KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, October 3, 2011

BENIH SAYURAN (PART 5)

Related article:
1. About Hybrid Seeds (Click here)
2. Pollination (Click here)
3. Harga Benih Sayuran (Klik disini)
4. Known You Seed Ltd (Klik disini)
5. Industri Benih di Malaysia (Klik disini)
6. Kontrol Benih Dunia (Klik disini)
7. OP vs Hybrid Seeds (Click here)
8. Benih Kelapa MATAG (Klik disini)

Benih Sayuran merupakan input penting dalam penanaman sayur-sayuran. Kepakaran petani untuk mencari benih sayuran yang baik dan berkualiti akan menentukan amalan teknologi yang akan dijalankan dan pengeluaran hasil sayuran. Kajian saya mendapati hampir 90% biji benih sayuran adalah diimpot dan bakinya di keluarkan sendiri. Sayuran yang tidak menggunakan bii benih dikeluarkan oleh pengusaha tempatan. Industri biji benih negara sekitar RM 30 juta setahun untuk tanaman makanan iaitu meliputi biji benih sayur-sayuran, kacang penutup bumi, tembikai, melon dan beberapa anak benih buah-buahan serta benih keratan. Kebanyakan benih sayuran di Malaysia terdiri daripada benih Hibrid yang berkualiti dan mampu memberikan percambahan yang tinggi serta 'vigorous'. Artikel kali saya akan membincangkan mengenai beberapa jenis benih sayur-sayuran untuk pengetahuan bersama berdasarkan dari pengalaman, pemerhatian dan pembacaan penulis dengan beberapa buah buku mengenai benih dan sayur-sayuran (termasuk buku Vegetable in South East Asia karangan J.S. Simonsma dan Kasin Pluiek -1994 diterbitkan oleh PROSEA).


Tanaman sayuran yang menggunakan biji benih seperti sawi, kailan, kobis, petola, timun, cili, terung, kangkung, bayam, bendir, kacang panjang, labu, peria, kacang botor dan banyak lagi sebelum memulakan penanaman. Benih tanaman sama ada perlu disemai terus atau di semai dalam tapak semaian. Kajian saya mendapati peratus percambahan benih impot mempunyai kawalan kualiti yang baik dimana selalunya peratus percambahan kekal pada lebih 90% berbanding dengan biji benih tempatan dengan kadar percambahan lingkungan 60 - 90 % ahaja bergantung kepada jenis sayuran dan kualiti. Harga benih impot adalah agak tinggi berbanding dengan harga pengeluaran benih tempatan (itu pun belum pasti jika ada pilihan benih tempatan yang banyak dipasaran).


Benihan sayuran Keluarga Cucurbitaceae seperti tanaman Peria (Momordica charantia) boleh di hasilkan melalui kaedah Pendebungaan Terbuka (Open pollination - OP) dan juga Kaedah Hibrid dalam kaedah pengeluaran benih. Benih peria yang di tanam dengan pendebungaan terbuka perlukan sebanyak 5 kg sehektar untuk ditanam terus keladang. Satu hektar tanaman benih peria secara OP mampu menghasilkan sebanyak 500 kg benih peria. Setiap 1 gram benih peria mengandungi 17 biji benih. Pengeluaran benih secara hibrid mampu menghasilkan sebanyak 200 kg benih peria sehektar. 


Tanaman Timun (Cucumis sativus) memerlukan sebanyak 3 kg sehektar untuk ditanam secara terbuka sementara benih timun hybrid perlukan sebanyak 1 kg sahaja sehektar. Potensi hasil benih timun sebanyak 600 kg sehektar bagi kaedah OP dan 300 kg sehektar bagi kaedah pengeluaran hibrid. Sebanyak 1 gram benih timun mengandungi purata 40 biji benih.


Sayur Petola (Luffa acutangula) ditanam menggunakan benih sebanyak 5 kg sehektar dan mempu menghasilkan benih sebanyak 500 kg sehektar dengan kaedah OP. Petola yang ditanam dengan hidrid perlukan 1 kg benih sehektar dan mampu menghasilkan 200 kg benih petola. Setiap 1 gram benih petola mempunyai 11 biji benih. 


Benih tanaman melon yang dihasilkan secara OP ditanam menggunakan 2 kg biji benih dan mampu menghasilkan 300 kg bijibenih sehektar. Kaedah hibrid pula gunakan 2 kg benih dan mampu menghasilkan 100 kg bijibenih melon sehektar. Setiap 1 gram benih melon mengandungi 40 butir biji. Labu manis perlukan 2 kg benih sehektar dan mampu menghasilkan sebanyak 500 gram benih sehektar.


By,
M Anem
Melaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...