mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, May 11, 2020

LABU DINOSOUR - UNIKNYA...

LABU DINOSOUR (Lagenaria siceraria)  atau juga di panggil sebagai 'Dinosour gourd' adalah sejenis tumbuhan singkat masan yang mana mempunyai bentuk buah yang memang unik iaitu menyerupai haiwan purba dinosour. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti 'Caveman club', Maranka Walaupun penulis blog baru sekali melihat tanaman ini di Pahang akan tetapi ia memang unik dan kagum melihat bentuk buah yang jarang ditanam ini. Buah labu ini seakan buah petola jika dilihat pada tekstur kulit dan warnanya dengan mempunyai bahagian  bilat dibawah dan panjang diatasnya sehingga ketangkai seakan dinosour sahaja. Buahnya besar sehingga berukuran dua kaki oanjang dengan kulit licin berkilat, kulit hijau yang keras apabila matangdan sesekali dilihat sebagai sebuah 'tukul besi' atau pun 'armour'. Bagaimana pun bentuk ini akan terhasil jika ditanam secara 'trellis atau mempunyai sisitem para yang sesuai. Bentuk buahnya yang unik dan csntik menjadikan tumbuhan ini selalunya ditanam sebagai tanaman hiasan atau pun tanaman untuk dijadikan produk kraftangan sahaja. Buahnya yang cantik diukir dan dilukis menjadi salah satu bahan cenderahati atau souvenir kepada pelancong. Tumbuan ini dipercayai berasal daripada benua Benua Afrika dan dibawa disebarkan keseluruh dunia sebagai salah satu tumbuhan purba. Belum ada laporan ada orang yang menanam labu ini untuk dijadikan sayuran buah yang dimakan. Ia mempunyai kumpulan yang sama dengan tannaman labu air dimana perlukan sokongan penanaman kerana ia merupakan tanaman jenis memanjat (climbers), Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sejenis tanaman dikenali sebagai 'Dinosour gourd' untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Kaedah penanaman dinosour gourd ini mudah dilakukan dengan menyamai mealui bijibenih yang baik (Sila lihat foto disebelah). Pastikan ketika memlilih lokasi penanaman yang khusus untuk mudah dilihat sendiri atau untuk pengunjung yang ingin melihat tanaman unik ini. Pada penulis blog lazimnya kaedah atau pun teknologi penanaman labu yang lain. Mungkin kita di Malaysia agak sukar untuk mencari benih labu dinosour ini dipasaran tempatan dan cuba mendapatkannya melalui pembelian online sahaja. Benih ini boleh disemai dahulu didalam dulang semaian untuk mempastikan ia bercambah dengan elok dan kalau menanm terus kelubang penanaman pun boleh dilakukan. Kalau di Malaysia tidak menjadi masaalah bila masa hendak menanamnya tetapi dinegara empat musim sesuai selepas musim sejuk dimulai menanam. Kawasan penanaman disediakan tpak dengan membuna batas atau membuat penggemburan dipoint tanaman, Naikkan para jenis trellis yang kuat diatas tapak tanaman menggunakan tiang kayu atau tiang konkrit dengan para yang kuat. Sediakan sistem pengairan (jika mampu) atau perlu ada sumber air berdekatan jika menanam sedikit pokok sahaja untuk perhiasan. Sediakan lubang penanaman dan masukkan baja organik dan baja asas kedalam lubang. Anakbenih ditaman sekitar 2-3 pokok bagi setiap satu point dan dijaga sehingga tumbuh dengan baik. Setelah itu perlu dinaikan sulur pokok agar memanjat tiang para.


Pokok labu dinosour ini akan memanjat para dan memenuhi ruang atas para sebelum ianya berbunga dan berbuah. Bagaimana pun sama dengan tanaman jenis labu ini ia perlukan penjagaan daripada musuh dan penyakit. Secara umumnya tanaman labu ini juga sama dengan tanaman dari famili Cucurbitaceae yang lain mmerlukan cuaca panas dan air yang banyak untuk pertumbuhan dan juga pengeluaran hasil yang baik. Suhu yang sesuai ialah sekitar 25-35 Celcius pada waktu siang dan 18-22 Celcius pada waktu malam. Hujan minimum diperlukan sebanyak 380 mm semusim adalah memadai. Hujan lebat yang banyak pula boleh menyebabkan air bertakung boleh memusnahkan tanaman ini. Cuaca redup dan ada naungan dari pokok lain akan mengurangkan pengeluaran bunga betina dimana ia seterusnya merendahkan hasil. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah liat gembur berpasir, liat gembur berorganik tinggi, gambut yang diberi kapur dan tanah bris berorganik tinggi seperti Siri Rhu Tapai dan Rompin. Pemilihan kawsan tanaman di tanah rata mestilah mempunyai saliran yang baik. Di kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi penanaman hendaklah dibuat di atas batas. Nilai pH tanah yang paling sesuai ialah diantara 5.5 - 6.8 seperti kebanyakan tanah di Malaysia mempunyai pH yang rendah dan kapur diperlukan untuk mengurangkan kemasaman tanah. Jenis tanah mineral memerlukan kapur sebanyak 3-5 tan sehektar manakala tanah gambut memerlukan 3.0 - 7.5 tan sehektar.


Pembajaan tanaman labu ini tidak berbeza dengan memberikan baja NPK 12:12:17:2+TE diberikan semasa sebelum menanam 10 hari lepas tanam (200 kg/ha), 40 hari lepas tanam (200 kg/ha) dan 60 hari lepas tanam (200 kg/ha). Baja organik tahi ayam reput diberikan dengan kadar 4 mt/hektar.  Dalam aktiviti pengurusan Penyakit dan Perosak selalunya jenis Penyakit Kulapuk Downy yang akan merebak melalui tiupan oleh angin. Ia diisebabkan oleh patogen Kulat iaitu Pseudoperonospora cubensis. Antara simptom serangan adalah dimana ada bintik-bintik bersegi berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun. Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora-spora cendawan keungu-unguan. Serangan teruk menyebabkan daun menjadi kuning dan mati dan buah menjadi bantut. Kaedah kawalan dilakukan menyembur dengan racun kulat seperti metalaxyl (0.15% b.a) apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulang selang 7-10 hari, sekali. Penyakit Kulapuk Berdebu yang merebak melalui angin dan air disebabkan oleh kulat Erysiphe cichorocearum menyerang daun. Simptom serangan dimana terdapat kulat berdebu di bawah daun dan batang pokok. Bahagian yang berpenyakit menjadi perang, kuning dan berkedut. Kawalan dilakukan dengan memusnahkan pokok dan buah yang diserang. Semburan dengan racun kulat seperti benomyl (0.03% b.a) selang 7-10 hari sekali jika perlu. Penyakit Lecuh Anak Benih atau Reput Pangkal pula merebak melalui tanah dan air yang disebabkan oleh Phytophthora sp., Pythium sp. dan Rhizoctonia sp. Antara simptom yang boleh dilihat dimana serangan berlaku pada batang atau di mana terdapat tanda-tanda cedera berair dan kelihatan nekrotik. Kawalan penyakit ini menggunakan biji benih yang sihat. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun dalam1,000 g biji benih. Pastikan saliran elok di kawasan tanaman. Penyakit tanaman labu manis seterusnya adalah Penyakit Mozek Virus yang selalu merebak melalui biji benih atau kutu daun. Penyakit ini menyerang semua bahagian pokok. Simptom serangan dimana ada daun berbintik-bintik berwarna hijau pucat, berkerekot dan pokok terbantut. Kawalan dijalankan dengan mencabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit. Penyakit Hawar Daun selalu merebak melalui angin yang disebabkan oleh sejenis kulat Rhizoctonia sp.. Ia menyerang bahagian daun dimana selalunya terdapat spora-spora berwarna keperangan di tempat serangan. Cara kawalan dengan merawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun setiap 1,000 g biji benih. Gunakan biji benih yang sihat, amalkan tanaman giliran dan cabut serta tanam daun-daun yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti mancozeb (0.1 - 0.2% b.a) setiap 7 hari sekali jika perlu. Buah yang matang boleh dikutip dan dikumpulkan sebelum ianya diproses menjadi produk kraftanfan. Mereka yang suka akan keunikan buah labu dinosour juga boleh datang membuat lawatan dan memetik sendiri buahnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

LABU UNIK... DINOSOUR BENTUKNYA...
BERWARNA HIJAU...TRELLIS PERLUNYA...
DIBUAT KRAFTANGAN... ITU GUNANYA...
DI NEGARA KITA.. IA JARANG DIJUMPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(16 Ramadan 1441H).
STAY HOME...Elakkan Covid-19!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...