetasan, Kolam Perawatan berudu, Kolam Pembesaran Katak Kecil dan Kolam Pembesaran Katak Remaja. Terdapat juga keperluan kolam untuk dikhaskan sebagai kolam bagi memelihara katak induk.


Kolam Perawatan katak mempunyai keluasan sekitar 15 meter persegi dengan ukuran 3 x 5 m dan yang terdiri dari dinding tembok 0.40 m dan dinding kawat plastik setinggi 1.0 m. Lazimnya bahan untuk lantainya dibuat dari simen konkrit dan bata yang terdiri dari 2/3 bagian kolam terisi air setinggi 10-15 cm dimana 1/3 bahagian lagi adalah kering. Kolam Pembiakan pula dibina dari simen konkrit dan diatasnya dinding kawat plastik dengan kadar kedalaman air di kolam ini lebih kurang 0.30 - 0.40 meter dimana ditengahnya dibuatkan daratan. Kadar kepadatan pemeliharaan katak yang sesuai adalah 15 ekor tiap-tiap meter perseginya. Kadar untuk perbandingan adalah sebanyak tiga ekor betina dan satu jantan.  Sebaiknya lantai didaratan tidak berlumpur dimana perlu dimasukkan pokok kiambang. Makanan seperti ikan kecil, ketam diberikan semasa katak mengawan dimana lazimnya ia berbunyi kuat semasa musim mengawan dengan nada merdu. Selesai proses mengawan, katak akan bertelur yang dilihat timbul pada permukaan kolam. Telur ini sebaiknya cepat-cepat perlu dipindahkan ke kolam penetasan.


Kolam penetasan dibina lebih dari satu buah yang lazimnya boleh dibuat dari tembok konkrit dengan air sedalam 30 cm dan air mengalir atau diberi sistem pengudaraan (aeration) yang menyeluruh dan cekap. Lazimnya ini kolam sekitar 10 m² persegi. Kolam Berudu terdiri dari lebih dari satu kolam yang masing-masing luasnya berkisar diantara 5 m² - 6 m² persegi dimana lapisan lantai dibuat dari simen konkrit. Bagi Kolam Katak Muda ia dibina dengan keluasan sekitar 15 meter persegi terdiri dari beberapa buah dengan kedalaman air sekitar 15 - 35 cm dan mengandungi 1/3 air bercerun. Lazimnya katak muda berada dalam kolam ini selama 2 bulan untuk pembesaran. Kolam Katak Dewasa pula perlukan keluasan sebanyak 20 meter persegi dengan bilangan beberapa unit. Kolam ini perlu ditutup dengan kawat mata punai dan dinding konkrit agar kata tidak melompat keluar. Paras air dalam kolam sekitar 30 - 40 cm dengan jangkamasa ternakan untuk katak dewasa selama 2 - 6 bulan sebelum boleh dijual.

Sebelum kita mencuba untuk mulakan aktiviti menternak katak, mari saya paparkan Hukum Menternak Katak yang perlu dirujuk dahulu. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 Januari 2012 telah membincangkan mengenai " Hukum Menternak Katak ". Tarikh Keputusan: 23 Jan, 2013. Alhamdulillah fatwanya seperti berikut: " Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulamak. Menurut jumhur ulamak, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah dua alam.". Wallahualam!



Jangan keliru dengan peha ayam goreng .....
KATAK DITERNAK... KOLAM PERLUNYA...
PELBAGAI KOLAM...LAIN FUNGSINYA...
AIR MASUK KELUAR.. BAIK KUALITINYA...
DIBUAT KONKRIT ... IKUT SPESIFIKASINYA...

By,

M Anem
Senior Agrologist
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(24 Syawal 1434H)


THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...