Support My Blog

Monday, October 20, 2025

GAJAH DAN PERTANIAN

ISU GAJAH DAN PERTANIAN
sering menjadi isu hengat di Malaysia sejak lama dulu dan ia serig di paparkan dalam media tempatan. Penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang memang sering kali ada menerima aduan gangguan gajah dalam nenerapa rojek pertanian termasuk insiden gajah merosakkan tanaman di beberapa Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Apa pun ada keujudan isu gakah di Semenanjung Malaysia iaitu terdapat jenis-jenis Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus) dimana ia adalah subspesies Gajah Asia yang tinggal di Malaysia. Sekarang Gajah Malaysia ianya diklasifikasikan sebagai sebahagian dari Gajah India (Elephas maximus indicus) kecuali Gajah Borneo (Ia adalah bersaiz kecil). Ciri-ciri bagi gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian. Gajah biasanya berehat ketika cuaca panas. Setiap kumpulan mempunyai kawasan mereka tersendiri untuk mencari makanan. Mereka suka berenang dan mandi di sungai. Gajah Malaysia biasanya di dapati di hutan dara dan hutan sekunder seperti di Pahang, Perak, Kelantan, Johor Terengganu dan sebagainya. Diet atau makanan utama gajah Malaysia adalah daun, rumput dan buah-buahan dan uniknya juga dimana Gajah Malaysia juga suka makan buah-buahan. haiwan Gajah merupakan mamalia besar daripada keluarga Elephantidae dan order Proboscidea. Secara tradisional iaitu terdapat dua spesies yang diakui yang jenis Gajah Afrika (Loxodonta africana) dan Gajah Asia (Elephas maximus). Gajah tersebar di seluruh Afrika sub-Sahara, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gajah Afrika jantan merupakan haiwan darat terbesar dengan tinggi yang dapat mencapai 4 meter dan beratnya mencapai sehingga 7 tan. Gajah mempunyai ciri-ciri unik dikepalanya iaitu ada organ belalai yang digunakan untuk banyak tujuan antaranya bagi bernafas, menyedut air dan mengambil benda. Gigi kacipnya tumbuh menjadi gading yang dapat digunakan sebagai senjata dan alat untuk ia dapat memindahkan benda atau menggali. Daun telinganya yang besar membantu mengatur suhu tubuhnya. Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar dan punggung yang cekung, sementara telinga gajah Asia lebih kecil dan punggungnya cembung. Haiwan Gajah merupakan haiwan herbivor yang dapat ditemui di berbagai habitat, seperti savana, hutan, gurun, dan paya. Ia cenderung berada di tepi air. Haiwan-haiwan lain cenderung menjaga jarak daripada gajah dimana haiwan pemangsa seperti singa, harimau. dubuk dan anjing liar biasanya hanya menyerang gajah muda. Gajah betina cenderung hidup dalam kawanan keluarga yang terdiri daripada satu betina dengan anak-anaknya atau beberapa betina yang berkerabat beserta anak-anaknya. Anak gajah merupakan pusat perhatian kawanan keluarga dan bergantung pada induknya selama lebih kurang tiga tahun. Gajah dapat hidup selama 70 tahun di alam bebas dan liar. Gajah berkomunikasi melalui sentuhan, penglihatan, menghidu dan melalui bunyi suara. Kajian mendapati gajah menggunakan komunikasi infrabunyi dan seismik untuk jarak jauh. Kecerdasan gajah telah ada kajian dalam membandingkan dengan haiwan lain adalah menyamai kecerdasan primat, ikan paus dan lumba-lumba. Gajah liar nampaknya mempunyai kesedaran diri dan menunjukkan empati kepada gajah lain yang hampir atau sudah mati. Artikel  malam Deepavali 2025 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' satu analisa dan fakta mengenai isu gahaj dan pertanian sebagai satu bahan bacaan semua. 


Bagi penulis blog dimana isu haiwan besar gajah dan aktiviti pertanian ia dilihat hanya mempunyai hubungan negatif kerana aktiviti pertanian berskala besar seperti penanaman kelapa sawit, getah dan koko serta pembukaan tanah hutan telah menyebabkan kehilangan dan pemecahan habitat gajah dimana isu yang membawa kepada peningkatan konflik antara manusia dan gajah. Gajah sering memasuki kawasan ladang dan kampung untuk mencari makanan apabila habitat asal mereka terhad akibat aktiviti pembalakkan dan pemcerobahan lokasi habitat mereka. Kehilangan habitat semulajadi gajah dan haiwan hutan akibat dri aktiviti pembukaan hutan untuk aktiviti pertanian seperti getah dan kelapa sawit telah mengurangkan dan memecah belahkan habitat gajah dinana kesannya ia akan memaksa haiwan ini mencari kawasan baru untuk hidup dan mencari makanan. Memang penulis blog beberapa kali membuat tinjauan segera apabila menerima aduan gangguan gajah terutama di kawasan projek TKPM seperti di TKM Lanchang, TKPM Muadzam, TKPM Jelai, TKPM Jementah (Sudah di tutup sekarang) dan beberapa projek pertanian lain. Serangan gajah di TKPM Muadzam mmerosakkan pulohan pokok nangka Tekam Yellow dengan mematahkan pokok dewasa dan merosakkannya (Sila lihat foto disebelah). Ada beberapa kali penulis blog bermesyuarat dengan PERHILITAN Pahang didalam mencari alternatif terbaik mengurangkan akan gangguan haiwan ini dahulu. Memang konflik manusia-gajah akan berterusan akibat kehilangan habitatnya dimana gajah terpaksa memasuki kawasan ladang dan kampung yang sering mengakibatkan kerosakan tanaman dan menimbulkan konflik dengan manusia juga dari aspek keselamatan. Ia adalah satu isu lama dimana masalah ini bukanlah sesuatu yang baru dimana ia sudah dibincangkan sejak era zaman penjajah Inggeris lagi sekitar tahun 1950-an apabila mereka giat membuka tanah untuk pertanian di kawasan seperti Perak, Kedah dan Johor untuk ladang getah. Isu ini dilihat ia berpunca apabila pembukaan kawasan pertanian berskala besar seperti untuk perladangan dan pembinaan infrastruktur jalanraya atau projek mega yang lain (membina empangan air dsb) yang tidak mengambil kira keperluan gajah adalah antara punca utama konflik ini berlaku. Dilaporkan dimana sudah ada langkan atau usaha penyelesaian dilakukan seperti oleh beberapa pihak seperti WWF Malaysia dan NGO tempatan dan antarabangsa seperti mengadakan beberapa pusat-pusat pemuliharaan dan kawasan perlindungan khas seperti di Kuala Gandah, Temerloh, Pahang yang boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk melindungi populasi gajah yang semakin berkurang (Sila lihat dua ekor gajah di Kuala Gandah di atas sekali). Usaha ini di lakukan dimana jika ada gajah liar di tangkap ia akan di letakkan di kawasan ini.


Insiden atau k
ejadian gajah yang ada lagi menyerang dan merosakkan tanaman serta harta benda penduduk di beberapa kawasan seperti di Bukit Hijau di Perlis, Pahang, Terengganu dan juga Kelantan. Kejadian ini dilapo ia akan menyebabkan kerugian besar dan menimbulkan isu kebimbangan terhadap keselamatan para penduduk yang terlibat terutama di malam hari dan termasuk kanak-kanak sekolah yang pagi-pagi lagi bergerak. 
Penduduk bimbang kejadian ini akan berulang dan berharap yang pihak berkuasa seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Pejabat Daerah dan lainnya agar dapat mengambil tindakan segera seperti memindahkan gajah-gajah tersebut. Serangan berulang juga apa yang penulis blog berpengalaman dimana kehadiran akan gajah dilaporkan datang secara berkala dimana ia akan berlaku terutamanya pada waktu malam hari dan memusnahkan tanaman buah-buahan serta kemudahan seperti inap desa dan sekolah. Semasa membuat tinjauan di TKPM Jelai dulu sekumpulan gajah liar selepas masuk TKPM kemudian berpatah balik setelah langkah kawalan di lakukan dan ia ke kampong orang asli berdekatan pula mencari makanan. Kes seperti kes kerosakan tanaman dilihat ia rosak teruk pada tanaman buah-buahan (gajah paling suka makan umbut pisang) dan daun buah-buahan terpilih dimana ada juga kerugian harta benda penduduk dengan kerugian dianggarkan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Selalunya pagar-pagar kebun akan rosak di langgar gajah, parit ladang juga rosak selain dripada kerosakan utiliti lain apabila kumpulan gajah memasukki kawasan kampong. Kejadian iseperti ini ia sering berikan impak negatif kepada penduduk kampong. Penduduk berasa takut dan tidak berani untuk keluar bekerja di awasan kebun mereka terutamanya pada waktu awal pagi atau malam hari kerana gajah lebih aktif pada malam hari. Keselamatan anak-anak sekolah juga menjadi kebimbangan utama mereka apabila kehadiran kumpulan gajah liar ini. Sebenarnya pihak Jabatan Perhilitan sudah ada maklumat berapa jumlah gajah didalam satu-satu habutatnya dan laluan gajah mengikut kalendar tahunan. Akan tetapi apa yang berlaku jika kawasan asal ia cari makan sudah di ganggu dengan aktiviti seperti pembalakkan maka ia akan mencari makanan lain sebab di lokasinya sudah tiada makanan terutama di musim hujan. Tindakan diambil oleh pihak PERHILITAN setelah menerima aduan dimana penduduk terlihat memang terus berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera untuk memindahkan gajah-gajah liar tersebut demi keselamatan mereka sebagai aktiviti penting.


Media tempatan laporkan 'Perhilitan tangkap gajah liar rosakkan tanaman penduduk' yang berlaku di Kampung Pecah Batu, Bersia. Gerik, Perak. Dilapor dimana ada s
eekor gajah betina yang berkeliaran dan merosakkan tanaman penduduk di Kampung Pecah Batu, Bersia dekat sini, ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak. engarah Perhilitan Perak nyatakan gajah liar berusia 25 tahun itu ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG), Jumaat lalu. Dengan gunakan dua gajah denak iaitu 'Sanum' dan 'Cheri' sudah digunakan untuk memujuk dan menarik keluar mamalia dengan berat badannya dianggarkan dua tan ke atas lori. Operasi memindahkan gajah ini memakan masa hampir enam jam. Seramai 22 kakitangan Perhilitan dibantu anggota polis terlibat dalam operasi bermula pukul 9 pagi. Gajah liar yang berada dalam keadaan sihat itu akan dipindahkan ke kawasan habitat semula jadi yang lebih sesuai dan selamat. Tangkapan terhadap gajah itu dibuat selepas menerima laporan penduduk kampung berkaitan kehadiran haiwan liar itu yang dikatakan merosakkan banyak tanaman. Bertindak kepada aduan, haiwan tersebut mula merosakkan tanaman penduduk seperti getah, pisang dan kelapa sawit di Bersia sejak beberapa minggu lalu. Apa pun berdasarkan aduan tersebut dimana Perhilitan telah ada juga menjalankan kawalan dan menghalau gajah liar itu ke hutan berdekatan sebelum tangkapan dibuat.


Di Kuantan pula hmetro.com laporkan bagaimana insiden '
Pekebun tertekan tanaman dimusnahkan gajah liar' 
dimana pekebun bernama Jamsari melihat anak pokok sawit yang tumbang dimusnahkan kumpulan gajah berlaku di Kampung Paya Rambutan, Kuantan. Dilaporkan yang impian seorang pekebun untuk meraih pendapatan tambahan setiap bulan berkecai apabila semua 500 pokok tanaman kelapa sawit di Kampung Paya Rambutan dekat Paya Bungor sudah dimusnahkan enam ekor gajah liar. Dia dakwa kerugian lebih RM50,000 terpaksa ditanggung sejak projek pertanian itu dimulakan empat tahun lalu apabila kumpulan gajah liar memusnahkan tanaman sawit berumur dua dan tiga tahun berlaku secara berperingkat sejak beberapa bulan dan masih berlarutan hingga kelmarin. Serangan pertama gajah liar berlaku awal bulan ini dan lebih 300 anak kepala sawit milik lima pekebun musnah menyebabkan kerugian ribuan ringgit. Haiwan gajah berkenaan semakin mengganas apabila dalam tempoh seminggu dua kali menceroboh kebun sawit miliki penduduk di sini dimana dakwanya ia mungkin kumpulan yang berbeza setiap kali masuk ke kebun penduduk. Walau pun beberapa aduan sudah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang bagi datang untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dimana usaha agensi berkenaan telah dilakukan tetapi gajah tersebut masih menganggu. Para pekebun terus menerus terdedah dengan kerugian disebabkan serangan gajah yang akan muncul hampir setiap minggu. Dia percaya terdapat tiga kumpulan gajah liar menceroboh kebun sawit penduduk. BAgi rakannya Mohd Nazri dakwa ada lebih 50 pokok sawit miliknya musnah selepas diserang kira-kira lapan gajah kelmarin. kalau sebelum ini kumpulan haiwan terbabit menghuni Hutan Simpan Remen Chereh sebelum beralih ke Hutan Simpan Berkelah sejak beberapa tahun lalu selepas kawasan hutan diteroka menjadi ladang sawit. Dakwanya kumpulan gajah mula muncul di Kampung Paya Rambutan sejak empat tahun lalu, namun kehadirannya semakin kerap sejak kebelakangan ini dengan memusnahkan banyak anak pokok sawit. Dia tambah jika ada terdapat tiga kumpulan gajah yang sering menceroboh kebun penduduk, kumpulan besar antara lapan hingga 12 ekor yang menceroboh kebun penduduk. Terbaharu serangan haiwan terbabit berlaku malam kelmarin yang memusnahkan banyak pokok sawit. Dakwanya adalah tidak mustahil kumpulan gajah berkenaan akan menceroboh kawasan Kampung Paya Rambutan untuk mencari makan selepas kawasan habitatnya terus menerus di teroka untuk dijadikan ladang kelapa sawit.


Kisah berkaitan berlaku di Gua Musang, Kelantan apabila insiden '
Gajah serang kebun pisang' apabila tanaman pisang yang dimusnahkan oleh gajah liar di Jalan Subong, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan untuk di kongsikan. Dilaporkan ada lebih 100 pekebun mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kebun mereka kerap diserang gajah liar di Jalan Subong, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah. Serangan gajah liar itu menyebabkan tanaman milik pekebun di kawasan itu rosak sebelum mereka sempat menuai hasil. Bagi prnduduk lokal iaitu Nordin dakwa jika serangan gajah liar itu berlaku sejak tiga tahun lalu dan tiada kesudahan apabila haiwan itu kerap menyerang sejak sebulan lalu. Apa yang lebih membimbangkan apabila dalam kejadian yang terbaru pada pagi dan petang semalam, apabila gajah liar muncul serta memusnahkan tanaman pisang milik penduduk kampung. Kejadian itu sempat dirakam penduduk dimana bila masalah gajah liar di kawasan ini serius kerana banyak kerugian yang ditanggung oleh ramai para pekebun disini dan berulang. Mereka berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat operasi dengan segera supaya kerugian yang ditanggung pekebun tidak akan bertambah lagi. Setiap pekebun mempunyai 2.4 hektar tanah dan menanam dengan pelbagai tanaman seperti pisang, getah serta kelapa sawit sejak lebih 30 tahun lalu. Bagi rakannya bernama Zahari Daud berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Mereka juga agak takut untuk ke kebun kerana risaukan keselamatan diri sekiranya bertemu dengan gajah terbabit. Kejadian berlsku ini sudah memusnahkan lebih 100 pokok pisang milik mereka. Portl sama laporkan juga jika 'Pajah ancam penduduk' yang berlaku di Kampung Doja, Jerantut, Pahang mengenai isu sama. Pendudk disini semakin resah dengan kehadiran sekumpulan gajah liar yang memusnahkan tanaman pisang, kelapa sawit dan binatang ternakan mereka sejak empat hari lalu. Insiden berlaku sudah empat malam berturut-turut sekumpulan gajah liar yang memasuki kampung dan telah  merosakkan tanaman. Apa yang lebih risau lagi gajah berani datang berhampiran rumah penduduk, cuma kira kira 500 meter sahaja dakwa Mohd Nazir kepada wartawan. Para penduduk Kampung Doja kini resah dengan kehadiran sekumpulan gajah liar itu yang dipercayai tiga atau empat ekor berdasarkan tapak kaki dan najis ditinggalkan. Setakat ini sudah tiga pemilik kebun mengalami kerugian apabila gajah itu memakan tanaman mereka termasuk serangan di kebun pisang seluas 0.4 hektar musnah bila gajah liar tersebut juga turut musnahkan pokok kelapa sawit serta pondok dalam kebun. Selain itu gajah itu turut membunuh seekor lembu dan seekor lembu lagi patah kaki dimana gajah itu dipercayai datang dari hutan sekitar Pulau Tawar berhampiran sungai Salan. Gajah itu hanya muncul sebelah malam dan memasuki kebun yang sama dan apa yang mereka risau gajah itu semakin berani menghampiri rumah penduduk dan bimbang kejadian tidak diingini berlaku. Para penduduk di situ tidak ramai dalam 20 buah rumah dan terletak berjauhan dimana ia adalah kejadian kedua gajah berkenaan memasuki kampung berkenaan. Mereka berharap Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertindak segera menghalau atau menangkap gajah berkenaan bagi keselamatan penduduk kampung. Semuga tulisan ini berikan info berguna kepada semua par pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
GAJAH LIAR.... SERANG TANAMAN...
HABITAT DI GANGGU...ANCAMAN...
TANAMAN ROSAK...ADA KERUGIAN...
SELALU DI ADUKAN...PERHILITAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Rabiulakhir 1447H).
Happy Deepavali 2025!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...