Menarik untuk cari fakta akan jumlah pengeluaran cendawan jerami padi iaitu jenis hasil cendawan menyumbang kira-kira 1% daripada jumlah keseluruhan jumlah pengeluaran cendawan dunia. Memandangkan jumlah pengeluaran semua jenis cendawan dunia secara keseluruhan dianggarkan mencecah melebihi 44 juta tan metrik hingga 50 juta tan metrik setahun iaitu satu anggaran pengeluaran khusus untuk cendawan jerami dunia adalah sekitar 400,000 hingga 500,000 tan metrik setahun. Fakta lain berkaitan adalah mengenai status pasaran dan pengeluaran cendawan jerami di peringkat global diman sehingga kini dilaporkan yang 'Peneraju Utama' yang hasilkan cendawan ini adalah Negara China merupakan pengeluar terbesar dunia bagi cendawan jerami. Negara tersebut menghasilkan sekitar 330,000 tan metrik setahun yang merangkumi hampir 80% daripada keseluruhan bekalan dunia untuk pasaran domestik dan juga pasaran eksport. Dilaporkan asal cendawan jerami ia berasal dari China dan mula dibiakkan secara meluas sejak abad ke-18 oleh sami Buddha di Kuil Nanhua menggunakan batas jerami padi. Bentuknya menyerupai telur atau butang kecil sebelum ia kembang dan mempunyai tekstur yang lembut serta rasa berlemak manis ia adalah sangat popular dalam masakan Asia seperti sup dan tumisan, serta digunakan dalam perubatan tradisional China untuk menyahkan panas badan. Di China kawasan taburan utama ia merangkumi wilayah selatan dan tengah seperti Guangdong, Guangxi, Fujian, Hunan dan Sichuan. Ia ditanam menggunakan kompos jerami padi atau sisa pertanian lain di kawasan beriklim panas dan lembap. Dilaporkan iaitu industri penanaman cendawan ini berkembang pesat sebagai sumber makanan dan ekonomi penting bagi petani tempatan. Apa pun rantau dominan dalam industri ini adalh selain China, kawasan Asia Pasifik lain adalah ia menguasai lebih 64% bahagian pasaran global bagi cendawan jerami. Pengeluaran komersial bertumpu di negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan seperti Vietnam, Thailand, Indonesia dan India. Kini dengan nilai pasaran bagi pasaran global bagi cendawan jerami dianggarkan bernilai sekitar USD 2.8 bilion dimana ia diunjurkan terus berkembang pesat hasil peningkatan permintaan terhadap makanan berasaskan tumbuhan (plant-based). Aspek bentuk jualan juga dimana jangkahayat cendawan jerami segar yang sangat pendek dan ada sebahagian besar pengeluaran global dipasarkan dalam bentuk ditinkan (canned) untuk eksport dan selebihnya dijual segar untuk pasaran domestik (Sila lihat foto disebelah). Produk dalam tin ini boleh di beli diseluruh dunia.
Cirinya adalah ia berbentuk seperti telur atau bulat atau ia kelihatan bulat, lonjong, atau seakan-akan bentuk telur burung puyuh kerana keseluruhannya masih dibungkus rapi. Ia juga di litupi selaput menyeluruh (universal veil/volva) dimana diseluruh bahagian penting cendawan seperti payung (topi) dan tangkai masih belum kelihatan dari luar kerana ia masih terkurung sepenuhnya di dalam satu lapisan tisu pembungkus yang dipanggil volva. Bahagian dalaman mula terbentuk dan jika cendawan pada peringkat ini dipotong secara menegak (membujur), anda sudah boleh melihat struktur awal tangkai (stipe), payung (pileus) dan insang (gills) yang tersusun padat di dalam selaput tersebut. Selalunya warna luaran atau pada lapisan atas selaput luarannya biasanya berwarna kelabu gelap atau keperakan dan warnanya akan menjadi semakin cerah (keputihan) ke arah bahagian bawah. Apa pun pada peringkat ini oa paling sesuai di tuai atau waktu paling ideal dan komersial untuk menuai cendawan jerami kerana pada masa ini ia mempunyai kandungan protein paling tinggi (sekitar 25%) dan paling kaya dengan nutrisi. Teksturnya pun pada tahap paling sedap, rangup dan padat untuk dimakan. Mempunyai jangka hayat simpanan (shelf life) yang lebih lama berbanding jika dituai selepas payungnya kembang terbuka.
Jenis Kedua adalah Jenis Cendawan Jerami Padi Peringkat Terbuka atau Sudah Kembang iaitu apabila membran luar pecah dan payung cendawan mula terbuka lebar (Sila lihat foto disebelah). Pada peringkat ini lazinya isinya menjadi kurang padat dan rasanya tidak sekental peringkat butang. APa pun peringkat terbuka berlaku bagi cendawan jerami yang merujuk kepada fasa di mana cendawan telah matang sepenuhnya apabila di lihat yang bumbungnya terbuka dimana ketika ini spora mula dilepaskan oleh angin dan agen lain di persekitarannya. Ciri-ciri utama peringkat terbuka cendawan jerami termasuk melihat akan Rupa Bentuk Fizikal iaitu Tudung Berbentuk Payung iaiatu apabila selaput luarnya (universal veil) telah selesai pecah sepenuhnya dimana dilihat tudungnya mengembang lebar seperti payung terbuka atau berbentuk loceng. Kedua adalah Keadaan Batang (Stipe) Memanjang dimana bahagian batang cendawan memanjang sepenuhnya ke atas untuk menyokong tudung bagi memudahkan penyebaran spora. Seterusnya adalah Peringkat Kehadiran Cawan (Volva) dimana apa yang berlaku adalah ada lebihan selaput asal yang pecah akan tertinggal di bahagian paling bawah batang dan membentuk seperti struktur cawan basik (volva). Selelunya di lihat yang warna tudung ia akan bertukar menjadi kelabu gelap, coklat kelabu atau kehitaman di bahagian tengah, manakala bahagian tepi tudung berwarna lebih cerah. Seterusnya adalah Peringkat Struktur Pembiakan (Insang dan Spora) dimana warna Insang (Gills) Bertukar dan insang di bawah tudung yang asalnya berwarna putih akan bertukar menjadi merah jambu dan akhirnya coklat kemerahan (merun) apabila matang. Seterusnya ada Proses Pelepasan Spora iaitu dimana pada peringkat ini, sel-sel basidia pada insang telah matang dan mula melepaskan spora berwarna merah salmon (salmon-pink) ke udara untuk pembiakan. Ketiga adalah mengenai Kualiti Tekstur dan Nilai Pasaran dimana selalunya tekstur masih lembut serta isi cendawan tidak lagi padat seperti peringkat 'telur' dulu sebaliknya menjadi lembut, berair, dan mudah rosak. Di pasaran global dimana cendawan jerami peringkat terbuka kurang digemari dan mempunyai nilai komersial yang rendah. Pembeli dan pengusaha lebih mengutamakan penuaian pada peringkat 'telur' kerana ia lebih manis, padat, dan tahan lama. Apa pun setelah terbuka iaiti jenis cendawan ini akan mengalami proses mereput secara semula jadi (autolysis) dengan sangat cepat (dalam tempoh beberapa jam sahaja pada suhu bilik). Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....
HENDAK MEMBELI....BERAPA HARGA..
CARA MASAK...BAGAIMANAKAH CARA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).
CENDAWAN JERAMI...APA HEBATNYA...
HENDAK MEMBELI....BERAPA HARGA..
CARA MASAK...BAGAIMANAKAH CARA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.