KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, October 10, 2011

DOKONG (PART 1)

DOKONG (Lansium domesticum Corr.) merupakan sejenis buah-buahan yang popular di Malaysia dan Thailand sebagai buah dari keluerga MELIACEAE. Kumpulan yang sama dengan dokong adalah seperti Duku, Langsat, Duku-Langsat dan Duku Johor. Walau pun setakat ini belum ada klon yang disyorkan untuk penanaman tetapi beberapa klon telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Keluasan bagi penanaman dokong di Malaysia adalah 16,130 hektar yang menghasilkan 32,400 metrik tan pada 2010. Kawasan utama penanaman dokong di Malaysia adalah di Daerah Gua Musang, Kelantan (2,040 ha) diikuti dengan Daerah Kuala Kerai (1,950 ha) dan Daerah Jeli, Kelantan (1,438 ha). Dokong ditanam agak luas juga dinegeri-negeri lain seperti di Terengganu, Perak, Pahang dan Johor. Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenaii satu teknologi penanaman dokong untuk tatapan pembaca berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga rujukan beberapa buku teknikal.


Setahu saya terdapat tiga jenis dokong yang agak berlainan dari segi ciri dan kualiti buah, iaitu DOKONG KERING, DOKONG AIR dan DOKONG BIJI atau dokong butir. Perbezaan diantara ketiga-tiga adalah dimana Dokong Kering merupakan klon yang ditanam secara komersial kerana buah yang sangat manis, kulit tidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah kesep. Buah jenis ini tersusun rapat di tangkai. Klon Dokong Air pula saya dapati dimana ia mempunyai kandungan air dalam buah jenis ini sangat tinggi. Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis tetapi bergetah. Jenis ini tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah. Klon ketiga iaitu Klon Kombinasi antara Dokong Biji / Dokong Air mempunyai ciri dimana setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah. Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih pokok penanti. Banyak petani kena tipu kerana tak tahu tidak kenal dokong biji yang ditanam dimana benih dokong biji murah dan senang didapati!


Kaedah Penanaman Dokong boleh dibiak dengan tiga cara, iaitu ANAK POKOK BIJI, ANAK POKOK CANTUMAN BAJI dan KERATAN. Cara penanaman dengan Anak Pokok Biji dimana anakbenih didapati dari biji dokong sebenar. Buah dari pokok dokong kering berkualiti yang telah dikenalpasti diambil untuk mendapatkan bijinya. Biasanya sekilo buah akan menghasilkan 4-6 biji yang besar dan bernas. Hanya buah yang besar dan bentuk tidak seimbang sahaja yang ada biji besar dan dipilih sebagai sumber untuk kerja mendapatkan biji. Biji buah dikutip dan bijinya dibersihkan dan disemai dalam kotak pasir yang telah disediakan lebih awal dan diberi rawatan racun kulat. Biji ditanam sedalam 1 cm dan diletak secara mendatar. Tutup biji-biji ini dengan pasir dan berikan lindungan dari cahaya matahari. Siram dengan air bersih 1- 2 kali sehari. Satu biji boleh kadang2 mengeluarkan lebih dari satu anak pokok. Dalam tempoh 8-10 minggu maka anak pokok yang cergas boleh diasingkan dari pokok kecil lain dalam satu biji dan diubah ke polibeg. Anak pokok yang masih kecil boleh disemaikan kembali ke pasir sehingga ia mencapai tahap dua helai daun sebelum diubah ke polibeg. Selepas 8-10 bulan didalam polibeg maka anak pokok semaian dokong akan mencapai peringkat umur untuk ditanam iaitu apabila ketinggian melebih 20 cm dan sekurang-kurangnya 8 helai daun. Untuk mempercepatkan tumbesaran dan mengurangkan tempoh di dalam polibeg ini, semburan dengan baja foliar seminggu sekali adalah disyorkan seperti baja Grofas da lain2.


Cara penanaman kedua menggunakan anak benih secara tampang (cantuman baji). Cara ini dilakukan dengan menggunakan bijibenih dari spesies dalam genus Lansium boleh digunakan sebagai pokok penanti. Langsat dan Duku Kelantan (duku Dewan) merupakan pokok penanti yang paling sesuai. Apabila pokok penanti berumur 1-2 tahun, mempunyai batang bergaris pusat 6-8 mm serta sihat dan tidak berpenyakit boleh dipilih untuk cantuman baji. Daun pokok penanti dibuang, batangnya dipotong pada paras lebih kurang 10 cm dari paras tanah dan kemudian dibelah tengah sedalam 2 cm dengan menggunakan pisau tajam. Anakbenih dokong yang sesuai dicantum apabila pucuk dari pokok dokong kering yang terpilih, bergaris pusat 6-8 mm, mempunyai 3-4 mata tunas, panjang antara 15-20 cm dan sekurang-kurangnya dua helai daun hendaklah digunakan. Daun besar boleh dikerat supaya tinggal 1/2 - 1/3 saiz asal untuk mengurangkan perpeluhan. Pucuk yang baik ialah separuh keras. Pangkal pucuk dipotong runcing sepanjang 2 cm berbentuk 'V'. Masukkan ke dalam belahan di pokok penanti. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kambium dari pucuk dan pokok penanti mesti bertemu. Tempat cantuman ini diikat dengan tali rafia dengan kuat. Siram air hingga polibeg betul-betul lembab. Tutup dengan beg plastik untuk mengekalkan kelembapan. Selenggarakan selama 4-6 bulan sebelum ia sesuai ditanam di ladang. 


Kaedah ketiga menyediakan anak benih dokong adalah melalui cara KeratanDokong boleh dibiak dengan cara keratan walaupun teknik ini belum diamalkan secara meluas. Pucuk-pucuk yang keras dari pokok dokong kering terpilih boleh digunakan. Pilih keratan berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan bergaris pusat 6-8 mm mempunyai 2-3 ruas buku dan juga 2-4 helai daun. Keratan dibuat di bawah buku daun 1/2-1/3 bahagian daun-daun dibuang supaya mengurangkan transpirasi dan menjimatkan ruang di dalam kotak pembiakan. Celup keratan ke dalam lauran 10,000 ppm Indole-Butyric Acid (hormon penggalak akar) selama 15 saat dan seterusnya tanam atas batas atau kotak pasir sungai yang diletak di dalam rumah pembab kabus. Rumah pelembab dan pasir perlu sentiasa basah dan lembab. Selaps 70 hari, keratan yang berakar boleh diubah ke ladang. Polibeg ini disimpan dalam rumah pelembab selama 2 minggu sebelum dipindahkan ke rumah teduhan biasa. Selepas 3-4 bulan, pokok keratan akan mengeluarkan pucuk serta daun baru dan boleh ditanam di ladang. Oleh kerana pokok keratan ini tidak mempunyai akar tunjang, penanaman dalam sistem kepadatan tinggi disyorkan.


Dokong masih mendapat perhatian oleh petani tradisional dan komersial di Malaysia. Masaalah 'Binneal' merupakan antara isu yang perlu di bincangkan. Pemerhatian saya mendapati dokong akan menghasilkan buah setisp 2-3 tahun sekali dengan banyak dan sangat bergantung kepada ilkim panas dan faktur hujan yang akan menghasilkan proses pembungaan. Zon di Selatan Semenanjung Malaysia seperti di Johor , Melaka dan Pahang Selatan lebih terjejas kerana taburan hujan yang banyak dan tiada musim kemarau seperti di Kelantan, Kedah dan Perlis yang diperlukan oleh tanaman dokong. Para saintis pertanian perlu melihat potensi tanaman dokong pada masa akan datang.


POKOK DOKONG...TINGGI POKOKNYA...
DOKONG KERING ... BETUL KLONNYA....
DOKONG BIJI....PASTI BANYAK BIJINYA....
MASAALAH BINIAL...APA PENYELESAIANNYA....


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia (Cuti Hari Isnin)
11 Zulkaedah 1432H

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...