Support My Blog

Tuesday, September 15, 2026

KELAPA RENEK - FAKTA PENTING (PART 4)

KELAPA RENEK (Dwarf Coconut) atau di negara jiran iaitu di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Kelapa Genjah' adalah sejenis pokok kelapa yang tumbuhnya rendah dan selalu ia juga cepat berbuah. Di Malaysia dimana terkini jenis varieti kelapa hibrid terutama kelapa Matag menjadi buruan penanam kelapa kerana prestasinya yang amat baik dan mampu memberikan pulangan ekonomi yang lumayan jika di jaga baik. Bagaimana pun disebabkan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih kelapa hibrid Matag yang tulin (F1) yang semakin sukar maka kerajaan melalui Jabatan Pertanian syor dan mengggalakkan penanaman jenis kelapa renek sebagai aternatif. Kini harga benih kelapa Matag Hibris F1 dipasaran sudah pun mencecah RM70 - RM100 sepokok. Kelapa renek ini sudah menjadi salah satu pilihan bagi para pekebun kelapa untuk menambah pendapatannya dari kebun kelapa. Berdasarkan penulisan yang saya terdahulu mengenai kelapa diingatkan semula dimana di Malaysia iaitu penanaman kelapa terdiri dari tiga jenis secara asasnya iaitu Jenis Kelapa Tinggi (Tall Coconut), Jenis Kelapa Renek (Dwarf coconut) dan Jenis Kelapa Hibrid (Hybrid coconut). Perbezaan yang signifikan diantara jenis kelapa tinggi dengan kelapa renek adalah terletak pada kadar jangkamasa kecepatan berbuah, tinggi pokok, bentuk batang (perdunya) dan saiz ukuran serta jumlah buahnya sepokok. Penulis blog yang pakar dalam tanaman kelapa mendapati dimana bagi jenis kelapa tinggi dimana lazimnya jenis ini alan mula berbuah pada usia tanam 6 - 8 tahun ditanam iaitu apabila ketinggian pokok sudah mencapai 30 meter. Kelapa tinggi lazimnya akan hasilkan buah berukuran buah 1.5 - 2.5 kg sebiji dan setiap pokok yang matang mampu untuk berbuah sebanyak 90 biji buah setahun. Berlainan pula dengan jenis kelapa renek dimana ia cepat berbuah iaitu sekitar 3 - 4 tahun sahaja selepas ditanam dan pokoknya memang rendah iaitu ketinggian sekitar 8 - 12 meter sahaja bila matang. Kelapa renek menghasilkan saiz ukuran buah kecil sedikit iaitu sekitar 1.5 kg sebiji dengan anggaran penghasilan sebanyak 140 biji sepokok setahun. Penanaman kelapa renek dengan kaedah kepadatan 270 pokok sehektar adalah mampu hasilkan buah kelapa jauh lebih tinggi hasilnya (walau saiz buah kecil) jika dibanding dengan penghasilan kelapa tinggi yang ditanam sekitar 127 pokok sehektar. Artikel subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sekali lagi iaitu mengenai fakta penting tanaman kelapa renek yang sesuai untuk ianya dijadikan ianya bahan rujukkan semua pembaca blog.  


Kelapa Rendah Malaya Kuning (Malayan Yellow Dwarf atau MYD) merupakan satu varieti kelapa renek didaftarkan dengan Kod CN5 yang banyak ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa disamping menjadi tanaman landskap yang boleh mendatangkan hasil. Kelapa MYD juga ia merupakan jenis kelapa yang unik kerana jika kita tidak kenal akan kelapa ini akan menyengka pokok kelapa ini tidak cukup baja kerana warna daunnya tidak hijau seperti pokok kelapa Malayan Tall (Kelapa Tinggi biasa). Sebaliknya daun pokok MYD agak kekuningan dan buahnya juga berwarna kuning cerah (Sila lihat foto di atas). Buah kelapa MYD lazimnya berbentuk bulat dengan saiz kecil dengan mengandungi air kelapa yang sedikit berbanding dengan kelapa tinggi seperti Tagnanan, MT dan kelapa hibrid Matag. Kelapa ini banyak ditanam di Stesyen Pertanian Jabatan Pertanian (untuk pokok induk bagi pengeluaran benih), Stesyen MARDI (untuk penyelidikan) dan beberapa estet swasta (United Plantation dan NLFCS). Kelapa MYD juga ditanam dikeliling rumah dikawasan kampong atau taman perumahan untuk dijadikan tanaman hiasan tetapi ia tetap mengeluarkan hasil. Kawasan rekreasi seperti Taman Bunga dan Pusat Riadan juga ditanam dengan kelapa MYD untuk mencantikkan lokasi terutama jika ada kolam atau tasik atau sepanjang sungai. Kelapa MYD merupakan jenis Kelapa Renek yang mudah ditanam dan cepat berhasil. Lazimnya dengan penjagaan baik pokok kelapa MYD akan berbuah dalam masa 3 tahun sahaja. Pokoknya setinggi 2-3 kaki tinggi akan berbunga dan mengeluarkan buah pada tandan. Lazimnya bilangan buah pada pokok muda sekitar 3 - 7 biji setandan tetapi boleh mencecah sehingga 10 - 15 biji setandan jika pokok telah matang dan dibaja dengan baik serta dikawal seragan perosak dan penyakit. Kebanyakan buah kelapa MYD yang kecil ini tidak dijual dikedai runcit kerana pengguna tidak berapa suka akan saiz yang kecil ini. Bagaimana pun kalau kita ada pokok kepala MYD sendiri dirumah boleh dibuang kulit sabutnya dan diambil santannya. Isinya mampu menghasilkan santan yang baik walau pun saiznya kecil sahaja. Bagaimana pun untuk diambil sebagai kelapa muda untuk minuman tidak jadi masaalah. Ini kerana walau pun kelapa ini tidak mempunyai aroma enak seperti kelapa pandan, jika dipetik pada tahap umur betul ianya masih boleh dijual. Ada beberapa usahawan yang mengambil kelapa MYD ini dan dibuang kulitnya dan dibentuk cantik dijual dengan harga RM1.50 sebiji diladang. Kini ia boleh di jual sehingga RM5.00 sebiji disekitar Lembah Kelang atau pun di kebanyakan restoren dan hotel. Kelapa MYD bleh ditanam oleh mereka yang berminat kerana kelapa jenis ini adalah lasak, tahan kkemarau dan kurang serangan serangga perosak dan penyakit berbanding dengan kelapa Matag dan Kelapa Pandan.


KELAPA RENEK HIJAU MALAYA
atau Malayan Green Dwarf MGD) pula ia merupakan satu varieti kelapa renek yang kurang dikenali dan tiada nombor daftar dimana ada sedikit ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa. Penulis blog semasa membuat tinjauan rambang di beberapa lokasi mendapati dimana kelapa jenis ini sering dijadikan tanaman landskap sahaja yang mana ia juga mampu mendatangkan hasil. Kelapa varieti ini (Cocos nucifera) dipercayai natif di Malaysia berdasarkan kepada nama diberikan iaitu Malayan Green Dwarf atau Kelapa Renek Hijau (KRH). Kelapa ini masih lagi belum didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia (National variety listing) tetapi dua lagi kelapa renek telah didaftarkan iaitu Kelapa Renek Merah (MRD - CN4) dan juga Kelapa Renek Kuning (MRD - CN5). Mungkin ada dikalangan pembaca rupa-rupanya ada menanam sepokok dua pokok MGD ini dikawasan keliling rumah terutama mereka yang duduk dikawasan kampong tradisional. Mendengar namanya tentu kita boleh mengagak bahawa pokok kelapa ini adalah jenis renek berbanding dengan jenis kelapa tinggi. Pokok Kelapa Renek Hijau atau dalam bahasa Inggeris sebagai (Malayan Green Dwarf - MGD) ini selalu tumbuh menegak dengan ketinggian antara 15-25 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Penulis blog dapati varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan daun berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MGD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun, pelepah dan buah yang hijau cerah. Panjang etial helai daun sekitar 16 -18 inci dengan susunan daun bertentangan pada pelepahnya. Selain warna hijau kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti iaitu kekuningan sedikit. Kelapa MGD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan pengeluaran sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MGD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Penulis blog bersaa beberapa pakar kelapa mendapati varieti MGD ini paling tidak stabik ciri genetik dan fenitipiknya berbanding dengan kelapa rendah lain. Kelapa MGD ini tidak digunakan sebagai pokok induk untuk pengeluaran benih hibrid MATAG, MAWA dan sebagainya. Pemilihan pokok yang subur dengan buah lebih 80 biji sepokok setahun membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan. Buah Kelapa MGD ini berbentuk Oval atau Bulat dengan warna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat kehitaman apabila masak dan gugur. Buah ini berukuran antara 6 - 12 cm ukurlilit dengan ada lapisan sabut sederhana tebal. Pokok kelapa MGD cepat berhasil berbanding dengan pokok kelapa jenis tinggi (seperti Malayan Tall dan Tagnanan) iaitu hanya mengambil masa 3-4 tahun sahaja. Kebanyakan kelapa tinggi akan mengeluarkan bual selepas 6-7 tahun ditanam. Satu tandan pada umur pokok 5-6 tahun mampu menghasilkan sebanyak 18 - 30 biji kelapa (nuts) bergantung kepada penjagaan tanaman dan amalan agronomi. Walau pun saiz kelapa ini agak kecil daripada kelapa tinggi Malaysn Tall, tetapi beberapa biji yang dibuang dari tandan diperingkat awal (penakaian) membolehkan ia menghasilkan buah kepala MGD yang besar. Kelapa ini boleh digunakan untuk menghasilkan santan dan produk lain berasaskan santan. Air kelapa MGD walau pun tidak seenak kelapa pandan masih boleh diminum sebagai air kelapa.


KELAPA RENEK COKLAT MALAYA atau Malayan Brown Dwarf (MBD) atau nama saintifiknya Cocos nucifera iaitu asalnya didaftar CN27 merupakan satu jenis atau varieti kelapa renek yang kurang dikenali ramai. Kajian penulis mendapati pokok kelapa ini ada ditanam di MARDI, Bagan Datok, Perak didalam beberapa plot penyelidikkan mereka yang penulis blog minta didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia semenjak tahun 2012 lagi. Apa pun variieti MBD ini telah berjaya di daftarkan oleh MARDI dengan nombor pendaftaran sebagai CN27 dan diluluskan pada 22 Jun 2023 (ia hanya didaftarkan 11 tahun kemudian selepas saya minta ia dilakukan). Benih kelapa ini dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui kerjasama COGEN untuk tujuan menjaga janaplasma kelapa renek diseluruh dunia sebagai langkah penting dalam industri penanaman kelapa. Asalnya kelapa MBD ini dipercayai sebagai sejensi kelapa yang berprestasi baik tetapi ia jarang dikenali dan ditanam oleh petani diluar sana. Ada laporan kemungkinan jika ada juga yang telah ditanam oleh petani atau pekebun kecil lain dalam negara tanda disedari atau diketahui mereka. Ini kerana menlihat daripada pencirian pokok tersebut pada masa itu (20012-2015) penulis blog ada melihat beberapa ciri persamaan marfologi dengan jenis Kelapa Sungai Gulang-Gulang (SGG) dimana ia kemudian di daftarken dengan nombor pendaftaran CN16 yang ditanam oleh beberapa petani dikawasan tersebut. Pencirian varieti kelapa SGG (CN16) ini dilakukan terkemudian setelah ia dibuat penelitian oleh pakar kelapa. Asalnya penulis blog dan pakar kelapa di Malaysia memang berpendapat mungkin varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (CN16) ini adalah hasil mutasi pokok kelapa MBD.  Sehingga hari ini belum ada anakbenih tersedia untuk di tanam oleh petani kerana pokok induk yang dikenalpasti tulis berada di Stesyen MARDI Sg. Sumun di Bagan Datuh, Perak. Sesiapa yang berminat untuk menanam kelapa varieti MBD ini boleh menghubungi pihak MARDI tersebut untuk tujuan bagi mendapatkan benih yang tulen. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai agar ia dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....  
KELAPA RENEK...DWARF COCOCNUT SAMA...
POKOKNYA RENDAH...BANYAK VARIETINYA..
IA CEPAT BERBUAH...DAN TINGGI HASILNYA...
MEMBACA ARTIKEL...SUKA DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...