Support My Blog

Wednesday, October 15, 2025

PISANG MERAH UNGU - APA DIA?

PISANG MERAH UNGU atau di Malaysia kita lebih biasa dengan panggilan Pisang Raja Udang memang sejenis pisang unik kerana kulitnya berwarna merah ungu pabila matang tetapi isinya tetap kuning. Pisang Merah dari beberapa rujukkan juga dikenali sebagai pisang Red Dacca di Australia dan di Malaysia pisang jenis ini dilaporkan ada banyak ia terdapat di Sabah dan Sarawak dengan nama Pisang Raja Udang atau Pisang Tembaga. Penulis blog ada menulis mengenai pisang raja udang sebelm ini untuk dijadikan bahan rujukkan anda (Sila anda klik disini)Pisang Merah jenis ini (Musa acuminata) atau dikenali dengan nama 'Red Banana' merupakan sejenis pisang yang unik kerana warna kulitnya berwarna kemerahan ungu atau reddish purple atau meroon atau dalam bahasa kita 'Merah Hati'. Pisang ini tergolong dalam kumpulan Kultivar AAA Group (sama dengan jenis pisang Cavendish) dimana ia berbeza kerana dilihat kebanyakan pisang adalah hijau dimasa muda dan kuning apabila ia masak. Pisang ini jarang ditanam secara komersil di Malaysia kerana ia dikatakan tidak komersil dan agak sukar untuk mendapatkannya atau untuk membeli dipasaran. Kalau anda pergi kegerai jualan pisang pun amat jarang dapat kita jumpa pisang raja udang dijual segar. Apa yang unik bagi penulis tentang pisang ini kerana ia mempunyai kulit berwarna kemerahan ungu tetapi isinya tetap berwarna keputihan krim atau sedikit merah jambu (pinkish colour). Penulis memang pernah makan pisang ini semasa remaja dikampong dulu dimana ia ada ditanam oleh penduduk kampong. Pisang ini mempunyai kulit berwarna merah-ungu biasanya bersaiz lebih kecil daripada pisang Cavendish biasa. Semasa muda pisang ini sama dngan pisang lain berwarna hijau tetapi apabila masak lazimnya Pisang Merah mentah mempunyai isi berwarna krim. Ianya juga lebih lembut dan lebih manis dari pisang jenis Cavendish kuning iaitu dengan sedikit rasa raspberry. Kebanyakan Pisang Merah dieksport dari pengeluar di Asia dan Amerika Selatan ke pasaran Amerika Tengah malah turut dijual di seluruh dunia. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pisang merah serta kelebihan pisang ini dan beberapa mitos berkaitan untuk bahan bacaan dan rujukkan.


Pokok pisang merah ini tumbuh enegak dengan dau berwarna hiju dan berumpun sama seperti jenis pisang lain. Benih adalah daripada sukur pisang dri pokok yang sihat dan sesuai ditanam seperti jenis pisang lain. Bagaimana pun lazimnya ia akan bertukar warba tandan buaya kepada warna merah ungu apabila sudah matang (Sila lihat foto disebelah). Apakah keistimewaan pisang merah ungu ini berbanding dengan pisang lain?.  Ada dakwaan dimana jika anda berasa kecewa maka anda cuba menikmati keenakan Pisang Merah. Ada kajian dimana setelah makan pisang ini dengan emosi maka akan merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif. Pisang juga amat tinggi kandungan zat besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin dalam darah. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang merah ini untuk menambah unsur besi dalam badan. Kini dibanyak penulisan pisang merah dikatakan mampu untuk membuatkan anda gembira. Ini adalah kerana pisang merah mengandungi bahan iaitu Tryptophan sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Apabila memakan pisang merah ini dikatakan mampu memperbaiki ''mood'' seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan. Dalam pada itu dikalangan ramai orang di Malaysia yang kenal Pisang Merah sebagai Pisang Raja Udang. Ini adalah kerana ada beberapa mitos di sebalik kisah pisang ini yang mempunyai kulit luar berwarna merah. Menurut beberapa sumber lain ada yang mendakwa dimana Pisang Merah ini tidak boleh dimakan oleh mereka yang berketurunan Melayu Rawa. Sejauh mana benarnya dakwaan tersebut agak sukar untuk dibuktikan tetapi memang ada kepercayaan ini. Tetapi secara fakta memang menunjukkan dimana kjasiat Pisang Merah (Red Banana) ini mempunyai kelebihan yang hebat untuk kebaikan kesihatan.


Sebenarnya Pisang Merah ini saiznya agak besar, lebih besar daripada Pisang Emas atau Pisang Minyak yang menjadi kesukaan kebanyakan orang. Kulit luar Pisang Merah agak tebal dan berwarna merah keungguan. Rasa pisang ini manis-manis masam sedikit dan lembut seperti Pisang Emas. Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana) menurut beberapa penulisan banyak menyatakan khasiatnya. Pisang ini dari dari keluarga pisang  yang habitatnya liar dengan nama saintifik Musa acuminata  yang berada di dalam kumpulan pisang Cavendish (AAA). Secara saintifiknya, Nama Lain Pisang Merah dikatakan sebagai Pisang Kidang, Red Dacca, Claret Banana, Cuban Red Cavendish Banana atau Jamaican Red Banana. Pisang ini agak popular juga di Indonesia, Malaysia dan negara ASEAN lain dimana ada dakwaan iaitu tempat asalnya di benua Amerika Selatan. Saiznya yang besar dan rasanya yang sedap dan khasiat yang ada pada Pisang Merah ini menjadikan ia pisang yang sering dicari. Namun begitu di laporkan dimana untuk Malaysia pisang merah agak sukar ditemui dan kalau ada pun kebanyakkannya boleh didapati samada di Perak atau Pahang dijual dipasar tni atau digerai buah0buahan ditepi jalan.


Dalam beberapa juna ditulis dimana antara khasiat Pisang Merah adalah jika dimakan akan membantu Pesakit Anemia. Kandungan zat besi yang tinggi dalam pisang ini dapat membantu pesakit Anemia dalam proses pembentukan sel darah. Ia juga didakwa baik untuk hati dimana Pisang Merah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan hati di dalam tubuhbadan. Ia ada unsur zat yang mencukupi untuk hati yang sihat. makan pisang tentunya menambah tenaga dimana ia memang diakui sebagai makanan buah yang boleh memberikan tenaga yang cepat. Jika anda sering melakukan aktiviti seperti bersukan dan aktiviti lasak dan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga setiap hari pastikan sarapan pagi atau sebelumnya itu anda ambil seulas dua pisang. Pemani tennis dunia selalu mengambil pisang untuk pulihkan tenaga. Pisang ini juga didakwa meredakan masaalah lelah atau semput (Asthma). Ia tidak ada sifat penyembuh untuk penyakit lelah tetapi jika simptom penyakit lelah ini mula nampak, maka bolehlah makan Pisang Merah ini untuk meredakan siptom tersebut agar tidak menjadi teruk. Dalam pada itu ia juga digelar makanan Anti Rabun. Makan Pisang Merah secara konsisten boleh membantu untuk elakkan dari masalah rabun mata. Kandungan vitamin A yang tinggi dalam serat Pisang Merah boleh menajamkan penglihatan dan mengurangkan risiko daripada terkena rabun mata. Ia juga ama baik untuk pulihkan saluran darah. Penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan pembuluh dan saluran darah boleh dielakkan dengan memakan Pisang Merah. Ia bukan sekadar melancarkan peredaran dalam saluran darah, malah ia akan membantu saluran darah supaya lebih sihat.


Buah seperti pisang dan betik memang baik untuk Sistem Penghadaman
Sepertimana kebaikan yang terdapat pada pisang-pisang lain didakwa Pisang Merah juga dapat membantu dalam proses penghadaman. Ia disebabkan pisang ada kandungan serat yang tinggi. Ramai kata makan sebiji Pisang Merah pun sudah rasa kenyang dimana ini akan dapat mengelakkan diri dari makan berlebihan serta ia bagus untuk perut serta penghadaman. Makan pisang merah mampu untuk mengurangkan tekanan atau depresi. Sama ada ramai yang percaya atau tidak ada dakwaan dian pemakannya boleh kurangkan rasa tekanan  dengan memakan seulas pisang. Pisang Merah dipercayai boleh bantu meringankan tekanan perasaan dan kesannya membuatkan anda rasa lebih tenang. Pisang ini ada zat baik dimana ia bagus untuk Tulang dan Gigi. Pisang Merah bagus untuk kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi jika memang anda kurang minum susu formula khas untuk mendapatkan tulang dan gigi yang kuat. Hasilnya gigi anda akan jadi lebih kuat dan ada akwaan jika ada masalah sakit gusi pun rasa reda dan lega selepas makan Pisang Merah ini. Hebatnya pisang ni didakwa menyihatkan Jantung anda. Pisang Merah dikatakan boleh memberikan kesan sangat positif untuk kesihatan jantung untuk jangka masa panjang. Jika anda ambil Pisang Merah secara rutin serta tidak terlebih makan ia akan beri impak yang baik untuk kesihatan jantung anda. Ia juga didakwa mampu dalam ia meningkatkan kekebalan badan (Imunity) kerana kandungan khasiat yang ada dalam Pisang Merah ini boleh membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan melawan penyakit. Ia ada kandungan vitamin C yang tinggi untuk hasilkan kolagen semulajadi yang mana akan membantu mengeluarkan radikal bebas daripada tubuh. Bukan setakat beri kelebihan pada sistem imun, malah kolagen yang terhasil daripada khasiat Pisang Merah ini boleh kurangkan kesan penuaan. Pisang Merah amat baik untuk dimakan bagi ntuk Ibu Hamil. Ini kerana ia akan bantu dalam penghasilan asid folik yang memang diperlukan oleh ibu ketika proses kehamilan 9 bulan 10 hari. Malah ia dapat membantu mengurangkan rasa mual dan loya di awal kehamilan. Bagus makan pisang ini untuk mereka yang hendak berhenti Merokok. Sama ada anda percaya atau tidak, pengambilan secara rutin Pisang Merah akan membantu perokok yang berazam untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin C, magnesium dan juga kalium dalam buah Pisang Merah ini akan membantu mengurangi keinginan untuk merokok atau candu nikotin yang ada pada perokok. Pisang Merah mengandungi serat tinggi yang sangat baik untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak, dan ada pelbagai vitamin serta zat galian yang bagus untuk kesihatan tubuh manusia.


Satu mitos mengenai pisang merah ungu ini dimana didakwa untuk keturunan Rawa yang terhutang budi dengan roh pokok ni sampai sekarang tidak makan pisang ini. Ada mitos dimana jika  adaketurunan ini yang melanggar sumpah ini maka mereka ini akan kena sejenis penyakit kulit macam sakit sopak. Kepercayaan mitos ini ada didengar sejak sata kecil lagi aakan tetapi tidak disokong dengan fakta klinikal sehingga kini. Inii kerana mereka akan mendapat warna kulit jadi bertompok dan warna merah ayau lebih kurang macam warna pisang tu juga. Bagaimana pun dalam mitos lain, keadaan menjadi terbalik pulak kisahnya untuk keturunan Megat Seri Rama atau dikenali sebagai Laksamana Bentan. Menurut sumber daripada yang mengaku daripada keturunan mereka iini, mereka akan menjadikan pisang merah ini sebagai makan untuk ubat. Contohnya kalau ada mana-mana keturunan Bentan terkena sumpahan sampai muntah-muntah darah disebabkan mereka menjejakkan kaki ke Daerah Kota Tinggi di Johor maka diakwa untuk rwatan atau ubatnya adalah memakan Pisang Raja Udang. Apabila mereka memakan pisang inii maka ia boleh menghentikan muntah darah tersebt. Adakah sumpahan ini masih berlaku sehingga kehari ini. Semuga artikel ini dalam blog anim agro technology diberikan info berguna kepada semua. Wasallam!!!...
PISANG MERAH ... UNIK WARNANYA...
ADA DIMANA... SUKAR HENDAK JUMPA... 
KULITNYA MERAH... KUNING ISINYA...
BANYAK KHASIAT... SIAPA MAKANNYA...

By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
Ditulis pada (22 JamadilAwal 1440H).
Artikel di kemaskini semula pada 17 RaboulAKhir 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...