Support My Blog

Friday, September 4, 2026

CENDAWAN JERAMI DAN FAKTANYA (PART 2)

CENDAWAN JERAMI
(Volvariella volvacea) ialah sejenis kulat yang biasa tumbuh secara semula jadi pada jerami padi yang mereput atau tandan kelapa sawit dimana ia juga ada di panggil juga sebagai 'Straw mushroom' atau 'Paddy straw button mushroom' atau ada yang panggilnya sebagai 'C
endawan Kelapa Sawit' kerana ia subur pada buangan kelapa sawit. DIlaporkan di Malaysia dimana bentuk tuaian adalah ia paling enak dimakan ketika ia masih berada pada peringkat kudup atau seperti telur sebelum fasa ia kembang sepenuhnya. Dalam aspek kegunaan selalunya ia akan menjadi bahan masakan yang popular di Asia kerana rasanya yang sedap dan kandungan proteinnya yang tinggi. Apa pun dalam aspek penanaman dimana selain jerami padi, ia kini banyak diusahakan menggunakan medium tandan kosong kelapa sawit sebagai projek pertanian bernilai tinggi. Bagi penulis blog dimana lazimnya cendawan akan memerlukan medium sesuai untuk ianya tumbuh mengikut jenis masing-masing. Ada jenis cendawan atau kulat tumbuh di batang pokok mati yang sedang mereput dan ada juga kulat yang tumbuh di atas tanah busut dan media sesuai yang disediakan secara komersil. Cendawan volvariella atau juga dikenali cendawan jerami dan cendawan kelapa sawit semakin popular diusahakan terutama dilokasi yang ada cukup bekalan jerami padi atau pun dikawasan ladang kelapa sawit yang ada tandan sawit dari kilang sawit. Secara asasnya penulis blog yang banyak membuat tinjauan teknologi penanaman cendawan volvariella atau dipanggil cendawan jerami dahulu awalnya ia selalu tumbuh dengan baik di celah-celah jerami padi yang sedang mereput. Hanya pada masa kini dimana dilaporkan cendawan volvariella ini dikenali cendawan kelapa sawit disebabkan kulat ini juga banyak tumbuh di celah atau di atas tandan dan pelepah kelapa sawit. Penanaman cendawan volvariell di atas medium tandan kelapa sawit menjadi pilihan kerana tanda kelapa sawit boleh diperoleh sepanjang tahun bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan ladang sawit. Penggunaan tandan kelapa sawit juga dapat membantu memaksimakan dalam usaha penggunaan sisa buangan industri kelapa sawit yang sekaligus melestarikan alam sekitar an mesra alam. Meninjau akan harga cendawan ini dimana  harga cendawan jerami (cendawan straw) segar di Malaysia biasanya mencecah sekitar RM20.00 sekilogram apabila dijual terus oleh petani di pasar tempatan. Dalam pad itu bagi produk yang diproses atau dibungkus pula maka harga pasarannya Bagi Jenis Cendawan Jerami Dalam Tin adalah RM3.80 - RM7.80 satu tin (seberat 425g) yang ada sijil halal. Bagi Jenis Cendawan Jerami Kering ia di jual dengan harga sekitar RM20.00 - RM27.80 satu tin (berat 100g - 150g) iaitu  mengikut jenama dan gred. Artikel pada tengahari Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 60 tahun 2026 ini dalam blog pertanian ''Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta penting bagi cendawan Jerami untuk dijadikan panduan bagi semua pembaca blog ini. Artikel pada tengahari Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 60 tahun 2026 ini dalam blog pertanian ''Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta penting bagi cendawan Jerami untuk dijadikan panduan bagi semua pembaca blog ini.

 

Morfologi cendawan jerami (Volvariella volvacea) melibatkan struktur fizikal iaitu badan buah yang merangkumi beberapa bahagian utama apabila ia capai pada peringkat matang. Belajar mengenali akan ciri-ciri morfologi utamanya ada beberapa bahagian. Pertama ada Bahagian Tudung (Pileus) iaitu pada cendawan ini ia berbentuk separa cembung atau seperti payung apabila kembang sepenuhnya. Apa pun penulis blog lihat dimana selalunya ia berukuran antara 5 hingga 15 cm panjang dengan pada permukaannya licin, berwarna kelabu keperangan atau perang gelap dan kelihatan ia akan beransur cerah di bahagian tepi. Bahagian kedua adalah Bahagian  Bilah (Lamellae atau Gills) iaitu struktur yang terletak di bawah tudung. Selalunya ia akan di lihat sebagai susunannya bebas (tidak melekat terus pada batang). Ia lebih berwarna merah jambu cerah semasa muda dan bertukar kepada warna merah jambu keperangan apabila matang.  Ketiha ada apa yang di katakan sebagai Bahagian Batang (Stipe) dimana ia adalah berbentuk silinder dan agak rapuh dan dilihat ia akan berwarna putih kekuningan dan pada cendawan jenis ini selalu ia tiada gelang (annulus) pada batangnya. Ketiga ada pula Bahagian Volva (Cawan) iaitu satu struktur seperti cawan atau sarung tebal di pangkal batang. Apa pun ia merupakan sisa selubung asal yang terkoyak apabila cendawan berkembang daripada peringkat 'telur' kepada bentuk payung. Makan jenis cendawan jerami yang dilaporkan memang ia kaya dengan protein, vitamin serta antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Dilaporkan khasiat penting dari makan jenis cendawan jerami dimana ia ada sumber Protein tinggi yang akan membantu membina dan membaiki tisu badan serta melengkapkan keperluan nutrien harian. Ia juga akan bantu dalam menguatkan Sistem Imuniti dimana kandungan vitamin dan sebatian aktif di dalamnya membantu meningkatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan. Cendawan ini kaya denga bahan antioksidan yang mengandungi sebatian seperti zat ergothioneine yang melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Seterusnya ia di laporkan mamu untuk menjaga aspek kesihatan Jantung dan metabolisme iaitu akan dapat membantu proses pemecahan lemak dan karbohidrat serta menyokong fungsi tubuh yang sihat. Cendawan ini yang juga ua rendah kalori dilaporkan amat sesuai dimakan oleh individu yang ingin mengawal berat badan kerana ia mengenyangkan tanpa lemak berlebihan.


Walau pun pada l
azimnya dilaporkan dimana dalam keadaan semulajadi selalunya cendawan jenis ini adalaj ia sejenis kulat kelapa sawit akan tumbuh jika ada benih jatuh di situ dan didakwa ada kebetulan keadaan jerami dalam keadaan mereput dan lembab. Ia juga sebenarnya tidak semua di timbunan jerami dan tandan kepada sawit ada tumbuh cendawan volvariella. Dilaporkan dimana proses menanam cendawan kelapa sawit bermula dengan mengumpul tandan-tandan kelapa sawit untuk diperam selama kira-kira 10 hari. Tandan-tandan kelapa sait perlu diberdihkan atau dibasuk bersih dan ia kemudian disiram dengan air dan akan ditutup dengan kanvas plastik. Siraman air juga perlu dilakukan dengan kerap bagi memastikan ia sentiasa lembap. Biasanya setelah proses ini selesai maka tandan sawit tersebut akan disusun menjadi batas sebagai medium utama untuk penanaman cendawan (Sila lihat foto disebelah). Tempat untuk membuat batas itu boleh atau kesesuaiannya di mana-mana lokasi asalkan kawasan redup atau tidak terkena sinaran matahari secara terus. Disyorkan juga agar ia dibuat di ladang kelapa sawit, ladang getah dan kebun buah-buahan yang sesuai seperti ada akses jalan, kemudahan air, selamat dari penceroboh dan perosak serta mempunyai ciri lain keperuan menanam cendawan volvariella. Biasanya untuk menanam cendawan jerami tidak memerlukan rumah atau teduhan khusus seperti menanam cendawan tiram kelabu atau jenis-jenis lain. Cara untuk p
enanaman cendawan kelapa sawit secara khusus tidak mengharapkan kehadiran benih secara semulajadi. Benih cendawan kelapa sawit akan ditabur atau disemai khusus. Cendawan ini pula mula membesar dan ia berbentuk bulat serta bujur ke atas. Pada ketika ini sebaiknya cendawan volvariella ini boleh dipetik dan ia perlu dipasarkan dengan segera. Cendawan volvariella tidak boleh disimpan melebihi dua hari dalam keadan suhu biasa. Tanaman cendawan jerami sangat senang untuk dijaga dan diuruskan selain tidak memerlukan modal yang besar. Sebaiknya untuk menanam cendawan ini usahawan hanya menggunakan konsep tanam, tunggu dan tua tetapi penjagaan dari awal sangat penting dijalankan. Diantara cabaran utama yang dihadapi untuk menanam cendawan jerami ialah keadaan cuaca dan suhu yang perlu sentiasa lembap bagi tujuan membolehkan ia tumbuh dengan sempurna. Jadi siraman perlu dilakukan setiap hari agar medium sentiasa lembab.  Penanaman cendawan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk tujuan bagi memudahkannya mengutip hasil tanaman pada setiap hari. Apa yang lebih istimewa adalah dimana cendawan volvariella itu 100% organik kerana tidak menggunakan sebarang baja mahupun racun serangga. Apa pun didakwa dimana selalunya jenis cendawan jerami ini ia mengandungi banyak khasiat berbanding cendawan jenis lain. Cendawan istimewa ini kaya dengan protein dan merupakan sejenis cendawan yang paling tinggi kandungan vitamin serta mineral. Ia juga bebas dari karbohidrat dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan diet atau ingin menjaga bentuk badan. Diantara beberapa fakta menarik tentang khasiat yang terdapat di dalam cendawan jerami padi. Cendawan jerami padi satu sumber protein, tembaga, kalium, zink, selenium dan vitamin B. Cendawan adalah juga satu sumber serat dan kandungan lemak di dalam cendawan juga rendah. Antara khasiat yang terdapat di dalam cendawan ini adalah seperti komponen Vitamin B6 - Vitamin B6 didakwa akan membantu dalam mengekalkan sistem imun anda dalam keadaan yang baik. Ia membantu dalam pemecahan lemak, karbohidrat dan asid amino di samping membantu mengekalkan kesihatan nodus limfa. Selain itu, vitamin B6 membantu mengawal tahap glukosa dalam darah. Vitamin B12 - Vitamin B12 membantu mengekalkan fungsi sistem saraf dan sintesis DNA. Ia juga memainkan peranan penting dalam kesihatan sel-sel darah merah. Sistem saraf juga sedikit sebanyak bergantung kepada vitamin B12 untuk berfungsi dengan normal. Ada juga Kalium (K) iaitu mineral penting yang membantu dalam pengaliran cecair, sintesis protein dan kesihatan kardiovaskular. Kehadiran kalium dalam kuantiti yang tingggi di dalam badan dapat membantu dengan penurunan risiko untuk strok, meningkatkan kawalan tekanan darah dan kesihatan tulang.

Penulis blog merujuk dimana masih ada kepercayaan atau 'Mitos' mengenai cendawan jerami (Volvariella volvacea) yang selalunya berkisar tentang cara pertumbuhannya yang dikaitkan dengan unsur mistik. Di samping itu ada laporan dimana ada terdapat juga mitos umum masyarakat Melayu mengenai cara mengenali cendawan beracun. Pertama ada Mitos Pantang Larang Ketika Menanam (Unsur Mistik) dimana kalangan petani dan penanam dilarang bercakap besar, berbuat bising, atau membawa masuk orang luar yang sedang datang bulan (haid) ke kawasan tanaman kerana dipercayai kesannya ia  boleh menyebabkan kes 'cendawan merajuk' dan tidak mahu tumbuh. Bagaimana pun faktanya apa yang berlaku adalah jika ada kegagalan cendawan jerami untuk tumbuh atau membiak adalah disebabkan oleh faktor teknikal dan aspek kebersihannya dan ia bukannya isu mistik. Cendawan jenis jerami sangat sensitif terhadap serangan bakteria atau kulat liar lain yang boleh berlaku ancaman kontaminasi. Kehadiran orang luar yang tidak dinyahkuman boleh membawa spora asing yang merosakkan lokasi penanaman cendawan jerami dan mengagalkan penghasilannya akibat tercemar. Kedua ada Mitos CendawanJerami Ini Hanya Tumbuh di Atas Jerami Padi dimana ia disebabkan namanya sebagai 'Cendawan jerami' dan kalangan orang ramai masih menganggap ia hanya boleh hidup dan tumbuh di atas timbunan jerami padi yang mereput sahaja dengan baik. Bagi penulis blog mendapati yang faktanya dimana cendawan ini boleh tumbuh pada mana-mana medium yang kaya dengan selulosa. Apa pun di Malaysia dilaporkan ia sangat popular dan berjaya ditanam secara komersial menggunakan sisa tandan kosong kelapa sawit atau gunakan media sisa kulit buah pala dan juga media dari batang pisang. Ketiga ada Mitos Cara Mengenali Cendawan Beracun Melalui Warna dan Serangga apabila di laporkan ada cendawan yang tumbuh liar di timbunan jerami atau kelapa sawit boleh dimakan jika warnanya tidak terang, tidak berubah warna apabila dipotong atau dikerubungi oleh serangga atau semut. Faktanya dimana ciri-ciri fizikal seperti warna dan bau bukan penentu tepat sama ada cendawan itu dari jenis beracun atau tidak sebab ada jenis cendawan yang beracun yang menyerupai cendawan jerami atau cendawan boleh dimakan (edible). Serangga juga mempunyai sistem imuniti yang berbeza daripada manusia, jadi racun pada cendawan yang tidak menjejaskan serangga tetap boleh membahayakan manusia. Seterusnya ke empat ada Mitos Racun Cendawan Akan Hilang Selepas Dimasak dimana jika terpetik cendawan jerami liar yang meragukan, racunnya dipercayai akan mati dan selamat dimakan selepas direbus atau dimasak pada suhu yang tinggi. Faktanya adalah dimana proses memasak tidak dapat memusnahkan toksin cendawan sepenuhnya. Sesetengah toksin cendawan liar (seperti amatoxin) sangat stabil dan tidak akan rosak walaupun terdedah kepada haba yang tinggi. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....

CENDAWAN JERAMI...APA HEBATNYA...
HENDAK MEMBELI....BERAPA HARGA..
CARA MASAK...BAGAIMANAKAH CARA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...