IKAN BUNTAL (pufferfish) ialah sejenis hidupan akuatik yang terkenal diseluruh dunia iaitu daripada famili Diodontidae dan iaitu dalam order Tetraodontiformes dengan kebolehan unik membesarkan atau mengembungkan badannya apabila berasa terancam. Bagi penulis blog sering juga mendapat ikan buntal semasa memancing di laut atau di kawasan muara sungai semasa bertugas di Mersing, Johor dimana memancing adalah hobi yang menyeronokkan pada masa itu. Mengenali ikan buntuk yang mempunyai bentuk badan akan menjadi bulat seperti bola apabila menyedut air atau udara semasa dalam bahaya. Keunikan ikan ini adalah sisi kandungan racun dimana hampir semua spesies ikan buntal mengandungi racun maut yang dipanggil Tetrodotoksin (TTX). Toksin ini jauh lebih kuat berbanding racun sianida (cyanide) dimana dilaporkan ia boleh menyebabkan kes kelumpuhan otot, kesan kegagalan pernafasan serta boleh sebabkan kematian. Apa pun bahagian beracun atau bertoksin tertumpu pada organ dalaman seperti hati, ovari, usus, kulit dan dalam saluran darah dimana ancamannya adalah racun ini tidak musnah walaupun dimasak pada suhu tinggi atau dibekukan. Dilaporkan akan status pemakanan ikan buntal dimana ada dilaporkan di sesetengah negara seperti Jepun (dikenali sebagai fugu) dimana ia boleh dimakan tetapi hanya ia boleh disediakan oleh chef bertauliah dan berlesen khusus. Di Malaysia dilaporkan dimana pihak berkuasa termasuk seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perikanan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada sesiapa memakan ikan buntal kerana risiko keracunan yang sangat tinggi dan boleh membawa maut sebab ikan buntal sudah dikenalpasti oa mengandungi racun yang dikenali sebagai 'tetrodotoxin' yang menyerang saraf seterusnya dilaporkan ia juga akan mengakibatkan kematian kepada mangsa. Memang hampir kesemua jenis ikan buntal mengandungi toksin dan boleh mengakibatkan keracunan apabila dimakan dengan cara yang tidak betul. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapat rawatan segera jika terdapat gejala-gejala keracunan seperti lemah otot, mual dan muntah dalam tempoh 30 minit sehingga 2 jam selepas memakan ikan buntal. Bagi penuis bloh yang selalu dapat ikan buntal dimana badannya ia boleh memang boleh mengembang bulat seperti belon dengan cara menelan air atau udara apabila terancam. Ikan ini tiada sisik dimana pada kulitnya licin atau mempunyai duri-duri halus yang akan tegak apabila ia menggembung. Ia mempunyai jenis gigi seperti paruh yang bersatu membentuk paruh yang kuat untuk memecahkan cengkerang kerang atau siput. Ikan buntal juga ia mempunuai jenis mata agak unik dimana ia boleh menutup mata dengan cara menarik bola matanya ke dalam rongga mata. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting ikan buntal sebagai bahan rujukkan semua.
Menarik fakta mengenai ikan buntal dimana secara keseluruhannya, statistik rasmi jumlah pengeluaran ikan buntal dunia secara tahunan tidak dilaporkan secara global oleh pertubuhan seperti FAOStat kerana ikan ini sebahagian besarnya didaratkan sebagai tangkapan sampingan dan ia bukan jenis ikan yang menjadi buruan nelayan diseluruh dunia. Ia bukan dari jenis ikan komersial utama akan tetapi selelunya ia berada dalam tangkapan nelayan secara tidak senghaja. Walau begitu data dari pasaran khusus dan negara pengeluar utama dari beberapa sumber ada memberikan gambaran jelas tentang pasaran dan produksinya: Dilaporkan dimana jumlah bagi pengeluaran ikan buntal dunia di dominasi oleh negara China iaitu mereka merupakan antara pengeluar terbesar ikan buntal dunia melalui sektor akuakultur yang berkembang pesat. Data Statistik Perikanan China menunjukkan jumlah pengeluaran ikan buntal mereka mencecah 15,391 tan metrik. Ikan buntal di China dikenali sebagai 'hétún' yang secara terjemahannya adalah ia bermaksud 'babi sungai'. Sejarah China menyatakan dimana ikanini dinikmati sejak zaman purba dan menjadi menu Diraja seawal Dinasti Tang (618 - 907 Masihi). Zaman moden ini dilaporkan proses pengambilan ikan buntal adalah dari hasil ternakan (terutama spesies ikan bultal yang selamat dimakan) telah diformalkan dan dibenarkan secara rasmi sejak 2016 (Sila lihat foto disebelah)/ Ia menyebabkan industri restoran dan permintaan terhadap hidangan ini meningkat dengan ketara di China. Di Jepun dilaporkan dimana pasaran domestik menggunakan sekitar 10,000 tan metrik ikan buntal (dikenali sebagai fugu) setiap tahun. Lebih daripada 80% bekalan ikan buntal di pasaran Jepun kini disumbangkan oleh industri akuakultur (ternakan) bagi memastikan kawalan saiz, kualiti, dan tahap racun yang lebih selamat. Berbalik dengan kes di Malaysia dimana mengikut data Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), pendaratan ikan buntal tempatan (sumber liar) mencatatkan 717 tan metrik dengan negeri Perak sebagai penyumbang terbesar. Menyentuk aspek pasaran global dimana pasaran domestik Jepun hebat sebab nilai pasaran domestik hidangan fugu di Jepun dianggarkan melebihi ¥50 bilion (sekitar USD 330 juta) setahun. Hidangan ini dianggap sebagai makanan mewah bersatus tinggi terutamanya pada musim sejuk. Bagi sektor pasaran eksport dan pasaran antarabangsa dilaporkan dimana sejak Jepun melonggarkan peraturan eksport, pasaran antarabangsa bagi ikan buntal telah berkembang ke wilayah seperti Hong Kong, Taiwan, Singapura, Amerika Syarikat, dan Eropah. Namun masih ada kawalan ketat dikenakan di mana ikan hanya boleh dieksport dalam bentuk filet yang sudah siap diproses atau dibuang racunnya (pre-prepared fillets), bukannya ikan utuh. Sektor pasaran Produk Sampingan ikan buntal berkembang dimana selain daripada isi daging untuk makanan mewah (sashimi atau sup) ada bahagian seperti gelembung ikan buntal kering juga semakin mempunyai nilai ekonomi tinggi di pasaran eksport tertentu (seperti Vietnam) dengan harga mencecah RM1,200 -RM1,500 per kilogram (sekitar Rp 4-5 juta/kg). Kulit ikan buntal duri atau landak juga dikeringkan untuk dijadikan produk kraftangan dan perhiasan komersial.
Penulis blog kongsikan fakta dimana ada terdapat pelbagai jenis ikan buntal (pufferfish) di dunia dan di Malaysia yang tergolong dalam keluarga Tetraodontidae dan Diodontidae, dimana hampir kesemuanya mengandungi racun berbahaya bernama tetrodotoksin. Apa pun jenis ikan buntal yang pertama disenaraikan dikenali sebagai Jenis Ikan Buntal Pisang (Lagocephalus) iaitu ia jenis ikan dari genus ini sering ditangkap di perairan Malaysia dan kerap menjadi punca kes keracunan. Ada beberapa sub-spesis didalam kategori ini iaitu Jenis Ikan Buntal Pisang Emas (Lagocephalus wheeleri) iaitu jenis yang mempunyai ciri luaran yang hampir serupa dengan spesies pisang lain. Jenis ikan buntal pisang emas ialah sejenis ikan buntal yang mengandungi racun maut jenis tetrodotoksin dan kelihatan hampir sama dengan spesies buntal pisang yang lain. Ikan ini ia termasuk dalam kelompok ikan buntal pisang (Lagocephalus) bersama buntal pisang muda dan kasar dengan rupa luarannya ia kelihatan serupa dan sukar dibezakan secara fizikal daripada spesies buntal pisang yang lain. Ancaman bahaya dan ketoksikan jenis ini dila[porkan ia mempunyai toksin saraf berbahaya yang disebut tetrodotoksin pada bahagian tertentu dimana bahagian yanag beracun adalah di hati, kulit, usus, dan ovari mengandungi kepekatan racun yang tinggi. Toksin ini tidak akan musnah walaupun ikan dimasak pada suhu yang tinggi dimana tanda dan gejala keracunan ia boleh berlaku dalam masa 30 minit hingga 2 jam yang menyebabkan rasai rasa kebas, mual, muntah, lemah otot, hingga lumpuh dan ancaman kepada kes kematian. Kedua dalam kategori ini adalah Jenis Ikan Buntal Pisang Muda (Lagocephalus spadiceus) iaitu spesies laut yang sering kelihatan di kawasan pesisir pantai. Ia adalah sejenis ikan air masin daripada keluarga Tetraodontidae yang dikategorikan sebagai ikan beracun dan berbahaya untuk dimakan. Nama lain didalam bahasa Inggeris sebagai 'Half-smooth golden pufferfish' dimana ia mampu mengembang atau membesarkan badan beberapa kali ganda daripada saiz asal apabila berasa terancam. Ancaman ikan jenis ini dilaporkan ia sama seperti kebanyakan ikan buntal lain iaitu mengandungi racun semula jadi tetrodotoxin yang menyerang sistem saraf. Bahagian beracun adalah organ dalaman seperti hati, kulit, usus, dan ovari mengandungi kepekatan toksin yang tinggi. Walau di masak toksin ini tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu yang tinggi. Pihak Jabatan Perikanan Malaysia menasihati orang ramai supaya mengelakkan daripada memakan sebarang jenis ikan buntal, terutamanya jika tidak tahu cara menyiang atau mengenalpasti spesiesnya dengan selamat. Ketiga ada Jenis Ikan Buntal Pisang Kasar atau Jenis Ikan Buntal Pisang Lunar (Lagocephalus lunaris) dimana ia dikenali sebagai 'Lunar Pufferfish' yang mana ia bertubuh kecil dengan corak warna agak cerah. Ia ialah sejenis ikan air masin daripada keluarga Tetraodontidae yang mempunyai bentuk ekor seperti huruf-C dan mengandungi racun saraf berbahaya. Habitatnya berada dalam air masin (laut dan kawasan pesisir) dimana ia kelihatan hampir sama dengan spesies buntal pisang lain seperti buntal pisang emas dan buntal pisang muda. Ancaman bahaya ikan ini ia ada mengandungi racun Tetrodotoksin (TTX) kuat pada bahagian tertentu seperti hati, kulit, usus, dan ovari dan ia tidak hilang walau pun dimasak atau toksin ini tidak akan musnah juga walaupun dimasak pada suhu yang tinggi atau dibekukan. Apa pun kesan racun ia boleh menyerang sistem saraf yang akan menyebabkan kebas, lemah otot, lumpuh dan membawa maut dalam tempoh singkat. Perikanan Malaysia menasihatkan orang ramai agar elak daripada memakan sebarang jenis ikan buntal sekiranya tidak pasti tentang keselamatan atau cara penyediaannya.
Seterusnya ada beberapa jenis ikan buntal popular lain iaiitu Jenis Ikan Buntal Fugu (Takifugu rubripes) dimana ia dikenali sebagai Tiger Pufferfish, sangat popular di Jepun dan hanya boleh disiang serta dihidangkan oleh koki pakar yang berlesen. Ikan buntal atau dikenali sebagai fugu dalam bahasa Jepun (pufferfish) ialah sejenis ikan yang terkenal kerana kebolehannya mengembang diri dan mempunyai racun yang sangat kuat. Cirinya ia ada bentuk badan yang mampu dalam menggelembungkan badan seperti belon dengan menyedut air atau udara apabila berasa terancam. Ia mempunyai jenis gigi kuat seperti paruh untuk memecahkan cangkerang krustasia dan moluska. Habitatnya ia banyak ditemui di kawasan air masin, payau, dan sebahagian kecil di air tawar. Ia juga menbahaya dan beracun dengan racun Tetrodotoksin (TTX) yang ada dalam organ dalaman, hati, kulit, dan ovari ikan ini mengandungi racun yang amat kuat dan jauh lebih berbahaya daripada sianida. Racun ini tidak rosak walaupun dimasak dan boleh menyebabkan lumpuh sistem saraf, gagal bernafas, serta kematian dalam masa yang singkat. Kegunaan dalam masakan eksotik di Jepun ikan fugu dijadikan hidangan mewah seperti sashimi atau sup. Apa pun ia hanya boleh disajikan oleh tukang masak profesional yang telah menjalani latihan ketat dan mempunyai lesen khas untuk membuang bahagian beracun dengan selamat. Seterusnya ada Jenis Ikan Buntal Anjing (Arothron nigropunctatus) yang dikenali sebagai Blackspotted Pufferfish, berbadan agak besar dan mempunyai bintik-bintik hitam yang ketara. Ia juga dikenal sebagai 'Ikan buntal babi' atau 'Dog-faced pufferfish' yang mana ia adalah spesies ikan laut tropis dari keluarga Tetraodontidae. Cirinya ia berbentuk wajah bermoncong pendek dan muka ekspresif yang mirip seperti anjing (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ukurannya ia mencapai panjang sekitar 30 - 33 cm dengan warna tubuh yang sangat bervariasi mulai dari kelabu, coklat muda, kebiruan sehingga kuning cerah dengan hiasan bertitik atau bintik-bintik gelap. Ia pun boleh menggembungkan tubuhnya jika terancam dan akan mengeluarkan racun tetrodotoksin yang berbahaya kepada manusia jika terkena. Penulis blog juga jelaskan akan Jenis Ikan Buntal Kerdil (Carinotetraodon travancoricus) iaitu sejenis ikan air tawar yang berukuran sangat kecil (sekitar 1 inci) dan sering dijadikan ikan hiasan akuarium. Ia dinamakan juga sebagai 'Dwarf pufferfish' dari spesies ikan buntal air tawar terkecil di dunia dengan saiz badan yang hanya mencapai kira-kira 2.5 - 3.5 cm dan ia adalah jenisn endemik dan berasal dari perairan tawar di Kerala serta Karnataka selatan di barat daya India. Ia mempunyai corak bertompok hijau, kuning, dan hitam di bahagian belakang yang kelihatan seperti harimau bintang. Ia menjadi pilihan popular sebagai ikan hiasan dalam akuarium air tawar kerana saiznya yang sangat kecil. Walaupun kecil, ia mempunyai sifat teritorial dan agak agresif terhadap sesama jantan. Ia juga mampu dan juga menggembungkan badan dan mengandungi toksin (racun tetrodotoxin) sebagai mekanisme perlindungan.
Racun utama yang terdapat di dalam ikan buntal dikenali sebagai Tetrodotoxin atau ringkasnya sebagai 'TTX'. Ada juga di laporkan dimana ada sesetengah spesies juga boleh mengandungi racun Saxitoxin. Apa pun kedua-dua bahan ini merupakan neurotoksin (racun saraf) yang sangat kuat dan mematikan, malah dianggarkan jauh lebih bahaya dan ianya bertoksik berbanding racun sianida. Fakta penting mengenai Racun Ikan Buntal atau jenis toksin ini tidak dihasilkan pada seluruh badan ikan dan ia sebaliknya tersimpan di dalam organ dalaman seperti hati, ovari atau pada testis (kelenjar jantina), usus dan kulit. Daging ikan boleh tercemar sekiranya organ-organ ini pecah atau tidak dibuang dengan cara yang betul semasa disiang. Paling menyeramkan sebab ia racun jenis tahan haba panas dimana jenis raun tetrodotoxin tidak akan hilang atau musnah walaupun ikan buntal dimasak pada suhu yang tinggi, digoreng, atau dibekukan. Paling bahaya juga sebab ia 'Tiada Penawar' dimana sehingga kini masih tiada ubat antidot atau penawar khusus untuk merawat keracunan ini. Rawatan di hospital hanyalah bersifat bantuan sokongan (seperti mesin bantuan pernafasan) untuk membantu pesakit bertahan sehingga racun keluar dari badan. Apa pun gejala keracunan atau kesan racun boleh dikesan seawal 20 minit hingga 2 jam selepas makan, melibatkan beberapa tahap dimana pada 'Tahap Awal' ada rasa kebas-kebas di sekitar bibir, mulut, dan hujung jari, diikuti mual, muntah, serta sakit perut. Kemudian pada 'Tahap Sederhana' mangsa akan sukar bercakap, hilang keseimbangan badan, otot menjadi lemah, dan juga dia sukar bergerak. Kemudian ada 'Tahap Kritikal' dimana mangsa akan menjadi lumpuh seluruh badan, gagal bernafas kerana otot dada lumpuh, siste, tekanan darah menurun dan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh yang singkat. Oleh sebab risiko yang sangat tinggi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat melarang orang ramai daripada menyiang dan memasak sendiri ikan buntal di rumah tanpa ilmu dan kelayakan khas. Penulis blog ada merujuk nenerapa kes keracunan ikan buntal ialah keadaan maut akibat bahan toksin bernama tetrodotoksin (racun saraf yang jauh lebih kuat daripada sianida) yang terdapat pada organ dan daging ikan buntal. Ada beberapa kes popular di Malaysia iaitu di Kluang, Johor (2023) apabila ada sepasang suami isteri warga emas maut selepas makan ikan buntal yang dibeli secara pra-tempahan melalui Facebook. Kedua di laporkan di Sabah (2025) dimana ada lima individu termasuk satu keluarga mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal yang dibeli di pasar tempatan. Dilaporkan dimana mangsa mengalami gejala keracunan seperti kebas pada bibir, lidah, muka, tangan, loya, muntah, dan cirit-birit, lemah otot, hilang keseimbangan, dan kesukaran bernafas. Kelumpuhan otot pernafasan yang boleh membawa maut dalam masa 6 hingga 24 jam kemudian jika tidak segera di rawat. Memang di laporkan yang toksin tidak hilang walaupun ikan dimasak, digoreng, atau dibekukan dan hanya pakar yang mempunyai lesen dan teknik khusus sahaja selamat memproses ikan buntal. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.