BUAH DOKONG (Lansium domesticum Corr. ) adalah sejenis buah-buahan tempatan daripada keluarga Meliaceae yang sekeluarga dengan buah langsat, duku dan duku langsat. Penulis blog amat suka makan buah dokong dimana ia adalah sejenis buah bermusim yang popular dimana bentuk dan kulit buahnya agak bulat atau sedikit lonjong berbanding buah langsat dengan ia berkulit licin dan berwarna kuning muda apabila masak. Kulitnya juga agak tebal tetapi dilihat ia kurang bergetah. Penulis blog amat suka membeli dan makan buah dukong dimana isinya berwarna putih, tebal, penuh dengan jus dan terkenal dengan rasa yang sangat manis dan ia digelar sengan nama 'Manis leting'. Bagi penulis blog yang mahir dengan jenis-jenis buah sepertinya memng kenal akan ciri-ciri buah langsat, buah duku. buah dokong mempunyai isi yang lebih pejal, ulas yang lebih besar dan kurang rasa masam atau bergetah seperti langsat. Bagi penulis blog dimana aktiviti penanaman dokong merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika daripada keluarga Meliaceae yang semakin popular. Buah Dokong merupakan satu daripada beberapa jeni buah menyamai buah duku iaitu dari genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku (Johor) dan duku langsat (Terengganu). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai buah dokong dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Dalam pada itu kawasan utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah. Penulis blog telah membuat tinjauan teknologi tanaman dokong dan amalan agronomi di beberapa lokasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang serta di Johor bagi mendapatkan info dan menjelajah sehingga ke Thailand untuk mengukuhkan lagi amalan agronomi penanaman pokok dokong yang pernah menjadi 'boom' kepada petani. Bagi penulis blog mendapati sebenarnya apa yang dapat saya ilaikan adalah dimana buah dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi serta pernah mencapai harga maksima beberapa belas tahun dahulu. Selain ia untuk dimakan segar dimana sebenarnya buah dokong ini juga boleh dibuat jem. Dalam pada itu dimakmal dilaporkan dimana khasiat nutrisi buah dokong ini bagi setiap 100 g bahagian buah yang boleh dimakan mengandungi tenaga sebanyak 57 kalori. Ia juga mengandungi kabohidrat (15.2 gram), Kalsium (19.0 mg), Kalium (25.5 mg), Zat Besi (1.1 mg), Vitamin B1 (0.07 mg), Vitamin B2 (0.04 mg), Vitamin C (3.0 mg), Lemak (0.2 mg), Protin (0.9 mg) dan juga Niasin sebanyak 1.0 mg. Penanaman pokok dokong yang dikelaskan sebagai buah-buahan tempatan bermusim ini berbuah sekali setahun iaitu diantara buan Jun - September dengan lokasi berbeza-beza. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis akan fakta penting buah dokong sebagai rujukkan semua.
Panduan bagi memilih buah dokong yang berkualiti, manis dan segar ketika membelinya ia boleh ditentukan dengan melihat tekstur kulit, warna, bentuk serta berat buah tersebut. Buah dokong yang premium biasanya mempunyai isi yang pejal, tebal dan selalu ia kurang bergetah berbanding dengan buah langsat. Penulis blog selalunya akan hanya memilih buah dokong yang terbaik di pasar dengan memerhatikan ciri-ciri buah yang di jual diatas rak atau bakul. Pertama perlu Memerhatikan dan Periksa Akan Warna Kulit dimana jika ia berwarna kuning langsat atau berwarna kuning keemasan atau memilih buah yang kulitnya berwarna kuning muda cerah atau kuning keemasan sekata (Sila lihat foto disebelah). Jika kelihat ada bintik Coklat Halus maka jangan takut dengan bintik-bintik coklat semula jadi pada kulit sebab buah dokong yang matang penuh dan manis biasanya mempunyai bintik coklat halus atau pada kulit permukaan yang sedikit kasar berbanding duku. Awas semasa memeriksa dan elakkan membeli jika buah masih Berwarna Hijau sebab jika ia berwarna hijau pada kulit menandakan buah tersebut dipetik terlalu awal dan rasanya akan masam. Panduan kedua adalah Menyentuh dan Rasa Tekstur Kulit sebab jika ia Berkulit Lembut dan Tidak Berkedut elok di beli sebab tekstur kulit dokong yang berkualiti terasa lembut apabila ditekan perlahan akan tetapi ia tidak lembik. Elakkan memilih buah yang kulitnya sudah kecut atau berkedut kerana itu tandanya buah sudah lama dipetik. Boleh juga ikuti panduan dimana mencari yang Kurang Getah sebab kulit dokong berkualiti lebih tebal daripada langsat dimana ini akan memberikan perlindungan yang baik pada isinya dan selalu ia mempunyai kandungan getah yang minimum. Panduan Ketiga dimana Memilih Bentuk Lonjong dan Saiz Agak Besar sebab penulis blog tahu jika buah dokong gred baik biasanya bersaiz lebih besar daripada langsat biasa. Bentuknya yang sedikit lonjong atau bujur menandakan ulas di dalamnya tebal, padat, dan penuh dengan jus. Panduan ke empat adalah Cuba Mengangkat untuk Rasa Berat (Berjus) dengan memegang dan timbang buah di tapak tangan. Pilih buah yang terasa berat untuk saiznya. Buah yang berat menandakan isinya padat dengan air (berjus) dan tidak kering di dalam. Kelima adalah dengan Memeriksa Keadaan Tangkai dan disyorkan membeli buah dokong yang masih melekat erat pada tangkainya dalam satu gugusan. Dokong yang sudah banyak luruh atau tercabut sendiri dari tangkai biasanya sudah terlalu ranum dan lebih cepat rosak atau masam jika disimpan lama.
Menarik penulis blog kongsikan fakta bagaimana potensi bagi penanaman dan pasaran buah dokong di Malaysia. Apa pun sudah diketahui jika masih ada Nilai Komersial Tinggi bagi buah dokong dimana kalangan petani ada yang dakwa ia lebih diminati berbanding penanaman pokok langsat biasa kerana isinya lebih tebal, kurang atau hampir tiada biji dan rasanya yang manis. Faktur pengeluaran Hasil Buah Dokong adalah ianya agak lumayan walau piun ujud isu 'Binneal' atau berbuah banyak atau sedikit setiap 2-3 tahun sekali. Dilaporkan bagi jenis pokok dokong sudah matang ia mampu menghasilkan antara 50 - 100 kg buah dokong segar setahun bergantung pada penjagaan, cuaca, kualiti dan usia pokok tersebut. Kalau satu hektar ada banyak pokok maka boleh di agak aka jumlah pengeluaran ketika waktu puncak (peak season). Faktor hasil buah dokong lain adalah Faktur Harga Pasaran Yang Baik dimana dalam 10 - 15 tahun kebelakangan ini harga ladang atau borong boleh mencecah RM3 - RM5 sekilogram dan kajian mendapati jika harga runcit buah dokong ia berada sekitar RM8 - RM10 sekilogram. Dalam pada potensi penanaman pokok dokong adalah berpotensi sebab Kadar Jumlah Permintaan Pasaran Konsisten dimana ia sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan, pasar tani, gerai tepi jalan dan kadang-kadang di jual secara atas talian juga. Seterusnya adalah Faktur Kelebihan Teknik Moden dan Amalan Agronomi iaitu sudah boleh menanam melalui kaedah pembiakan vegetatif seperti Teknik Tut atau Teknik Cantuman Dewasa dimana pokok dokong kini ia boleh mula berbuah lebih cepat iaitu dalam masa 4 - 5 tahun sahaja selepas ditanam berbanding benih biji yang lebih lama. Pokok dokong masih mendapat perhatian oleh petani tradisional dan kalangan usahawan komersial di Malaysia. Masaalah 'Binneal' merupakan antara isu yang perlu di bincangkan. Isu binneal juga menyebabkan pokok dokong akan menghasilkan buah setiap 2 - 3 tahun sekali dengan banyak dan kes ini ia sangat bergantung kepada ilkim panas dan faktur hujan yang akan menghasilkan proses pembungaan. Pemerhatian penulis blog semasa bertugas dahulu mendapati dimana Zon di Selatan Semenanjung Malaysia seperti di Johor, Melaka dan Pahang Selatan lebih terjejas kerana taburan hujan yang banyak dan tiada musim kemarau seperti di Kelantan, Kedah dan Perlis yang diperlukan oleh tanaman dokong. Para saintis pertanian perlu melihat potensi tanaman dokong di komersilkan dengan lebih luas pada masa akan datang.
Siapa kata buah dokong ia tidak ada kepercayaan atau mitos tersendiri sebab antara mitos yang popular mengenai Buah Dokong di masyarakat kita ialah ia Bersifat 'Buah Sejuk' dan boleh menyebabkan sakit atau sengal urat terutamanya jika dimakan oleh para ibu selepas bersalin atau jika dimakan terlalu banyak. Bagi penulis blog pernah dengar testimoni dimana buah dokong sebagai jenis 'buah sejuk' menyebabkan kesan 'Sakit Urat dan Sakit Sendi' terutama di kalangan orang tabgfg sensitif. Kalangan tua-tua sering melarang atau perlu mengehadkan pengambilan buah dokong (serta saudaranya seperti duku dan langsat) kepada ibu yang baru melahirkan anak atau individu yang sensitif pada bahagian sendi. Sesiapa yang memekan terlalu banyak dipercayai boleh menyebabkan kea 'Badan masuk angin' atau memicu sakit urat. Ada juga kedua iaitu Mitos Buah Dokong Ada Kandungan Air Yang Tinggi yang berkaitan dengan sifat sejuk ini juga dikaitkan dengan kandungan air yang tinggi serta tekstur isinya yang berjus dan menyegarkan. Jika memakan buah dokong dengan kuantiti banyak dan terlalu kerap kemungkinan akan berikan kesan negatif kepada mereka yang sensitif. Ketiga ada Mitos Jika Makan Banyak Buah Dokong Menjadikan Badan kebas atau kes sakit urat, masuk angin dimana faktanya sehingga artikel ini di tulis masih tidak ada bukti saintifik yang mengaitkan buah dokong dengan sakit urat. Rasanya yang manis bergetah ringan sebenarnya ia kaya dan tinggi dengan serat, vitamin C dan antioksidan yang baik untuk membantu proses penghadaman. Kajian menyatakan dimana punca sebenar ada rasa lenguh atau tidak selesa selepas makan terlalu banyak buah ini lazimnya disebabkan oleh kandungan gula semula jadi yang tinggi (fruktosa dan sukrosa) atau tabiat makan berlebihan sehingga mengganggu sistem pencernaan dan ulas bijinya yang pahit jika tergigit.
Fakta dimana perlu tahu jika ada Musim Buah Dokong di Malaysia dimana pengalaman dan pemerhatian penulis blog dapati ia lazimnya bermula dari bulan Jun hingga September saban tahun (masa artikel ini ditulis memang sedang banyak buah dokong di jual di tepi jalan dan gerai buah-buahan). Kajian juga dapati dimana waktu kemuncak pengeluaran buah dokong ini ia biasanya berlaku sekitar bulan Ogos hingga September dan juga berkait dengan cuaca. Apa pun penuli blog faham jika musim buah dokong dan juga tempoh jangkamasa musimnya bermula dari pertengahan tahun iaitu sekitar Bulan Jun atau Bulan Julai dan akan berakhir pada September atau Awal Oktober. Menarik bincang akan kesan dari faktor cuaca yang berlainan setiap tahun dimana pokok dokong sam adenga pokok durian ia bergantung kepada cuaca panas atau musim kering selama 3 - 4 minggu dimana ciri ini akan mencetuskan proes pembungaan pokok dokong dan buah-buahan bermusim lain sebelum musim berbuah. Apa [un dalam pemerharian penulis blog dimana secara umumnya, tempoh masa daripada peringkat bunga berkembang dan pendebungaan sehingga buah dokong masak dan boleh dipetik ialah sekitar 4 hingga 6 bulan. Buah dokong lazimnya sedia untuk dituai sepenuhnya selepas 6 bulan bunga berkembang. Walau bagaimanapun, faktor cuaca dan aspek kesuburan pokok boleh menyebabkan buah matang lebih awal iaitu sekitar 4 bulan di sesetengah kawasan. Faktur dan cabaran bagaimana cara memetik buah dokong yang betul adalah dengan memotong tangkai gugusannya menggunakan gunting kebun atau pisau tajam dan bukannya dengan merentap atau menarik buah tersebut agar buah tidak rosak atau jatuh ketanah dan lebam. Kerja memetik buah dokong perlu berhati-hati dan teliti sebab ia agak rumit bagi mereka yang tidak mahir melakukannya. Pemerik buah dokong yaang mahir perlu memilih buah yang masak iaitu mempastikan buah sudah bertukar warna kuning keemasan atau telah pun matang sepenuhnya di atas pokok. kemudian dengan menggunakan alat pemotong perlu di potong bahagian tangkai tandan buah dengan gunting atau pisau. Perlu mengelakkan merentap dan jangan ditarik atau patahkan tangkai dengan tangan kerana ia boleh merosakkan dahan pokok dan akan menyebabkan kulit buah mudah cedera atau pecah. Buah ini perlu dengan teliti disambut dengan cermat bertujuan untuk mengelakkan buah daripada jatuh ke tanah supaya kualiti dan kesegarannya kekal terjaga. kemudian buah perlu di gredkan iaitu sau lagi proses mengelaskan buah dokong mengikut tahap kualiti, saiz dan kesegaran berasaskan piawaian standard tertentu seperti standard FAMA. Ia digred bertujuan untuk menilai mutu dan kualiti buah dan memastikan buah bersih, matang dan bebas daripada kerosakan. Digredkan juga mengikut keseragaman saiz bagi cara mengelaskan kelompok buah mengikut ukuran diameter dan kepadatan dalam satu gugusan. Ia gifred untuk keperluan pasaran dan juga memudahkan urus niaga jualan borong atau jualan runcit dengan menetapkan harga mengikut gred (seperti Gred Premium/A, B, dan C) dan juga penentuan harga kepada pelanggan kelak. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.