HALIA atau JAHE merupakan sejenis herba dari kumpulan umbisi yang mana iaanya telah digunakan semenaak ratusan tahun dahulu sebagai makanan berkhasiat. Halia yang mana ia mempunyai nama Zingber officinale ditanam di Malaysia dan semua negara ASEAN sebagai tanaman yang penting. Dalam pada itu Halia (Jahe sebutannya didalam bahasa Indonesia) adalah merupakan salah satu jenis tanaman herbal yang sudah dipercayai oleh masyarakat tempatan sebagai sejenis ubatan tradisional untuk mengatasi beberapa masalah pada tubuh kita seperti sakit ulu hati. Selain itu halia juga dapat diproses untuk dijadikan produk seperti minuman pemanas badan semasa waktu malam atau pagi yang sejuk (Sila lihat foto diatas). Penulis blog memang minum teh halia semasa 3 hari di peegunungan Gunung Bromo di Probolingo, Indonesia semasa mendaki gunung setinggi 2,050 meter itu. Sebenarnya cir-ciri pedas pada halia ini adalah daripada bahan 6-Glisral dan 6-Shagoal yang terkandung didalamnya. Ciri ini dan sifat penghangatnya menyebabkan halia banyak dijadikan bahan unama oleh pengeluar produk ubat-ubatan dalam memberikan rawatan terbaik. Memang khasiat halia ini adalah ilmuan mengetahui sangat efektif atau berkesan didalam mengatasi berbagai gangguan pada tubuhbadan iaitu keberkesanannya bahan umbisi tersebut berasal dari bahan kandungan yang terdapat di dalam halia ini. Hasil kajian saintis dimakmal menunjukkan kandungan bahan dalam halia adalah terdiri dripada Karbohidrat (10.12 gram,) Tenaga sebanyak 10.12 kalori, Protein (1.5 gram), Lemak (1.00 gram), Zat besi (1.60 mg), Kalsium (21.0 mg), Posforan (39.0 mg), Vitamin A (30.0 SI), Vitamin B (0.02 mg), Vitamin C (4.0 mg) dan akhirnya kandungan Air (86.2 gram) bagi setiaap 100 gram yang boleh dimakan. Artikel subuh ini dalam kediginan dikaki gunung Bromo iaitu di Youshi Hotel dalam blog "Anim Agro Technology'' saya meneruskan tulsan mengenai kepedasan yang ada pada halia atau jahe dan kehebatannya untuk dijadikan bahan rujukkan.
Dikalangan rakyat tempatan dikaki gunung ini pengambilan jahe memang sudah ianya menjadi kelaziman. Mereka meminum air jahe ini untuk memanaskan badan terutaa dimasa sejuk dipagi hari. Penulis blog pekena secawan teh jahe sebelum bertolak dengan jeep jam 2.30 pagi bersama-sama rombongan bagi melihat matahari naik dari puncak gunung Bromo bersama ribuan pelancong (Sila lihat foto disebelah). Masaalah Penyakit Ulu Hati memang disebabkan oleh angin yang berkumpul didalam perut yang mana ia memang menyebabkan tidak selesa dan sakit. Rasa sakit yang ditimbulkan oleh ulu hati membuat penderitanya sangat terganggu dan membuat tidak selesa untuk beraktiviti seperti yang penulis blog lakukan dan ia adalah aktiviti lasak. Ini kerana sakit ulu hati boleh juga menyebabkan kesan lain seperti sesak nafas. Bagi mengurangkan rasa sakit tersebut maka diperlukan perubatan yang tepat agar rasa sakit tersebut dapat di atasi. Banyak orang yang menggunakan ubt yang dibeli dari farmasi atau klinik swasta. Ubat yang berada di kedai tersebut memang dapat mengatasi rasa sakit ulu hati yang disebabkan oleh penyakit anin ini tetapi rasa sakit tersebut akan kambuh kembali dan terjadi secara berulang-ulang kali sehingga anda perlu kekedai lagi membeli ubat tersebut beberapa kali. Maka dari itu ada saintis permakanan yang memberikan info mengenai cara meredakan sakit ulu hati secara semulajadi iaitu dengan ambil halia atau jahe. Selain berguna sebagai pemanas badan kini didakwa halia juga didakwa mampu mengatasi permasalahan pada sistem pencernaan. Selain itu jahe juga dapat menjadi ubat untuk mengatasi perut kembung, mual dan mutah, inflamasi atau peradangan serta perasaan seperti 'terbakar' di dada atau heartburn. Mengambil halia walau pun sepotong sahaja ternyata dapat mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh sakit ulu hati secara semulajadi.
Meskipun makan halia adalah sangat baik bagi tubuh kita akan tetapi ia juga menyebabkan kesan sampingan akibat kepdasannya. Dalam sesetengah kes pengambilan halia yang berlebihan atau tidak mengikut peraturan yang betul boleh meyebabka kesan cirit birit atau mual atau perut yang tidak selesa (sakit perut). Jika gunakan pada kulit pula ada kemungkinan yang rempah yang satu ini akan menyebabkan kesan iritasi. Tidak hanya itu sahaja dimana ada beberapa pengguna yang harus hati-hati jika mengambil halia seperti pada ibu hamil, ibu menyusukan bayi, penderita diabetes, meeka yang ada memiliki gangguan pendarahan dan organ hati. Makan halia dengan jumlah yang banyak pula dapat meningkatkan sistem perdarahan. Para pakar nutrisi mengesyorkan iaitu kadar pengambilan halia adalah sebanyak tidak lebih dari 10 gram sehari. Adapun cara terbaik dengan membuat minuman halia untuk tujuan mengurangkan sakit ulu hati dengan kaedah berikut. bahan yang dpgunakan adalah sepotong halia, ½ lemon, 3 gelas air dan Madu lebah asli. Cara membuatnya dengan memarut halia dan kemudian ditambahkan parutan halia tersebut ke dalam air dan jus lemon. Gaulkan sehingga ebati dan kemudian ia ditambahkan dengan madu lebahdan diminum setiap kali selepas makan. Minuman ini boleh diambil setiap hari mengikut kesesuaian individu.
Hasil penyelidikan oleh National Center for Biotechnology Information USA atau US National Library of Medicine dan National Institutes of Health ada juga menyebutkan bahan gingerol yang terdapat dalam halia terbukti memiliki ciri-ciri yang berguna. Selain sebagai zat anti-inflamasi didapati bahan gingerol juga terbukti memiliki sifat antioksidan yang baik. Cara mana untuk memasak halia ini akan mengurangkan kandungan gingerol disebabkan bahan gingerol yang berbaki dalam masakan aau rebusan ini akan berubah menjadi zingerone dan kehilangan rasa pedas dan ketajamnya (Sila lihat foto disebelah). Oleh ity kini lebih baik untuk mendapatkaan khasiat halia melalui proses Halia Kering (Dried Ginger).Apa yang berlakusemasa proses pengeringan halia ini adalah sisa gingerol asal ini akan berubah menjadi shogaol yang justru lebih tajam dan lebih pedas. Halia kering inilah yang sering digunakan sebagai bahan teh atau untik ramuan jamu yang popular di Indoneia. Apabila merasa keenatan atau keletihan selepas bekerja keras sebaiknya anda disyorkan inum air halia panas yang menghangatkan tubuh badan dan kesannya anda tidak lagi keleyihan, mengantuk, masuk angin aau pun menjadikan badan kita jadi segar semula. Anda boleh buat sendiri air rebusan halia atau beli sahaja serbuk halia kering atayu teh halia yang boleh dibancuh dengan air panas, tel susu halia, susu haia dan sebagainya mengikut citarasa anda. Meminum halia yang mengandungi bahan Gingerol atai Shogoal akan memanaskan badan anda menjadi lebih sihat. Semuga artikel ini dalam anim agro technology memberikan info berguna kepada pembaca blog yanf setia. Wasllam...!!!
AIR HALIA ... ITU RESEPI ISTIMEWA...
PANASKAN BADAN... SIHAT JADINYA....
HALIA TEMPATAN... BAIK KHASIATNYA...
MEMBACA ARTIKEL... AMAT BERGUNA...
PANASKAN BADAN... SIHAT JADINYA....
HALIA TEMPATAN... BAIK KHASIATNYA...
MEMBACA ARTIKEL... AMAT BERGUNA...
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(14 JamadilAwal 1440H).
Dikemaskini pada 14 Jamadilawal 1447H.
Today is my birthday...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.