Support My Blog

Wednesday, October 8, 2025

IKAN TEMAKANG

IKAN TEMAKANG atau nama saintifiknya Sphaerichthys osphromenoides dari spesis gouramy biasa didengar oleh peminat akuarium yang menjadikannya sebagai jenis ikan perhiasan di dalam kediaman atau di pejabat mereka. Pembacaan saya mendapati spesis ikan ini adalah natif dari kawasan seperti di Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatra. Maknanya memang ia sesuai dengan habitat semulajadi di negara kita. Nama-nama lainnya dari spesis sama seperti, blue , blue coral, golden , dwaf, chocolate gouramy dan ia juga tergolong dalam ikan ini yang popular dikalangan penggemar ikan hiasan ini. Bentuknya seakan ikan sepat atau anak kaloi yang berbelang hitam serta mempunyai sisik tebal dan duri keras sirip atas hanya ditemui di kawasan air tawar di negara ini termasuk Borneo dan Sumatera, Indonesia. Saiznya yang mampu membesar sehingga 30 sentimeter mudah dilihat apabila bergerak secara kumpulan dan di permukaan air sekitar habitatnya. Ikan pelagik ini boleh ditemui di kolam, sungai, parit sekitar ladang kepala sawit atau paya berair tenang boleh berubah warna dan corak mengikut keadaan air di kawasan itu. Sifatnya yang bergerak secara berkumpulan dan diklasifikasikan omnivor iaitu memakan serba serbi termasuk anak ikan dan serangga yang berada di kawasan habitatnya. Artikel subuh Sabtu ini sambil menikmati cuaca sejuk pagi ditulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis ikan akuarium yang mudah dipelihara dan cantik juga serta kos yang murah berbanding ikan akuarium lain untuk bacaan pembaca semua.


Ikan temakang atau nama saintifiknya Helostoma temminckii adalah sejenis ikan yang berasal dari Malaysia dan ia termasuk dalam keluarga Anabantidae atau Helostomatidae. Ikan ini dikenali sebagai pemakan alga dan berkesan dalam mengawal pertumbuhan alga dalam akuarium atau kolam dan ini menjadikannya pilihan yang lebih baik berbanding ikan omnivor seperti tilapia untuk tujuan tersebut. Ciri-ciri ikan Temakang iaitu sejenis ikan dari dalam keluarga Helostomatidae dimana walaupun ia dilapor mempunyai pertalian dengan keluarga ikan sepat atau dalam kumpulan Osphronemidae kerana kedua-duanya berasal daripada nenek moyang yang sama (Anabantiformes). Apa pun menyentuh mengenai tabiat makan Ikan temakang ini dimana ia adalah jenis pemakan alga, tumbuhan, krustasea kecil dan serangga. Kegunaan ikan ini adalah digunakan untuk mengawal alga dalam akuarium dan kolam. Habitat bagi ikan ini berasal dari Malaysia tetapi kurang diternak di negara ini sebab kurang diminati berbanding di negara lain seperti Eropah yang mempunyai permintaan yang tinggi. 
Temakang ialah sejenis ikan tropika yang boleh di dapati di negara Thailand, Malaysia dan Indonesia. Habitat ikan temakang ini suka pada air tenang yang mempunyai reba seperti kolam atau paya air hitam. Saiz temakang dewasa pula mampu mencapai sehingga 16 cm dimana ikan ini mempunyai mulut yang kecil lagi bermuncung manakala tabiatnya suka bercium sesama sendiri. Ikan temakang ini tidak popular berbanding tilapia, sepat, keli mahupun puyu. Temakang ini semakin hari semakin pupus akibat gejala meracun dan menjala sebab habitat ikan ini suka pada kawasan-kawasan yang banyak kayu dan cetek atau di pinggir tebing atau pada gigi air. Kini disebabkan oleh kes pencemaran akibat kumbahan dari perumahan dan perkilangan juga menyumbang kepada kes kepupusan spesis ikan ini. Di Perak ikan ini agak popular kerana terdapat banyak tinggalan dari bekas lombong lama yang dihuni oleh temakang ini. Ikan ini apabila dimasak dan rasanya seakan ikan tilapia tapi isinya lebih lembut dan lebih enak berbanding tilapia itu sendiri. Ikan ini tidak dapat untuk dipancing memandangkan saiz mulutnya amat kecil seperti ikan sepat dan cara menangkapnya hanya menggunakan jala tebar atau jaring rentang.  


Spesies Ikan Temakang ini boleh didapati di kedai akuarium pada saiz yang kecil. Memang cantik sekiranya dibela bersama spesies lain seperti ikan gupy, tetras, barb yang memberikan kombinasi warna yang menarik dalam akuarium itu. Penyediaan lampu akuarium yang sesuai ketika ikan terbabit berada dalam air turut membantu dalam memberikan kesan pencahayaan kepada badan ikan itu. Ikan ini boleh hidup pada keadaan air PH7 serta keliatan air sepuluh dan penyediaan saiz akuarium dengan pam oksigen dan aksesori seperti tumbuhan hijau sangat digalakkan untuk memberikan perlindungan kepadanya. Penjagaannya memerlukan kos yang murah susulan makanannya seperti palet yang mudah didapati di kedai akuarium. Bergantung kepada saiz akuarium anda, bilangan ikan ini boleh disesuaikan antara 2 - 10 ekor bercampur dengan beberapa jenis ikan lain seperti gapi dan sebagainya. Masukkan algae atau rumpai akuarium yang sesuai bagi mencantikkan hiasan serta ada banyak tunggul kayu.


Ikan ini biasanya terdapat dalam kawasan paya ditanah gambut seperti juga ikan sepat dan juga ikan laga. Saiznya sekitar 6 cm atau sekitar 2 inchi dengan bersisik berwarna coklat gelap atau coklat cerah (bergantung kepada keadaan warna air persekitaran). Apa yang nyata adalah terdapat beberapa garisan berwarna cerah (krim atau kekuningan) yang ada terdapat melintang dibahagian badan (Sila lihat foto sebelah). Perbezaan antara ikan jantan dengan ikan betina adalah terdapatnya garisan kuning (yellow stripe) dibahagian bawah sirip organ pembiakan dibahagian bawah (anal organ). Ikan jenis 'aman' ini memang sesuai diternak dalam akuarium tetapi airnya perlu sering ditukar kerana ia mudah diserang bakteria dan parasit jika kuakiti airnya rendah. Pembiakan antara ikan jantan dan betina sering berlaku dibahagian bawah akuarium dengan ikan betina akan menyimpan telur selama 14 hari dalam mulutnya. Ikan Temakang merupakan sejenis ikan OMNIVORE yang makan rumpai air (algae) dan juga makanan berdaging (meaty foods) seperti udang, tubifex, cacing dan juga makanan ikan komersil sedia ada dipasaran. Ikan ini kalau hendak dijadikan lauk makanan pun sedap juga bila digoreng. Semuga artikel ini memberikan maklumat tambahan kepada pembaca semua. Wasallam!...
IKAN TEMAKANG... IA MUDAH DIBELA....
BERWARNA GELAP..BERCORAK PULA...
DALAM AKUARIUM...CANTIK JUGA...
MUEDAH DICARI... KEDAI IKAN JUA...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1435H)
Kemaskini pada 20 Rabiulakhir 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...