CENDAWAN ABALONE (Pleurotus cystidiosus) adalah sejenis cendawan sesuai dimakan daripada keluarga cendawan tiram dimana nama saintifiknya seakan sama kerana ciri tekstur dan bentuknya yang kenyal menyerupai kerang abalone. Apa pu bagi penulis blog dimana cendawan Abalone ia tergolong dalam keluarga cendawan tiram (Pleurotaceae) dan ia telah diberikan nama 'Abalone' kerana apabila dimasak teksturnya yang padat, kenyal dan berongga serta rasanya yang enak bermentega dikatakan ia sangat mirip dengan makanan laut premium iaitu 'Makanan Siput Abalone atau 'Mentiah'. Apa pun dilaporkan ciri cendawan ini yang mana tekstur isinya tebal, padat, kenyal dan tidak mudah hancur apabila dimasak telah menyebabkan ramai orang suka memakannya. Jika di lihat dimana cendawan ini mempunyai ciri keunikan warnanya dan ia selalunya mempunyai tanda atau tompok hitam semula jadi pada bahagian mulut atau bongkahnya yang merupakan ciri khas yang normal dan ia sebenarnya bukan tanda cendawan yang sudah rosak. Apa ptidaknya sebab bila ia di makan akan memberikan rasa yang lemak manis dengn ada sedikit rasa beraroma kekacang dan memang lazat. Apa pun di laporkan dimana lazimnya kegunaan dalam masakan cendawan abalone ini ia sesuai dimasak dalam hidangan sup, sup ayam, tumisan, mi udon atau digoreng tepung berkuah masam manis dimana ini akan memberikan rasa umami (sedap atau enak) yang kuat dalam masakan. Cendawan abalone ialah sejenis cendawan boleh makan daripada keluarga cendawan tiram (nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus) yang mempunyai bentuk dan tekstur isi yang padat, kenyal serta menyerupai siput abalon laut. Rupanya ia berwarna putih gading atau kelabu cerah dengan batang yang agak tebal. Isinya lebih padat, kenyal, dan pejal berbanding cendawan tiram biasa. Penulis blog suka makan cendawan ini yang di masak atau digoreng celur tepung kerana teksturnya tidak mudah hancur. Dalam beberapa tinjauan di mana harga pasaran untuk jenis cendawan abalone (abalone mushroom) di Malaysia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu jenis segar dan jenis dalam tin. Bagi produk Cendawan Abalone Segar dimana ia biasanya dijual mengikut berat paket kecil yang di jual di pasar tani atau di pasar raya atau membeli terus dari pengusaha cendawan adalah sekitar RM2.50 - RM3.50 satu paket kecil (100g - 200g) dan sekitar RM8.00 bagi satu paket sederhana (350g) atau kalau membeli secara borong selalunya di jual sekitar antara RM20.000 - RM25 sekilogram bergantung kepada kawasan dan kualiti cendawan tersebut. Kedua ada Produk Jenis Cendawan Abalone Dalam Tin dimana jenis ini sangat popular untuk masakan hidangan Cina atau bagi mereka yang vegetarian dimana ia selalunya direndam di dalam air garam (brine) sebelum di masak. Antara jenama yang biasa ditemui di pasaran seperti Jenama AliShan atau Jenama Peace dalam tin seberat 425 g yang dijual dengan harga sekitar RM4.40 - RM8.00 setin. Penting penulis blog ingatkan bahawa cendawan abaloni adalah benda yang berlainan dengan jenis Abalone dari spesis hidupan laut masin atau menjadi makanan laut sebenar yang harganya jauh lebih mahal sehingga ia mencecah RM50 - ratusan ringgit satu tin. Artikel ada petang Hari Kemerdekaan Ke 69 tahun 2026 ini saya tulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Cendawan Abalone sebagai bahan rujukkan semua.
Pertama di kongsikan fakta dimana secara khusus masih tidak ada data statistik yang merekodkan jumlah pengeluaran spesifik untuk cendawan abalone (Pleurotus cystidiosus) diseluruh dunia disebabkan industri ini tidak jelas dalam laporan global seperti FAOStat (Pertubuhan Makanan dan Pertanian) sebabnya jenis cendawan abalone biasanya ia akan dikelompokkan sekali di bawah kategori Cendawan Tiram (Pleurotus spp.) atau dikategorikan sebagai sering juga ia di kelaskan sebagai 'Jenis cendawan lain-lain' sahaja sebab ia seakan sama dengan cendawan tiram. Walau begitu bagi penulis blog ada gambaran pasaran dan anggaran data yang berdasarkan pengeluaran industri cendawan global. Dilaporkan kedudukannya dalam senarai Pengeluaran Cendawan Dunia ia termasuk dalam kategori Induk (Cendawan Tiram) yang termasuk jenis abalone, tiram kelabu, tiram putih, dan tiram raja serta ia juga merupakan salah satu spesis cendawan yang paling banyak ditanam di dunia. Kategori ini menyumbang sekitar 16% - 21% daripada keseluruhan jumlah pengeluaran cendawan dunia. Apa pun jumlah pengeluaran bagi semua jenis cendawan di dunia dianggarkan mencecah lebih 44c- 50 juta tan metrik setahun. Cendawan abalone sangat unik kerana ia didakwa dan ia merupakan spesis cendawan tiram yang tahan cuaca panas (sehingga suhu 30°C) dimana cara pengeluaran dunia tertumpu di kawasan beriklim tropika dan sub-tropika oleh para pengusaha di Asia seperti negara China dan Taiwan. Apa pun di laporkan dimana negara China merupakan gergasi utama yang menguasai lebih 80% hingga 90% pasaran dimana merek asudah lama menguasai jumlah pengeluaran cendawan dunia secara keseluruhan. Negara Korea Selatan dan negara Filipina pula ia di laporkan juga menjadi antara hab penting dalam aktiviti penanaman komersial spesis cendawan ini diduia. Apa pun bagi Malaysia apa yang penulis blog pernah terlibat dalam industri cendawan di Jabata Pertanian Malaysia mendapati ia ada di usahakan di peringkat tempatan dan ada insentif diberikan. Cendawan abalone dikategorikan sebagai antara jenis cendawan yang berpotensi tinggi untuk pasaran eksport dan mula diusahakan secara komersial dalam skala tan metrik sehari bersama cendawan tiram lain. Apa pun dikalangan pengguna mereka mungkin keliru sebab jenis cendawan abalone dengan haiwan laut abalone (seafood) adalah dua perkara yang sangat berlainan. Pengeluaran haiwan laut abalone dunia direkodkan secara rasmi sekitar 250,000 tan metrik setahun, manakala cendawan abalone dikira dalam industri kulat/tanaman).
Dilaporkan dimana jenis cendawan Abalone (secara saintifiknya dikenali sebagai Pleurotus cystidiosus) tergolong dalam keluarga cendawan tiram (Pleurotaceae) atau dari jenis cendawan tiram kelau yang popular diusahakan di Malaysia. Ia sudah dinamakan 'Abalone' kerana apabila tiba peringkat dimasak dimana teksturnya yang padat, kenyal dan berongga serta rasanya yang bermentega sangat mirip dengan makanan laut premium iaitu Jenis Siput Abalone (mentiah). Terdapat beberapa jenis atau spesis cendawan abalone dan mempunyai pasaran komersial dimana pembahagiannya berasaskan warna, rupa fizikal, dan habitat spesifiknya. Pertama ada Jenis Cendawan Abalone Putih atau Cendawan Klasik atau nama lainnya adalah 'White Elf' atau 'Maple Oyster' atau 'Akuratake'. Cirinya dimana ia adalah spesies standard yang dilaporkan ia paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Ia mempunyai topi (cap) berwarna putih gading atau kelabu cerah dengan tangkai yang tebal dan tegap. Apa pun ciri keunikan jenis ini mempunyai ciri unik di mana bahagian miseliumnya menghasilkan spora hitam mikroskopik (black coremia) semasa dalam fasa pertumbuhan. Kedua ada Jenis Cendawan Abalone Hitam (Black Abalone Mushroom) atau nama lainnya sebagai 'Kuro Awabi-Take (Jepun)' atau 'Hēi Bào Yú Gū (China/Taiwan)' yang popular. Jenis ini ia mempunyai warna topi yang jauh lebih gelap daripada warna kelabu tua kehitaman sehinggalah hitam legam. Ia sangat popular di Asia Timur seperti Jepun dan Taiwan. Cendawan ini ditanam dalam keadaan premium (malah ada yang menggunakan lampu LED biru) untuk menghasilkan tekstur garing (crunchy) yang lebih ketara berbanding jenis putih. Ketiga ada Jenis Cendawan Abalone Tangkai Tebal (Thick-Legged Abalone) dimana cininya ia amat sesuai dengan namanya dimana jenis ini ia dilihat mempunyai stipe (tangkai) yang sangat gemuk, padat, dan lebar. Jenis ini ia selalu kali dikelirukan dengan King Oyster Mushroom (Pleurotus eryngii). Bahagian tangkainya adalah bahagian yang paling dicari oleh tukang masak kerana ia boleh dihiris bulat menyerupai hirisan daging siput abalone yang sebenar. Keempat ada Jenis Serantau atau Abalone Sinonim Terdekat (Klade Cystidiosus) dimana mengikut data filogenetik kulat, terdapat beberapa spesies tempatan di bahagian dunia lain yang berada dalam kumpulan (klade) yang sama dan membawa sifat morfologi abalone (Pleurotus abalonus) iaitu jenis abalone yang direkodkan secara spesifik di Taiwan. Perlu di komgsikan fakta bagaimana jenis cendawan abalone (Pleurotus cystidiosus) ialah sejenis cendawan yang kaya dengan nutrien, bertekstur kenyal seperti kerang abalon, dan sering digunakan dalam pelbagai masakan. Khasiat memakan cendawan ini yang kaya dengan nutrien serta ia akan mbekalkan vitamin B, vitamin D bersama zat mineral penting seperti kalium (K), zink (Zn), dan zat besi (Fe). Ia juga sebagai salah satu makanan yang menjadi sumber serat tinggi dan ini ia akan membantu melancarkan sistem pencernaan dan memberi rasa kenyang lebih lama. Ia juga ada zat antioksidan dan anti-radang yang dapat membantu melawan sel radikal bebas dan akan mengurangkan keradangan serta dapat bagi menguatkan sistem imun badan. Makan cendawan ini didakwa ia baik untuk kesihatan jantung dengan membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan paras kolesterol. Apa pun cara dan kegunaan dalam masakan ada pelbagai sebab ia ada tekstur isi yang tebal, kenyal dan rasa sedikit manis seperti kacang (nutty). Antara jenis hidangan termasuk resepi masak tumis sayur cendawan abalone (dengan brokoli) atau sesuai dimasukkan ke dalam sup panas, rencah mee udon, atau rencah sup yang lazat.
Selalunya jenis cendawan abalone yang dibeli di pasar raya adalah selamat dimakan, tetapi risikonya timbul jika ia tidak dimasak dengan betul, sudah rosak, atau tersilap ambil daripada spesies liar yang beracun. Bagaimana pun masih ada ancaman dan risiko seperti kes Keracunan Makanan disebabkan memakan cendawan mentah atau kurang masak. Ia boleh menyebabkan kes sakit perut, loya, muntah dan cirit-birit. Ancaman lain makan cendawan adalah kes Reaksi Alahan sebab ada sesetengah individu mungkin alah kepada protein tertentu dalam cendawan, mengakibatkan gatal-gatal atau bengkak. Paling di tkuti adalah ancaman oleh jika berlaku Pencemaran Bakteria berpunca dari cendawan yang disimpan terlalu lama boleh dicemari bakteria atau kulat lain yang menghasilkan toksin. Ancaman lain adalah pengguna tidak tahu jika mengambil jenis Cendawan Tiruan atau Jenis Cendawan Liar yang berisiko besar jika tersilap memetik cendawan liar di hutan yang menyerupai cendawan abalone tetapi sebenarnya beracun. Penulis blog kongsikan akan cara bagi tujuan mengurangkan risiko cendawan ini. Antaranya dengan mempastikan Memasak Sepenuhnya dalam usaha mempastikan cendawan dimasak sehingga masak dan panas menyeluruh untuk membunuh sebarang mikroorganisma. Adalah di syorkan agar hanya membeli dari Sumber Yang Sah seperti membeli di pasaraya, pasar biasa atau kedai yang bersih dan dipercayai. Pembaca blog anim agro technology juga perlua memeriksa tahap kesegaran dan jangan makan jika cendawan sudah berlendir, berbau busuk atau berubah warna. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....
CENDAWAN ABALONE...APA HEBATNYA...
HENDAK MEMBELI....BERAPA HARGA..
CARA MASAK...BAGAIMANAKAH CARA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.