MENANAM POKOK RUMBIA (Metroxylon sagu) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae yang mana kini ia kebanyakannya tumbuh dikawasan tanah lembap dan sudah ada pengusaha yang menanamnya Taburan tumbuhan ini didapati banyak di Indonesia, Malaysia dan juga Papua New Guinea. Pokok ini juga di panggil sebagai pokok Rembia atau juga pokok Sagu (Melayu), Sago Palm (English), Limbia (Tagalog), Sa Khu (Thai),Thagu bin (Myanmar) dan bana laian di berikan. Rumbia adalah dari keluarga Arecaceae yang banyak didapati di kawasan rendah persisir sungai atau laut Asia Tenggara. Dianggarkan seluas antara 1,500-2,500 hektar kawasan rumbia yang ujud di Malaysia dengan Sarawak sebagai kawasan paling banyak tumbuhan atau tanaman rumbia. Pokok Rumbia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman. Pokok Rumbia juga boleh dijadikan atap nipah. Batangnya pula boleh diproses bagi menghasilkan sagu dan produk berasaskan sagu rumbia. Ia boleh ditanam untuk tujuan penghasilan sagu secara besar-besaran. Tempoh ia matang bergantung kepada kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12-13 tahun di tanah mineral dan 15-18 tahun di tanah gambut. Pokok rumbia yang telah ditebang perlu diproses secepat mungkin bagi mengelakkan kemerosotan kandungan kanji, biasanya tidak melebihi 2 hari selepas ditebang. Tepung sagu rumbia boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa (MSG), sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, gum gula-gula, tekstil, kertas, pelekat, gam, bahan pembeku, plastik dan lain-lain. Artikel ini memberikan ilmu teknologi dalam "Anim Agro Technology" mengenai pembiakan benih untuk tanaman rembia.


Dalam portal Utusan Sarawak pula di laporkan dimana 'Tanaman Rumbia Akan Jadi Tanaman Komersil Kedua Penting' apabila Sarawak yakin rumbia akan menjadi tanaman komersil kedua penting pada masa hadapan selepas kelapa sawit di negeri ini. Demikian menurut Menteri Pemodenan Pertanian Sarawak masa itu iaitu Tan Sri Datuk Amar Dr. George Chan selepas mendengar taklimat daripada Crops Research Application Unit Sdn. Bhd. ( CRAUN) di Kuching. Industri berasaskan rumbia atau lebih dikenali sebagai sagu di kalangan masyarakat tempatan menyumbang kira-kira RM30 juta dengan kadar pengeluaran kira-kira 50 ribu tan setahun kepada Sarawak. Ia bersamaan kira-kira 2 peratus daripada nilai eksport pertanian negeri (termasuk hasil perikanan) atau tanaman ketiga terpenting selepas kelapa sawit dan lada. Kebanyakannya dieksport ke Semenanjung Malaysia dan Jepun. Secara umumnya dimana sejak tahun 2002 lagi keseluruhan hasil pertanian menyumbang kira-kira 6 peratus setahun dalam senarai eksport utama negeri. Dibandingkan dengan permintaan dunia terhadap kanji rumbia yang amat tinggi ketika ini iaitu kira-kira 500 juta tan atau kira-kira RM3 billion sebulan untuk tujuan pembuatan perekat/ pelekat sahaja nyata sekali pembangunan tanaman rumbia di Sarawak mempunyai potensi yang amat besar. Sehingga kini, sekitar 20 ribu hektar tanah telah ditanam dengan rumbia di Mukah dan ribuan hektar lagi di kawasan Saratok, Betong, Meradong dan Saribas. Ia menjadikan seluas kira-kira 62 ribu hektar tanah di negeri ini telah digunakan untuk tanaman rumbia. Seramai kira-kira 12 ribu isi rumah melibatkan diri dalam pengusahaan rumbia yang secara puratanya membawa pendapatan tahunan antara RM2,400 hingga RM4 ribu sekeluarga. Industri pemprosesan rumbia pula telah menyediakan sekurang-kurangnya 1,500 peluang pekerjaan di negeri ini. Penyelidikan serta proses tambah nilai yang diusahakan secara berterusan oleh badan korporat seperti CRAUN telah menunjukkan bahawa nilai rumbia mampu meningkat sehingga sepuluh kali ganda daripada nilai ketika ini.
Apa pun potensi besar itu turut menggalakkan mereka menerokai kaedah bagi tujuan untuk mempercepatkan usia matang pokok rumbia yang kebiasaannya mencapai 10 tahun. Tanaman rumbia juga mempunyai kelebihan kerana mampu hidup subur di kawasan yang tidak sesuai untuk jenis tanaman lain serta tahan lasak terhadap keadaan persekitaran. Proses penyelidikan berterusan juga telah membawa kepada pelbagai penemuan yang menafikan pendapat umum bahawa rumbia lebih sinonim dengan produk makanan seperti mi dan makanan ringan. Ia juga dapat dijadikan agen pengekal rasa semulajadi makanan yang diawet, kanji, pemekat makanan, pengemulsi, karbon aktif, papan fiber, perekat alkali serta plastik biodegradasi. Sementara itu, pokok dan kulit rumbia boleh digunakan untuk membuat parquet lantai dan makanan ternakan. Tan Sri Datuk Amar Dr. George Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Menteri Pembangunan Industri Sarawak turut menyarankan para pengusaha rumbia agar menggunakan teknik baru bagi membolehkan ujud pendapatan mereka ditingkatkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. WASALLAM!!...
POKOK RUMBIA... 68,000 HEKTAR...
KAWASAN MUKAH...HIDUP SEGAR...
TEPUNG SAGU... RM1,340 DIPASAR...
ADA POTENSI ... JANGAN GUSAR...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1002, Haritage Hotel,
Jalan Raja di Hilir,
Ipoh,
Perak,
Malaysia.
Ditulis pertama pada 11 Ogos 2012
Kemaskini pertaama pada 21 Mac 2019
Kemaskini kedua pada 9 Oktober 2025.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.