Support My Blog

Thursday, May 21, 2020

BENIH NANAS MD2 - PERLU IMPORT?

BENIH NANAS HIBRID MD2 kini semakin popular jumlah permintaannya sehingga bekalannya tidak mencukupi untuk penanaman di Malaysia. Tanaman Nanas (Ananas comosus) merupakan salah satu buah tropika yang semakin menarik minat ramai usahawan dengan nanas MD2 menjadi pilihan mereka. Nanas MD2 yang dikatakan sebagai nanas premium kerana beberapa ciri seperti tahap kemanisan, ketahanan daya simpanan, tidak lidas dan juga dijual dengan harga premium tinggi menjadikan ia disukai ramai. Kehadiran nenas MD2 semenjak tahun 2008 dan mula dikomersilkan semanjak 2010 telah mengubah persepsi dengan kadar penggunaan perkapita nenas dalam negara telah meningkat daripada 8 biji seorang setahun kepada sebanyak 14.8 biji seorang setahun. Penulis blog menjangka permintaan perkapita nanas segar negara akan meningkat kepada 18 - 20 biji seorang setahun menjelang 2025. Kalau dahulu hanya nenas moris yang telah lama mendominasi pasaran dengan rasa masam manis tetapi kini peengguna hanya berminat makan nenas MD2 segar dan varieti premium nenas lain untuk dimakan segar. Nenas MD2 mendapat harga pasaran baik dimana kini harga ladang adalah purata sekitar RM2.50 - RM3.00 sekilogram. Kini nanas MD2 atau ada dikalangan penduduk tempatan memanggilnya sebagai 'Nanas Madu' semakin diminati kerana ciri kemanisannya, tidak lidas dan juga aroma kuat yang disukai ramai serta khasiatnya yang semakin dikenali. Selain nanas MD2 ditanam dikawasan tanah gambut dikawasan tanaman nanas atau diatas tanah mineral dikawasan baru kedua-dua kaedah penanaman ini akan menghasilkan buah MD2 berkualiti asalkan usahawan ini menggunakan benih sulur asli dan bukan benih kultur tisu. Kekurangan benih nanas MD2 dirasai semenjak tahun 2010 dimana LPNM memperkenalkan Skim Pawah Nanas MD2 kepada usahawan terpilih sahaja. Kini apabila banyak negeri membuka kawasan baru untuk menanam nanas MD2 sudah tidak cukup bekalan benihnya dan perlu diimport dari negara luar khususnya dari Filipina. Artikel "Anim Agro Technology" kali ini membincangkan isu kekurangan benih nanas MD2 dan langkah mengimport yang perlu dilakukan.


Nenas merupakan buah tropika yang telah dimakan diseluruh dunia yang mana ia adalah dalam ranking atau kedudukan 5 teratas kepentingannya. Nenas MD2 pula kini semakin mendapat permintaan untuk pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa dimana telah ada dilaporkan lebih 2,500 hektar tanaman nanas MD2 diseluruh negara dan sebahagian ladang ini telah menghasilkan sulur benih (Sila lihat foto disebelah). Khasiat buah nenas yang didakwa mampu memberikan impak kesihatan membolehkan buah nenas segar kini semakin mendapat tempat dikalangan penduduk tempatan. Buah nenas sering dihidangkan di hotel-hotel berbintang bersama dengan buah pisang, betik, mangga dan juga melon atau tembikai merah. Sejarah Nanas MD2 mula dikaji proses pembiakannya di Institut Penyelidikan Nenas di Hawai pada tahun 1960'an dengan kerjasama beberapa buah syarikat pengeluar utama nenas dunia seperti Del Monte, Maui Land and Pinepple Company selama beberapa tahun. Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 nenas MD2 telah dihasilkan dan kemudian dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendakki oleh pasaran antarabangsa. Nenas varieti MD2 atau dinamakan sebagai 'Millie Dilard' sempena nama isteri orang berkepentingan ini kekal ssehingga hari ini sebagai salah satu nenas premium untuk dikomersilkan. Dari segi pembiakbakaan nenas, nenas MD2 mempunyai ciri yang unik kerana ianya kompleks yang melibatkan 5 varieti induk nenas yang berbeza dimana ia dikacukkan termasuk daripada kumpulan nenas Smooth Cayene dan beberapa lagi. Dalam ertikata lain kehadiran varieti nenas MD2 telah menjadikan ia pilihan terbaik kepada penanam nenas kerana kini ia dijadikan nenas premium untuk pasaran domestik dan eksport dinegara kita.


Bekalan benih nanas MD2 di Malaysia kini (tahun 2019) telah kekurangan apabila beberapa kawasan baru penanaman nanas MD2 dibuka terutama di Pahang, Sarawak dan Sabah selain daripada negeri lain yang skalanya sederhana luas. Usahawan Nanas hanya hendak menanam nana MD2 kerana mendapat pasaran baik dipasaran jika kualitinya dijaga. Walau pun penanaman nanas MD2 kini telah dilakukan diatas tanah gambut dan tanah mineral akan tetapi jumlah pengeluarannya masih jauh dari mencukupi untuk dieksport dibeberapa negara besar termasuk ke Negara China. Buah nanas segar dari Malaysia te;ah dieksport lebih daripada 10 buah negara serta ianya mempunyai potensi baik dimasa akan datang. Pada masa ini bekalan benih nanas MD2 ada diberikan oleh pihak LPNM melalui program Skim Kekayaan Baru (SKB) didalam memperluaskan komoditi ini. LPNM sahaja difahamkan sudah membuat tender terbuka untuk membekalkan sebanyak berjuta sulur asli (suckers) untuk ditanam dikawasan baru. Bila sehektar tanaman nanas MD2 memerlukan sebanyak 50,000 sehekar cuba anda kira jika kelulusan seluas 250 hektar setahun bermakna diperlukan sebanyak 12.5 juta benih berdasarkan bajet tahunan. Penulis blog anggarkan daripada 2,500 hektar kawasan tanaman nanas MD2 hanya sekuar 100 hektar sahaja yang akan dituai dan mampu mengeluarkan anggaran sebanyak maksima 8.0 juta sulur sahaja sedangkan kelerluan untuk program dibawah LPNM sudah perlukan 12.5 juta sulur!.


Terkini banyak pihak swasta dan estet baru yang sudah memulakan untuk membuka ladang nanas terutama nanas MD2 di Pahang, Sarawak dan Sabah. Mereka membua kawasan yang luasnya daripada 5 hektar sehingga kepada seluas 1,600 hektar menghadapi masaalah untuk mendapatkan benih sulur nanas yang original. Terdapat banyak pembekal benih nanas Kultur Tisu MD2 yang mana mereka menawarkan benih nanas MD2. Bagaimana pun pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian dan LPNM telah mengeluarkan larangan untuk penggunaan benih ini kerna masaalah 'Somaclonal Variation' yang berlaku. Pihak kerajaan telah mengeluarkan surat peringatan tersebut kepada semua usahawan nanas walau pun terdapat beberapa usahawan nanas MD2 yang telah menanamnya di Malaysia dan ianya merosakkan industri nanas negara. Syarat utama tender benih nanas kerajaan mestikan mempunyai sijil Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) oleh Jabatan Pertanian dan BUKAN BENIH ASAS KULTUR TISU sebagai syaratnya. Pembekalan benih nanas di Malaysia dikawal kualitinya melalui SIRIM Standard sebagai asas pembekalannya. Kini penghantaran ke Sabah dan Sarawak menyebabkan benih nanas MD2 tidak mencukupi untuk keperluan penanaman di Semenenjung Malaysia. Benih akan dihantar menggunakan kontena (Sila lihat foto disebelah) dan melalui SOP yang sesuai.


Pengimportan benih nanas hibrid MD2 difikirkan amat perlu dilakukan oleh pihak berwajib atau swasta yang ingin menanamnya. Pada masa ini negara jiran yang dilaporkan mempunyai stok benih yangbanyak dan boleh dijadikan sumber benih adalah Filipina. Dipercayai benih nanas MD2 yang terdapat di Malaysia kini berasal dari negara tersebut dan wajar dibuat pengimportan jika keperluan dalam negara semakin kritikal. Di Mindanao terdapat berpuluh ribu pokok nanas MD2 dimiliki oleh Del Monte dan Dole Plantation serta usahawan persendirian yang telah didakwa mampu untuk mengeluar dan mengeksport benih nanas MD2 mereka. Lawatan penulis blog di Bukidnon sebagai contoh mendapati ada beberapa pembekal disana yang mengeskport ke Indonesia dan China benih nanas MD2. Satu rangka kerja dan Standard Operating Procedure (SOP) mesti disegerakan caranya bagi membolehkan benih nanas MD2 yang berkualiti dibawa masuk ke Malaysia dengan kos yang munasabah. Cara ini membolehkan penanaman nanas premium MD2 dapat di majukan lagi dengan penanaman secara komersil dan menghasilkan buah berkualiti untuk pasaran domestik dan eskport. Walau pun ada dakwaan harga nanas segar MD2 dari Malaysia lebih tinggi daripada kos pengeluaran di Filipina, Indonesia dan Thailand tetapi potensi penerimaan negara pengimport nanas segar dari Malaysia amat baik. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!..
MENANAM NANAS...MD2 VARIETINYA...
BENIH SULUR... ELAKAN TC DIGUNA...
BENIH KURANG... IMPPORT SAHAJA...
PATUHI SOP... DILAKSANAKAN SEGERA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...