Support My Blog

Friday, September 11, 2026

KACANG HAZEL DAN FAKTA PENTING

KACANG HAZEL
 
(Corylus avellana) atau selalu lebih popular dipanggil dengan nama 'Kacang hazel' atau 'Hazelnut' ialah sejenis buah keras atau biji daripada pokok hazel yang ditanam dan di komersilkan di beberapa negara. Buanhnya yang berbentuk bulat atau bujur dilihat ia mempunyai kulit yang licin di dalam sekam dimana ia terkenal dengan rasa yang berlemak manis serta aroma yang wangi. Bagi penulis blog dimana sebenarnya ada terdapat banyak jenis kacang di dunia ini dimana ia terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Jenis Kekacang Kering atau dal (beans/legumes) yang biasa dimasak dan Jenis Kekacang Keras (nuts) yang biasa ia akan dijadikan snek atau kudapan. Apa pun bagi jenis Kekacang Lembut dan Masakan (Legumes) termasuk Jenis Kacang hijau, Kacang merah, Kacang dal (Lentil), Kacang soya dan juga Kacang Panjang. Bagi jenis Kekacang Keras dan Snek (Nuts) terdiri dari Jenis Kacang tanah, Kacang Badam (Almond), Kacang Gajus, Kacang Walnut, Kacang Pistachio dan beberapa lagi. Kacang hazel ini ia boleh juga dimakan mentah atau selepas dipanggang atau dikisar menjadi pes dalam pelbagai jenis makanan. Apa pun paling popular adalah ia selalu akan dijadikan perisa untuk coklat dan juga makanan lain seperti kopi, ais krim dan kek. Dilaporkan dimana kacang hazel ini ia kaya dengan lemak sihat, protein, serat, vitamin E, serta mineral penting seperti mangan dan kuprum. Dalam satu auns (28 gram atau kira-kira 20 biji) kacang hazel kajian makmal dapati ia mengandungi 176 kalori, 17 gram lemak, 4.2 gram protein, dan 2.7 gram serat. Selain itu ada zat vitamin dan mineral seperti Vitamin E: 21%, zat Mangan (87% daripada keperluan harian), Kuprum (24%),  Magnesium dan Tiamin (Vitamin B1. Antara khasiat utama dimana ia membantu didalam menjaga kesihatan jantung, membekalkan tenaga dan melawaskan pencernaan dan akan mengawal paras gula dalam darah. Artikel subuh ini sambil melihat samar-samar ombak di pantai laut Port Dickson dari tingkat 10 Hotel Lexis saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" beberapa fakta penting kacang hazel untuk bahan rujukkan semua. 


Pertama adalah fakta dimana jumlah pengeluaran kacang hazel dunia adalah kira-kira 1.1 -  1.2 juta tan metrik setiap tahun dimana angka ini berubah sedikit mengikut tahun berdasarkan faktor cuaca dan musim dan juga musim penuaian. Dalam beberapa sumber rujukkan dimana antara negara Pengeluar Utama Dunia bagi Hazelnut adalah Negara Turki yang mana mereka mampu mengeluarkan kira-kira 58% - 70% daripada jumlah keseluruhan dunia yang jumlahnya adalah lebih 650,000 tan setahun dimana ini menjadikannya pengeluar nombor satu dunia. Di Turki dimana k
awasan pengeluaran utama tanaman di Turki adalah di Wilayah Laut Hitam (Black Sea Region) dimana sebahagian besar penanaman kacang hazel di Turki tertumpu di kawasan pesisir pantai utara negara ini. Apa pun ada beberapa bandar-bandar pengeluar di Turki yang terkenal seperti diwilayah seperti Ordu, Giresun, Samsun, Sakarya, dan Düzce adalah penyumbang terbesar hasil pertanian ini. Industri Kacang Hazel Turki penting kepada pasaran global dimana ia menjadi pembekal utama kepada jenama konfeksi dan coklat antarabangsa terkemuka di Eropah serta seluruh dunia. Negara Turki ia mempunyai sejarah panjang dimana ada tradisi penanaman kacang hazel di sana yang telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Dilaporkan Negara Itali adalah pengeluar kedua terbesar dunia dengan pengeluaran sekitar 100,000 tan setahun. Itali ialah negara kedua terbesar di dunia yang mengeluarkan kacang hazel (hazelnut) selepas Turki dimana kawasan utama penanaman buah ini di Itali termasuklah wilayah Campania, Piedmont, Latium dan Sicily. Dilaporkan ada syarikat makanan terkenal seperti Ferrero Group banyak menggunakan kacang hazel Itali berkualiti tinggi untuk produk Nutella dan coklat mereka dan ada dijual di Malaysia juga. Negara Amerika Syarikat adalah pengeluar kacang hazelnut ketiga terbesar dunia dan ia tertumpu di negeri Oregon dan beberapa negara lain didunia yang ada mengeluarkannya adalah seperti Azerbaijan, Chile dan Georgia.

 
Dilaporkan dimana 'Kacang hazel' atau 'hazelnut' ia terbahagi kepada beberapa spesies utama dalam genus Corylus di mana jenis atau spesies paling penting dan banyak ditanam di dunia ialah Jenis Kacang Hazel Eropah (
Corylus avellana) yang dipanggil juga sebagai 'Common Hazel dikalangan pengeluar. Ia dihasilkan dari sejenis pokok renek berbuah yang menghasilkan kacang boleh dimakan yang paling utama di peringkat komersial dunia terutamanya di negara seperti Turki, Itali dan Sepanyol.  Ciri-Ciri utama jenis ini adalah pokonya berbentuk renek dengan banyak batang yang boleh tumbuh setinggi 3 - 8 meter dimana bila berbuah maka buahnya adalah berbentuk Kacang. Bentuk buahnya yang bulat dengan kulit kayu yang keras dan lapisan kulit nipis berwarna perang di bahagian isi akan berikan rasa berlemak manis, berlemak krim dan mempunyai rasa tanah (earthy) yang lazat. Apa pun di laporkan kedapatan varieti di seluruh dunia selalunya ia akan dikelaskan mengikut bentuk, tempat asal dan bagaimana kegunaannya.  Penulis bloh senaraikan beberapa jenis utama pokok dan kacang hazel mengikut jenisnya. Pertama adalah Jenis Kacang Hazel Eropah (Corylus avellana) iaitu ia sudah menjadi sumber utama perdagangan kacang hazel dunia yang menghasilkan buah berkulit nipis dan isi yang enak. Kedua ada Jenis Kacang Hazel Amerika (Corylus americana) dimana ia tumbuh liar di Amerika Utara, tahan cuaca sejuk tetapi jarang dikomersialkan secara meluas. Ketiga ada Jenis Kacang Hazel Berparuh (Corylus cornuta) dimana jenis ini ia unik sebab ia mempunyai struktur kulit pelindung yang panjang seperti paruh burung, banyak di kawasan utara Amerika. Penulis blog dapati keempat ada Jenis Kacang Hazel Pokok (Corylus colurna) atau ia adalah jenis pokok besar yang berasal dari Eropah Tenggara dan Asia Barat. Apa pun ada beberapa varieti popular yang ditentukan mengikut Negara Pengeluar antaranya adalah Varieti Turki (Giresun & Tombul) dimana jenis Tombul dianggap standard kualiti terbaik dunia kerana bentuknya yang bulat dan rasa lemak manis yang kuat. Kedua ada Varieti Itali (Tonda Gentile delle Langhe) juga sejenis kacang hazel premium dari Itali yang sangat dicari oleh industri coklat mewah (seperti Ferrero). Ketiga ada Varieti Amerika Syarikat (Jefferson & Ennis) iaitu ia hasil baka moden dari Lembah Willamette, Oregon, USA yang tahan penyakit serta ber saiz besar. 


Penanaman pokok kacang hazel (hazelnut) ia sesuai tumbuh subur di kawasan beriklim sederhana sejuk dan sukar membuahkan hasil di cuaca panas tropika seperti di Malaysia. Ia perlukan tanah yang subur, saliran air yang baik, serta dua pokok berbeza untuk dapat lakukan proses pendebungaan silang. Pertama sebelum menanam perlu disediakan memilih varieti benih berkualiti   dengan mendapatkan anak pokok daripada pembekal nurseri yang sah. Perlu ingat menanam  sekurang-kurangnya dua pokok berdekatan supaya proses pendebungaan bunga jantan dan betina berjaya apa lagi di ladang luas. Lubang tanaman perlu di gali selebar dua kali ganda akar pokok dan masukkan kompos organik dengan jarak tanaman setiap pokok sekitar 4 hingga 5 meter antara satu sama lain. Cara penjagaannya ia perlu di siram dari peringkat awal penanaman dan pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak bertakung air dimana ia perlu dapatkan cahaya matahari penuh. Perlu di buat cantasan dengan membuang ranting mati atau tunas air (suckers) yang tumbuh di pangkal pokok pada musim bunga. Dalam pada itu dengan penjagaan baik dimana pokok kacang hazel (Corylus) mula mengeluarkan buah kecil pada tahun ke-2 atau ke-3 selepas di tanam akan tetapi mencapai kematangan penuh dan hasil stabil pada usia 5 hingga 8 tahun. Merujuk kepada negara Malaysia yang mengimport banyak jenis produk kacang hazelnut dimana h
arga kacang hazel (hazelnut) di pasaran Malaysia bergantung pada jenis, sama ada mentah atau panggang, dan berat bungkusan. Secara amnya apa yang penulis bog tinjau dimana harga runcit adalah sekitar RM18 hingga RM24 untuk 250g manakala bungkusan 500g berharga antara RM36 hingga RM55, berharga sekitar RM45 hingga RM110 sekilogram. Ada beberapa faktor yang menentukan harga seperti Harga Mengikut Jenis dimana bagi Jenis Hazelnut Mentah berbeza dengan harga hazelnut Panggang apabila Kacang hazel mentah (raw) sedikit lebih murah, manakala jenis panggang (roasted) tanpa kulit biasanya mempunyai harga yang lebih tinggi sedikit kerana proses tambahan. Ia juga bergantung kepada Faktur Asal dan Kualiti dimana selalunya produk hazelnut yang diimport dari Turki (penghasil utama dunia) atau gred premium (tanpa kulit atau blanched) dijual pada harga lebih tinggi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG HAZEL NUT....ENAK RASANYA...
HARGA MAHAL...DIIMPORT DIMALAYSIA...
BANYAK KHASIAT...RAMAI YANG SUKA...
BACA ARTIKEL...AMAT BAGUS FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1003, Premium Tower Room,
LEXIS PORT DICKSON,
Batu 2, Jalan Seremban, Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(23 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...