AYAM KAMPONG merupakan haiwan ternakan yang mana kini semakin menarik minat usahawan kerana ia mempunyai potensi yang baik dipasaran. Harga runcit ayam kampong memang jauh lebih tinggi daripada harga runcit ayam daging biasa apa lagi jika dibanding dengan ayam pencen (Ayam Telur Tua). Penulis blog masih ingat sewaktu dikampong zaman kanak-kanak dahulu iaitu sekitar tahun 1960'an dan 1970'an dimana berpeluang selalu makan ayam kampong yang dipelihara disekeliling rumah. Masa itu belum ada ayam daging di jual dipasar atau pasaraya macam sekarang ini dan hanya dapat makan ayam kampong sesekali sekala dalam sebulan. Memang diakui ramai bahawa rasa daging ayam kampong memang jauh lebih sedap berbanding dengan rasa daging ayam daging (atau juga disebut ayam karen). Bagaimana mana pun cara memasak ayam kampong berbeza dengan cara memasak ayam daging kerana daging ayam kampung adalah lebih kental, liat dan padat. Aktiviti menternak ayam kampong kini semakin kurang diberikan perhatian tetapi telah ada usawahan menternak ayam kampong secara komersil diladang yang khusus. Penulis blog beberapa kali berpeluang meninjau aktiviti penternakan ayam kampong komersil dimana ia dikhususkan untuk tujuan pasaran khusus (niche market). Kalau dahulu kita tidak beberapa kenal akan baka ayam kampong, artikel kali ini saya berkongsi info dengan pembaca blog "Anim Agro Technology" untuk mengenai beberapa jenis baka ayam kampong sekadar menambahkan ilmu kepada semua pembaca.
Dalam membuat rujukkan mengenai ayam kampong, didakwa dimana semua ayam termasuk ayam kampung di muka bumi ini berasal dari 4 jenis ayam hutan yang telah dikacukkan. Ayam kampung tempatan di Malaysia (Sila anda lihat foto disebelah) adalah hasil kacukan dari Ayam Hutan Merah Malaysia (Gallus gallus) dengan baka ayam tulen luar Negara seperti Barred Plymouth Rock, New Hampshire, Austrorp, Brown Leghnisorn, Corh, Canton dan lainnya. Baka ayam tulen dari pelbagai Negara diimport seawal tahun 50'an sebagai usaha untuk menggalakkan rakyat memelihara ayam sebagai sumber protein yang murah. Kacukan tidak terkawal serta pengurusan penternakan yang kurang baik telah menghilangkan ketulenan baka asal. Pengurusan pemakanan dan pembiakan yang kurang bermutu telah menghasilkan generasi ayam yang kecil dan pengeluaran telur yang sedikit dan bersaiz kecil. Pengaruh kacukan ayam hutan telah mengecilkan saiz dan mempelbagaikan corak dan warna ayam kampung tempatan. Perbezaan ketara adaiah dari saiz badan dan telah menjadikan ayam kampung tempatan mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, Ayam Katik dan berbagai-bagai gelaran mengikut tempat dan loghat. Apa pun peranan ayan di kalangan masyarakat kampong tradisional penting sejak lama dulu.
Dalam beberapa kali membuat rujukkan di JPV Malaysia, ada beberapa jenis ayam kampong di Malaysia tetapi mudahnya boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Ayam Kampong Tempatan, Ayam Kampong Kacukan dan Ayam Daging Berwarna. Pertama sekali kumpulan Ayam Kampung Tempatan (native village chicken) dimana jenis ini biasanya akan diipelihara secara lepas atau cara tradisional di kampung. Ia adalah dari jenis ayam yang lincah dan agresif dimana lazimnya ia mempunyai saiz badan yang kecil, ramping dan ringan. Begitu juga ia bertelur dengan telur bersaiz kecil dan pelbagai warna dengan kadar pengeluaran telur rendah. Lazimnya ayam jenis ini akan mengeram dan mendidik anak sendiri. Dipasaran ayam jenis ini akan dijual pada usia 14-16 minggu (100-110 hari) dengan berat jualan diantara 1.0-1.5 kg (berat hidup) dengan harga pasaran sekitar RM10.00-RM12.00/kg bagi timbangan berat hidup. Jenis kumpulan kedua adalah Ayam Kampung Kacukan dimana ia berlaku hasil daripadsa kacukan ayam betina import berwarna (merah) dengan ayam jantan tempatan. Lazimnya ayam ini akan dipelihara secara separuh intensif dan tradisional di kampung. Sifat ayam ini adalah tidak agresif seperti ayam kampung tempatan. Ia juga bersaiz sederhana besar dan akan dijual pada usia 9-12 minggu (60-80 hari). Selalu ayam ini mempunyai berat jualan sekitar 1.0 - I .5 kg (berat hidup). Harga pasaran RM7.00 - RM8.00/kg (berat hidup) dan akan menjadi terlalu besar/berat jika dileivatkan jualan.
Ketiga adalah jenis ayam kampong kumpulan Ayam Daging Berwarna (coloured broiler chicken) yang juga merupakan ayam baka import dari Perancis dan Belgium (Sila lihat foto disebelah). Antara baka popular seperti jenis Sasso, Kabir dan Hubbard Isa. Ayam daging berwarna terhasil melalui program pembaik biak terancang. Berlaku juga kadar kecekapan penukaran makanannya rendah menyebabkan kadar pertumbuhan lambat. Prestasi keseluruhan lebih baik dari ayam kampung tempatan dan ayam kampung kacukan. Ayam jenis ini dijual apabila berumur 40 - 50 hari dengan berat jualan 1.0 - 1.2 kg (berat hidup). Lazimnya harga pasaran RM5.00 - RM6.00/ kg (berat hidup) dimana ia akan menjadi terlalu besar/berat jika dilewatkan jualan. Ayam ini perlu dipelihara secara intensif dalam reban seperti ayam pedaging. Jenis ayam ini juga selalu didapati mampu menembusi pasaran eksport (spring chicken). Penternakan ayam kampong memerlukan modal yang tidak begitu tinggi berbanding dengan kos awal untuk menyediakan reban bagi ayam telur dan ayam daging. Ayam kampong memang sangat popular di negara jiran Indonesia dimana anda akan dihidangkan dengan masakkan ayam kampong semasa makan tengahari sebagai pelancong disana yang sukar di lupakan.Menarik akan kuliner 'Resipi ayam kampung berempah' yang di paparkan dalam tiktok dan facrbook untuk di kongsikan. Penulis blog memang sukan makan ayam kampung berempah. Apa pun hidangan daging ayam adalah bahan yang biasa dimasak sebagai hidangan utama di rumah dimana ia diantara hidangan mudah dan ringkas disajikan adalah dengan menyediakan ayam goreng atau paling tidak sambal, gulai, sup atau tomyam. Meskipun sekadar hidangan ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran seisi keluarga terutama buat anak kecil. Menu ayam goreng memang mudah disediakan ditambah dengan aroma yang membuka selera sesiapa saja. Hidangan itu pasti bertambah lengkap jika dinikmati bersama nasi panas dan sayur. Namun, ada kalanya pasti suri rumah teringin dalam menghidangkan juadah berbeza untuk keluarga namun ada juga menu paling mudah boleh disediakan dan enak. Ada banyak resipi turun-temurun keluarga yang sudah menjadi kegemaran iaitu masakan ayam kampung berempah rangup dan mudah disediakan. Cara penyediaan hidangan itu tidak sukar namun dengan bahan perapan lengkap dan tempoh perapan yang betul menjadikan hidangan itu sempurna. Ia juga mudah menyediakan bahan ramuannya kerana bahan digunakan adalah bahan asas di dapur. Ini adalah resipi asal supaya anda boleh menikmati rasanya yang asli. Ia juga boleh diubah suai ikut cita rasa masing-masing dimana bagi mereka yang tidak begitu gemar masakan pedas, cara paling mudah ialah mengurangkan penggunaan serbuk cili dalam masakan ini. Bagi penulis blog pilihan mengunakan ayam kampung sebagai bahan utama dan ia istimewanya ayam kampung kerana selain lebih berkhasiat dimana ia kurang lemak dan jika digoreng ia lebih rangup dan menyelerakan. Bagi tujuan untuk memasaknya perlu ada bahan bahan-bahan 1 ekor ayam kampung (dipotong empat), biji ketumbar, 1 senduk serbuk ketumbar, 1 senduk rempah kari, 1 senduk serbuk cili, 1 senduk serbuk kunyit, 1 senduk kelapa parut, 2-3 tangkai daun kari, minyak untuk menggoreng dan bagi bahan kisar sediakan bahan 6 batang serai, 2 inci lengkuas, 2 inci halia, 2 labu bawang besar, 2 labu bawang merah dan 8 ulas bawang putih. Seterusnya adalah bahan untuk sambal merah terdiri dari 1 senduk cili kering (kisar), 1 senduk sos tomato, 2 ulang bawang merah (diracik halus), sedikit air asam jawa, gula dan garam†secukup rasa. Cara memasak dengan mencampurkan kesemua bahan hingga sebati dan sedia dimakan. Apa pun di gaulkan daging ayam dengan bahan kisar dan semua bahan dan perap sekurang-kurangnya setengah jam. Ayam yang diperap siap untuk digoreng dengan memanaskan minyak dan masukkan ayam. Dalam kuali ayam digoreng sehingga garing dan bila matang maka diangkat dan ditoskan bersama serbuk rempah rangup. Ayam goreng berempah ini sudah siap dan enak dihidang bersama nasi panas, sambal merah dan sayur kegemaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
AYAM KAMPONG ...ADA EMPAT JENIS SEMUA...
JENIS TEMPATAN... BIASA ADA DIJUMPANYA...
AYAM KACUKAN... ADA PELBAGAI WARNA...
AYAM DAGING WARNA...MUDAH DIPELIHARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1219, Hotel Tanjung Gemok,
Tg Gemok, Rompin,
Pahang, Malaysia.
(29 RabiulAwal 1440H).
Dikemaskini pada 21 RabiulAkhir 1447H.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.