Penulis blog banyak membuat tinjauan teknologi ke kebun yang menanam cili di seluruh negara. Tanaman cili di laporkan antara jenis tanaman yang paling tinggi potensi pendapatan jika semuanya berjalan baik dan kena dengan harga tinggi terutama jika menjual pada musim banyak hujan atau musim tengkujuh. Bagaimana pun ada juga masa harga cili akan jatuh merudum dimana ramai penanam cili kurang mendapat keuntungannya. Paling mengecewakan adalah apabila tanaman cili ini diserang pelbagai jenis penyakit dimana ancaman Penyakit Kerinting Daun yang disebabkan oleh virus menyebabkan pokok kurang berhasil dan merugikan petani. Kini dengan adanya teknologi Sistem Fertigasi penanaman cili sama ada cili kampong (cili padi) atau cili besar sudah di lakukan dengan lebih sistematik dan lebih fokus. Penanaman cili di bawah Sistem Pelindung Hujan membolehkan tuaian di lakukan pada musim hujan dimana ketika ini lazimnya harga cili adalah di paras paling maksima. Penulis blog kongsikan fakta beberapa jenis cili yang ada di Malaysia sebagai bahan rujukkan. Cili ini boleh di bahagikan kepada kategori mengikut jenisnya. Pertama adalah Jenis Cili Padi atau Cili Padi atau Cili Burung atau Lombok Rawit. Paling popular di tanam kalangan petani tempata adalah Varieti Cili Centil iaitu sejenis cili kampong yang buahnya bersaiz kecil dan sedikit gemuk dan ia sudah meluas di tanam diseluruh negara tetapi dilaporkan lokasi yang luas menanam cili adalah di Johor dan Melaka. Walau pun cili centil kecil tetapi tahap kepedasannya hebat sekali. Kedua ada Jenis Varieti Cili Bara dimana selalunya ia dilihat berwarna lebih terang, berkilat dan ukurannya adalah ia sedikit lebih panjang daripada centil. Cili ini dilaporkan agak popular di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali Johor dan Melaka. Ketiga adalah cili kampung Varieti Cili Siam atau Cili Thailand dimana cili jenis ini yang paling kerap ditemui di pasar-pasar, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam. Ciri khas cili kampong siam ini memang ia tidak begitu pedas dan tahan lama disimpan di dalam peti sejuk dengan berwarna hijau gelap atau ada yang merah. Cili siam ini di tanam di Malaysia akan tetapi banyak yang diimport daripada Thailoand dan beberapa negara jiran lain. Berbanding dengan jenis cili kampong jenis CILI BESAR atau CILI MERAH menjadi jenis cili yang lebih meluas di tanam di Malaysia. Dari segi analisa makmal dimana tahap kepedasn cili besr jauh kurang pedas berbanding dengan tahap kepedasan cili kampong. Cili Merah atau Cili Besar hanya memberikan rasa pedas pada tahap yang sederhana. Apa pun jenis cili ini ia sering digunakan dalam masakan harian terutama membuat sambal, mee dan kari. Cili Besar ada di tuai dalaam bentuk Cili Hijau dan Cili Merah bergantung kepad umur memetiknya. Selalunya harga cili hijau lebih rendah berbanding dengan cili merah. Cili Hijau bergantung kepada varieti ia ada yang sedikit lebih pedas daripada cili merah dan sering digunakan dalam hidangan seperti nasi beriani dan kurma. Paling kurang di tanam di Malaysia adalah CILI KERING walau pun tahap konsumsi adalah paling banyak di gunakan. Kebanyakan cili kering yang di jual di Malaysia adalah diimport dari luar negara seperti daripada India, China dan beberapa negara lain. Cili Kering ada jenis Kerinting, leper dan sebagainya dengan tahap kepedasan yang berlainan. Selalunya cili kering akan di kisar gunakan blender sebelum memasaknya untuk di jadikan pes. Ada juga cili pes dan cili giling berasaskan cili kering yang di jual 'ready to cook'. Jenis cili kering kerinting dilihat ia berkedut di permukaan, kurang pedas, sesuai untuk pelbagai masakan seperti ayam masak merah dan hidangan berkuah. Seterunya adalah CILI PAPRIKA dimana cili ini adalah ia lebih pedas dijual dalam bentuk asli atau dalam bentuk serbuk yang mana ia sesuai untuk sambal dan perasa makanan. Bagi ciri cili kering dimana petua asas perlu di kongsikan faktanya adalah apabila warna cili ini berkilat, berwarna cerah dimana ia selalunya mempunyai tahap kepedasan yang tinggi dan ia sesuai untuk sambal dan masak lemak. Jenis yang Gemuk Bertangkai pula dilaporkan tahap kepedasannya adalah lebih rendah serta sering digunakan dalam masakan tradisional Kelantan. Di konhsikan fakta asas mengenai tahap kepedasan bagi cili di Malaysia. Pertama adalah Cili Padi yang mana ia duduk kelas paling pedas kerana kandungan capsaicin yang tinggi. Kedua adalah Jenis Cili Kering Berkilat dilaporkanaia mempunyai tahap kepedasan yang tinggi. Ketiga adalah jenis Cili Hijau dengnan tahap kepedasan sederhana hingga tinggi. Keempat adalah jenis Cili Merah atau Cili Besar dengan Tahap kepedasan sederhana. Kelima adalah jenis Cili Kering Yang Kerinting iaitu dalam kelas kurang pedas dan paling bawaah sekali adalah Jneis Cili Kering Gemuk Bertangkai dimana tahap pedasnya lebih rendah.
KEPEDASAN CILI boleh diukur dengan menggunakan Skala Scoville iaitu yang memberikan nilai dalam Unit Haba Scoville (SHU). Skala ini mengukur kepekatan capsaisin iaitu sebatian kimia yang menghasilkan rasa pedas pada cili. Semakin tinggi nilai SHU, semakin pedas cili itu. Penjelasan Skala Scoville:Dicipta oleh ahli farmasi Amerika, Wilbur Scoville, pada tahun 1912. Nilai SHU menunjukkan bilangan kali larutan gula perlu dicairkan sehingga rasa pedasnya tidak dapat dirasai. Cara Pengukuran Moden:Pengukuran moden tidak lagi bergantung kepada ujian deria rasa manusia yang subjektif. Ia kini ada dilakukan secara saintifik menggunakan kaedah saintifik yang lebih tepat seperti kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) untuk mengukur kepekatan kapsaisin secara tepat. Semua boleh membaca tulisan saya mengenai ukuran kepedasan cili dengan membaca tulisan saya (Sila Klik DIsini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Bahan penting adalah CAPSAISIN adalah zat kimia yang menimbulkan rasa pedas yang ujud atau didapati daripada jenis tumbuh-tumbuhan daripada kumpulan Cili iaitu daripada famili Solanaceae. Rasa pedas pada anggota sensori ini muncul kerana capsaisin menciptakan isyarat yang sama bagi otak seperti saat kulit terkena panas. Berbeza dengan sensori panas, rasa panas dari lidah ini hanya dikenali sebagai "rasa" sahaja dan bukan terbakar sesungguhnya. Saintis bernama L Scoville pada tahun 1912 melibatkan beberapa orang yang berani menjadi penilai kepada ukuran kepedasan. Kajian banyak merujuk kepada capsaisin yang terkandung dalam cili sebagai penanda aras menggunakan cili dari Negara Chile. Cara yang digunakan adalah melalui satu sistem berdasrkan kepada ujian makmal dimana ia didefinasikan dengan kandungan larutan 1 ppm capsaicin bagi 1 juta titis air dibuat ( 1 gram capsaicin per 7,000 gelen air) menyamai dengan 1.5 Soville Unit kepedasannya. Bolehkan anda mengira sendiri berdasarkan sifir yang saya berikan diatas?. Daya sertakan juga jadual mengenai ukuran kepedasan SHU seperti pada rajah diatas yang anda boleh rujuk. Rasanya saya kali pertama tengok jadual ini semasa menulis artikel ini yang mana saya belum tahu sebelumnya. Capsaicin kini telah menjadi bahan penting dalam dunia perubatan kerana dijadikan bahan yang menghilangkan sakit dibadan (relieve pain). Produk yang mengandungi capsaicin kini dijual dipasaran dalam bentuk krim, minyak urutan, koyok, cecair, losion, gel, stick, sapuan dan sebagainya. Negara Korea , Jepun dan China antara pengeluar produk plaster yang mengandungi capsaicin yang pedas apabila dilekatkan pada bahagian sendi yang sakit (Lihat foto disebelah). Produk dari bahan Capsaicin dibuat oleh banyak syarikat terkemuka seperti oleh Zostrix, Icy Hot Arthritis Therapy, Capsagel dan Arthricare khusus untuk wanita. Di Malaysia saya pun pernah membeli produk seperti Koyok Panas, Salonpass dan sebagainya.
Dalam hmetro.com di laporkan kisah 'Cabaran tanam cili padi bara' untuk di jadikan bahan rujukkan. Apa pun semangat berdikari yang ditunjukkan penanam pokok cili padi bara Muhammad Izwan seakan sama dengan sifat pokok terbabit yang berwarna merah 'menyala' apabila matang dan rasanya amat pedas apabila dimakan. Dia dakwa kira-kira tujuh tahun dia mengusahakan tanaman pokok cili berkenaan dan sudah tentu dalam tempoh terbabit dia berdepan dengan pelbagai cabaran. Pokok cili antara kategori sayur-sayuran yang sukar ditanam dan sukar dijaga kerana ia memerlukan penjagaan rapi terutama ketika berdepan dengan perubahan musim di samping serangga perosak. Kalau sebelum anak pokok cili padi bara matang, terlebih dahulu saya menyemai benih cili di dalam bekas khas dan memindahkan anak pokok ke dalam plastik hitam selepas 25 hari. Cabarannya adalah ketika menyemai benih dan selepas memindahkan anak pokok ke dalam plastik hitam. Ia memerlukan penjagaan yang rapi dan baja yang mencukupi supaya tumbesaran anak pokok cili terbabit tidak terbantut yang berkebun di Kampung Sri Keledang, Slim River, Perak. Selalunya anak pokok cili yang menjangkau usia kira-kira 30 hari boleh dipindahkan ke dalam pasu atau bekas sesuai bagi isi rumah yang gemar menanam sayur-sayuran bagi menjimatkan belanja dapur. Kecenderungan golongan isi rumah yang kini semakin minat menanam sayur-sayuran sebagai pokok hiasan di laman rumah sejak penularan pandemik Covid-19 dulu dimana stuasi ini sekali gus memberi idea kepada saya untuk menjual anak pokok berkenaan. Selalunnya setiap anak pokok cili dijual dengan RM4 sahaja dan pembeli anak pokok terbabit boleh terus memindahkannya ke dalam bekas atau pasu yang lebih besar. Kia kini mungkin mampu memberi pilihan kepada penggemar masakan pedas untuk menanam cili sendiri kerana selain dapat menjimatkan belanja dapur, mereka juga dapat menikmati sayuran segar yang ditanam sendiri. Harga cili berkenaan kadang kala mencecah RM20 sekilogram dan sudah tentu dapat menjimat belanja dapur golongan isi rumah. Dia yang turut menyemai anak pokok sayuran lain seperti terung dan tanaman yang digunakan untuk menambah perisa dalam masakan kepada orang ramai. Dia juga gembira dengan apa yang dilakukannya kerana di samping beroleh pendapatan dan akan dapat menggalakkan golongan isi rumah berkebun dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tidak tentu.
Portal sama laporkan kes 'Mahalnya harga cili padi merah' dimana harga cili padi merah dikatakan naik mendadak sehingga cecah RM30 sekilogram. Ia dipetik di Johor Bahru dimana harga cili padi merah didapati naik dengan ketara sehingga mencecah hampir RM30 sekilogram semasa tinjauan di jalankan. Aktiviti tinjauan di beberapa pasar raya sekitar Johor Bahru turut mendapati harga beberapa jenis sayuran berdaun turut meningkat. Bagi seorang peniaga makanan, Mohamad Izam dakwa kalau sebelum ini cili padi merah boleh dibeli pada harga RM8 sekilogram, namun sekarang harganya RM25 ke atas malah ada hingga RM29 sekilogram. Dalam pada itu juga harga sayur hijau lain seperti kailan dan sawi Jepun sebelum ini harga antara RM4 sekilogram, sekarang ada sampai harga RM8 hingga RM10 sekilogram. Sejak tahun lalu harga sayur memang turun naik. Tapi harga cili padi merah memang terlalu mahal dan peniaga mendakwa mereka membeli dengan harga mahal dari pemborong kerana faktur cuaca, bekalan dan sebagainya. Baginya yang berniaga makanan pasti berdepan dilema kerana walaupun harga sayur mahal saya tidak boleh menaikkan harga makanan dengan sesuka hati kerana pelanggan pula yang terbeban. Peniaga makanan panas iaitu Zarina ada mengakui harga harga cili padi merah terlalu mahal manakala harga sayur sawi dan kangkung naik hampir sekali ganda. Dia yang banyak kali pergi pasar awam dan pasar raya untuk cari harga yang lebih murah. Bila tengok harga cili sampai RM29 sekilogram, memang termenung nak beli atau tidak. Isu ini bagi peniaga bukan senang dapat pelanggan tetapi dalam masa sama harga sayuran dan keperluan jualan juga naik. Harga cili sama ada cili kampong atau cili besar memang turun naik disebabkan oleh banyak faktor dan membebankan pengguna. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PALING BIASA...CILI PADI NAMANYA...
BANYAK RESTOREN...JADI JENAMA...
ENAKKAN MAKANAN... PEDAS RASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 RabiulAkhir 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.