Support My Blog

Monday, October 27, 2025

JANTUNG PISANG UNTUK ULANGKAJI

JANTUNG PISANG
atsu BUNGA PISANG adalah bunga pisang yang bentuknya seperti jantung dan berwarna merah keunguan. Ia merupakan bahan makanan yang kaya dengan zat termasuk bahan serat, vitamin E dan mineral seperti kalium (K) dan zat besi (Fe) yang sering diolah menjadi makanan sama ada di masak atai dijadikan ulaman. Bagi penulis blog sejak remaja semasa tinggal di kampong yang memang sering mkan jantung pisang yang di jadikan bahan masakan seperti ulam, gulai atau ditumis sebagai sayuran. Selain untuk dimakan dilaporkan dimana jantung pisang juga memiliki manfaat kesihatan seperti mampu untuk membantu proses pencernaan, meningkatkan metabolisme dan ia didakwa juga bersifat anti-mikrobial. Ramai penduduk kampong kenal akan ciri-ciri jantung pisang sebab mudah di lihat di kawasan kampong yang banyak menanam pokok pisang tidak kira dari varieti apa pun. Jantung pisang lazimnya ia berbentuk dengan terggantung di bahagian hujung tangkai buah pada batang pokok pisang dengan bentuknya memang ia menyerupai jantung berwarna merah keunguan. Tidak ramai yang suka akan rasa jantunhg pisang mentah yang tidak enak tetapi selepas di celur atau di masak menjadi sayur ia akan sedap sekali. Beberapa kajian mengenai nilai permakanan jantugn pisang dimana k
andungan nutrisi utama dalam 100 gram jantung pisang terdiri dari tenaga 51 kcal, Karbohidrat (9.9 g), Serat (5.7g), Protein (1.6 g), Lemak (0.6 g), Kalium (553.3 mg), Kalsium (56 mg), Zat Besi (56.4 mg), Magnesium (48.7 mg), Fosforus (73.3 mg), Tembaga (13 mg), Vitamin C (11.11%) dan Vitamin E (1.07 mg). Selain dari kemampuannya dalam aktiviti sistem pencernaan bahan seratnya yang tinggi dapat membantu melancarkan pencernaan dan mengurangi masalah seperti sembelit, kembung, dan sakit perut. Ia baik untuk kesihatan jantung sebab ia dapat membantu dalam menurunkan kadar kolesterol dan menjaga kesehatan jantung. Ia bertindak sebagai bahan Anti-mikrobial dimana dilaporkan mampu membantu mempercepat penyembuhan luka kulit. Bahan seratnya membantu mengerem kenaikan gula darah setelah makan, sehingga cocok untuk penderita diabetes. Apa pun kandungan zat besi di dalamnya dapat membantu untuk meningkatkan hemoglobin pada penderita anemia. Cara mengolah jantung pisang mudah dilakukan dengan mengupas lapisan luar yang keras, lalu kukus atau bakar untuk tujuan menghilangkan rasa kelat dan boleh terus disajikan dengan sambal belacan. Kalau hendak buat sayur sesuai di mMasak gulai, lodeh, atau tumis dengan bumbu seperti kari atau masak lemak cili padi dimana ia juga sesuai di buat acar. Lazimnya jenis jantung pisang dari jenis pisang raja atau pisang abu menjadi pilihan sebab ia berikan yang lebih enak dan selalunya tidak pahit semasa di makan. Cara merebus jantung sebaiknya hanya selama 5-10 minit saha dan toskan airnya atau boleh terus direndam di air biasa sebelum dimasak dengan pelbagai resepi. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai jantung pisang sebagai ulangkaji ilmu untuk rujukkan semua.


Ada kalangan orang generasi Gen Z ini yang tidak kenal akan jantung pisang dimana antara c
iri-ciri jantung pisang termasuk bentuknya yang berbentuk seperti gasing atau membulat yang mana ia mempunyai lapisan daun pelindung yang bentuknya adalah tirus dihujungnya. Ada juga berbentuk hujungnya yang tumpul dengan memunyai warna yang bervariasi dari warna kehinauan sehingga yang kekuningan di bagian pangkalnya. Apa pun kebanyaka jantung pisang matang mempunyai warna coklat gelap dan maroon juga. Memang jantung pisang mentah rasanya kelat dan tidak sedap dimakan segar sebab ia ada sejenis getah yang rasanya tidak pahit, hambar atau kalau nasib bail ada yang rasanya sedikit manis. Jantung pisang bergetah dimana getah asli akan keluar apabila dipotong sebelum direbus dimana ini menyebabkan ia menjadi hitam dan pahit. Untuk mengelakkan getah maka buang kulit luar jantung pisang dan ia kemudian perlu di rebus keseluruhan jantung pisang sebiji dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam dan minyak sebelum membelahnya apabila sudah lembut dan boleh di makan. Cara mudah untuk mengatasi jantung pisang bergetah dengan membuang kulit luar dan dikeluarkan lapisan kulit luar yang keras hingga nampak bahagian lembutnya. Kemudian ia mesti direbus secara utuh atau secara sebiji (belum dibelah) terus ke dalam air yang sudah mendidih. Sebaiknya di tambah garam untuk menghilangkan rasa pahit dan sedikit minyak untuk ianya melembutkan serta mengelakkan perubahan warna. Perlu di rebus sehingga lembut dan kemudian biarkan jantung pisang direbus sehingga empuk dengan masa bergantung pada saiznya akan tetapi jangan sampai terlalu lembik (overcook). Alhir sekali di tos dan bilas dengan air sejuk jika perlu untuk menghentikan proses memasak. Kemudian bari boleh di belah jantung pisang yan akan memastikan bahagian dalam kekal putih dan tidak lebam. Secara umumnya dimana ciri rasa jantung pisang dimana getahnya menjadi indikator penting sebab jantung pisang yang enak mempunyai getah yang rasanya tidak pahit, hambar atau sedikit manis. Sebaliknya jenis jantung pisang yang tidak enak selalu rasanya adalah kelat atau pahit jika getahnya dijilat. Jenis jantung pisang mempunyai rasa dan tekstur yang berbeza misalnya jantung pisang batu dan pisang kapok umumnya dianggap paling sedap dimakan. Jenis jantung pisang yang boleh dimakan biasanya adalah dari jenis pisang raja, pisang berangan, pisang nangka, pisang nipah, pisang kapok dan pisang embun akan tetapi rasanya bergantung pada jenis pisang dan getahnya. Jantung pisang jenis ini tidak pahit dan boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai lauk.


Ada pelbagai cara memasak jantung pisang bergantung kepada kreativiti dan citarasa seseorang. Apa pun agak jarang di makan m
entah tetapi sesuai di jadikan ulam setelah di rebus dan di gabungkan dengan belacan atau budu. Ada juga yang makan sebagai tumis, gulai atau rendang. Apa pun dilaporkan yang jantung pisang mempunyai pelbagai khasiat, termasuk membantu mengawal gula dalam darah, menjaga kesihatan jantung, dan melancarkan sistem pencernaan kerana kandungan seratnya yang tinggi. Ia juga kaya dengan antioksidan yang melawan radikal bebas, membantu mengurangkan pendarahan haid yang berlebihan, dan sesuai untuk menyokong program penurunan berat badan kerana rendah kalori. Ia juga didakwa dapat membantu memperlahankan penyerapan gula dalam usus dan sesuai untuk pesakit diabetes kerana indeks bahan glisemiknya yang rendah. Didakwa dapat menjaga kesihatan jantung sebab kandungan kalium membantu menstabilkan tekanan darah, sementara seratnya membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL). Memang jantung pisang akan bantu dalam melancarkan pencernaan sebab ia kaya dengan serat yang membantu mencegah sembelit dan melancarkan sistem pencernaan. Ia adalah makanan Antioksidan seperti flavonoid dan tanin untuk melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas dan membantu mencegah penuaan pramatang. Dalam kes lain khasiat jantung pisang di kaitkan iaitu dengan kemampuannya untuk mengurangkan pendarahan haid. Ia didakwa membantu mengurangkan pendarahan berlebihan semasa haid dan mengurangkan rasa sakit kerana kandungan vitamin B6, magnesium, dan vitamin C. Jantung pisang hasil kajian dilaporka akan menyokong penurunan berat badan sebab ia makanan rendah kalori dan tinggi serat, memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal nafsu makan. Kajian juga laporkan jika ia membantu mengatasi anemia sebab ia kaya dengan zat besi yang penting untuk menghasilkan sel darah merah dan mengelakkan keletihan. Bagi ibu pula makan jantung pisnag akan menghasilkan susu dan ia berpotensi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu dan mempercepat penyembuhan luka, terutamanya kerana kandungan vitamin C. Akhir sekali awas dimana bagi pesakit buah pinggang perlu berhati-hatilah kerana jantung pisang mengandungi potassium yang tinggi yang mmemungkinkan pesakit perlumenghadkan makan sebab ada komplikasi tersendiri. 


Dilaporkan jika beberapa portal tempatan laporkan bagaimana inovasi '
Pelajar UniSZA hasilkan daging alternatif guna jantung pisang' yang wajar di kongsikan faktanya. Produk Raja Saji dihasilkan pelajar UniSZA menarik perhatian sempena Program Pelancaran Produk Makanan Baharu 2025 di Besut, Terengganu. Media laporkan inovasi penggunaan jantung pisang sebagai alternatif menggantikan daging dalam hidangan nasi minyak mencuri perhatian apabila berjaya diangkat sebagai antara pilihan makanan kecemasan berasaskan sisa pertanian tempatan. Ciptaan itu dihasilkan sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui produk dinamakan Raja Saji yang dipamerkan sempena Program Pelancaran Produk Makanan Baharu 2025 anjuran Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM).  Penggunaan jantung pisang dalam sajian tradisional seperti nasi minyak membuka potensi baharu terhadap sisa pertanian sebagai sumber makanan berkhasiat dan mapan. Produk ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada sumber haiwan, malah membuktikan jantung pisang boleh dijadikan protein alternatif, terutama ketika kecemasan. Kumpulan 'Tahan Lapar Wrap' diumumkan pemenang utama menerusi produk balutan sedia dimakan berintikan kari masala dan daging tumbuhan, menggunakan campuran sisa pertanian seperti ubi kayu, labu dan daun mulberi. Pendekatan itu juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang menekankan inovasi makanan, keselamatan pemakanan dan pengurangan sisa makanan. Jantung pisang yang lazimnya dianggap sebagai sisa pertanian dijadikan bahan asas menggantikan daging, sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang tidak boleh mengambil daging. Produk Raja Saji ini menyokong penghasilan makanan kecemasan yang mesra alam dan sihat, sejajar dengan tema 'Penggunaan Sisa Pertanian Tempatan Untuk Penghasilan Makanan Kecemasan Lestari'. Proses penyediaan 'daging' jantung pisang melibatkan proses pemotongan, rendaman dalam larutan cuka, air dan garam untuk menghilangkan getah. Ia diikuti dengan proses merebus, kisar, pengeringan, pencampuran bahan mengikut formulasi khas, pembentukan ‘patty’, pengukusan, goreng pan, dan air-frying bagi mendapatkan tekstur rangup dengan kandungan minyak rendah. Antara bahan lain yang digunakan pelajar dalam projek masing-masing termasuk hampas kelapa, kulit pisang, batang nanas dan ubi rosak bagi menghasilkan produk siap guna untuk kegunaan ketika bencana atau krisis bekalan makanan. Antara ciptaan menarik lain yang turut dipamerkan ialah roti hampas kelapa dengan sapuan kaya, lontong kuah lodeh mesra kecemasan, serta mash tropika berasaskan ubi VitAto dan biji nangka. Dalam pertandingan tersebut, kumpulan 'Tahan Lapar Wrap' diumumkan pemenang utama menerusi produk balutan sedia dimakan berintikan kari masala dan daging tumbuhan yang menggunakan campuran sisa pertanian seperti ubi kayu, labu dan daun mulberi. Produk itu diinspirasikan daripada konsep makanan sedia dimakan (MRE) yang praktikal dan tidak memerlukan pemanasan. Dilaporkan walaupun dihasilkan untuk tujuan kecemasan, wrap ini juga sesuai untuk vegetarian dan mereka yang aktif bekerja. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
JANTUNG PISANG...DIMANA SAJA ADA...
PALING DIGEMARI...IALAH PISANG RAJA...
DI JADIKAN ULAM... BERKHASIAT JUGA...
DI JUAL DI PASAR... MURAH HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 JamadilAwal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...