Support My Blog

Friday, May 29, 2020

BELI DURIAN DALAM TALIAN - HEBAT

MEMBELI BUAH DURIAN SECARA DALAM TALIAN?... Ini merupakan satu fenomena baru di Malaysia semasa musim buah durian tahun 2020 ini. Durian (Durio zibethinus) mula gugur seawal bulan Mei sehingga hujung September setiap tahun dimana ia merupakan sejenis buah bermusim. 'Raja Segala Buah' ini menceriakan lagi suasana di kalangan peminat buah tersebut sehingga ada orang yang sanggup membayar dengan harga premium bagi mendapatkannya seperti jenis Durian Musang King (D197), Durian Merah, XO, Durian Duri Hitam, Durian Tekka dan beberapa varieti yang popular lagi. Di Malaysia terdapat seluas 72,464 hektar tanaman durian dengan pengeluaran hasil sebanyak 251,910 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statustik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Negeri utama yang luas menanam durian adalah Pahang (18,293 hektar) diikuti Johor (15,620 hektar) dan Sarawak (10,431 hektar) pada tahun 2018. Bagaimana pun Johor mengeluarkan hasil durian terbesar di Malaysia pada 2018 dengan kapasiti sebanyak 51,262 metrik tan. Pemasaran durian ini lazimnya dijual secara buah segar atau diproses untuk menjadi pelbagai produk lain selain daripada durian sejukbeku (Teknologi Blastfreezer). Harga ladang dan harga runcit durian lazimnya bergantung kepada varieti, kualiti buah, lokasi jualan, kesan lambakkan durian, peringkat awal atau pertengahan musim dan juga cuaca. Bagi buah durian premium untuk pasaran eksport pula kini telah banyak usaha dilakukan oleh kerajaan dan swasta dengan beberapa pendekatan. Ini adalah bagi mempastikan buah durian dari Malaysia mampu mengambil peluang mengeksport durian kerana durian dari negara Thailand berjaya dieksport keseluruh dunia dan terhebat di dunia. Thaiand telah berjaya menjadikan 3 varieti durian mereka kepasaran dunia melalui kargo udara dan laluan laut dengan varieti KanYou, Chanee dan Munthong. Beberapa proses dilakukan untuk mereka mengeksport durian dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Apabila berlaku sahaja wabak pandemik Covid19 diseluruh dunia termasuk Malaysia dimana Arahan Perintah Kawalan Perserakan (PKP) telah dilaksanakan timbul kaedah menjual durian lebih berlainan iaitu melalui dalam talian (Online). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan lagi bagaimana penjualan durian dalam talian seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk rujukkan anda.

Pada masa ini kaedah membeli-belah dalam talian atau pembelian dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang, atau kedai maya kesemuanya adalah padanan dalam talian kepada peruncit bata dan lepa dan pusat membeli-belah. Metafora katalog dalam talian juga digunakan sebagai analogi kepada katalog pesanan mel. Semua jenis kedai yang mempunyai laman sesawang runcit, termasuk juga yang tidak mempunyai kedai fizikal atau katalog cetak. Membeli-belah dalam talian ialah sejenis perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C). Kini mayyarakat Malaysia faham akan istilah "kedai sesawang" dimana ia juga merujuk kepada tempat perniagaan yang pembangunan laman, pengehosan laman, dan jenis kegiatan berkait laman sesawang yang lain dilakukan. Pembelian dalam talian memperkenalkan cara-cara yang baharu untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan bilangan kakitangan yang diperlukan. Ini merupakan cara yang lebih berkesan untuk menjual produk kepada pembeli dari seluruh pelosok dunia. Diantara beberapa faedah membeli-belah dalam talian seperti kuasa tawar-menawar pengguna yang kini menghayati lebih banyak pilihan; Kuasa pembekal dimana adalah lebih susah untuk pengguna mengurus saluran bukan digital serta penggunaan internet mempertingkatkan pengkomoditian. Kaedah ini juga elakkan akan ancaman peserta baharu dimana selalunya kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu. Cara ini melibatkan kos overhead yang lebih rendah dan mengelakan ancaman pengganti produk dan perkhidmatan. Walau pun berlku persaingan antara pesaing akan tetapi kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan kepada pasaran-pasaran yang berbeza. Sepanjang PKP di Putrajaya penulis blog memang sangat aktif menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk membeli makanan serta minuman, alat eletronik kecil dan gadget, pakaian, perkakas dapur, ubat-ubatan dan sebagainya. Terbukiti kita tidak perlu keluar rumah hanya dengan menggunakan handphone makan barang ditempah sudah dihanar kerumah.

Akhbar Harian Metro pula dengan artikel bertajuk 'Durian Balik Pulau mulai luruh awal Mei, peniaga buka tempahan online Selasa" juga menarik untuk dibaca. Musim durian di Balik Pulau sepatutnya bermula awal Mei ini namun raja buah tersebut mula luruh ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kini para pengusaha kebun durian mula mengambil beberapa alternatif termasuk memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial dan aplikasi seperti WhatsApp  dan WeChat  serta Facebook bagi memasarkannya selain menawarkan khidmat penghantaran kepada pelanggan memandangkan pergerakan yang terhad sepanjang tempoh PKP. Bagi tujuan ini seorang pemilik Dusun Durian Boa Sheng dikenali dengan nama T.S. Chang berumur 53 tahun ada berkata terdapat 20 jenis durian dihasilkan daripada kira-kira 300 pokok yang ditanam di kebunnya di Sungai Pinang. Dia menjangkakan buah tersebut mula luruh bermula awal Mei. Sepanjang lebih 30 tahun dia berniaga buah durian dakwanya ini kali pertama berlaku sebegini rupa iaitu pelaksanaan PKP dimana dia perlu ambilnya sebagai positif serta perlu teruskan usaha perniagaannya kerana buah durian akan luruh seawal Mei dan mungkin sampai Julai untuk musim kali ini. Cuma kali ini penggemar raja buah tidak boleh datang terus makan di kebunnya tapi jangan risau kerana dia menyediakan khidmat penghantaran. Buah duriannya adalah jenis organik kerana dia tidak menggunakan racun dan dia akan hantar di kedai organik yang telah dipilih iaitu Pulau Tikus dan Bayan Baru. Chang dakwa para pelanggannya hanya perlu untuk membuat tempahan menerusi laman web durian.com atau WhatsApp nombornya dan kemudian penghantaran akan dibuat di dua buah kedai tersebut untuk pelanggan datang mendapatkannya dalam keadaan segar kerana buah yang baru luruh sahaja akan terus dijual. 

Dia tidak bercadang untuk menghantar terus ke rumah pembeli kerana mahu membendung penularan wabak Covid-19 malah beliau menggunakan perkhidmatan penghantaran sendiri dan bukan dengan mana-mana syarikat ternenal seperti Grabfood atau Foodpanda. Dia memang ada  menawarkan pakej bermula RM100 bagi empat jenis buah durian yang siap dikupas serta diisi dalam bekas yang turut divakum malah dimasukkan dalam kotak yang boleh tahan sejuk sehingga lebih empat jam. Dia juga menjangkakan akan berlaku kerugian pada musim durian kali ini,  kerana dia sentiasa positif dimana kesihatan dan nyawa orang ramai adalah lebih penting daripada duit hasil jualan duriannya malah perniagaan tersebut masih boleh diteruskan pada tahun hadapan. Pemilik kebun durian lain bernama K.H. Ong pula beritahu dia akan menyediakan penghantaran durian ke rumah pelanggan dengan kaedah perkhidmatan penghantaran sendiri kerana itu antara cara terbaik menjual duriannya pada musim ini. Ini kerana  ada  pelanggan atau pembeli tidak boleh datang membeli di kedainya di Balik Pulau beliau mengambil alternatif menjual sendiri menerusi dalam talian dalam aplikasi WhatsApp sebelum menghantar kepada mereka dalam keadaan telah siap dikupas serta dimasukkan dalam bekas. Dakwanya ada beberapa pelanggan telah mula hubunginya untuk bertanyakan tentang buah duriannya  dan memaklumkan dia akan jual menerusi dalam talian. Mereka sangat gembira dan teruja dan memang tidak sangka mereka mula mencari untuk membeli durian sekarang ini melalui dalam talian atau online.

Akhbar Sinar Harian dengan artikel bertajuk 'Tempah durian anda secara dalam talian' menarik dirujuk kali ini. Dilaporkan pengusaha durian serta pemborong utama dibenarkan menjual secara dalam talian serta menghantar buah itu kepada pelanggan dengan 20 penjual telah memulakan penjualan secara dalam talian melalui pelbagai platform media sosial. Berita dari Balik Pulau, Pulau Pinang menyatakan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah memperuntukkan 254 lot gerai di sembilan pasar basah di pulau itu untuk penjualan durian kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pembeli tidak dibenarkan pergi ke dusun di Balik Pulau, Teluk Bahang, Gertak Sanggul atau Batu Maung untuk membeli raja buah itu. Dakwa Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang kini terdapat lebih kurang 200 dusun durian di pulau itu serta enam pemborong utama dan mereka juga dibenarkan menjual secara dalam talian serta menghantar buah itu kepada pelanggan dengan 20 penjual telah memulakan penjualan secara dalam talian melalui pelbagai platform media sosial. Digalakkan mereka boleh mengemukakan permohonan menjalankan perniagaan di gerai pasar dengan MBPP iaitu ia adalah inisiatif Perniagaan dari Dusun (BFF) dan mereka akan dibenarkan memasarkan buah itu di pasar dengan waktu operasi mengikut waktu yang ditetapkan semasa PKP. Sewa bagi setiap gerai ialah RM7 sehari atau RM200 sebulan untuk bayaran kutipan sampah, bil elektrik dan air. Pendaftaran untuk menyewa gerai di pasar bermula hari ini dari jam 12 tengah hari hingga 12 malam pada 28 April dan sekiranya MBPP menerima lebih 254 permohonan dimana undian akan dijalankan.

Seorang pekebun iaitu pemilik Karuna Hill bernama Carl Michael Valenti mendakwa dimana beliau tidak merancang untuk menjual duriannya secara dalam talian kerana dia perlu menguruskan proses penghantaran buah itu dari dusun kepada pembeli. Dia yang mempunyai lebih 200 pokok durian dakwa biasanya pada musim durian dia akan memperoleh sekitar 8,000 biji durian dan ia akan diserahkan kepada pemborong di sini untuk dia mengedarkan kepada penjual (Sila lihat foto disebelah). Musim durian di Balik Pulau biasanya bermula pada Mei untuk tempoh sekitar tiga bulan dan kes berlaku dimana memandangkan pelaksanaan PKP maka penjual terpaksa mencari alternatif lain untuk memasarkan hasil mereka termasuk menjualnya didalam talian. Walau pun menjual durian secara dalam talian sudah popular di lakukan oleh beberapa syarikat di Lembah Kelang akan tetapi bagi Pulau Pinang ianya masih kurang popular. Bagaimana pun akibat PKP memang agak sukar menjual secara biasa ditepi jalan kerana orang ramai tidak boleh keluar rumah sepeti keadaan biasa. Kaedah menjual durian secara dalam talian ini boleh dilakukan sama ada durian 'whole fruit' atau pun isi durian sahaja didalam bekas plastik. Didapati pengguna lebih membeli isi durian sahaja dan tidak mahu bersama kulit durian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepasa semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
MUSIM DURIAN... KINI DAH TIBA..
WABAK COVID19... PKP LAKSANA..
SUSAH MENJUAL...CARA BIASA...
DALAM TALIAN... BOLEH JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(5 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...