Support My Blog

Friday, May 15, 2020

TEKNOLOGI TANAM CENDAWAN KUKUR (Part 3)

CENDAWAN KUKUR (Schizophyllum commune) adalah sejenis cendawan dimana ia lazimnya ada pada kayu reput dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan dari Schizophylaceae mempunyai banyak spesis yang ada tumbuh pada batang kayu untuk proses pereputan. Penulis blog dapati di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Banyak nama gelaran diberikan kepada jenis cendawan ini mengikut lokaliti seperti Jamur Gerigit (Jawa Daerah Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, Kulat Sisik dan banyak lagi. Saya mengenali akan cendawan ini dari zaman kanak-kanak lagi kerana sering mengutip sendiri di kawasan kebun getah keliling kampung di Muar dahulu terutama selepas musim hujan. Bagaimana pun terkini sudah ada teknologi bagi mengeluarkan cendawan sisir atau cendawan kukur ini secara komersil hasil kajian saintis MARDI untuk dijadikan rujukkan. Artikel ini adalah merujuk kepada Buletin MARDI bilangan 11/2017 yang sesuai dituis semula bagi dijadikan bahan rujukkan. Artikel sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak covid-19 saya tulis lagi dalam "Anim Agro Technology'' teknologi bagaimana menanam cendawan kukur yang boleh dijadikan bahan rujukan semua. 


Menjaga cendawan kukur memang perlu mengetahui teknologi kawalan perosak dan penyakit. Cabaran utama pengusaha cendawan adalah untuk mengawal jika ada perosak dan penyakit yang mungkin disebabkan oleh serangan serangga perosak dan haiwan kecil. Patogen seperti bakteria, kulat dan virus juga tidak terkecuali sebagai penyumbang dalam kerosakan beg cendawan dan cendawan. Pengendalian rumah cendawan yang baik dan bersih dapat menghindarkan serangan serangga perosak. Antara teknologi atau kaedah yang boleh dilakukan adalah seperti dengan pastikan untuk menyembur metil bromida dengan sukatan yang betul untuk serangan hama. Kawalan dengan menyembur racun serangga khusus untuk anai-anai seperti cypermethrin, permethrin atau chloropyrifos jua boleh dilakukan mengikut keperluan. Pengusaha juga boleh menyembur racun serangga jenis berbahan aktif seperti kelthane atau malathion untuk serangan labah-labah sebelum bongkah dimasukkan ke dalam rumah cendawan. Cendawan juga turut diserang penyakit yang boleh merosakkannya. Antara simptom atau tanda dimana cendawan diserang penyakit adalah seperti cendawan berlendir, busuk, berlubang dan sebagainya. Kehadiran mikroorganisma atau agen penyebab penyakit adalah disebabkan oleh proses pensterilan tidak dilakukan dengan betul. Penggunaan pembasmi kuman 0.5% formalin, 70% clorox atau 10% alkohol amat digalakkan ketika mengendalikan pensterilan. Penggunaan racun kulat seperti Benlate, Bavitsin, WP atau Bravo 500 boleh mengelak daripada serangan kulat terjadi. Aspek kebersihan pekerja turut dititikberatkan supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada cendawan diserang penyakit.  Apa pun bagi tujuan penghasilan cendawan kukur organik maka sebaiknya penulis blog nasihatkan agar elakkan penggunaan bahan kimia sebaliknya gunakn biopesticide.


Mungkin ramai dikalangan pembaca blog anim agro ini yang tidak berpengalaman mengutip hasil cendawan kukur sama ada yang liar didalam kebun atau pun ditanam dirumah cendawan. Ramai yang mengalami masalah kualiti cendawan kukur kerana beberapa sebab (Sila lihat foto disebelah). Pertama adalah disebabkan anda menuai terlalu lambat. Apabila cendawan kukur ini dituai lambat maka ada yang ingat bila kita sibuk waktu pagi maka anda boleh tuai petang. Tetapi perlu diketahui dimana kadar pertumbuhan cendawan kukur ni memang cepat matang. Oleh itu sebaiknya kalau sudah tiba masa untuk menuai seperti dinyatakan didalam jadual menuai maka sebaiknya terus tuai jangan tangguh lagi. Jika ada kenduri atau terpaksa berada ditempat lain maka pastikan ada orang lain memetiknya. Pastikan sentiasa menyiram cendawan yang sudah matang. Ini disebabkan sekiranya ingin menuai cendawan maka perlu pastikan siraman tidak dibuat 12 jam sebelum tuaian. Tujuannya bagi memastikan cendawan lebih tahan lama dan tidak lembik apabila dituai. Cendawan yang basah akan mudah rosak dan lembab menyebabkan mudah diserang kulat. Anda boleh menunggu cendawan kukur ini menjadi lebih besar lagiCara untuk melihat cendawan kukur yang sudah boleh dituai adalah dengan anda memegang cendawan itu. Pegang dengan tangan dan gosokkan. Jika sudah lembut walaupun masih kecil maka sebaiknya ia perlu dituai. Ada sesetengah orang ingat cendawan masih kecil jadi boleh tunggu dulu akan tetapi sebenarnya ia salah. Jika cendawan sudah lembut maka sebaiknya boleh dituai  segera walaupun ia masih kecil.


Di negara kita Malaysia umum mungkin tahu dimana masyarakat Melayu amat sinonim dengan cendawan kukur kerana sering kali digunakan dalam masak lemak cili api. Inovasi produk baru berasaskan cendawan termasuk cendawan kukur telah menyebabkan peningkatan permintaan terhadap cendawan kukur. Teknologi dalam penanaman cendawan kukur menggunakan beg medium telah menjadikan cendawan kukur sebagai sayuran tanpa musim yang boleh diperoleh setiap masa (Sila lihat foto disebelah). Kaedah penanaman yang tidak banyak beza daripada penanaman cendawan tiram kelabu membuatkan pengusaha cendawan dapat mempelbagaikan penanaman cendawan. Secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatan sampingan. Namun begitu memang cendawan kukur tidak digalakkan untuk ditanam bersama dengan cendawan tiram kelabu di kawasan yang sama untuk mengelakkan penguasaan cendawan kukur terhadap cendawan tiram kelabu. Melalui pengenalan teknologi penanaman cendawan kukur ini penulis blog berharap diharap dapat mewarnai industri cendawan tempatan. Artikel ini ditulis dalam 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dijadikan bahan rujukkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
CENDAWAN KUKUR... ADA TEKNOLOGINYA...
KAJIAN MARDI... SUDAH DIJALANKANNYA...
ARTIKEL DITULIS... BAHAN RUJUKANNYA...
USAHAWAN MEMBACA...LAKSANAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,'
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(12 Syaaban 1441H).
STAY HOME... ELAKKAN COVID-19!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...