Support My Blog

Monday, October 13, 2025

PEWARNA MAKANAN - APA DIA?

PEWARNA MAKANAN
 adalah bahan yang digunakan untuk menambah warna pada makanan atau minuman, sama ada secara semula jadi atau sintetik dimana ia meluas di gunakan di seluruh dunia. Bahan ini bagi penulis blog digunakan bertujuan untuk sebagai menambahkan akan estetik makanan itu sendiri dan ia di laporkan mampu melindungi daripada kehilangan warna, atau membantu pengecaman rasa. Bahan ini sebenarnya ia boleh didapati sama ada dalam bentuk cecair, serbuk, gel, atau pes dan digunakan dalam pelbagai jenis produk makanan daripada makanan di buat sendiri di rumah atau pun jenis makanan yang di buang skala banyak di kilang makanan komersil. Pihak pengusaha makanan memang ada yang bergantung penoh kepada bahan pewarna makanan agar produk makanan yang di keluarkan mampu menarik perhatian pengguna atau bakal pembelli yang melihatnya agar kelihatan sedapm dimakan, cantik dan ada unsur-unsur sebagai makanan berkualiti dan selamat di makan. Dalam industri makanan dimana penggunaan bahan-bahan pewarna  makanan ini di kawal di bawah akta. Akta 
utama di Malaysia yang mengawal pewarna makanan adalah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Ia mengawal selia penggunaan aditif makanan, termasuk pewarna, untuk memastikan keselamatan pengguna. Penggunaan pewarna tiruan dibenarkan di bawah peraturan ini akan tetapi hanya pewarna yang disenaraikan dalam peraturan yang berkenaan dibenarkan untuk digunakan dalam makanan. Peruntukan utama Akta Makanan 1983 dimana akta ini menyatakan bahawa sesiapa yang menyediakan atau menjual makanan yang mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan adalah dilarang. Dalam pada itu didalam Peraturan-peraturan Makanan 1985:Peraturan 21 ada menyenaraikan jenis-jenis pewarna tiruan yang dibenarkan untuk ditambah dalam makanan. Diantara jenis pewarna yang tidak disenaraikan adalah jenis pewarna yang tidak disenaraikan di bawah Peraturan 21 adalah dilarang penggunaannya dalam pemprosesan makanan. Ada juga larangan penggunaan dimana cara penggunaan bahan berbahaya seperti anilina sebagai pewarna makanan adalah dilarang di bawah akta ini. Dilaporkan penggunaan bahan berbahaya atau pewarna yang tidak dibenarkan adalah dilarang. Ada beberapa jenis pewarna makanan iaitu Jenis Pewarna Semulajadi dimana ia selalu diperolehi daripada sumber tumbuhan dan haiwan dan antaranya adalah seperti jenis Antosianin yang akan mana ia memberikan warna merah, biru, hingga ungu daripada sumber seperti bunga rosella, bunga telang, dan ubi. Jenis Karotenoid pula akan memberikan warna merah, kuning, dan jingga daripada sumber seperti tomato dan wortel. Jenis Klorofil pula akan memberikan warna hijau daripada sayuran hijau. Jenis  Oleoresin kunyit akan memberikan warna keemasan atau kemerahan daripada kunyit. Kedua adalah bahan Pewarna Jenis Sintetik yang selali dibuat di makmal dan sering digunakan dalam industri makanan kerana warnanya yang lebih terang dan konsisten. Apa pun kegunaan dan fungsi pewarna makanan akan mampu keningkatkan daya tarikan visual. menjadikan makanan kelihatan lebih menarik kepada pengguna dan mampu menggantikan warna yang hilang. Bahan pewarna juga akan menjaga penampilan makanan agar tidak kelihatan pudar, membantu pengecaman rasa dimana asasnya adalah warna dapat mengaitkan makanan dengan rasa tertentu. Memang bahan pewarna membantu pengguna mengenali rasa dengan lebih tepat. Bagaimana pun perlu di ketahui jika ada potensi risiko dan alternatif pwnggunaan bahan pewarna ini walaupun umumnya selamat, penggunaan berlebihan terutamanya pewarna sintetik dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti hiperaktif, ADHD, dan masalah tidur, terutamanya pada kanak-kanak. Untuk itu pilihan yang lebih sihat adalah menggunakan pewarna makanan semula jadi yang kurang kesan sampingan atau mengurangkan pengambilan makanan yang banyak menggunakan pewarna tiruan. Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta mengenai bahan pewarna makanan untuk bahan rujukkan semua.


Fakta 
penting dimana bahan pewarna makanan ialah bahan yang digunakan untuk menambah warna pada makanan, minuman, kosmetik dan ubat-ubatan. Bahan ini akan hadir dalam pelbagai bentuk seperti cecair, serbuk, dan pes, dan boleh berasal daripada sumber semula jadi atau sintetik. Pewarna makanan digunakan untuk tujuan estetika dan untuk mengaitkan warna dengan rasa tertentu. Sebaiknya di gunakan jenis dan sumber pewarna makanan semula jadi iaitu ia diperolehi daripada sumber tumbuhan (nabati) dan haiwan, seperti antosianin daripada buah-buahan. Ada jenis pewarna makanan Sintetik yang dihasilkan melalui proses kimia. Ia selalu di gunakan sebagai menambah unsur Estetika Makan iaitu bertujuan untuk menjadikan makanan kelihatan akan lebih menarik dan menyelerakan. Ia juga berkai untuk Menambah Rasa makan dengan merangsang persepsi rasa kerana manusia selalunya akan mengaitkan warna dengan rasa tertentu. Pewarna makanan juga berfungsi sebagai memberikan Pengenalan )identification) bagi memudahkan pengenalan makanan dan minuman seperti makanan sama di warnakan lain untuk menentukan jenis inti didalamnya. Keempat dimana bahan perwarna makanan akan membentu menghalang aspek kelunturan makan sebab untuk sesiapa mengelakkan perubahan warna akibat penyimpanan atau pemprosesan mana perlu di tambah pewarna. Kelima faedahnya adalah dialam analis amakanan jika ia di tambah pada pelbagai produk seperti minuman ringan, snek, pastri, dan aiskrim akan lebih mudah di kenali dan di pasarkan. Akhinya bahan pewarna makana sesuai di gunakan dalam industri kosmetik dan farmaseutikal seperti yang terdapat kepada beberapa jenis ubat gigi dan ubat-ubatan. Pewarna makanan yang paling selamat ialah pewarna asli yang diekstrak daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan rempah-ratus, kerana ia kurang risiko kesihatan berbanding pewarna tiruan (sintetik). Pewarna sintetik, yang sering ditemui dalam makanan ringan dan makanan kanak-kanak, boleh dikaitkan dengan masalah tingkah laku seperti ADHD, hiperaktif, dan masalah tidur, terutamanya pada kanak-kanak yang mengambilnya secara berlebihan. Mengambil jenis pewarna makanan yang selamat perlu di amalkan pembaca blog. Gunakan jenis Pewarna Asli sebab sumbernya ia diekstrak daripada tumbuhan dan haiwan, seperti kunyit (kuning), bit (merah), atau β-karotena (oren). Kelebihan: Ia dianggap selamat dan menawarkan pilihan yang lebih sihat kerana berasal daripada sumber semula jadi. Lain dengan bahan perwarna makanan jenis Pewarna Tiruan yang mana ia di hasilkan secara kimia dan sering digunakan untuk memberikan warna yang terang dan menarik pada makanan. Risiko: Kajian mengaitkan penggunaan pewarna ini dengan kesan sampingan seperti hiperaktif, ADHD, masalah tidur, dan masalah pernafasan seperti semput pada kanak-kanak yang memakannya secara berlebihan. Perlu membaca bagaimana cara memilih jenis pewarna makanan yang selamat. Caranya dengan pertama menilih jenis Pewarna Asli dimana makanan yang ada menggunakan pewarna daripada sumber semula jadi untuk mengurangkan risiko kesan sampingan adlah lebih di syorkan dengan mesti membaca label kandungannya. Boleh diperiksa senarai ramuan untuk mengenal pasti pewarna tiruan dan elakkan produk yang menggunakannya, Amalan untuk mengurangkan pengambilan jenis makanan yang dilihat ia berwarna cerah dimana makanan yang mempunyai warna yang sangat terang selalunya mengandungi pewarna sintetik. Mengurangkan pengambilannya dapat membantu didalam cara mengehadkan pendedahan kepada bahan pewarna tiruan.

Menulis artikel ini masih kuat berfikir persoalan umum bermain di kepala dan ramai pembaca sama ada isu p
ewarna makanan sama ada ia selamat atau tidak selamat digunakan. Membuat kuih raya berwarna warni manjadikan ia lebih menarik, cantik dan nampaknya akan lebih menyelerakan. BAgi penulis blog dimana pewarna makanan makanan yang digunakan memainkan peranan yang penting bagi menghiasi kuih raya. Walau bagaimanapun dilaporkan tidak semua bahan pewarna makanan selamat untuk kesihatan manusia. Penting memahami iasu jenis- jenis pewarna makanan yang selamat dan yang tidak selamat serta kesannya terhadap kesihatan. Di ulas lagi mengenai jenis Pewarna Makanan yang asasnya adalah ia boleh dikategorikan kepada dua jenis utama iaitu sebagai Pewarna Semula Jadi dan Pewarna Sintetik. Pewarna Semulajadi adalah ia diperoleh daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan, haiwan, atau mineral sementara jenis Pewarna Sintetik ia dihasilkan secara kimia untuk dapat menghasilkan warna yang lebih terang dan tahan lama. Apa yang penting adalah pengguna mesti tahu akan jenis pewarna makanan yang selamat atau jenis pewarna makanan yang diluluskan oleh badan kawal selia seperti FDA (Food and Drug Administration) dan EFSA (European Food Safety Authority) dianggap selamat jika digunakan dalam jumlah yang dibenarkan.
Contoh pewarna makanan semula jadi yang selamat termasuk Jenis Klorofil iaitu ia memberi warna hijau dan diperoleh daripada tumbuhan hijau. Kedua adalah dari jenis Karotenoid yang akan memberi warna kuning, jingga, atau merah dan terdapat dalam lobak merah serta tomato. Ketiha adalah jenis Antosianin yang memberi warna biru, ungu, atau merah dan terdapat dalam anggur serta beri biru. Keempat adalah Jenis Karamel yang memberi warna coklat dan digunakan dalam minuman berkarbonat serta sos. Kelima adalah Jenis Kunyit (Curcumin) yang memberi warna kuning dan digunakan dalam kari serta minuman kesihatan. Apa pun selain pewarna semula jadi, terdapat juga pewarna sintetik yang diluluskan dan dianggap selamat dalam jumlah terkawal seperti Jenis Tartrazin (INS 102) beri warna Kuning, Sunset Yellow (INS 110) beri warna Jingga dan jenis Allura Red (INS 129) yang beri warna Merah pada makanan. Perlu di ketahui memang ada jenis pewarna makanan yang tidak selamatatau juga yang telah dilarang penggunaannya kerana dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti alergi, hiperaktif dan risiko kanser. Antara pewarna yang tidak selamat termasuk bahan seperti Jenis Sudan Red yang berikan warna merah sintetik yang dikaitkan dengan kesan karsinogenik. Kedua adalah Jenis Auramine O iaitu jenis pewarna kuning yang boleh menyebabkan kerosakan hati. Ketiga adalah Rhodamine B yang akan berikan warna merah jambu yang hija di ambil ia boleh menyebabkan mutasi genetik. Keempat adalah jenis Butter Yellow yang mana ia dikaitkan dengan kesan toksik dan berbahaya kepada hati. Kelima adlah Jenis Pewarna Tar Sintetik yang Diharamkan dimana ada sesetengah pewarna sintetik yang berasal daripada tar arang batu telah dilarang kerana berisiko menyebabkan kanser. Memang ada kajian yang dibuat mengenai kesan pengambilan bahan Pewarna Tidak Selamat antaranya adalah ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti pertama Masaalah Alergi dan Hiperaktif apabila pewarna seperti tartrazin boleh ianya menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah individu dan meningkatkan hiperaktif pada kanak-kanak. Kedua kesan kepada Gangguan Hormon apabila ada sesetengah pewarna boleh mengganggu sistem hormon dalam badan. Ketiga adalah Masaalah Risiko Kanser apabila ada pewarna tertentu yang tidak selamat boleh meningkatkan risiko mutasi sel dan kanser. Keempat adalah Kesan Kerosakan Organ apabila ada sesetengah pewarna toksik boleh memberi kesan negatif kepada hati dan buah pinggang. Dilaporkan walaupun bahan pewarna makanan dapat meningkatkan akan daya tarikan makanan adalah penting untuk pembaca blog ini telili dan hanya memilih pewarna yang selamat dan mengelakkan pewarna yang berbahaya. Pengguna disarankan untuk membaca label bahan makanan dan memilih produk yang menggunakan pewarna semula jadi atau pewarna sintetik yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan. Apa pun dengan lebih banyak kesedaran tentang kesan pewarna makanan, kita boleh membuat pilihan yang lebih selamat untuk kesihatan diri dan keluarga.


Dikongsikan 
fakta bagaimana kesan pengambilan makanan berwarna kepada otak kanak-kanak untuk di jadikan bahan rujukkan. Biasanya makanan dengan pewarna tiruan ini paling memberi kesan pada otak kanak-kanak, malah sikap dan perangai mereka akan turut terkesan tanpa kita sedar. Apa pun makanan dan minuman yang penuh dengan warna sememangnya menarik perhatian kanak-kanak ma;alahan dikalangan orang dewasa juga. Namun tanpa disedari yang makanan dengan pewarna tiruan ini paling memberi kesan pada otak manusia terutama kanak-kanak malahan ada sikap dan perangai kanak-kanak ini akan turut terkesan tanpa disedari penjaganya. Ia bukan sekadar alergik bahkan banyak simptom lain yang memberi kesan pada mereka diman ada laporan kajian gambar otak anak yang tak normal dan tidak normal di tunjukkan saintis. Dilaporkan ia beri kesan pada otak mereka sebab mengambil makan minum yang ada pewarna tiruan dengan kerap. Pihak ibu bapa agak pelik dan riau akan kajian dilakukan dan punca yang berlaku antaranya disebabkan oleh kanak-kanak ini sudah mengambil bahan pewarna tiruan yang berlaku. Ibubapa perlu mengelakkan semua jenis makanan yang tinggi pewarna macam ini sebagai sarapan bermula daari zaman kanak-kanak lagi. Ada kesan reaksi alergik dimana ini tidak semestinya dengan timbul ruam satu badan, gatal kulit, bersin tidak berhenti akibat kes ini. Dilaporkan hasil kajian akan ada keadaan kelakuan (Behavior) mereka akan berubah jadi pelik pun salah satu dari reaksi yang boleh berlaku cuma ibubapa selalunya tidak perasan sangat. Disyorkan agar perlu mengelakkan mereka ini dari pewarna makanan tiruan. Kini ada terlalu banyak ada dalam makanan ultra processed dijual di pasaran terbuka. Makanan tinggi pewarna macam ini dimana kanak-kanak akan suka melihatnya dan suka hendak memakannya iaitu ia selau dengan warna yang terang dan cerah. Ini akan menaikkan selera mereka untuk makan akan tetapi kemudian ia akan bawa kesan buruk pada otak kanak-kanak yang tidak dikawal pengambilannya. Ibu bapa perlu elakkan beri makan minum yang ada pewarna tiruan macam sepanjang masa apatah lagi makanan yang banyak ada jenis pewarna makanan tiruan. Sebenarnya dalam aspek makanan dimana sama ada ia makanan berwarna atau warna asli dari aspek citarasa adalah SAMA sahaja. Pewarna makanan juga tidak menambahkan nutrisi makanan di ambil cuma ia lebih cantik dan menarik untuk memakannya seperti makanan ais krim di jial dengan warna menarik. Semuga tulisan ini berikan ilmu pengetahuan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PEWARNA MAKANAN... BANYAK WARNA....
JENIS SEMULAJADI... SELAMAT DI GUNA...
JENIS SINTETIK.... ANCAMAN MEMANG ADA...
MEMBACA TULIDAN..SIDAH FAHAM JUGA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka.
Malaysia.
(19 RabiulAkhir 1447H),

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...