Buah mata kucing mempunyai pelbagai khasiat seperti meningkatkan sistem imunti seseorang sebab dilapor ia kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah segar memberikan tenaga dengan gula semula jadi. Buah ini melancarkan pencernaan melalui kandungan bahan seratnya serta menjaga aspek kesihatan jantung dan melancarkan peredaran darah. Buah mata kucing dilaporkan juga kaya dengan zat antioksidan yang melawan radikal bebas serta berguna untuk menjaga kulit dengan sifat anti-penuaan (awet muda) dan sesuai untuk mereka yang mana sedang menjalani diet kerana buah ini memang rendah lemak dan rendah kalori. Dalam beberapa kajinan dilaporkan dimana diantara khasiat buah mata kucing termasuk ia adalah buah dengan bahan Antioksidan Semula Jadi tinggi serta ia juga mengandungi vitamin C dan sebatian asid fenolik yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas. Ini menyebbkan ia mampu mengurangkan risiko penyakit kronik dan berpotensi memerangi sel kanser. Kedua khasiatnya dimana buah ini mampu Meningkatkan Sistem Imunyi dan ada zat Vitamin serta bahan mineral di dalamnya menyokong sistem imunti seseorang untuk lebih kuat melawan jangkitan seperti demam dan selsema. Pasti buah mata kucing memang ia mampu Memberikan Tenaga sebab ada kandungan gula semula jadi seperti glukosa dan sukrosa memberikan tenaga segera, menjadikannya pilihan baik untuk mengatasi keletihan dan meningkatkan stamina. Keempat ia sangat baik untuk proses penghadaman apabila bahan serat diet dalam buah mata kucing membantu melancarkan sistem penghadaman dan mencegah sembelit. Kelima yang ramai perlu tahu adalah dakwaan buah ini akan menjaga Kesihatan Jantung dengan cara membantu mengurangkan tahap stres dan keletihan serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Kelima adalah khasiat dalam kemampuan buah ini untuk dapat melancarkan Perjalanan Darah dimana ini sekaligus akan melancarkan aliran darah, sekali gus dapat mencegah anemia. Khasiat keenam adalah ia mampu untuk meningkatkan akan Kesihatan Kulit sebab ada bahan 'anti-penuaan' dalam buah mata kucing membantu mencegah kedutan dan mencerahkan warna kulit. Apa pun memang buah mata kucing ini sesuai untuk semua pengamal diet sebab ia mempunyai kadar lemak dan kalori yang sangat rendah dimana ini akan menjadikannya pilihan yang baik untuk individu yang ingin mengawal berat badan. Terakhir yang pembaca perlu tahu fakta jika memakan buah mata kucing akan mampu untuk mengatasi Tekanan dan Tidur. Buah ini didakwa ia berfungsi sebagai agen 'anti-tekanan' yang memberikan kesan menenangkan, membantu mengatasi masalah tidur dan meningkatkan fungsi saraf. Di Malaysia buah mata kucing boleh di berli ketik musim ia matang di atas pokok dan di beli atau dimakan sebaiknya sebagai buah segar. Paling tidak pun boleh ujirasa minuman air mata kucing (panas atau sejuk) yang ada di jual banyak di gerai makanan.
Pokok Mata Kucing adalah dari jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan batang mampu mencapai ketinggian 20-30 meter. Batangnya berwarna coklat dan berkayu keras dan boleh dijadikan kayu balak apabila berumur lebih 50 tahun. Daunya berwarna hijau gelap berukuran 18-25 cm panjang dengan susunan bersilang. Bunga mata kucing seperti juga pokok longan terbit di bahagian hujung dahan dengan jambak yang banyak berwarna kuning kecoklatan. Terdapat Bunga Jantan, Bunga Betina dan Bunga Hermaprodit pada pokok mata kucing. Lazimnya hanya bunga hermaprodite sahaja yang akan membentuk buah. Pendebungaan dijalankan oleh serangga seperti semut, lalat dan juga angin. Buah Mata Kucing bersaiz kecil dengan warna kulit coklat dan kadang-kadang ada bintik-bintik kekuningan cerah. Jika di kupas kulitnya sebahagian akan kelihatan biji yang besar didalamnya seperti 'MATA KUCING' dengan lapisan isi yang jernih dan manis. Saiz buah 1.5-2 cm ukurlilit dengan bentuk bulat atau sedikit bujur bergantung kepada spesis. Akar pokok adalah akar tunjang yang sangat kuat. Penulis blog yang aktif menulis sebagai senior agronomist dan lama bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia mendapati ada terdapat 3 spesis pokok mata kucing yang terdapat di Malaysia iaitu Mata Kucing Sau, Mata Kucing Isau dan Mata Kucing Kakus. Perbezaan antara ketiga-tiga spesis ini hanya pada saiz buah dan juga bentuk serta tahap rasa kemanisannya. Ramai orang biasa tidak mengenali varieti mata kucing ini dan kesemuanya memang tidak didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Oleh itu tidak ada lagi pencirian ketiga-tiga varieti tersebut di buat dan kita lebih mudah dengan panggilan 'Mata Kucing Tempatan' sahaja. Pemehatian saya di Kg Redong yang mempunyai lebih 250 pokok mata kucing tempatan telah berumur lebih 20 tahun mendapati sistem penanaman dahulu juga tidak tersusun. Sebahagian pokok yang ada mungkin tumbuh sendiri kerana biji benih yang di makan oleh Kelawar atau Keluang mungkin jatuh dan tumbuh di kawasan kampong tersebut. Bagaimana pun kampong ini memang terkenal sebagai kampong yang menghasilkan buah mata kucing dengn banyak untuk negeri Johor semenjak dulu lagi.
Penulis blog masih sering di tanya apakah dia perbezaan diantara Buah Mata Kucing dengan Buah Longan yang ada dijual di negara kita. Ini kerana selalunya buah mata kucing dan buah longan kelihatannya seakan serupa dari bentuk buahnya, warna kulitnya dan mungkin juga rasanya yang agak sama dan ini menyebabkan berlaku kekeliruan umum namun sebagai penjelasan sebenarnya ada terdapat beberapa perbezaan ketara yang membolehkan semua akan dapat membezakannya. Apa pun buah mata kucing sering disalah anggap sebagai longan sebab ada kes terdapat beberapa perbezaan jelas antara kedua-dua buah ini yang kurang di ketahui umum. Buah Mata Kucing (Dimocarpus longan subspecies malesianus) biasanya lebih kecil dengan ia selalu berikan citarasa juga berbeza. Buah ini memiliki rasa yang lebih manis dan kurang berair berbanding buah longan. Dalam pada itu buah longan mempunyai warna kulitnya yang lebih gelap dengan ada kelainan iaitu ia sedikit keperangan. Dari segi tekstur isi pula dimana buah mata kucing adalah ia lebih tebal isinya manakala longan cenderung mempunyai isi yang lebih lembut dan berjus. Bagi penulis blog mendapati dimana buah mata kucing bukan sahaja lazat rasanya malah ia lebih kaya dengan pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan. Antara khasiat dan kelebihan buah mata kucing ini termasuklah kandungan bahan antioksidan semulajadi yang tinggi baik untuk kesihatan. Isi buah mata kucing di laporkan ia ada mengandungi vitamin C dan sebatian asid fenolik yang membantu melawan radikal bebas dalam badan dimana ini sekali gus mengurangkan risiko penyakit kronik yang berpunca dari makanan harian. Kandungan gula semula jadi dalam buah ini seperti glukosa dan sukrosa memberikan tenaga segera, menjadikannya pilihan baik untuk mengatasi keletihan. BUah ini memang ia baik untuk proses penghadaman atau untuk proses pencernaan. Buah mata kucing dilaporkan ia juga ada mengandungi serat diet yang membantu memperbaiki sistem penghadaman dan mencegah sembelit. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam buah ini menyokong sistem imun agar lebih kuat melawan jangkitan. Pernag dilaporkan dimana buah mata kucing kering memang ada dijual di kedai Singseh atau dalam kaedah perubatan tradisional Cina yang penulis blog sering membelinya sama ada jenis gelap atau jenis kuning-coklat. Bila di rebud di rumah dan bubuh sedikit gula perang memang sedap diminum selalu. Buah mata kucing kering ini atau buah longan dipercayai membantu menyejukkan badan iaitu ia sesuai dimakan semasa cuaca panas. Bagaimana pun ada beberapa petua dan pantang larang atau keburukan buah ini. Pertama dari segi kandongan kalori pengambilan buah mata kucing secara berlebihan boleh mendatangkan keburukan termasuk kesan 'Alergi' kepada sesetangah individu. Simptom ini boleh berlaku yang mungkin individu tertentu akan mengalami reaksi alahan seperti gatal-gatal, ruam atau bengkak. Keburukan kedua adalah buah mata kucing cukup matang dan manis akan mempunyai kandungan Gula Tinggi: Buah ini tinggi gula semula jadi ini jika dimakan berlebihan oleh penghidap diabetes atau mempunyai masalah gula darah perlu berhati-hati dalam pengambilannya sebab ada kesan lain kelak. Agak unik dalam kalangan tabib perubatan tradisional Cina iaitu ia boleh beri kesan seperti memanaskan badan jika diambil secara berlebihan. Menurut mereka kepercayaan perubatan Cina dima memakan buah ini terlalu banyak boleh menyebabkan ‘panas dalam’ seperti sakit tekak atau demam. Kajian mendapati dimana dalam satu hidangan buah ini (kira-kira 100 gram) mengandungi sekitar 60 hingga 70 kalori tenaga. Walaupun rendah kalori dilaporkan yang kandungan gula semula jadinya agak tinggi maka adalah baik dan penting untuk mengawal pengambilan buah ini agar tidak melebihi jumlah yang disyorkan. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam1..
BOLEG DI BELI... BILA MUSIMNYA TIBA...
SANGAT BERKHASIAT...BACA SEMUA...
JANGAN KELIRU...BUAH LONGAN JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 52012, Hotel Ramada-Merridien,
No 5, Jalan Legeland-Iskandar Puteri,
Iskandar Puteri, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(14 RabiulAKhir 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.