
Mungkin ada dikalangan anda pernah dengar perkataan-perkataan tersebut diatas dimana-mana sebelum penulisan artikel ini yang di tulis 17 tahun dahulu tetapi tidak sempat di buat posting sebab terlalu banyak artikel saya. Semasa belajar dahulu pun ramai pelajar menggunakan perkataan-perkataan ini dimana mungkin berlaku kekeliruan. Ada juga diantara kita sangka maksudnya sama tapi sebenarnya setiap perkataan tersebut adalah berbeza maksudnya. Paling biasa di sebut didalam kes ini adalah Keluarga atau Family untuk tumbuh-tumbuhan tersebut. Keluarga adalah salah satu daripada 8 pengkelasan hieraki tumbuhan dimana berada dibawah kelas Order dan diatas SubFamili didalam sistem Linneous. Terdapat 3 keluarga tumbuhan berbunga yang ujud didunia dimana kandungan tertingggi spesis iaitu Famili Asterceae (24,000 spesis), Famili Ochidaceae (20,000 spesis) dan juga Famili Kekacang atau Fabaceae (18,000 spesis). Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan dunia tumbuhan perlu difahami sebelum seseorang itu mahir didalam dunia penglekasan tumbuhan. Nama saintifik tanaman mesti dikaitkan dengan famili dimana ianya adalah berkait dengan kaedah amalan agronomi dan pengurusan tanaman. Pada tahun 2014 saya semasa bertugas sebegai Penolong Pengarah di Bahagian Hortikultur bersama Bahagian awalan Kualiti Tanaman telah membuat perubahan besar didalam memberika koding dan cara mendaftarkan nama-nama varieti tanaman (terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran di Jabatan Pertanian Malaysia). Saya bersama Hj Nasir Waris (Bekas KP) dan Hj Esa telah menyesesuaikan sietem ini di Malaysia yang disesuaikan dengan Skim Pendaftaran Varieti Tanaman MAlaysia dan Skil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) untuk kegunaan Jabatan Pertanian Malaysia. Masa itu baru di perkenalkan akan Skim Alaman Ladang Baik Malaysia (SALM) sebelum di tukar kepada Skim MyGap dan MyOrganik sesuaidengan piawaian antarabangsa.
Apakah dia KLON (Clone) dalam dunia ilmu pertanian ini. Pada penulis blog setelah ada merujuk beberapa bahan rujukkan dan hasil benyak perbincangan dengan team dimana ia dimaksudkan dengan cara atau KAEDAH PEMBIAKAN SECARA TAMPANG (Assexual). Pembiakan secara tampang (aseksual) ini juga bermaksud kepada jenis pokok yang dibiakkan tanpa ianya melibatkan persenyawaan genetik diberi nama 'Klon'. Sebagai contohnya klon Durian Musang King (Durio zibethinus) dimana kemudian ada benih tanaman Musang King dihasilkan menggunakan biji benih durian biasa sebelum ianya dicantumkan dengan mata tunas Musang King. Biji benih dari buah durian musang king yang bercambah tidak boleh digunakan sebagai bahan tanaman yang mampu menghasilkan buah yang sama dengan pokok induk. Ini kerana dalam proses pembiakan cantuman pucuk atau tunas dari pokok Musang King akan dicantumkan dengan sebatang pokok penanti untuk menghasilkan pokok Musang King baru yang 100% sama dengan pokok induk. Dalam contoh lain adalah benih pokok rambutan dimana mata tunas rambutan jenis Anak Sekolah akan dicantum dengan pokok penanti dan menghasilkan pokok yang 100% sama dengan induknya. Dalam kes lain iaitu pembiakan cara klon kepada jenis orkid. Tisu daripada pokok orkid terpilih diambil dan dibiakkan dalam medium khas untuk menghasilkan ribuan pokok baru yang sama ciri-cirinya dengan orkid asal tadi.
Dalam kes ini ia berlainan dengan istilah HIBRID (Hybrid) dimana istilah 'hibrid' merupakan hasil daripada persenyawaan seksual daripada dua tumbuhan induk yang berlainan atau sama jenis. Dalam kes pokok kelapa (Cocos nucifera) dari keluarga Arecaceae lazimnya bunga jantan daripada pokok Kelapa Tinggi Tagnanan (CN 7, CN9 dan CN) akan dikahwinkan dengan bunga betina daripada pokok kelapa jenis renek Malayan Red Dwarf (MRD atau CN4) atau jenis renek Malayan Yellow Dwarf (MYD atau CN5) sehingga akan menghasilkan benih kelapa hibrid MATAG. Kemudian barulah selepas 12 bulan buah kelapa kacuk (hibrid ini) matang dan di semai di tapak semaian selama 6 bulsn. Apa pun benih yang dihasilkan ini ada beberapa variasi seperti Benih Matag yang sebenarnya ada tiga jenis iaitu Kelapa Matag Green (CN13, Matag Oren (CN14) dan Matag Gold (CN15) yang mana kesemua sistem pendaftaran tersebut saya sediakan prosedurnya dahulu. Dalam pada itu ada benih yang perlu dibuang kerana tiada ciri kelapa matag F1 (Sila lihat buah kelapa hibrid matag di pokok seperti foto disebelah). Contoh lain yang sangat popular mengenai hibrid di Malaysia adalah pokok hibrid di Malaysia ialah kelapa sawit Tenera (terhasil daripada varieti Dura dan Pisifera) hasil proses pembiakan yang terkawal. Hibrid membawa ciri-ciri daripada kedua-dua pokok induk tadi dimana a memberi ciri baik dan bukan ciri yang tidak dikehendakkai. Pokok hybrid yang terhasil ini dipanggil dengan nama Hibrid F1 dimna maksudnya ia generasi pertama daripada penyatuan dua induk tadi. Hibrid F1 ini jika berbuah dan menghasilkan benih dimana benih tersebut jika dijadikan bahan tanaman dan ditanam maka tidak akan sama dengan pokok induknya. Pernahatau tidak pembaca blog membeli benih sayur di kedai dimana jika diteiti ada diletak label Hibrid F1 pada kaedah pembungkusannya. Sebagai contoh benih bendi dimana ada benih yang dibeli itu apabila ditanam dan hasilnya kesemua pokok bendi tu pendek dan cepat berbuah dengan banyak. Akan tetapi bila buah bendi ni kering dan anda ambil benihnya dan tanam. Bagaimana pun pokoknya menjadi lain seperti ia menjadi tinggi dengan bentuk daun berbeza dan hasilnya amat sdikit serta tidak sedap dimakan. Menydediakan benih hibrid kosnya tinggi maka harga jualan runcit benih hibrid agak tinggi. Proses memilih bunga dari pokok tertentu dan ia dikahwinkan dengan bunga dari pokok terpilih sehingga berjaya. Disyorkan semasa menanam benih hibrid sebaiknya anda perlu beli benih baru untuk musim penanaman seterusnya. Benih hibrid yang ada tidak boleh dikitar semula jika mahu hasil yang sama.
Terkini selalu penulis blog lebih minat untuk membincangkan atau cara mengenaii VARIETI (Variety). Varieti dalam bahasa mudahnya pokok yang berlainan jenis yang mana istilah ini lebih sesuai digunakan merujuk kepada kepelbagaian jenis pokok dalam spesis yang sama. Sebagai contoh adalah varieti bagi tanaman padi (yang mana nama saintifik spesis padi ialah Oryza sativa) . Bagaimana pun Oryza sativa ini ada banyak varieti seperti ciri padi yang bijinya panjang, ada yang pendek, ada yang banyak hasil ada yang sikit hasil serta jangkamasa tanaman sebelum dituai. DI Malaysia sahaj terpta beratus-ratus varieti padi yang telah diistiharkan semenjak tahun 1970'an lagi. Saya ada senaraikan berpuloh varieti padi yang telah diistiharkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi yang menulsi dalam blog masing-mmasing. Antara jenis varieti padi yang kini paling popular adalah seperti MR220CL2, ME220, MRQ76, MR229, MR 302 dan berpuloh lagi. Terbaru yang dilancarikan pada bulan Mac 2019 iaitu oleh YB Menteri Pertannian adalah varieti baru UMKRC2 dan varieti padi UKMRC8. Secara teorinya jenis yang pelbagai inilah yang dipanggil varieti dinamaknan varieti A, varieti B dan jjuga mendapat Varieti C. Kalau varieti ini dibiakkan secara tampang maka sebaiknya anda dia Klon pula. Klon A, Klon B, Klon C dan seterusnya. Dalam beberapa prosedur untuk membuat pengesyoran varieti tanaman di Malaysia melalui Jabatan Pertanian Malaysia dimana semua varieti padi ysng sudah di istiharkan oleh MARDI melalui sistem mereka akan terus disyorkan untuk ditanam di kebayakkan jelapang padi di Malaysia. Lazimnya varieti padi akan dan perlu di tukar dengan varieti baru selepas beberapa musim atau beberapa tahun ia di tanam secara meluas. Ini disebabkan serangga perosak dan patogen penyakit padi akan menjadi lebih kebal terhadap varieti padi yang sudah lama di tanaman akibat penggunaan pelbagai bahan kimia sepert racun kimia dan baja kimia. Contohnya varieti padi zaman saya mula kerja dulu seperti Padi Ria, Padi Bahagia, MR27 dan sebagainya yang ssudah lama pupus.
Istilah terakhir yang agak jarang digunakan di Malaysia adalah istilah KULTIVAR (Cultivar). Dalam bahasa Inggeris ia mudah difahami kerana dikatakan juga bermakns 'Cultivated Variety'. Kultivar maknyanya tidak jauh dengan varieti sebab perkataan kultivar berasal daripada ‘cultivated variety’ atau maksudnya varieti tumbuhan yang ditanam. Dalam wikipedia kultivar dimasudkan sebagai sekumpulan tumbuhan dipilih mempunyai ciri sama dikehendakki dan ditanam berterusan (sustainable) cirinya selepas dibuat pembiakan (propogation). Istilah kultivar adalah kaedah pengkelasan tumbuhan yang paling asas dimana ciri-cirinya dapat ditonjolkan. Ia biasanya dibiakan melalui kaedah kertan atau tut dimana hasilnya ada hasil yang sama dengan ciri pokok induknya (true-to-type). Biasanya ada yangbertanya apakah dia perbezaan diantara kultivar dengan varieti. Tidak semua varieti sesuai ditanam seperti jenis 'cultivated cultivar' dan sebaliknya. Apa pun dilaporkan yang 'Kultivar' juga ia merujuk kepada varieti tanaman yang selalu di tanam (cultivated variety) atau jenis tanaman yang memiliki ciri-ciri khusus dan dipertahankan melalui cara penanaman tertentu seperti dibiakkan dengan cara aseksual maupun seksual. Contohnya termasuk tanaman seperti kelapa tertentu yang di simpan dalam bank janaplasma untuk kekalkan sumber genetiknya. Kelapa Matang sebagai contoh adalah sebuah kultivar kelapa yang disyorkan di Malaysia dengan program pembiakannya mesti melalui prosedur tertentu dan hanya ada di keluarkan dengan kawalan Jabatan Pertanian Malaysia dan pihak swasta melalui Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). Banya benih kelapa matag tulin F1 yang di periksa dan di sahkan dalam SPBT sahaja boleh ditanam sebagai kultivar yang di benarkan. Mudahnya kultivar adalah varieti tanaman yang sesuai di tanam atau sering ditanam yang berasal dari frasa bahasa Inggris iaitu 'cultivated variety' yang maknanya 'varieti yang disyorkan di tanam'. Kultivar adalah jenis tanaman yang memiliki sifat-sifat khusus yang konsisten dan dipertahankan melalui prosedur pembiakan terkawal. Istilah kultivar digunakan sebagai untuk menjaga KUALITI tanaman sesuai di tanam agar petani kemudian dapat mempastikan dan memilih kultivar tertentu untuk memastikan sifat-sifat yang diinginkan. Antaranya adalah ciri kultivar yang berikan hasil tuaian tinggi, tahan serangan penyakit dan perosak, mempunyai kualiti hasi dari aspek rasa (manis, ranguup, sedap) untuk harga terbaik.
Sistem penamaan kultivar diatur secara internasional untuk memastikan amalan agronomi pertanian yang standard dan memudahkan identifikasi tanaman. Diharap artikel ini dapat memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
FAHAM ISTILAH... ADA BANYAK NAMANYA...
HIBRID, VARIETI... IA ADALAH BERBEZA...
KULTIVAR PALING ASAS... ADA DIGUNA...
FAMILI TERBIASA... RAMAI TAHU NAMANYA...
By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Room 508, The Putra Regency Hotel,
Kangar,
Perlis,
Malaysia.
(7 Ramadan 1440H).
Telah dikemaskini artikel pada 15 RabiulAkhir 1447H.
Setelah hampir 17 tahun dulu di tulis.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.