Peribahasa Melayu 'KATAK HENDAK MENJADI LEMBU' walau pun ia agak jarang di gunakan akan tetapi ia masih relevan dalam masyarakat sehingga hari ini. Peribagasa ini mengunakan haiwan katak dan lembu sebagai bahan kiasan dimana kedua-dua haiwan ini terlibat dalam sektor pertanian. Apa pun maksud asas peribahasa ini ia bermaksud iaitu 'Seseorang yang ingin meniru perbuatan orang yang lebih besar atau kaya daripadanya' atau ' Perbuatan yang mana dia hendak meniru-niru kelakuan orang besar atau ada seseorang yang kecil yang bercita-cita terlalu tinggi sehingga berada di luar kemampuannya' atau ia juga boleh membawa maksud 'jangan memimpikan sesuatu yang tidak mungkin' didapatkan. Dalam bahasa mudah ia di maksudkan juga sebagai seseorang yang cuba meniru kelakuan atau perbuatan orang yang lebih besar atau hebat daripadanya. Dalam pada itu ia boleh ada makna lain seperti seseorang yang memiliki cita-cita yang terlalu tinggi dengan melebihi kemampuannya dimana dia akhirnya akan binasa kerana cita-cita itu. Memudahkan memahami di buatkan ayat contoh yang boleh di baca dimana 'Saleh bekerja sebagai kuli bangunan cuba bersikap sebagai seseorang yang cuba meniru gaya hidup mewah dengan impian untuk membina rumah besar dan membeli kereta mewah padahal dia tidak mampu dan hanya tinggal angan-angan sahaja seperti 'katak hendak jadi lembu'. Kemahuan katak yang kecil untuk menjadi lembu yang besar telah di jadikan peribahasa yang jelas akan perbezaan diantara keduanya dari segi saiz, habitat, makanan, keadaan tubuh fizikal, cara bergerak, makanan, fungsi dan sebagainya. Apa pun memang bijak dicipta peribahasa ini yang mana ada beberapa peribahasa lain yang mungkin dapat memberikan maksud hampir sama. Apa pun kelakuan katak ingin menjadi lembu itu bagaiman angan-angan atau mimpi yang sukar untuk terjadi atau tercapai. Tetapi sebenarnya tidak salah untuk berangan-angan atau bermimpi sebab ia tidak perlukan kos dan pengorbanan. Merujuk kepada beberapa tulisan dinyatakan dimana 'MIMPI' boleh di maksudkan sebagai suatu yang berlaku sebab selalu di fikirkan dialam sadar. Mimpi boleh menjadi simbol dari keinginan untuk terhubung lebih dalam sebab otak manusia memproses perasaan tersebut semasa individu tidur. Selain itu mimpi juga boleh menjadi hasil dari aktiviti otak yang memproses pengalaman sehari-hari dimana ia tidak selalu memberikan makna mendalam. Dalam beberapa kenyataan dimana sesiapa yang sering memimpikan orang yang sama maka itu boleh terjadi sebab orang tersebut juga sangat memikirkan anda. Ia juga akan menyebabkan seperti ada keinginan untuk terhubung sebab mimpi ini boleh ia menunjukkan keinginan untuk ada peluang menghabiskan lebih banyak waktu bersama orang tersebut atau ingin membangun hubungan yang lebih dalam. Mimpi dikaitkan sebagai suatu 'refleksi perasaan' dimana ia adalah cara otak memproses emosi atau mimpi ini mencerminkan perasaan sendiri terhadap orang tersebut yang ada kaitan dengan rasa rindu atau perkara lain. Mungkin mimpi hanyalah 'sisa' dari peristiwa atau pikiran yang berlaku sepanjang hari dan tidak memiliki makna spesifik. Apa pun dilaporkan jika mimpi juga dapat muncul akibat stres, kecemasan, atau masalah emosional lainnya yang sedang dialami. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai satu peribahasa 'katak hendak menjadi lembu' untuk bahan rujukkan dan bacaan semua.
Haiwan katak (Frog) adalah haiwan yang sangat unik dimana dilaporkan katak telah wujud 140 juta tahun dahulu. Ini bermakna katak telah berjaya mengharungi pelbagai peringkat perubahan bumi. Manusia sendiri dikatakan berjalan di bumi kira-kira enam juta tahun dahulu dimana fakta ini menjadikan yang katak jauh lebih awal daripada manusia. Sehingga September 2024 terdapat 7,401 spesies katak mengikut AmphibiaWeb. Kira-kira 10 tahun lalu dilaporkan dimana jumlah spesies katak mengikut sesetengah laporan dianggarkan kira-kira 5,000 jenis. Penemuan spesies baharu di pedalaman Asia dan Amerika Selatan meningkatkan jenis katak. Malah ada menyenaraikan 8,226 spesies katak, 43 peratus lebih tinggi berbanding 15 tahun lalu. Jadi, memang katak terus meningkat berbanding haiwan lain yang semakin pupus seperti badak Sumatera. Katak sering dikaitkan dengan ahli politik di Malaysia. Ini kerana katak mampu melompat dan mencapai jarak 10 kali ganda lebih jauh berbanding panjang badannya. Malah ada katak mampu melompat sehingga 20 kali ganda berbanding panjang badannya. Jika manusia ada keupayaan seperti katak, kita mampu melompat dan mencapai ketinggian 30 meter. Mungkin jika katak mahu belajar melompat lebih jauh, Malaysia adalah habitat terbaik. Selain keupayaan melompat, katak juga mempunyai banyak lagi ciri yang sangat unik. Tahukah anda katak tidak menutup matanya walaupun ketika tidur. Jadi, matanya terus terbuka seperti sesetengah ahli politik yang tidak menutup mata mencari peluang atau mengejar pangkat. Katak sebagai haiwan amfibia berdarah sejuk serta boleh hidup di dua alam – darat dan air. Katak lahir di air dan membesar dan hidup di darat. Sama seperti ahli politik yang boleh hidup dalam parti mana pun. Dalam parti sendiri pun mereka boleh hidup di ‘air’ sekejap dan di ‘darat’ sekejap. Ada beberapa spesies katak mempunyai kulit bertoksid terutama katak yang berasal di Amerika Selatan. Menurut banyak laporan, ciri katak berbisa ialah yang berkulit ‘terang’. Racunnya mampu membunuh manusia. Jadi kita dinasihatkan menjauhi katak berkulit terang. Apa pun agak lebih sukar mengesan ciri-ciri haiwan katak yang menggunakan kulitnya berwarna hijau dan kelabu sebagai penyamaran. Katak ini lebih bahaya berbanding katak beracun yang berkulit terang. Satu lagi fakta yang cukup menarik mengenai saiz katak. Katak Goliath berukuran 30 sentimeter dikatakan mampu mencapai berat sebanyak tiga kilogram (kg). Ada katak jenis Devil yang berasal dari Madagascar tetapi sudah pupus kini, memegang rekod katak terbesar sehingga mencapai berat sebanyak 4.5 kg menurut National Geographic. Tanpa perlu tamak kuasa dan cukup memakan serangga, katak Devil mencapai berat sebesar itu diman dengan lidah bergerak sepantas 150 mili saat atau jumlah masa mata manusia berkedip, katak dapat menangkap mangsanya dengan mudah. Lidah yang bergam tidak memberi peluang langsung kepada mangsanya seperti lidah manusia walaupun tidak sepantas atau sepanjang lidah katak. Dilihat yang rupanya terlalu banyak persamaan antara katak dan ahli politik Malaysia. Tetapi satu mitos yang memburukkan nama baik katak adalah air kencingnya boleh membutakan mata manusia. Itu adalah palsu seperti juga sesetengah pemimpin di kalangan manusia.
Menarik kisah dari Bangkok yang bertajuk 'Rakyat Thailand diberi amaran trend hidangan katak lembu hidup cicah sos' dimana ia menjadi kisah yang menarik perhatian ramai. Dilaporkan pihak Kementerian Kesihatan Thailand mengeluarkan amaran berkenaan hidangan katak lembu dicicah sos yang sedang tular di media sosial berisiko mengandungi parasit, lapor laman berita The Thaiger semalam. Hidangan itu disediakan dengan memasak katak lembu lalu dicicah dengan sos pedas dan cili kering untuk hiasan. Kementerian itu menyarankan agar sesiapa yang menyediakan hidangan itu untuk memasak katak itu terlebih dahulu. Hidangan katak lembu itu adalah versi baharu untuk menu sotong hidup celup sos yang mendapat permintaan di Thailand beberapa bulan lalu. Kementerian Kesihatan Thailand sebelum ini memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka boleh mengalami keracunan makanan dengan memakan sotong mentah akibat bakteria yang terdapat di persekitaran laut. Bagaimanapun, katak lembu menjadi alternatif yang lebih selamat jika dimasak dengan betul. Haiwan itu lazim dimakan di negara itu terutamanya di timur laut Thailand. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Thailand, Suwanchai Wattanaying charoenchai berkata dimana katak lembu adalah amfibia yang biasanya mempunyai parasit yang hidup di dalam tubuhnya. Dia mengesyorkan agar ia dimasak sekurang-kurangnya selama dua minit pada suhu 70 darjah Celsius. Thailand belum mengkaji kualiti pemakanan katak lembu, tetapi ia dianggap tinggi protein dan rendah kolesterol. Kementerian itu mencadangkan katak lembu dimakan bersama sayur-sayuran untuk hidangan yang berkhasiat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.