mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, May 18, 2020

BUAH PINANG DAN POKOK PINANG

BUAH PINANG (Areca catechu) adalah sejenis tumbuhan dari kumpulan palma iaiitu didalam keluarga Arecaceae yang tumbuh di kawasan beriklimtropika termasik di Asia dan Afrika Timur, Pasifik. Di negara kita Malaysia tanaman pokok pinang ini sudah semakin pupus dan tidak lagi diminati oleh kebanyakan petani kerana mereka lebih suka menanam kelapa sawit atau tanaman makanan yang lain. Sejarah menunjukkan dimana tanaman pinang ini pernah ditanam komersil di Pulau Pinang dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Dinegara jiran pula Indonesia dimana pokok pinang ditanam di Pulau Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Orang Papua merupakan masyarakat yang memakan pinang bersama sirih dan kapor sebagai satu amalan biasa. Sejak lama dilaporkan dimana negara Indonesia termasuk dalam negara yang dikatakan sebagai negara pengekspor pinang terbesar di dunia dengan jumlah eksport sehingga mampu mencapai sebanyak 110,000 metrik tan pada tahun 2007 dan meningkat pada tahun-tahun berikutnya. Dilaporkan dari FAO Stat dimana sekitar 80% keperluan buah pinang di dunia berasal dari negara Indonesia. Di negara-negara maju seperti Belgium, Belanda, Jerman, Korea Selatan dan China dimana buah pinang digunakan sebagai bahan asas industri farmasi kerana bahan aktif yang terkandung didalamnya. Bagaimana pun dinegara Indonesia sendiri penggunaan buah pinang masih kurang dimenafaatkan. Kajian meninjukkan dimana biji buah pinang mengandung bahan alkaloid seperti Arekoline (C8 H13 NO2), Arekolidine, Arekain, Guvakolin dan juga Guvasine, Bahan lain didalam biji buah pinang termasuk  Isoguvasine, Tannin Erkondensasi, Tanin terhidrolisis, Flavan, zat Fenolik, Asid Galate, Getah, Lignin, Minyak menguap dan tidak menguap serta garam (Wang,1996). Selain buah pinang juga berperanan penting dalam proses antiinflamasi dan sebagai inhibitor oksidasi atau pun sebagai bahan untuk proantosianidin. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana pun akan dipaparkan apakan dia laporan media mengenai buah dan pokok pinang untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Akhbar Sinar Harian menulis artikel bertajuk 'Rahsia di sebalik ludahan buah pinang' yang sesuai dijadikan bahan rujukkan. Berita dari Kuala Lipis Pahang ini menyatakan sebenarnya bukan sebarang ludah, rupanya ludahan buah pinang menjadi petunjuk penting buat masyarakat Orang Asli terutamanya ketika di dalam hutan. Buah pinang dikatakan menjadi kegemaran buat masyarakat tersebut yang tanpa mengira jantina dan usia dari golongan tua hingga kanak-kanak. Buah itu atau nama saintifiknya Areca catechu bukan sebarang kudapan yang dimakan untuk mengisi masa terluang. Sebaliknya ia menjadi petunjuk penting buat masyarakat itu untuk menjejaki kesan yang ditinggalkan ketika di dalam hutan. menurut En Jali Chayong yang berumur 47 tahun dari suku kaum Semai memberitahu ludahan air pinang menjadi petunjuk awal buat mereka menjejaki sebarang kesan yang ditinggalkan di atas tanah (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya bukan sebarang ludah, dan jika masih pekat, maksudnya masih baru dan sebaliknya jika telah pudar kesannya. Dakwanya lagi selain itu, ia telah menjadi tradisi turun-temurun selain sumber tenaga kepada kami serta bagus untuk kesihatan sebagaimana dakwaan orang-orang tua memakan buah itu bersama sirih sebagai petua merawat batuk.

Dia yang berasal dari Kampung Lanchang, Pos Betau itu juga memberitahu dimana buah pinang hijau menjadi kegemaran mereka berbanding kebiasaan, kuning kemerah-merahan. Buah pinang kampug ini memberikan rasa lebih kelat selain mudah dikunyah berbanding dengan pinang dari kampong lain yang didakwa keras sikit dan kena guna godek. Sementara itu seorang peniaga pasar malam dikenali dengan nama Siti Zainab Derapa berumur 60 tahun telah memberitahu buah pinang antara barangan wajib yang dijual terutamanya ketika berniaga di perkampungan masyarakat tersebut. Dia yang ditemui di Pasar Malam Pos Betau itu memberitahu dimana jualan buah tersebut sentiasa laku dan menjadi tumpuan Orang Asli. Buah pinang disini akan dijual dengan harga RM2 selonggok dimana dia membawa hingga sebanyak10 kilogram(kg) buah itu yang diperoleh daripada pokok yang ditanam di rumahnya dikawasan Kampung Kuala Medang. Dakwa pnjual ini menyatakan memang pembelinya bukan sahaja lelaki, malah wanita dan budak sekolah pun membeli buah pinang bersama sirih yang turut dijual di sini. Akan tetapi telah menjadi amalan mereka (Orang Asli) lebih suka membeli buah pinang yang warna masih hijau dan kuning pula lebih digemari orang Melayu. Beliau sebenarnya telah menjadi penjual buah pinang sudah lebih 10 tahun. Katanya lagi buah tersebut dikatakan juga bagus untuk merawat masalah dalaman wanita. Sekarang ini dakwanya sudah kurang orang Melayu yang membeli buah pinang akan tetapi dilaporkan telah ada warga asing dari Indonesia dan Myanmar yang kini suka beli Pinang.

Dalam artikel lain bertajuk 'Gadis penjual buah pinang' iaitu dari kawasan Hulu Terengganu. Pastinya ramai generasi muda hari ini tidak mengenali bentuk buah pinang yang pokoknya menjulang tinggi, biarpun tumbuhan ini  yang sinonim dengan kehidupan tradisi orang Melayu. Namun, bagi seorang gadis berusia 18 tahun di sini, Nor Fazlin Nazirah Razali, buah yang biasanya dikaitkan dengan penggemar sirih itu bukanlah asing baginya kerana dia telah mula membantu keluarga menjual buah pinang kering sejak di alam persekolahan lagi. Biarpun mungkin ada yang beranggapan buah itu hanya untuk orang tua, namun anak kedua dari empat beradik ini tidak pernah merasa malu mengusahakan buah pinang kering sebagai salah satu sumber pendapatan untuknya sekeluarga. Kini dengan berkongsi cerita, Nor Fazlin Nazirah mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah bahkan turut menguji kudrat kerana memikul sebatang galah panjang bagi mengait buah pinang sebelum proses-proses seterusnya dilakukan seperti membelah serta menjemur. Dakwanya setiap kali tiba musim buah pinang iaitu sekitar Mac hingga Ogos maka dia akan sering membantu ibu dikenali sebagai Habibah Hashim yang juga mengusahakan buah pinang kering ini. Ketika itu hanya pada waktu lapang sahaja kerana ibu mahu saya fokus pada pelajaran.

Lain pula kes menarik dari Achen dimana seorang wanita di sini mengambil upah memanjat pokok pinang yang menjadi sumber pendapatannya selama hampir 20 tahun. ikenali dengan nama Siti Hajar berumur 35 tahun yang berasal dari Acheh sanggup berbasikal sejauh 26 kilometer dari rumahnya atau sekitar satu jam perjalanan menuju pedalaman Kampung Paloh Mampree bagi mencari pemilik pokok pinang yang mahu menggunakan khidmatnya. Beliau yang tanpa rasa takut merupakan seorang ibu tunggal ini mampu memanjat sekurang-kurangnya 60 pokok pinang sehari demi mencari rezeki buat keluarga lapor Akhbar Kompas. Beliau terpaksa bertahan dengan kerja memanjat pokok pinang walaupun tahu risiko kerana hanya ini kerja yang saya boleh buat sejak zaman remaja lagi. Walaupun ramai menasihatkan supaya cari kerja lain namun saya tiada pilihan kerana inilah sumber rezeki saya sekeluarga. Dia akan memanjat pokok pinang setinggi lapan sehingga 12 meter setiap hari. Dakwanya dalam satu hari selalunya dia mampu memanjat sebanyak 60 batang pokok pinang dengan upah Rp2.000 (50sen) sepokok. Biasanya orang kampong akan hubung beliau apabila mereka mahukan buah pinang. Dari hasil buah itu, ada yang membeli dan duit itu akan dijadikan upah. Beliay yang kini perlu menyara dua orang anaknya masih bersekolah. Ibu dan abangnya juga tinggal bersama dimana dengan wang upah memanjat pokok pinang maka dapatlah membeli kopi, beras, ikan dan wang sekolah anak-anak. Dilaporkan lagi selain memanjat pokok pinang, dia turut bekerja di sawah atau mengambil upah petik sayur di kebun orang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH PINANG... DIPETIK TINGGINYA...
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
PENGELUAR DUNIA...PASTI INDONESIA ..
PELBAGAI GUNA... PERUBATAN GUNA...

By,
M Anem,
'Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(32 Ramadan 1441H).
Patuhi PKPB... Elakkan Covid19...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...