Support My Blog

Thursday, October 30, 2025

KELEDEK - MAKANAN SIHAT?


UBI KELEDEK
atau keledek ialah makanan sihat kerana kaya dengan zat seperti vitamin, mineral, dan serat. Tanaman buah umbisi ini juga mengandungi vitamin A (terutamanya pada keledek oren), vitamin C, vitamin B6, kalium dan magnesium, serta antioksidan seperti anthocyanin dalam keledek ungu. Bahan serat tinggi (fiber) dilaporkan ia memang membantu penghadaman dan mengawal kadar gula dalam darah, menjadikannya pilihan baik untuk pesakit diabetes dan dapat membantu rasa kenyang lebih lama. Beberapa kajian ada nyatakan jika khasiat utama ubi keledek seperti ia adalah salah satu sumber serat dan antioksidan yang dapat membantu sistem penghadaman dan melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Keledek yang kaya vitamin termasuk vitamin A sangat penting untuk penglihatan dan sistem imun yang kuat, terutamanya pada keledek oren. Kandungan tinggi vitamin C juga ia membantu pembentukan tulang, penghadaman, dan menyembuhkan selsema serta virus influenza. Zat vitamin B6 dalam keledek juga baik untuk kesihatan terutama ia banyak dalam jenis keledek Jepun yang penting untuk metabolisme badan. Jenis umbisi ini memang ada mengandungi bahan mineral penting iaitu Kalium (K) yang mana ia penting untuk degupan jantung dan isyarat saraf. Banah mineral Magnesium (Mg) pula ia penting untuk bantu kesihatan arteri, tulang, otot, dan fungsi saraf.cMakanan ini mampu untuk membantu mengawal gula dalam darah dan juga kandungan serat yang tinggi membantu melambatkan pencernaan dan menstabilkan paras gula dalam darah, menjadikannya sesuai untuk pesakit diabetes jika diambil dalam kuantiti sederhana. Kualiti gula dalam keledek di laporkan ia mempunyai indeks glisemik rendah, terutamanya jika dimasak dengan cara tertentu seperti dikukus atau cara direbus. Memakan keledek akan memberi tenaga dimana ia juga merupakan sumber karbohidrat kompleks yang akan membekalkan tenaga berpanjangan. Penting di ketahui jika cara memilih dan memasak untuk meningkatkan tahap  kesihatan dengan cara penyediaan yang tepat. Cara memilih keledek semasa membeli atau mengambil di kebun dengan cara memilih ubi yang keras dan kulitnya licin untuk dapat memastikan khasiatnya masih tinggi. Kaedah memasak yang terbaik adalah dengan mengukus, merebus, atau dengan membakarnya sahaja agar dapat mengekalkan nutrien dan rasa asli manisnya. Apa pun ada petua perlu dielakkan cara makan keledek dengan cara menggunakan banyak minyak seperti menggoreng atau ditambah gula berlebihan sebab cara ini akan meningkatkan indeks glisemik dan kalori. Ada cara praktikal makan keledek iaitu di makan bersama kulitnya kerana ia mengandungi serat dan antioksidan tambahan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai memakan keledek sebagai satu amalan makanan yang sihat sebagai bahan bacaan semua.


Sebenarnya K
eledek (Impomea batatas) adalah sejenis umbisi yang di gelar ubi jalar daripada keluarga Convolvulaceae yang merupakan sumber makanan kaya nutrien dengan akar umbinya yang manis dan berkanji. Ia terkenal dengan kandungan serat, vitamin A, antioksidan, dan juga karbohidrat kompleks yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan seperti membantu pencernaan, menjaga kesihatan mata, dan memberikan tenaga berpanjangan. Tanaman keledek ini dipercayai ia berasal dari kawasan tropika benua Amerika. Umumnya apa yang penulis blog tahu dimana terdapat pelbagai jenis keledek iaitu termasuk Keledek Oren, Keledek Ungu dan Keledek Kuning yang masing-masing mempunyai khasiat unik seperti beta-karotena untuk kebaikan mata dan kulit, serta antioksidan untuk kesihatan otak. Keledek dari aspek penggunaan selalunya diambil dan boleh dimakan sebagai sayuran iaitu di masak dan dihidangkan dalam pelbagai masakan seperti sup atau panggang atau sesuai untuk dijadikan snek seperti bebola keledek manis (cokodok). Bagi prnulis blog keledek boleh dimasak dengan pelbagai cara dan menu yang sesuai mengikut citarasa. Mempelbagaikan sajian keledek cara tradisional dan moden boleh dirujuk dalam buku resepi masakkan atau kini tekan pada telefon dan lamanweb sahaja. Sebagai contoh resepi daging goreng keledek dengan sos perang sudah tidak asing lagi dalam proses menyediakannya kerana ia boleh dirujuk dalam internet (Sila lihat foto disebelah). Antara menu dan resepi daripada keledek seperti Baked Ubi Keledek, Bingka Keledek, Pengat Keledek, Abok-abok Keledek, Mee Udang Keledek, Daigaku Umo (Makanan Jepun berasaskan keledek), Pengat Keledek Bersagu, Cakar Ayam, Keledek Goreng, Cucur Badak Keledek, Kuih Keria Keledek, Bebola Ubi Keledek dan Triffles. Kesemua makanan berasaskan keledek ini memeng tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia terutama kuih keria keledek, keledek goreng )dimakan dengan sambal kicap) dan juga Cucur Badak Keledek. Memakan keledek berikan manfaat kesihatan dengan cara bekalkan tenaga dimana ia amat kaya dengan karbohidrat kompleks untuk jumlah tenaga yang berpanjangan. Membanru proses pencernaan dengan bahan tinggi serat yang membantu melancarkan sistem pencernaan dan membuat rasa kenyang lebih lama. Ia kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan. Bahan vitamin A juga amat penting untuk menjaga kesihatan mata dan kulit yang sihat. Keledek juga membantu mengawal gula dalam darah dan memberikan manfaat kesihatan lain seperti menjaga kesihatan kardiovaskular.


Penulis blog merujuk kepada laporan di Jabatan Pertanian merekodkan seluas 1,907 hektar ditanam pada 2024 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 35,272 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Bagaimana pun jumlah keluasan ini meningkat daripada tahun 2022 yang mana ia ditanam lebih luas iaitu 2,776 hektar dengan penghasilan keledek di Malysia adalah sebanyak 44,687 mt . Penulis yang buat banyak tinjauan teknologi memang sudah berpengalaman memberikan khidmat pengembangan mengenai penanaman keledek yang sering membuat tinjauan teknologi ke kawasan tanaman keledek seluruh behara dapati tanaman ini masih tetap popular (Sila lihat foto disebelah). Keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan bentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato ,Keledek Cina Tempatan dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk tujuan penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan ada mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil.


Dalam merujuk beberapa laporan ada terjumpa laporan bertajuk '
Diet ubi keledek sebagai cara kuruskan badan dengan cepat' untuk di kongsikan. Sesuai dengan umbisi diet dimana  keledek memerlukan semua untuk menggunakan ubi sebagai salah satu bahan dalam diet selain diambil sebagai makanan pembakar lemak lain seperti yogurt, sayuran, dan makanan berserat tinggi. Kajian mendapati dimana dengan mengikuti diet ubi ini selama tiga hari sesiapa akan dapat melihat perbezaan dalam aspek penampilan diri iaitu dengan kes pengurangan berat badan sehingga 2 - 3 kilogram. Bagaimanakah ubi keledek boleh membantu dalam menguruskan badan secara tradisional sebenarnya ada 5 cara melakukannya. cara pertama adalah dengan mengambil diet ubi keledek rendah kalori sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan adalah mengekalkan keseimbangan tenaga. Ubi keledek merupakan satu sumber makanan yang rendah kandungan kalori. Ubi yang seberat 130 gram mengandungi 112 kalori, bersamaan 477 kJ dimana ini bermakna pengalam diat perlu mengambil lebih kalori untuk membantu membakar tenaga dengan lebih baik. Sebanyak 250 kandungan kalori yang diperlukan bagi membantu proses pembakaran tenaga dan penurunan berat badan. Kedia disebabkan keledek ada bahan Serat tinggi semestinya kandungan serat yang tinggi dapat membantu mengurangkan berat badan. Ia akan terus menyebabkan pengamal diet ini sentiasa berasa kenyang dan menghindari keinginan untuk makan secara berlebihan. Ia juga merangkumi molekul-molekul lemak dan menghalang aktiviti penyerapan lemak, menggalakkan pengerakan najis di dalam kolon dan membantu pengeluaran bakteria usus yang baik. Keledek yang kaya dengan serat ini dapat membantu untuk meningkatkan metabolisma, pencernaan dan perkumuhan. Ini sekali gus membantu proses penurunan berat badan. Ketiga mengambil diet ubi keledek tinggi karbohidrat sebab bahan kandungan karbohidrat tidak boleh diabaikan sepenuhnya. Ia membekalkan anda dengan tenaga yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Sebaiknya amalan untuk membakar kalori yang anda ambil semua perlu mempunyai tenaga yang mencukupi yang membolehkan aktiviti seperti berjalan-jalan bagi tujuan menggunakan tangga dan bukannya guna lif serta melakukan senaman fizikal. Ada isu kekurangan karbohidrat akan menyebabkan badan anda kurang tenaga bagi dapat mengekalkan diri anda aktif dan sihat. Ubi seberat 328 gram mengandungi lebih kurang 58 karbohidrat dengan 8.2 gram adalah serat makanan karbohidrat kompleks.


Makanan keledek dilaporkan umbisi yang Rendah GI dimana Indeks glisemik (GI) adalah nombor yang diberikan kepada makanan bergantung kepada tahap peningkatan glukosa dalam badan selepas pengambilan makanan. Jika makanan yang dimakan menyebabkan kenaikan gula dalam darah menjadi tinggi, ini bermakna ia mempunyai kandungan GI tinggi. Keledek jika diambil dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis dan rintangan insulin. Walaupun ubi keledek adalah sejenis makanan yang secara semula jadi manis, namun ia dilaporkan mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah. Saintis dapati jika GI bagi ubi yang direbus adalah antara 44-61 dan keledek dibakar adalah 94 dan bagi ubi dipanggang adalah sebanyak 82 (Sila lihat foto panggang keledek disebelah). Apa pun sebaiknya boleh mengambil dan memakan ubi tanpa bimbang kenaikan paras gula dalam darah. Keledek yang kaya dengan bahan Antioksidan terutama jenis keledek yang mana ia berwarna oren atau ungu menunjukkan kehadiran karotenoid iaitu sejenis sebatian berasaskan tumbuhan yang ditukar kepada vitamin A dalam badan atau anthocyanin. Kedua-dua bahan fitokimia ini adalah bersifat antioksidan. Selain itu dimana keledek juga mengandungi sumber antioksidan serta mineral lain lain seperti tembaga atau zink superoxide dismutase, catalase dan sporamins. Memakan ubi keledek sebagai diet adlah satu pilihan terbaik jika sesiapa inginkin menjadi langsing kalau sanggup mengikuti syor amalannya. Antara pelan diet ubi yang harus mengikuti selama 3 hari yang akan membantu proses detoks, menghilangkan berat dan segalanya yang hebat dan baik untuk kesihatan. Caranya diet pada Hari Pertama diet ubi keledek untuk sarapan iaitu mengambil sebiji telur rebus, sebiji ubi yang direbus dan 1 cawan teh hijau. Kedua untuk makan tengah hari cuma memakan sebiji ubi yang direbus, 85 gram ikan atau ayam panggang dan 1 cawan yogurt dan amalan untuk makan waktu malam dengan mengambil semangkuk sup keledek sahaja. Diet p
ada Hari Kedua menu di ambil adalah sarapan dengan makan sebiji ubi yang direbus, 2 biji putih telur omelet dan secawan black coffee. Amalan makan tengahhari ambil makanan salad campuran cendawan, bayam dan ubi yang direbus dengan sos dan secawan buttermilk dan diet bagi mkn malam adalah memakan sebiji keledek yang direbus dicampur dengan brokoli bersama 85 gram ikan, ayam atau tauhu panggang. Diet Hari Ketiga dengan sarapan ambil sebiji ubi yang direbus dicampur dengan 4 biji almond, secawan teh hijau dan sebiji pisang. Untuk makan tengahhari ambil cuma makanan suo keledek bersama sepotong roti gandum dan secawan yogurt. Akhir sekali untuk makan malam boleh amalkan malam dan makan malam dengan keedek yang dilenyek bersama campuran kacang pea dan bunga kubis serta cendawan panggang.Saintis dapati dengan mengikuti pelan diet ubi keledek di atas selama 3 hari dimana kesannya dilihat dilihat perbezaan dimana sistem metabolisma serta pengurangan berat badan berlaku. Adalah amat penting untuk mengambil makanan yang dimasak sendiri bagi mengelakkan sebarang kalori yang tersembunyi. Semuga artikel ini dapat berikan maklumat berguna kepada semua pemcaca blog anim ahro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KEKEDEK... ADA DI MALAYSIA...
BANYAK JENISNYA... PILIH SEGAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI KHASIATNYA...
AMATAL DIET KELEDEK...DI KONGSIKAN JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka,
melaka,
Malaysia.
(8 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...