Support My Blog

Tuesday, October 7, 2025

ITEK KHAKI CAMBELL - POTENSINYA

ITEK PENELUR KHAKI CHAMPBELL
merupakan salah satu jenis itek penelur yang disyorkan untuk diternak di Malaysia. Walau pun kini aktiviti penternakan itek masih kurang diceburi oleh orang bumiputra di Malaysia akn tetapi pada masa ini telur itek semakin mendapat permintaan yang tinggi dikalangan ramai penduduk Melayu di Malaysia terutama dalam bentuk Telur Itik Masin. Telur itik mempunyai kulit yang berwarna putih krim dengan saiz yang lebih besar daripada telur ayam biasa. Ia berkulit tebal dengan kandungan isinya juga lebih banyak. Pada penulis blog yang telah menulis beberapa artikel mengenai ternakan itik memang sering juga membuat tinjauan kelokasi penternakan itik telur dan itik daging (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik Disini) dan beberapa kali lawat projek membuat telur masin. Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dimana ia dikelaskan dalam kategori burung. Itik Telur juga kebiasaannya ialah jenis burung akuatik yang bersaiz lebih kecil daripada saudaranya iaitu angsa dan sering juga ianya ditemui di air tawar dan sesekali ada pada air laut. Umumnya ternakan itik memang dipelihara untuk daging atau telurnya bergantung kepada spesisnya. Di Malaysia dari maklumat yang saya kumpulkan antara negeri utama pengeluar telur itek ialah Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Kebanyakan haiwan itek mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itek makan pelbagai jenis makanan semulajadi seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing dan moluska kecil tetapi kini ada makanan formulasi berbetuk pelet yang dijual. Terdapat beberapa usahawan bumiputra menternak itik untuk penghasilan telur seperti dilaporkan oleh media dan akhbar tempatan. Artikel malam yang sunyi ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya teruskan menulis mengenai penternakan itek Telur Khaki Champbell sebagai sejenis itek telur yang disyorkan sebagai bahan bacaan dan rujukkan.


Penulis blog cari info daripada Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia iaitu mereka memaklumkan dimana itek Khaki Campbell ini berasal dari British iaitu hasil kacukan dari baka itek jenis  Champbell dan itik Indian Runner. Kemungkinan besar itik ini mengandungi baka darah itik Rouen disebabkan juga rupanya hampir serupa cuma dilihat bulunya lebih terang dan badannya lebih kecil atau lebih ringan. Itek ini adalah hasil persilangan yang dilakukan oleh pembiakaka bernama Mrs. Adale Campbell di British dimana itek ini adalah merupakan pesaing utama iaitu itek spesis Indian Runner yang tinggi penghasilan telur. Kacukan ini memberikan baka itek telur yang mempunyai daya tahan hidup lebih kuat, hasilkan telur lebih banyak walau pun saiz telurnya agak kecil sedikit. Biasanya telur itek ini berwarna keputihan dengan kulit tebal. Itek ini lebih bersifat sangat aktif dan sesuai diternak dipelbagai kawasan. Ia lebih sesuai dengan sistem penternakan lepas bebas daripada dianya dikurung sahaja. Keinginan itek khaki champbell ini untuk berenang sangat kurang berbanding dengan spesis itek telur lain. Biasanya apabila ia berdiri atau berjalan tidak seperti Indian Runner dimana itik ini sedikit lebih datar (horizontal). Uniknya itek jenis ini tidak mahu mengeramkan telurnya  (Sila lihat foto itek itu disebelah). Amalan penternakan dengan cara makanan yang baik dan teratur maka biasanaya itik ini akan bertelur dalam tempoh umur 6 bulan. Kapasiti penghasilan telurnya adalah sebanyak sekitar 280 biji setahun. Pada masa motling (tukar bulunya) apa yang dilaporkan pengeluaran telur berkurang atau berhenti sama sekali. Penternak perlu menternak itek khaki champbell ini didalam jumlah yang banyak dengan umur setiap ekor berbeza-beza aagar tahap pengeluaran telut konsisten setiap masa. 


Antara beberapa ciri Itek Khaki Campbell adalah dimana warna bulu adalah khaki atau sama warna pakaian tentara Inggris atau coklat kelabu (Sila anda lihat foto disebelah). Pada bulunya dapat dilihat adanya ''lacing feathers'' yang hitam. Pada bahagian badan dan punggungnya juga agak lebar tetapi tidak begitu panjang.  Kepala agak tegak dan panjang dengan ada paruh panjang dan agak melebar hampir lurus dari atas ke bawah. Ia juga mempunyai warnanya hijau pekat dan juga dibahagian bawaahnya selalu berwarna hitam.Ciri pada matanya adalah mempunyai mata berwarna cokelat tua, penglihatan terang dan juga terletak dibagian atas dari kepala. Mempunyai bahagian leher sedikit panjang dan hampir tegak sesuai dengan saiz badannya. Itek khaki champbell ini mempynyai sepasang sayap terletak tinggi dan rapat di tubuh. Biasanya itek dewasa mempunyai sepasang kaki sedikit panjang yang terletak agak di belakang tubuh dan terpisah dengan baik. Itik Khaki Campbell mempunyai sifat yang amat sensitif serta ia mudah stress dan itek jenis ini mmang liar. Sebarang ada bentuk gangguan yang mereka tidak biasa akibatnya akan menyebabkan mereka bertempiaran lari ketakutan. Ia seperti bunyi letupan mercun, detuman petir, bunyi horn loi atau kereta dan sebagainya. Perkara ini yang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan pengeluaran telur itek. Walau bagaimana pun itik ini mudah dikawal dan agak berdisiplin. Semasa itik ini masih diperingkat anak lagi sebaiknya diajar mereka dengan sejenis bunyian isyarat. Isyarat ini dibunyikan setiap kali memberi makan kepada mereka sehingga mereka sudah biasa dan kenal bunyi itu. Lazimnya penternak akan mereka gunakan kaedah pemeliharaan lepas bebas (itik tidak dikurung) dihadapan reban itik ada sebatang parit taliar. Pada waktu pagi itek ini akan dilepaskan keluar dari reban dan kemudian bebas mereka diberi makan. Sebaiknya itek ini bebas merayau kemana-mana sahaja dalam taliar itu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan mereka stress


Kadangkala itek ini akan merayau melebihi 500 meter atau lebih dari reban. Tetapi bagi ramai penternak itek ianya tidak menjadi masalah kerana lazimnya apabila dipanggil untuk pulang berduyun-duyun akan datang balik (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya dengan hanya perlu membunyikan isyarat itu dari reban dan mereka akan pulang ke reban dengan sistematik. Kepada mereka yang tidak pernah melihat agaimana menternak itek telur memang ianya nampak agak ganjil tetapi itu sebenarnya yang berlaku. Dari aspek disiplin pula kadang kala berlaku perkara penternak terlupa memanggil pulang itik itu pada petangnya itik yang merayau itu akan pulang sendiri bila hari beransur senja. Memang orang kata pelihara itek, lembu tenusu ini tidak boleh ditinggalkan walau pun sehari sama ada hari raya puasa, heri kemedekaan, cuti Hari Jadi Agong pun tetap kena melihat ternakannya. Kadang-kala semua itik sudah masuk ke reban dan pintu reban dan sudah ditutup maka itue tersebut akan taat dipintu cuba masuk. Kalau ada seekor dua itik yang terlewat balik maka biasanya akan mengetahuinya pada pagi besok itu pun kalau tidak ianya dicuri orang atau dirembat oleh haiwan pemangsa. Dilaporkan dengan kaedah menternak itek ini menggunakan kaedah lepas bebas ini serta hanya menggunakan makanan yang diproses sendiri dilaporkan lebih dari 90% itik ini akan bertelur dengan baik. Apa pun penting mengambil umur itek telur ini berbeza-beza umurnya kerana apabila itek ini luruh bulunya (tukar bulu) maka pengeluaran telur akan kurang atau tidak bertelur langsung.  Kesan bulu yang meluruh akan menyebabkan itek ini dianggap ''bercuti'' dan apaila penuh bulunya tumbuh penuh semula baru ia akan bertelur lagi. Dalam aspek ini penternak faham ada sebab dimana berlaku peningkatan dan penurunan hasil telur mengikut keadaan semulajadi ini.


Dalam laporan akhbar tempatan bertajuk 'Menternak itik Khaki Campbell' menarik untuk penulis blog rujuk. Akhbar utusan nyatakan jika diberi pilihan untuk bekerja di bilik berhawa dingin atau berpanas terik di bawah mentari sudah tentu ramai yang lebih rela bekerja di bilik berhawa dingin. Namun begitu kini masih terdapat segelintir dari siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi bidang ternakan itik. Elly Yuza Mahmud, 24 tahun dan pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara. Beliau bertekad untuk berdikari selepas bepeluang menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini. Beliau pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan kira-kira 320,000 ekor. Dia belajar teknik memelihara itik mulai anak yang baru menetas sehingga itik bertelur yang di temui di ladang ternakan itiknya di Kesang Pajak, Jasin, Melaka. Beliau telah memilih untuk menternak itik kerana haiwan itu tahan serangan penyakit dan tidak banyak kerenah. Ternakan itik kerana hasilnya (telur) boleh dipungut setiap hari, berbanding ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam daging dan ikan yang memerlukan tempoh tertentu. Ternakan itik juga tidak memerlukan pembinaan reban seperti ternakan ayam. Dalam pada itu sesebuah ladang itu harus mempunyai kawasan daratan dan kawasan berair untuk itik bermain. Aktiviti dia menternak itik spesies Khaki Campbell di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong.


Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor semuanya. Ternakan iteknya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur. Beliau dibantu 12 orang pekerja bagi mengendalikan ladang berkenaan yang terletak agak jauh dari penempatan awam dan dikelilingi kebun getah serta hutan. Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi makanan itik pada setiap bulan dan bagi memastikan itik peliharaannya membesar dengan baik dan mengeluarkan telur berkualiti, ladang itu memproses sendiri makanan itik dengan bahan campuran seperti jagung, kacang soya dan beras hancur. Terkini dimana teknologi peggunaan Efektif Mikro Organisme (EM) digunakan dalam pengurusan ladangnya bagi mengelakkan lalat dan elakkan pencemaran lain. Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi khidmat nasihat dan melawat ladangnya dua kali seminggu. Apabila matahari beransur menerangi kawasan ladangnya pada setiap hari dan dengan bunyi suara riuh rendah itik-itik itu maka para pekerja Elly Yuza akan memasuki ladang untuk mengutip telur yang berselerak. lazimnya mereka perlu melakukan kerja mengutip dengan berhati-hati agar tiada telur yang pecah dan mereka juga perlu melihat di kawasan berair kerana terdapat juga itik bertelur di situ. Telur yang dikutip itu kemudiannya dikumpul di dalam sebuah bangsal untuk dibersihkan secara manual dan juga menggunakan mesin. Telur yang telah dibersihkan tanpa menggunakan air itu, kemudiannya akan disusun di dalam rak telur. Kini melalui syarikatnya iaitu Bella Projek Sdn Bhd maka telur itek hasil usaha beliau telah pun dijual di seluruh negara.  Semuga artikel ini memberi info beguna kepada pembaca anima gro tchnology kali ini. Wasallam!!!..
TERNAK ITEK... KHAKI CHAMBELL JENISNYA...
DIBERI MAKAN... BEBAS PERGERAKNNYA...
TELUR DIKUTIP... SETIAP HARI LAZIMNYA....
KEJAYAAN DILAPOR... USAHAWAN MUDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpaangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, 
Melaka,
Malaysia.
(1 JamadilAkhir 1440H).
Artikel di kemaskini pada 19 RabiulAkhir 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...