Support My Blog

Thursday, October 23, 2025

ANAK KUCING MENJADI HARIMAU

PERIBAHASA 'ANAK KUCING MENJADI HARIMAU' adalah satu peribahasa yang di cipta dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu. Peribahasa ini menggunakan haiwan kucing dan harimau sebagai kiasan dimana ia memberikan makna sebagai '
Orang miskin menjadi kaya atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi' yang sesuai dengan budaya masyarakat. Peribahasa 'Anak kucing menjadi harimau' bagi penulis blog merupakan sebuah peribahasa yang membawa maksud orang yang dulunya miskin atau lemah menjadi kaya, mulia, atau kuat, manakala dalam konteks lain dimana selain itu maknanya juga ia boleh merujuk kepada perubahan negara daripada keadaan ekonomi yang lemah kepada keadaan yang kuat dan berjaya. Menjelaskan akan maksud peribahasa ini seakan sama dengan istilah 'Orang miskin menjadi kaya' dimana ada menggunakannya sebagai keadaan orang biasa menjadi orang yang berpangkat tinggi atau mulia atau di hormati. Peribahasa iini juga boleh di maksudkan dengan satu keadaan dimana orang yang lemah kemuidan dia menjadi kuat dimana ia dilaporkan pernah disebut oleh bekas Perdana Menteri Malaysia tersohor iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyatakan keyakinan bahawa Malaysia akan kembali menjadi 'Harimau Asia' jika ekonomi dan kestabilan politik dapat di jayakan menjalang 2030. Apa yang boleh di jelaskan mengenai peribahasa ini dimana peribahasa ini menggunakan perbandingan antara anak kucing yang kecil dan harimau yang besar dan kuat untuk menggambarkan transformasi status atau keadaan seseorang atau sesuatu. Memang keduanya amat berbeza dari saiz fizikal, kemampuan, sifat semulajadi, keletah dan ancamannya diantara dua baiwan ini. Anak kucing merupakan haiwan kesayangan pemiliknya sementara haiwan harimau pula garang dan boleh membahayakan pemiliknya. Selalunya dilihat dimana anak kucing yang mempunyai potensi untuk membesar menjadi harimau dimana kiasan ini di gunakan sebagai ada orang yang kurang bernasib baik pada mulanya akan tetapi dia kemudian boleh berubah menjadi seseorang yang berjaya dan berkuasa pada masa hadapan didalam masyarakat atau dalam negaranya. Pernah di tayangkan didalam youtube bagaimana orang biasa yang kemudian menjadi artis atau selebriti terkenal dan menjadi kaya-raya akan tetapi kemudian dia terus mewah dan ramai kalangan mereka pula kemudian jatuh miskin semula atau hidupnya tidak menentu. Beberapa orang pelawak tanahair contohnya yang bertanding dalam program 'Raja Lawak Mega' dan menjadi kaya asalnya adalah daripada rakyat biasa dan ada di tunjukkan dalam youtube aset rumah dan kereta yang nilainya jutaan ringgit. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai satu lagi peribahasa iaitu 'anak kucing menjadi harimau' sebaga' satu bahan bacaan dan rujukkan semua.


Haiwan 
KUCING (CATS) merupakan haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai sejenis haiwan peliharaan (pets) diseluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis catus dipercayai ianya merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikamppong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka memburu tikus dirumah dan membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Konsep ini tidak sama dengan peminat mereka yang pelihara kucing dikawan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat menjengkelkan. Keperihatinan jiran yang memiliki kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Bagi penulis blog mendapati dimana ciri dan sifat kucing merangkumi penampilan fizikal seperti bulu yang sihat dan berkilat, serta tingkah laku seperti mendengkur, menjilat, dan menunjukkan perut sebagai tanda kepercayaan dan kasih sayang. Mereka juga mempunyai sifat seperti aktif, ingin tahu, dan pemalu, serta cenderung hidup secara teritorial. Bulu kucing yang sihat mempunyai bulu yang berkilau, bersih dan tidak bergumpal. Bulu yang kembang tiba-tiba atau kelihatan seperti berus botol menandakan ketakutan atau agresif. Ciri badan kucing semasa ia berjalan dengan cara digitigrad (berjalan di atas jari kaki) dan menggunakan gaya berjalan perentakan untuk ketenangan di mana kedua-dua kaki pada satu sisi bergerak serentak sebelum kaki pada sisi lain. Selalunya di lihat iaitu tanda kesihatan kucing di nilai dari ciri bulu yang sihat adalah petunjuk kesihatan yang baik. Kulit yang kering dan kemerahan serta bulu yang gugur boleh menjadi tanda penyakit. Cara kucing bereaksi dalam komunikasi melalui perbuatan sepertu Mendengkur (Purring) iaitu haiwan kucing sering mendengkur sebagai tanda gembira dan selesa. Bila kucing menunjukkan perut ini menunjukkan perut adalah tanda kepercayaan dan ingin perhatian. Jika kucing menggerakkan ekor dimana gerakan ekor mungkin menunjukkan rasa tidak senang, bukan hanya gembira. Paling mudah mendengar kucing 'mengeong' iaitu bunyi mengeong boleh mempunyai pelbagai makna bergantung pada apa dia konteksnya. Dalam bersosial dan beremosi umumnya haiwan kucing kebanyakannya adalah ia mempunyai sifat ramah dan setia dan boleh bertoleransi dengan haiwan peliharaan lain. Apa pun ciri kucing sebagau 'penyayang' akan di tunjukkan kasih sayangnya melalui menggesekkan badan dan tidur berdekatan dengan tuannya yang juga merupakan tanda kepercayaan. Kucing umumnya mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi serta bersigat teritorial dimana kucing jantan dilihat ia cenderung menandakan wilayahnya dengan cara dalam ia semburkan air kencing sebagai tanda. Kebiasaan haiwan kucing adalah ia aktif pada waktu senja dan fajar (Haiwan Jenis Nokturnal). Kucing sering tidur siang dan boleh tidur berdekatan dengan tuannya sebagai tanda kepercayaan. Cara kucing membersihkan diri dengan menjilat tubuhnya sendiri untuk membersihkan diri.
 
 
HARIMAU (Tiger)
pula adalah ia
 sejenis kucing besar yang kuat dan merupakan haiwan kebangsaan Malaysia serta ia dikenali iaitu sebagai Harimau Malaya. Haiwan harimau 𝘗𝘢𝘯𝘵𝘩𝘦𝘳𝘢 𝘵𝘪𝘨𝘳𝘪𝘴 ini mempunyai belang berwarna jingga dan hitam dan menjadi simbol keberanian serta keagungan negara. Harimau Malaya adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya dan memainkan peranan penting dalam ekosistem sebagai pemangsa kepada haiwan seperti rusa dan babi hutan. Ciri-ciri fizikal yang sesuai di ketahui para pembaca blog ini dimana dilaporkan yang harimau Malaya boleh mencapai berat badan sehingga 120 kg dan mampu berlari antara 50 hingga 60 km/j tahap kelajuannya. Di Malaysia haiwan harimau di gunakan sebagai simbol negara dimana kiasannya ia melambangkan kecantikan, kemegahan, keberanian, perpaduan, kejayaan keharmonian dan kedaulatan negara yang dipaparkan pada Jata Negara. Dilaporkan jenis makanan harimau liar dengan hrimau didalam zoo tidak jauhnya bezanya dimana dlam hutan selalunya harimau mendpatkan baiwan lain terdiri daripada Rusa Sambar, Kijang dan Babi Hutan tetapi di dalam zoo di beri makan pelbagai jenis daging. Perlu di ketahui umum jika haiwan harimau adalah di lindungi sepenuhnya di bawah di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Dijelaskan yang Akta 716 ialah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 adalah sebuah akta yang menggariskan peruntukan bagi melindungi dan memulihara hidupan liar di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Akta ini terpakai bagi melindungi spesies terancam, memelihara ekosistem, dan menetapkan denda serta hukuman bagi pesalah yang melanggar undang-undang. Kitaran hidup harimau dimana anak harimau tinggal bersama ibunya sehingga usia dua setengah tahun sebelum hidup berasingan. Apa bila dewasa ia akan mencari makanannya sendiri, mengawan dan membiak.
Penggunaan budaya sebagai salah satu watak dalam pelbagai cerita rakyat dan permainan memang sudah di lakukan secara meluas di Malaysia. Selalunya harimau belang ianya sinonim dengan panggilan Harimau Malaya, Pak Belang dan Raja Rimba di kalangan masyarakat. Spesies ini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Harimau Malaya mempunyai berat sehingga 120 kilogram dan mampu berlari antara 50 hingga 60 kilometer sejam. Makanan utama Harimau Malaya adalah Rusa Sambar, Kijang dan Babi Hutan dan boleh hidup antara 10 hingga 15 tahun di habitat liar dan sehingga 26 tahun di dalam kurungan atau zoo. Tempoh bunting adalah selama 16 minggu dan akan melahirkan 3 - 4 anak bagi satu kelahiran. Anak Harimau Malaya tinggal bersama ibunya sehingga usia dua setengah tahun sebelum hidup berasingan sendirian. Harimau Malaya menanda kawasan keliaran dengan rembesan air kencing dan cakaran pada pokok serta mempunyai keluasan kawasan keliaran antara 20 hingga lebih 100 kilometer persegi.


Dikongsikan juga akan fakta menarik mengenai 
jenis dan ras-ras kucing yang populer dipelihara sebagai panduan semua. Pertama adalah jenis Kucing Kampung yang merupakan jenis kucing peliharaan di Indonesia yang sangat mudah ditemui. Biasanya kucing ini hidup liar atau bebas di sekitar pemukiman manusia. Jenis kucing ini dapat memiliki berbagai warna bulu dan ciri-ciri fisik yang beragam. Mereka biasanya dibiarkan bebas berkeliaran di sekitar lingkungan dan mengandalkan makanan dari tempat sampah, berburu, atau sisa-sisa makanan manusia. Ada juga kucing kampung yang menjadi hewan peliharaan. Kelebihan dalam memelihara kucing kampung dimana ia tidak memerlukan penjagaan khusus sehingga peminatmya ada yang tidak perlu lagi untuk susahpayah untuk menjaganya. Kedua Jenis Kucing Persia atau Kucing PArsi dimana ia adalah sejenis kucing selanjutnya yang populer untuk dijadikan hewan peliharaan adalah kucing Persia. Wajahnya datar dan bulunya yang panjang menjadikan kucing ini banyak disukai orang. Meski termasuk jenis kucing ras berbulu panjang dimana kucing Persia ini ada dan ada juga yang tidak perlukan banyak penjagaan yang khusus. Namun lazimnya disebabkan bulunya yang panjang maka pemiliknya atau penjaganya secara rutin menyisir bulunya bagi mengelakkan kes rambut kusut dan kutu di badannya. Citi unik kucing Peris walau pun penampilannya yang anggun tetapi sebenarnya yang kucing Persia ternyata sangat suka dipeluk dan tidur di pangkuan pemiliknya. Ketiga adalah iaitu Jenis Kucing British Shorthair yang mempunyai ciri berupa warna bulu kelabu dan pada bulunya ianya tebal dan pendek seperti karpet dengan ada sepasang mata bulat besar dan ukuran bulu sedang. Kucing ini berbeza dengan jenis kucing pada umumnya, British Shorthair dikatakan haiwan yang tenang dan pendiam. Mereka biasanya mudah terikat dengan pemiliknya, penyayang, dan mudah beradaptasi. Sayangnya, mereka tidak terlalu suka digendong. Kucing British Shorthair boleh hidup dengan baik dn rukun dengan segala jenis binatang seperti kucing, arnab dan burung.  Jenis ke 4 adalah Jenis Kucing  Ragdoll yang mempunyai bulu panjang, berwarna cerah, dan kedua matanya berwarna biru. Ia ada penampilan yang elegan ini mereka sangatlah 'clingy' dan lebih suka bermain dengan manusia dibandingkan dengan sesama kucing. Kucing Ragdoll juga termasuk dalam jenis yang baik hati, patuh, kooperatif, dan bisa bermain dengan anak-anak. Kelima adalah Jenis Kucing Scottish Fold dengan ciri-ciri unik ada telinga yang terlipat ke depan akibat mutasi genetik. Mukanya bulat dengan bulu lembut dan tebal serta mata yang besar da sekilas kucing ini terlihat seperti boneka beruang. Bila dilihat dengan ekspresi yang manis, jenis kucing ini mudah beradaptasi dan mudah menunjukkan kasih sayang kepada pemiliknya. Kucing ini juga cukup tenang dan tidak mudah panik semasa ia berada di lokasi baru atau ada orang asing di dalam rumah. Kucing jenis Scottish Fold tidak perlu penjagaan yang susah dan cukup berikan makanan bernutrisi dan kasih sayang yang berlimpah agar ia sihat. 


Seterusnya 
adalah jenis Kucing Sphynx yang merupakan jenis kucing yang paling unik di antara semua kucing karena tidak memiliki bulu. Kucing ini mengalami mutasi genetik yang sudah terjadi sejak lama. Kucing ini diberi nama Sphynx karena mirip dengan Sphynx iaitu salah satu patung di Mesir. Apa pun selain ia memang tidak mempunyai bulu dimana ciri fizikal lainnya adalah ia ada sepasang matanya berbentuk limau lemon dengan saiz telinganya besar dan mempunyai banyak lipatan tubuh badnnya. Karakternya sangat tenang, rilex dan ia sangat pendiam. Disebabkan kucing jenis ini tidak berbulu maka lazimnya ia perlukan penjagaan khusus iaitu dengan memelihara bahagian kulitnya secara teratur. Jenis kucing yang ke tujuh adalah Kucing Munchkin yang mana ia merupakan model kucing yang memiliki ciri-ciri fizikal agak unik dimana mempunyai dua pasang kaki pendek atau kaki yang lebih pendek dari rata-rata kucing lainnya. Apa pun kucing ini sangat cepat dan tangkas dalam bergerak. Ia sangat aktif berlarian ke seluruh rumah sekaligus dapat menyelinap ke sudut sempit karena badannya yang kerdil. Kucing jenis Munchkin merupakan kucing yang penuh kasih sayang. Mereka tidak enggan menunjukkan rasa sayang pada pemiliknya, seperti minta diurut atau tidur dalam pangkuan pemiliknya. Jenis kucing ini juga umumnya mudah beradaptasi dan bergaul dengan orang asing. Meski kadang menunjukkan rasa takut tetapi lama-kelamaan ia akan mudah bermain dengan manusia yang baru ditemuinya. Kelapan adalah Jenis Kucing Maine Coon dimana ramai akan terkejut dengan saiz dan ukurannya yang besar di sebut sebagai ‘kucing raksasa’. Ia mempunyai saiz lebih besar, tinggi dan kuat daripada kebanyakan kucing dan mempunyai jenis bulu sangat lebat dengan dagu dan telinga yang runcing. Meski berukuran besar ia merupakan kucing yang berkarakter lincah, manis dan sangat ramah dan sangat mudah bergaul dengan manusia mahu pun dengan haiwan lainnya. Kesembilan pula adalah Jenis Kucing Bengal dimana ia diminati oleh sebab motif di bulunya yang mirip macan berbintik yang menjadikan ciri khusus jenis ini. Warna bulu kucing Bengal boleh ia beragam, termasuk belang cokelat atau putih salju dengan pola belang hitam dimana karakternya begitu aktif, rasa ingin tahunya tinggi dan sangat suka bermain. Kucing Bengal sangat mudah beradaptasi dan setia kepada pemiliknya. Ia juga tak enggan menunjukkan rasa sayang kepada pemiliknya, seperti minta dielus, tidur di pangkuan, atau minta diajak bermain. Paling ramai pernah tengok mungkin Jenis Kucing Siam juga ia sering disebut sebagai ‘penghulu segala kucing’ sebab cara berjalannya, bentuk wajahnya, serta warna dan ketebalan bulunya memang menarik. Kucing Siam terkenal dan ia didakwa sebagai kucing yang cewet. Ia sering mengeong sebagai bentuk komunikasi pada manusia dimana kucing Siam juga punya banyak tenaga sehingga pemiliknya perlu menyediakan banyak mainan untuk menghabiskan energinya. Peribahasa 'Anak Kucing Menjadi Harimau' masih boleh terus digunakan sebagai kiasan bahasa bagi keadaan yang sesuai dengan maksudnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERIBAHASA KUCING...BANYAK JUGA...
ANAK KUCING... HARIMAU JADINYA....
BANYAK JENIS KUCING...DI CERITA...
BELAJAR PERIBAHASA... BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 RabiulAkhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...