KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, October 3, 2011

POKOK KETUM

POKOK KETUM (Mitragyna speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga RUBIACEAE yang pernah diwar-warkan dalam massmedia di Malaysia sebagai tumbuhan yang menghasilkan "Air Daun Ketum" yang menyebabkan kesan yang mengkhayalkan. Tumbuhan ini dipercayai natif di Afrika dan juga terdapat tumbuh liar di Utara Semenanjung Malaysia serta Selatan Thailand dan kawasan sekitarnya. Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom. Mungkin ramai yang tidak mengenali pokok ini walau pun ianya berada di hadapan rumah anda. Secara tradisional air rebusan daun ketum diminum untuk tujuan memulihkan tenaga terutama bagi ibu yang baru bersalin, merawat sakit tulang belakang dan juga membuang angin dalam badan. Khasiat baik ini di salahgunakan oleh golongan tertentu dengan meminumnya dalam kuantiti banyak atau pekat menyebabkan mereka berkhayal seperti makan dadah jenis lain. Artikel ini saya mengupas tumbuhan Pokok Ketum untuk pengetahuan pembaca semua.


Daun ketum segar.
Pokok Ketum jarang-jarang ditanam secara sengaja oleh orang ramai di Malaysia. Tidak ada maklumat mengenai keluasan tanaman pokok ketum CHE di Malaysia. Pokok Ketum merupakan pokok saka atau Pokok Malar Hijau yang bercabang dengan ketinggian mencapai 4-10 meter tetapi spesis tertentu ada yang mampu hidup sehingga lebih 40 meter dalam keadaan liar dihutan. Kawasan tanah subur dan tidak tenggelam sesuai untuk tumbuhan ini tumbuh. Cara penanaman, amalan agronomi dan pengurusan tanaman pokok ketum belum ada dalam mana-mana terbitan di Malaysia kerana ianya adalah tumbuhan yang jarang di tanam untuk tujuan komersil. 


Daun ketum jenis 'merah'
Batangnya tumbuh menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebak dengan susunan bersilang berukuran 4-10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi akan menjadi sangat lebat dalam musim hujan.  Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan menyebabkann KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunganya berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai.


Air rebusan daun ketum.
Terdapat dua jenis pokok ketum berasaskan kepada warna daun iaitu Daun berwarna hijau sepenohnya dan sejenis lagi daun hijau yang mempunyai tulang dan urat daun berwarna merah yang jelas dilihat dibahagian belakang daun. Jenis kedua yang mempunyai warna merah didakwa mempunyai khasiat lebih baik daripada yang jenis daun hijau sahaja. Selepas 5-10 minit air ketum diminum akan memberikan kesan khayal selama 2-5 jam. Kesan minum air ini akan rasa mulut kering, rasa gatal-gatal, pening-pening, banyak kencing dan juga hilang selera makan.


Pihak berkuasan tebang pokok ketum.
Kajian mengenai faedah daun ketom belum banyak diketahui. Penggunaan daun ketom dalam dos yang rendah dipercayai baik untuk kesihatan tubuh manusia kerana ianya merangsang pengedaran darah, mengurangkan kandungan gula dalam darah, menambahkan tenaga dan sebagainya. Kesannya jika digunakan cara betul dikategorikan sebagai 'Physco-stimulants drugs'. Ada yang mangunyah daaun ketum dan saintis menyatakan kandungan dos sebanyak 2-10 gram sesuai untuk kesihatan. Akta Dadah Merbahaya 1952 di Malaysia melarang sesiapa juga menanam, memproses, menjual dan meminum produk daun ketum untuk tujuan apa juga!


Daun dan serbuk daun ketum.
Pokok ketum jika di tebang tanpa kawalan mungkin akan pupus satu hari nanti. Penyimpanan baka ketum untuk tujuan penyelidikan pada masa akan datang perlu dirancang dengan kewalan pihak berkuasa. Negara Thailand telah memproses daun ketum dalam bentuk serbuk, kapsul dan pelbagai bentuk lain untuk dikomersialkan bagi tujuan perubatan dan dikawal dengan ketat. Kajian seterusnya mungkin perlu dijalankan oleh pihak berkuasa untuk memenafaatkan tumbuhan ini. Wasallam...      


POKOK KETUM...SUSAH DICARI....
UNTUK BUAT UBAT....CARA TRADISI....
DAUN DIREBUS...DIMINUM SENDIRI...
KALAU MABUK...TUNGGULAH DI GARI...


Related articles:
a. Cola (Klik disini)
b. Pokok Ganja (Klik disini)
c. Opium (Klik disini)
d. Akta Dadah Merbahaya di Malaysia (Klik disini)
e. Khasiat Daun Durian Belanda (Klik disini)


By,
M Anem
Port Dickson
Negeri Sembilan
Malaysia
(5 Zulkaedah 1432H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...