Support My Blog

Thursday, October 9, 2025

BUBU - APA DIA?

BUBU adalah satu nama yang biasa kita dengar sebagai sejenis peralatan khususnya untuk menangkap ikan. Bubu merupakan beberapa jenis alat untuk menangkap ikan sama ada di dalam air tawar atau air masin. Ia berbentuk seperti bakul yang membolehkan ikan masuk kedalamnya tetapi terhalang untuk ikan keluar. Pelbagai jenis bubu seperti bubu batang, bubu diam (duduk), bubu jantung dan bubu tadah ada digunakan oleh nelayan tempatan. Dalam ertikata lain penulis dapati aktiviti menahan bubu atau memasang bubu yang mana ia bermaksud menempatkan bubu dalam air untuk menangkap ikan. Bubu selalunya digunakan oleh nelayan sungai dan nelayan laut untuk ianya dipasang di sungai atau di laut. Ada juga bubu yang dibubuh dengan umpan bertujuan untuk menarik perhatian ikan. Bubu kebiasaannya diperbuat daripada buluh dan digunakan di kawasan sungai atau tasik yang tidak begitu dalam kerana buluh adalah pilihan terbaik dimana bahan buluh senang didapati dan murah harganya berbanding dengan bahan lain (Sila lihat foto diatas). Selain itu juga terdapat juga bubu diperbuat daripada kawat bagi untuk kegunaan menangkap ikan di dasar laut. Sebuah bubu selalu dibentuk daripada satu tapak berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan dan buluh secara seni anyamannya. Bubu akan dibentuk dengan muka besar di bahagian hadapan dan muka mengecil ke belakang. Di bahagian hadapan bubu ini akan dibuat satu pintu masuk yang dipanggil 'injap'. Injap ini berbentuk seperti kon. Ia membenarkan ikan masuk tetapi menghalang mereka daripada keluar. Satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup disediakan di bahagian belakang bagi mengeluarkan ikan yang terperangkap. Artikel malam ini sempena cuti raya cina 2016 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bubu sebagai stu cara tradisional untuk menengkap ikan khususnya untuk bubu ikan darat atau di laut sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Jenis bubu untuk nelayan sungai lazimnya bersaiz sederhana atau kecil berbanding dengan bubu laut. Bubu ini diperbuat daripada bahan buluh dari pokok buluh dewasa yang dibelah batangnya dan diraut kemas selebar 1 cm atau ada juga bubu yang menggunakan rotan. Bentuk bubu yang dianyam mengikut kemahiran dan kehendak pengguna. Ada bubu yang berbentuk lonjong, bulat lonjong, seperti kon dan sebagainya. Bubu paling biasa dibuat oleh nelayan sungai lazimnya mempunyai pintu masuk dihadapan muka berbentuk bulat yang dibuat daripada batang buluh dinipiskan dan ditajamkan. Ia kemudian diraut atau diikat dengan tali agar membentuk kon yang membolehkan ikan masuk kedalam bubu tetapi tidak boleh keluar (Sila lihat foto disebelah). Terdapat pintu untuk mengeluarkan ikan dari dalam bubu dibelakangnya dimana ia memudahkan ikan tangkapan dikeluarkan. Selalunya sebelum bubu dipasang didalam sungai mestilah memasang umpan dahulu yang diikat dalam bakas atau dibalut menggunakan kain jarang (seperti kain kasa). Jenis umpan yang paling senang adalah menggunakan keratan ikan atau belacan atau pelet ikan komersil. Ada juga yang mengikat seketul daging ikan dibahagian dalam bubu dengan menggunakan seutas tali dan diikat dengan kemas. Kemudian tutup pintu bubu tersebut dengan kemas iaitu ia  menggunakan tali atau dawai. Bubu yang telah siap dipasang umpan kemudiannya diikat pada sebatang kayu yang panjang yang mana ini bertujuan agai ia mudah dicari dan tidak dihanyutkan arus deras. Jika tiada pokok maka sebatang kayu ini dipacak dimana bubu akan diikat dengan tali. Kayu tanda ini juga adalah bertujuan memudahkan untuk memasang dan mengambil semula bubu yang telah tinggalkan dengan jangkamasa selama diantara 12 - 24 jam bergantung kepada kesesuaian keadaan persekitaran.


Bubu klasik merupakan jenis bubu uyang cantik dan paling banyak digunakan oleh nelayan sungai (Sila lihat foto disebelah). Penulis dapati jenis bubu unu dikelaskan paling tradisional dimana ia mempunyai tiga (3) bahagian terdiri daripada Badan Bubu, Mulut Bubu dan Ekor lubang bubu. Badan Bubu merupakan bahagian tengah dan keseluruhan bubu yang dianyam daripada batang buluh. Ia berbentuk empat persegi panjang dengan ukuran panjang 125 cm, lebar 80 cm dan tinggi 40 cm. Bahagian ini selalunya dilengkapi dengan pemberat dari batu bata (atau apa juga pemberat lainnya) yang berfungsi untuk menenggelamkan bubu ke dasar air yang terletak pada tempat sesuai meletakkan bubu. Komponen kedua bubu dikenali sebagai 'ekor bubu' atau ia mudah dikenali sebagai lubang tempat mengeluarkan hasil tangkapan. Lubang tempat mengeluarkan hasil tangkapan terletak pada sisi bagian bawah bubu. Lubang ini bersaiz kecil dengan ukitlilit sekitar 35 cm dimana letaknya adalah tepat di belakang mulut bubu. Lubang ini dilengkapi dengan penutup yang boleh diikat dan dibuka semula. Komponen ketiga yang paling penting adalah 'Mulut bubu'.  Bahagian ini berfungsi untuk tempat laluan kemasukan ikan yang terletak pada bahagian depan badan bubu. Kedudukan mulut bubu menjurus ke dalam badan atau tubuh bubu yang berbentuk silinder kon. Ia disnyam dimana semakin kedalam ukurlilit mulutnya atau lubangnya akan semakin mengecil. Pada bahagian mulut selalunya adalah melengkung kebawah sepanjang 15 cm. Lengkungan ini berfungsi untuk kawalan agar ikan yang masuk kedalam bubu tidak boleh melepaskan diri untuk keluar. Selalunya 'Tali pelampung' dipasang dimana tali tersebut adalah untuk mengikat atau untuk nelayan menghubungkan bubu dengan pelampung.


Dalam banyak petua, selalunya sebuah bubu dibentuk daripada satu tapak berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan atau buluh. Ada jenis bubu yang dibuat dalam bentuk besar di bahagian hadapan dan mengecil ke belakang. Di bahagian hadapan bubu tradisional akan dibuat satu pintu masuk yang dipangil injap . Injap ini berbentuk seperti kon. Ia membenarkan ikan masuk tetapi menghalang mereka daripada keluar. Satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup disediakan di bahagian belakang bagi mengeluarkan ikan yang terperangkap. Cara untuk memasang bubu biasanya ditahan atau diletak begitu saja semalaman atau dua hingga tiga hari di dalam air sebelum ia ditarik naik untuk melihat hasil tangkapannya (Sila lihat foto disebelah). Pemeriksaan bubu yang dipasang sebaiknya mengikut kesesuaian dimana jika rasanya ada kemungkinan banyak ikan masuk dalam bubu ia boleh diangkat cepat dan sebaliknya. Ikan dalam bubu ada yang akan mati kerana berbagai sebab. Bubu akan ditarik nakl untuk mengeluarkan isi kandungan tangkapan sama ada udang, ikan, ular, belut dan sebagainya. Jika ada ikan pemangs atau haiwan pemangsa masuk kedalam bubu maka ikan didalamnya akan diganggu atau dimakan. Kos operasi menangkap ikan menggunakan bubu paling murah dan mudah tetapi tidak menjanjikan hasil tangkapan yang memuaskan kerana ia benyak dipengaruhi oleh faktur luaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
NAMA BUBU... MUDAH DIBUATNYA...
KAYU BULUH...IA DIANYAMANNYA...
MASUKKAN UMPAN... SATU CARA...
BACA ARTIKEL... INFO BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Sg Drkijsng, TKPM Sekijang,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(1 JamadilAwal 1437H)
Artikel dikemaskini pada 16 RabiulAkhir 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...