PRODUK SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan produk berkhasiat yang dikomersilkan daripada tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia. Ada pihak telah RISDA mencadangkan agar tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Penulis blog yang ketika itu sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pertanian I (Pembangunan) di Jabatan Pertanian Malaysia Putrajaya menerima banyak pertanyaan dari pihak RISDA sendiri dan juga bakal pekebun yang ingin untuk mendapatkan maklumat atau ingin untuk menanamnya. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci' jarang kita dengar sebelum ini walau pun produk dari tanaman ini sudah meluas pasarannya di Malaysia. Produk Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu lagi produk ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016. Teringat penulis blog bagaimana jus buah Noni (Jus buah mengkudu) yang mendapat pengiktirafan dunia mengenai kehebatanya sbagai superfood juga. Maka ramai yang menanam pokok mengkudu secara meluas di Malaysia akan tetapi sekarang sudah 'senyap'. Say ada menulis artikel mengenai mengkudu dan boleh dibaca dengan pautan brikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Apa pun berbalik kepada tanaman Sacha Inci ini walaupun ia baru diketahui ramai tetapi ia sebenarnya telah lama digunakan sejak 3,000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan akan kehebatan khasiat dar produk sacha inci untuk bahan rujukkan anda semua.
Tanaman sacha Inchi adalah sejenis tanaman pokok kekacang dari keluarga Euphorbiaceae yang berasal dari hutan hujan Amazon di Amerika Selatan diman atanaman ini pernah di viralkan untuk di tanam di Malaysia juga. Pokok ini sselalu ia menjalar dan menghasilkan biji yang kaya nutrisi yang juga dikenali sebagai 'kacang Inca' apabila pokoknya sudah matang dan berhasil (Sila lihat foto disebelah). Biji sacha inci ini boleh diproses menjadi minyak atau dimakan sebagai kekacang yang mana dilaorkan yang ia mengandungi protein, serat, serta asid lemak penting seperti omega-3, omega-6, dan omega-9. Penulis blog ada beberapa kali membuat tinjauan teknologi penanaman sacha inci di Perak dan Pahang semasa bertugas dahulu untuk menilai akan amalan agronomi dalam usaha didalam membangunkan Amalan Pakej Teknologi Tanaman Sacha Inci di Jabatan Pertanian Malaysia (Bahagian Hortikultue, Habatan Pertanian Putrajaya). Mengetahui kana beberapa ciri-ciri utama Sacha Inchi yang dipercayai tumbuhan ini berasal daripada hujan Amazon dimana di beri nama lain seperti 'kacang Inca', 'sacha peanut' atau 'Mountain Peanut'. Apa pun selalunya produk utama daripada bahagian biji sacha inci yang menghasilkan pati minyak dan mengandungi protein untuk di jadikan makanan kesihatan, bahan komestik dan beberapa produk lain. Dalam beberapa laporan lain mengenian kajian kandungan permakanan sacha ini adalah kaya dengan zat protein, serat, vitamin A, dan vitamin E. Selain itu ia mat kaya dengan bahan asid lemak dimana khasiat ini adalag sangat penting diman aia adalah salah satu sumber omega-3 yang sangat tinggi dan ia menjadikannya 'superfood'. Apa pun diantara kegunaan pati minyak Sacha Inchi yang diekstrak dari bijinya dan sering digunakan sebagai suplemen kesihatan kerana kandungan omega-3 yang tinggi yang baik untuk ia di gunakan dalam membantu kesihatan jantung. Bahan dari biji Sacha Inchi selalunya ia boleh dimakan sebagai snek atau ia ditaburkan dalam masakan atau digiling menjadi serbuk. Penulis blog juga ada kegunaan lain dimana ia juga dilaporkan mempunyai potensi manfaat kesihatan seperti membantu mengurangkan keradangan. Sacha Inchi adalah tanaman yang memberikan manfaat nutrisi dari bijinya yang kaya dengan lemak sihat, protein, dan serat. Ia semakin popular dan ditanam secara komersial di beberapa negara Asia untuk menghasilkan minyak dan produk makanan kesihatan. Apa pun sehingga sekarang belum ada rekod mengenai keluasan tanaman sacha ini yang di tanam secara komersil di Malaysia. Ia mungkin harga hasil tuaian buah sacha inci belum stabil dan kekurangan pembeli yang berwibawa.


TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
BENIH SACHA INCI... DI BELI SAHAJA...
PASANG TIANG... JALARKAN AWALNYA...
LEPAS 8 BULAN... MEMETIK BUAHNYA...
By,
M Anem,
Senior gronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Syawal 1441H,
Kemaskini artikel pada:
15 Rabiulakhir 1447H.




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.