SUMPAH-SUMPAH adalah sejenis reptelia daripada famili Chamaeleonidae atau famili Brokeslinidae yang selalunya mampu untuk menukar warna sama ada hijau atau coklat mengikut persekitarannya (Sila lihat foto diatas). Haiwan yang bentuknya seperti cicak ini juga dipanggil selalu sebagai nama lain seperti Bunglon, Sesumpah, Chamaeleon dan nama lain sesuai dengannya. Penulis blong memang semenjak kecil lagi yang tinggal di kampong tradisional di Johor sudah kenal akan haiwan ini kerana sering terjumpa dikawasan kebun getah disekeliling rumah dan dalam semak belukar di Muar, Johor dahulu. Baru-baru ini sempena tinjauan ke projek tanaman cili fertigasi di Cherating, penulis jumpa lagi bunglon yang mana berwarna coklat sama seperti kayu dimana dia tinggal. Haiwan kecil ini ada banyak genus dan famili seperti termasuk dalam keluarga Chamaeleoninae dan Keluarga Agamidae. Antara sub-famili atau genus bunglon seperti Bradypodion, Calumma, Chamaeleo, Furcifer, Kinyongia, Nadzikambia, Brookesiinae, Brookesia, Rieppeleon dan juga dalam genus Rhampholeon. Haiwan bernama Bunglon adalah sejenis reptilia yang mana ia termasuk ke dalam keluarga Agamidae. Kadal lain yang masih sesuku adalah cecak terbang (Draco spp.) dan Soa-soa (Hydrosaurus spp.). Bunglon terdiri dari beberapa kumpulan haiwan unik seperti haiwan dari jenis Bronchocela, Calotes, Gonocephalus, Pseudocalotes dan lain-lain. Bunglon boleh mengubah-ubah warna kulitnya walau pun ianya tidak sehebat perubahan warna oleh jenis Chamaeleon (ia dalam keluarga Chamaeleonidae). Biasanya haiwan ini akan berubah dari warna-warna cerah (hijau, kuning, atau kelabu terang) dan menjadi warna yang lebih gelap, kecoklatan atau kehitaman. Artikel subuh Ahad ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai haiwan Sumpah-sumpah atau juga Bunglon sekadar menambah ilmu pengetahuan umum mengenai keistimewaan kecil ini.

Selalunya dibahagian kepalanya bersegi-segi dan bersudut (Sila anda lihat foto disebelah). Dagunya berbentuk seperti satu kantung lebar, bertulang lembut dan berkulit kasar seakan bersisik. Matanya adalah dikelilingi pelupuk yang cukup lebar, lentur, tersusun dari sisik-sisik berupa bintik-bintik halus yang indah. Jika diteliti lagi haiwan ini mempunyai bahagian dorsal (sisi atas tubuh) berwarna hijau muda sampai hijau tua dimana ia lazimnya beoleh berubah warna menjadi coklat sampai kehitaman bila merasa akan terganggu. Sebuah tanda atau titik berwarna coklat bersama kemerahan seperti warna karat terdapat di belakang mulut di bawah timpanum. Deretan titik gelap tersebut kadang-kadang akan bercantum dan menjadi seperti garisan sehingga ke bahagian bahu dan di sisi lateral bahagian depan dimana selalunya semakin ke belakang semakin kabur warnanya. Pada bahagian sisi ventral (sisi bawah badan) biasanya berwarna agak kekuningan sampai keputihan di dagu, leher, perut dan sisi bawah kaki. Tapak tangan dan kaki selalu berwarna coklat kekuningan. Pada bahagian ekor pula dibahagian pangkal berwarna hijau belang-belang kebiruan dan ke belakang makin kecoklatan pudar dengan berbelang-belang keputihan dihujungnya. apa yang unik adalah pada sisik-sisik akan melalukan pertukaran warna jika diganggu.
Bunglon atau sumpah-sumpah ini memang kerap dijumpai dalam semak, perdu dan pokok peneduh di kebun dan belukar. Apa yang penulis ingat duli ia juga didapati terjatuh dari pokok atau perdu pokok ketika mengejar mangsanya namun selalunya dengan segera berlari menuju pokok lain terdekat (Sila lihat foto disebelah). Reptilia jenis ini pada habitatnya adalah haiwan pemangsa kepada berbagai macam serangga lain yang dijumpainya. Antara makanan yang dimakan adalah seperti kupu-kupu, penyengat, capung, semut, lalat dan lain-lain jenis serangga kecil. Kehebatan penyamaran untuk menipu mangsanya adalah dimana haiwan bunglon ini kerap berdiam diri di pucuk pokok atau bergoyang-goyang perlahan-lahan seakan pokok sedang ditiup angin. Ada kalanya anda akan dapat lihat haiwan ini berjalan diatas kabel letrik atau kabel telefon untuk mereka menyeberang jalan atau beralih kedestinasi lain. Dari segi kitaran hisup lazimnya bunglon hijau akan bertelur diatas tanah yang gembur, berpasir atau peroi. Vunglon betina akan menggali tanah dengan mempergunakan muncungnya dan membuat lubang. Lazmnya dilihat kulit telurnya berwarna putih dan ia melentur agak liat. Telur ini akan dipendam di tanah berpasir di bawah lapisan dedaun reput seakan ia berada didalam semak di bahagian hutan yang agak terbuka. Telur selalu tidak banyak atau sekitar banyak dua biji berbentuk bulat lonjong dengan ukuran sekitar 7mm lebar dan 40 mm panjang diletakkan bersusun dan ditimbun tanah tipis. Kadang kala didapati telur haiwan ini akan diletakkan didalam lapisan humus yang halus.
Apa yang penulis baru-baru ini jumpa adlah dimana bunglon hijau ini bertukar warna menjadi warna coklat (Sila lihat foto disebelah yang penulis ambil dengan handphone Nokia Lumia 960). Ini kerana apabila haiwan ini merasa terancam maka ia akan mengubah warna kulitnya menjadi serupa dengan warna habitat disekitarnya sehingga keberadaannya samarnan ini sukar dilihat. Fungsi haiwan ini menukar warna dan menyamar adalah digelar sebagai 'Camuflase'. Perkara in berbeza dengan cara penyamaran iaitu 'mimikri' atau usaha penyamaran kepada bentuk atau warna haiwan yang mana ia menyerupai makhluk hidup lain. Disatu pihak haiwan ini adalah berguna kepada sektor pertanian kerana ia pemangsa yang makan serangga perosak dan sesuai dalam Kawalan Perosak Bersepadu (IPM). Belum ramai orang yang cuba menternak haiwan ini sebagai 'pet' kerana agak sukar untuk mencari dan membiakkan bunglon sebagai haiwan pet komersil. Penulis pun tidak pasti sama ada haiwan ini ia dilindungi dibawah akta perlindungan haiwan dinegara kita. Mungkin pada masa akan datang bunglon ini akan polupar untuk dijadikan haiwan peliharaan seperti jenis cameleon yang popular masa kini dikalangan individu tertentu. Semuga tuliasn ini memberi info berguna kepada para pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!...
NAMA SESUMPAH... BUNGLON SAMA....
APA YANG UNIK...BERTUKAR WARNA...
MAKAN SERANGGA...MENYAMAR SAJA...
AGAK SERONOK... APABILA TERJUMPA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Chendor, Cherating,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(18 Ramadan 1437H).
APA YANG UNIK...BERTUKAR WARNA...
MAKAN SERANGGA...MENYAMAR SAJA...
AGAK SERONOK... APABILA TERJUMPA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Chendor, Cherating,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(18 Ramadan 1437H).
Kemaskini pada:
15 Rabiulakhir 1447H.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.