Walau pun kisah mengenai tanaman dan industri buluh ini hanya sesekali keluar di media akan tetapi masih ada yang akan berbicara tentang industri buluh sama ada isunya perkara positif atau negatif ia tetap satu industri manarik di Malaysia. Ada yang dakwa ia jika di majukan adalah merupakan salah satu permulaan yang baik walau pun kalangan ramai pelabur dan usahawan masih belum pasti bagaimana cara untuk mendapatkan fakta dan perincian sebenar dalam usaha potensi memperkasakan industri ini. Penulis blog merujuk faakta dari pihak berwajib yang menyatakan dimana saiz pasaran nilai industri buluh dunia ialah AS$68.8 bilion (RM2,900 billion) pada 2018 dan jumlahnya terus meningkat. Malangnya apa yang berlaku adalah negara Malaysia hanya menyumbang nilai eksport sebanyak RM9.971 juta sahaja pada 2018 dan semakin merudum kepada hanya RM9.164 juta pada tahun 2019 iaitu sebelum berlakunya pandemik Covid-19 dimana jumlah ini adalah sangat jauh penurunannya berbanding 2017 iaitu nilai sebanyak RM20.957 juta. Kerajaan perlu melihat bagaimana pembangunan industri buluh bukan sekadar sebagai satu cadangan alternatif kepada para pekebun kecil akan tetapi lebih jauh daripada itu sebagai program 'game changer' yang perlu diperkasakan sebagai satu lagi komoditi yang dilihat ia ada menjanjikan kepada rakyat dan negara amnya. Mungkin penekanan terhadap pembangunan industri buluh sebelum ini agak terbantut kerana masalah kekurangan strategi yang ianya menyeluruh ke atas industri ini menyebabkan tiadanya jalinan, komunikasi dan koordinasi yang kuat berlaku di antara pelbagai institusi berbeza yang terlibat di dalamnya. Isu bekalan buluh sangat bergantung kepada hasil hutan yang dituai kebanyakannya oleh Orang Asal Kn tetpu strategi dalam aktiviti perladangan komersial yang serius tidak serius untuk diperkasakan dan kemungkinan ia kalah dengan isndustri tanaman kelapa sawit atau pun tanaman durian. Walau pun pernah ada Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) yang juga diperkenalkan oleh kementerian sejak 2007 dan diperkasakan lagi di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2011-2020 namun kejayaan sebenar belum terbukti ia menjayakan industri buluh negara.
Penulis blog yang sudah 40 tahun dalam sektor pertanian dan menulis ribuan artikel mendapati sehingga kini dapati belum ada syarikat yang berjaya memulakan proses perladangan berjaya di bawah program ini meskipun pinjaman mudah disediakan sejak 2014. Apa pun dilaporkan pada 2020 ada sebanyak RM15 juta telah ianya ada diperuntukan untuk pinjaman mudah ini dimana pinjaman mudah PPLH sebelum ini adalah pinjaman konvensional menerusi Forest Plantation Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dengan kadar faedah dan bunga 3 peratus. Cara pembiayaan diberikan sebanyak RM10,000 per hektar dengan bayaran hanya bermula pada tahun ketujuh selama sembilan tahun. Kos penanaman dijangka sekitar RM14,000 hingga RM18,000 sehektar dimana ia bergantung kepada keadaan tanah tersebut. Amalan agronomi dimana setiap hektar boleh ditanam sebanyak 400 rumpun. Selepas tiga hingga empat tahun ia dijangka dapat dituai dengan hasil kasar sebanyak RM32,000 per hektar. Diberitahu jika ia boleh dituai sebanyak 2 kali setahun untuk tuaian di tahun pertama dengan kadar penebangan sebanyak 40 peratus sahaja setiap tuaian dan untuk seterusnya pokok buluh boleh terus membiak untuk dituai setiap tahun selama 100 tahun!. Penulis blog juga merujuk fakta lain dimana pengeksport utama buluh dunia adalah China dengan menguasai sebanyak 70% drngan jilai pasaran sebanyak USD40 billion setahun. Negara lain yang ada banyak mengeksport buluh termasuk Belanda, Vietnam, Indonesia dan Thailand. Memilih varieti buluh dan ketersediaan benih buluh serta teknologi penanaman buluh di Malaysia perlu di sediakan dengan tepat untuk tanaman buluh mampu bersaing dengan tanaman lain. Bagi memastikan pengeluaran benih pokok buluh berkualiti secara berterusan untuk spesies yang boleh dikomersialkan peranan kerajaan dan swasta sangat penting. Tidak banyak ladang contoh mengenai tanaman buluh yang mampu menarik pengusaha lain menceburi dalam industri ini. Walau pun ada di beritakan kerajaan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada MTIB bagi membangunkan Model Ladang Buluh di Terengganu seluas 5 hektar yang boleh menjadi rujukan pada industri dan masyarakat tetapi kurang berkesan dan kurang di ketahui umum. Kerajaan perlu melihat dengan strategi tepat mengenai industri buluh jika ia mempunyai masa hadapan yang sangat cemerlang sekiranya diberikan fokus dan cara perancangan yang baik serta tersusun. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BANYAK MELIAR...DI TANAM JUGA ADA...
BANYAK KEGUNAAN... SILA MEMBACA...
MENARIK... RM300 BILION SASARANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Jamadilawal 1447H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.