Support My Blog

Tuesday, October 28, 2025

MENGAWAL RUMPUT DI KEBUN - BAGAIMANA?

RUMPUT KEBUN
merupakan beberapa jenis
 rumput atau rumpai yang lazim tumbuh sendiri dan menganggu tanaman. Ia berbeza dengan jenis rumput yang di tanam untuk dijadikan sebagai tanaman makanan untuk ternakan seperti lembu, kuda, biri-biri dan kambing atau untuk fungi lain (sebagai landskap, menghalang hakisan, padang golf dan sukan serta kegunaan lain). Bagi penulis bli aktiviri menanam rumput pastura adalah sangat perlu untuk makanan ternakan ruminan diseluruh dunia. Beberapa jenis rumput yang di tanam sebagai rumput pastura dipilih kerana ia bernutrisi tinggi, sedap untuk dijadikan imakanan ternakan dan menghasilkan kuantiti yang banyak. Ia juga digunakan dalam penghasilan jerami dan untuk rumput padang ragut. Bagaimana pun kehadiran rumput kebun yang tumbuh dikawasan tanaman petani adalah ancaman kepada mereka sebab rumput ini akan bersaing dengan tanaman (terutama tanaman makanan) dari segi ruang, cahaya matahari, nutrien atau makanan serta boleh menjadi perumah kepada patogen perosak dan penyakit. Apa pun penulis blog belajat di universisti jika rumput adalah sejenis tumbuhan monokotiledon yang tumbuh rendah dimana ia selalunya digunakan untuk landskap, padang sukan atau sebagai makanan haiwan. Ia juga boleh merujuk kepada lapisan tumbuhan berguna atau yang tidak berguna (unwanted pplants) dalam kebyn yang mempunyai akar, rizom (rhizome) dan stolon seperti jenis rumput turf yang juga dikenali sebagai rumput hiasan di padang golf. Lazimnya tumbuhan rumput ini cirinya ia berbatang nipis yang kebanyakannya tumbuh secara menegak dan boleh digunakan untuk membuat rumput tiruan (turf) atau sebagai makanan haiwan. Dalam pada itu kini sudah ada di pasaran jenis Rumput Tiruan (artificial grass) dan ramai yang membelinya. Penggunaan rumput tiruan ini yang lazimnya di pasang di kawasan keliling atau taman di rumah, taman rekreasii awam, kompleks beli belah dan sebagainya. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas akan kaedah dan kepenting mengawal rumai di kawasan kebun petani untuk rujukkan semua.


Di kebun petani lazimnya rumput ini perl di kawal atau di musnahkan dengan pelbagai cara dan teknologi. Dalam kebun petani perlu di lakukan aktiviti KAWALAN RUMPAI dengan beberapa cara. 
Kawalan rumpai ialah proses mengurus atau menghapuskan rumpai (tumbuhan yang tidak diingini) di kawasan tertentu terutama dalam kebun tanaman makanan atau tanaman lain bertujuan untuk mengelakkan ia menjejaskan atau menganggu akan pertumbuhan tanaman utama. Kaedah kawalan ada banyak cara bergantung kepada jenis rumpai, cuaca, kos kawalan, keberkesanannya dan beberapa faktur lain. Kawalan rumpai ini termasuk Kawalan Kaedah Fizikal (seperti mencabut atau menggunakan jentera), Kawalan Kimia (menggunakan racun rumpai), Kawalan Biologi (menggunakan haiwan atau serangga), dan kaedah Pengurusan Amalan Tanaman (seperti melakukan cara penggiliran tanaman). Perlu di fahami jika kaedah kawalan rumpai secara kawalan Fizikal atau di panggil juga sebagai kaedah kawalan Mekanikal selalunya ia akan melibatkan tindakan fizikal untuk membuang rumpai seoerti paling lazim dengan mencabut rumput atau rumpai dengan tangan atau menggunakan jentera (seperti trektor potong rumput, mesin sandang potong rumput, gunakan tajak atau sabit dan sebagainya). Cara ini ia sangat berkesan tetapi memerlukan banyak tenaga kerja dan masa siap agak lambat. Kawalan Kimia dilakukan dengan menggunakan racun rumpai (herbisida atau weedicide) untuk membunuh atau mengawal pertumbuhan rumpai. Terdapat banyak jenis racun rumpai di jual di pasaran dengan bahan perawis (active ingridient) yang disesuaikan dengan keperluan tanaman. Ada banyak jenis racun rumpai di pasaran dan ada juga jenis Racun Pra-Cambah yang selslunya akan disembur sebelum rumpai tumbuh (semasa penyediaan tanah sebekum menanam) untuk menghalang biji benih daripada bercambah. Terdapat juga jenis Racun Pasca-Cambah yang meluas ia digunakan untuk membunuh rumpai yang sudah kelihatan dan menganggu tanaman. Apa pun agak kurang dilakukan kawalan rumpai dengan kawalan agronomi menggunakan kaedah Kawalan Biologi seperti dengan cara meletakkan organisma hidup seperti haiwan (kambing, bebiri, itik) atau serangga tertentu untuk mengawal rumpai. Penting di fahami jika amalan  cara  Pengurusan Tanah dan Tanaman dijalankan yang manaia akan melibatkan perubahan dalam amalan pengurusan tanah dan tanaman untuk menjadikan keadaan kurang sesuai untuk rumpai. Contohnya adalah penggiliran tanaman dan menanam selingan. Terkini dalam kajian saintis adalah kaedah kawalan dengan cara Kawalan Genetik dimana ia akan mengubah suai tanaman secara genetik untuk menjadikan ia tahan kepada herbisida tertentu dan ini akan membolehkan penggunaan racun rumpai (herbicide) untuk mengawal rumpai tanpa merosakkan tanaman utama seperti didalam tanaman nanas dimana pokok nanas tidak rosak di sembur dengan racun rumpai selektif.


Penggunaan racun rumpai adalah di antara pilihat popular kalangan petani sebab ia oraktikal berbanding beberapa kaedah lain. Racun rumpau yang di gunakan pula adalah dari jenis Racun Rumpai Sentuh, Racun Rumpai Sistemik, Racun Rumpai Selektif dan beberapa jenis lagi. 
Racun rumpai boleh dikelaskan kepada 2 jenis tindakan iaitu racun sentuh dan racun sistemik. Racun sentuh bertindak apabila bahan aktif racun bersentuhan dengan bahagian rumpai. Antara contoh racun sentuh adalah paraquat yang bertindak dengan merencatkan proses fotosintesis rumpai. Diantara jenis racun sentuh yang popular di Malaysia dan di gunakan petani adalah seperti Racun Glufosinate ammonium dimana cata tindakannya adalah dengan melecurkan bahagian tumbuhan (lebih efektif bahagian hijau) yang terkena racun dengan jangkamasa yang cepat. Diantara ciri kelebihan menggunakan racun sentuh adalah ia berikan kesan tindakan dengan cepat kelihatan. Apa pun kelemahannya adalah petani perlu mungkin memerlukan semburan dengan berulang kali kerana akar rumput didalam tamah tidak sepenuhnya mati dan ia akan tumbuh semula. Bagi petani selalunya bergantung kepada kos dan jenis tanaman memilih jenis Racun Rumpai Sistemik (seperti jenis racun Glyphosate, Triclopyr + Picloram) yang mudah di beli. Apa pun cara tindakan racun sistemik adalah dimana racun ini akan diserap melalui daun dan dibawa ke bahagian akar untuk mematikan seluruh tumbuhan dalam masa agak lama (2 minggu pun kekadang beum ada simptom pokok akan mati). Aspek kelebihan racun sistemik ini dimana ia sangat berkesan untuk rumpai berakar dalam seperti lalang dan lambat tumbuh kembali. Sebaiknya di nasihatkan agar jangan menyembur pada tanaman utama dalam kebun sebab ia tidak selektif dan tanaman petani boleh terjejas rosak atau mati jika terkena. Racun rumpai jenama BASTA adalah yang agak popular di beli petani untuk kawalan rumpai di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Jenis Racun Rumpai Selektif (Seperti Racun jenis Metsulfuron methyl) bertndak dengab cara spesifik pada rumpai tertentu tanpa merosakkan tanaman utama dalam kebun. Kelebihan jenis racun ini ia bertindak tahan lebih lama tetapi selalunya cara bertindak adalah perlahan. Petani sudah di ajarkan bagaimana cara penggunaan yang disyorkan oleh Jabtan Pertanian atau kedai menjual racun kimia atau membaca araham pada label. Gunakan racun rumpai jenis sistemik untuk kawalan keseluruhan di kawasan luar kanopi pokok dan boleh menggunakan racun rumpai jenis sentuhan di bawah dan di sekeliling kanopi pokok untuk mengelakkan kerosakan pada pokok utama.


Penggunaan racun rumpai didakwa memberi k
esan kurang baik jika tidak dikendalikan dengan betul. Dilaporkan dimana racun rumpai boleh membunuh tanaman sekiranya semburan tepat terkena semburan racun tersebut semasa kerja-kerja meracun atau proses penggunaannya. Sesetengah racun rumpai turut diserap oleh akar dimana ini akan membawa kesan negatif kepada tanaman dari segi kesuburan dan boleh juga menyebabkan kematian tanaman. Penggunan corong khas dan pakaian keselamatan semasa menyembur racun amat penting diketahui akan peraturannya. Dalam banyak kes dimana penggunaan racun rumpai akan menyebabkan permukaan tanah menjadi terdedah dan ini akan menyebabkan nutrient di dalam tanah dibawa oleh air hujan (siraman air) dan juga permukaan tanah menjadi lebih kering atau menjadi keras. Penulis blog juga mendapati racun rumpai boleh diserap oleh tumbuhan (walaupun ianya tidak menyebabkan kematian kepada tumbuhan tersebut) dan ianya mungkin menjadi kurang selamat apabila dimakan. Racun rumpai menyebabkan hidupan lain seperti cacing tanah, siput, kumbang, gongok, lintah bulan dan sebagainya mati apabila tanah terdedah dan hilang lembapan. Lazimnya penggunaan racun boleh diserap oleh kulit semasa membuat semburan dan mengancam kesihatan. Sebahagian kesan racun ini hanya boleh dilihat dalam jangka masa yang panjang, kerana serapan racun rumpai melalui kulit dalam kuantiti yang sedikit iaitu dalam kuantiti yang banyak kesannya akan lebih ketara. Teknik kawalan rumpai dikawasan kelilin rumah mudah dilakukan dengan cara selamat. Ambil ¼ cawan cuka (sebarang jenis cuka makan dan ia bukan cuka getah), ¼ cawan garam dan juga ¼ cawan serbuk pencuci. Cairkan campuran ini dengan menggunakan air yang cukup dan sembur pada rumpai yang anda ingin hapuskan. Sekiranya anda memerlukan kuantiti yang banyak bolehlah gandakan kesemua bahan-bahan tersebut. Bahan ini adalah lebih selamat sekiranya kawasan semburan menjadi tempat kanak-kanak bermain atau pun di kawasan di mana haiwan peliharaan ia selalu berada. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
RUMPUT TUMBUH...DI KEBUN PETANI...
MENGGANGU TANAMAN...IA DIBENCI...
PERLU DI KAWAL... RACUN DI BELI...
TIDA RUMPAI...HASILNYA BERKUALITI... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...