Support My Blog

Wednesday, December 30, 2020

TANAM CILI PADI - HEBATNYA

CILI PADI (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan. Tanaman cili padi merupakan tumbuhan yang hasilkan buah iaitu bahan keperluan bagi makanan yang memberikan rasa pedas. Tanaman cili ini mempunyai banyak musuh dan penyakit jika ditanam secara komersil dimana tidak banyak mempunyai teknologi yang sesuai mengatasinya. Pengalaman penulis yang banyak kali menanam cili padi mendapati diantara isu dan masaalah utama adalah serangan seperti Penyakit Kerinting Daun dan pokok diserang tidak berbuah dan akan cepat mati selepas itu. Banyak teknologi yang telah diaplikasi tetapi belum jumpa yang betul-betul 'baik punya' untuk mengatasi masaalah ini, Bekalan cili padi yang kurang dan serangan penyakit juga menyebabkan harga cili padi tidak pernah jatuh. Nama lain bagi Cili padi adalah seperti Cili api, Cili rawit (Lombok Rawit), Cabai burung, Lada Jarum atau Lada Tunggeng (kerana buah cilinya dalam keadaan terbalik) dan bermacam lagi nama tempatan lain. Pemerhatian yang saya buat mendapati cili padi ini merupakan sejenis tumbuhan sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Penanaman cili padi di Malaysia tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasannya oleh Laporan Jabatan Pertanian Malaysia kerana tidak ada kenyataan spesifik yang khusu untuk cili padi (keluasan dinyatakan bersama dengan cili merah atau cili besar). Penanaman cili padi dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari. Adakah anda seorang yang ingin menanam cili padi? Jika jawapannya 'Ya' maka kali ini saya akan mengupas tentang Cara Menanam Cili Padi Yang Baik dan Betul untuk dijadikan panduan. Cili Padi atau Lombok Rawit adalah salah satu tanaman umumnya agak mudah di tanam kerana dapat ditanam di dataran tanah tinggi maupun di tanah rendah. Tanaman ini banyak tumbuh di negara kita dan negara lain di kawasan Asia Tenggara. Meskipun mempunyai ukuran yang cukup kecil (mini), saya fikir cili padi terkenal mempunyai tahap kepedasan yang cukup tinggi iaitu jika diukur tahap kepedasannya antara 50,000 100,000 SHU pada skala Scoville yang dikategorikan sebagai Sederhana Pedas. Apakah jenis cili padi yang anda hendak tanam?. Terdapat 4 (empat) jenis cili padi yang sesuai ditanam dikawasan kita iaitu Cili Padi Mini, Cili Padi Hijau, Cili padi Putih dan juga Cili Padi Siam (Sila baca artikel berikut untuk penjelasan - (Sila klik disini), Kesemua jenis cili ini mempunyai ciri tersendiri. Artikel petang ini saya berfikir dan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi atau kaedah penanaman cili padi dan juga laporan media mengenai penanam yang boleh dijadikan panduan anda.

Lazimnya jarak tanaman cili padi disesuaikan dengan keadaan tanah dan kesuburannya tetapi sesuai ditanam dengan jarak 50 x 100 cm, 60 x 70 cm atau pun 50 x 90 cm. Ia boleh juga ditanam didalam polibeg hitam yang disusun dikawasan lapang yang menerima banyak cahaya matahari. Cara menanam cili padi dalam polibeg juga sesuai dijalankan mengikut kehendak kerana ianya boleh dipindahkan (Lihat foto disebelah). Buat lubang tanaman sesuai dengan jarak tanaman tersebut , kemudian beri baja asas lain seperti baja organik (1 kg / lubang), Urea, TSP dan baja KCI. Campurkan ketiga baja sehingga rata dan masukan pada setiap lubang yang telah dibuat. Penyediaan benih dijalankan di tapak semaian cili padi. Sediakan tapak semaian dengan menyediakan btas berukuran 1-1.2 m lebar, 3-5 m panjang dan ketinggian batas adalah 15-20 cm. Sebaiknya ia ditutup dengan jaring kelambu. Keperluann bibi benih cili padi adalah sekitar 300 - 500 gram sehektar. Tabur benih cili diatas batas semaian yang diratakan permukannya dan buat penyiraman mengikut keperluan. 

Benih Cili Padi yang sudah berumur satu (1) bulan dalam semaian lazimnya sesuai untuk dialihkan keatas batas tanaman atau polibeg. Penanaman sebaiknya dibuat pada hari petang agar tanaman tidak layu. Secara mudahnya ciri benih cili padi yang sesuai diubah adalah seperti telah pun berumur satu bulan, Sihat atau tidak terserang hama dan penyakit dan kadar pertumbuhan tanaman seragam.  Cara penanaman benih cili padi adalah dengan menyiiram anakbenih yang akan ditanam. Pilih anakbenih yang akan ditanam dan buang plastik pada media anakbenih. Padatkan tanah disekeliling anakbenih yang telah dimasukan kelubang agar tidak rebah dan setalah itu lakukan pemeliharaan tanaman cili padi mengikut manual tanaman cili. 
Penyiraman dilakukan 2 kali sehari atau di sesuaikan dengan keadaan tanah. Kawalan rumpai dijalankan mengikut kaedah yang praktikal, murah dan cekap seperti mencabut dengan tangan (tanam sedikit dikeliling rumah). Pembajaan Cili Padi jarang dibincangkan dengan teliti kerana ada beberapa petani mendakwa elakkan menggunakan baja kimia yang boleh menyebabkan penyekit kerinting daun. Bagaimana pun secara teorinya, pembajaan cili padi mengikut syor piawaian iaitu baja UREA (200 kg/ha), TSP (200 kg/ha) dan baja KCI (150 kg.ha). Cili Padi mula berbuah 50 hari selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan tanaman. Kawalan musuh dan penyakit sentiasa dijalankan. Cili padi akan mula berbunga dan mengutip hasil apabila pokok cukup matang.

Akhbar Harian Metro dengan artikel bertajuk 'Tauke Benih Cili' menarik untuk dibaca bersama. Memang tidak 
ramai usahawan tani membabitkan diri dalam sektor menyemai benih cili padi kerana rumit dan berdepan risiko kegagalan menghasilkan pokok cili yang berkualiti. Seorang usahawan usahawan tani muda, Mohamad Idris berumur 30 tahun masih tetap berani menceburi sektor itu, malah sedia menghadapi risikonya dengan menyemai ribuan benih tanaman berkenaan khususnya untuk membantu usahawan tani Bumiputera yang baru berjinak-jinak dengan industri penanaman cili padi. Beliau yang berpengalaman menanam cili padi sejak 2012 menyatakan selepas mencapai kejayaan dalam projek pertama penanaman cili padi pada tahun itu maka dia mula menceburi sektor menyemai benih untuk usahawan tani lain. Dia memiliki rumah semai yang dilindungi sepenuhnya daripada serangan serangga perosak selain bumbung untuk menahan panas dan hujan yang amat penting bagi memastikan benih disemai tidak rosak. Dia juga ada  mendapatkan benih berkualiti tinggi daripada pembekal sebelum dirawat dengan bahan tertentu untuk membiarkannya bercambah selepas lima hari dan selepas itu dia pula akan  memindahkannya ke dalam bekas semaian di rumah semai. Lokasi semaian cili padinya di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. Dia berkata, setiap bekas semaian (tray) cilinya mempunyai 104 lubang semaian yang perlu dipastikan tidak diserang serangga perosak kerana serangan itu tidak mampu dikesan ketika anak pokok masih berada dalam lubang terbabit. Kemudian apabila anak pokok mencapai usia 20 hari maka ia sesuai dipindahkan ke dalam beg polibag di kebun yang dilengkapi sistem penyaluran paip dari tangki air utama. Apabila pokok sudah ditanam dalam beg poli, barulah saya boleh kesan sama ada benih itu benar-benar berkualiti atau sudah dicemari serangga perosak ketika berada dalam lubang semaian. Kini kebanyakan penanam cili padi tidak berminat menyemai benih walaupun untuk kegunaan sendiri kerana ia terlalu rumit dan terdedah kepada risiko serangan penyakit. Penulis blog memuji langkah beliau yang jadikan usaha menyemai cili lebih efektif mengikuti amalan MyGAP yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Berlainan pula dengan laporan Berita Harian Metro dengan artikel berjudul 'Jurutera jadi pengusaha cili padi' di Shah Alam untuk dijadikan rujukan. J
urutera itu adalah Harith Mohamed Zin berumur 38 tahun yang mengusahakan penanaman cili padi di laman rumahnya di Denai Alam, Shah Alam. Beliau menanam 200 pokok Cilibangi iaitu baka baka cili padi paling pedas mengakui tidak menyangka usahanya itu mampu memberikan pulangan agak lumayan. Seawal tiga bulan selepas penanaman dilaporkan beliau menikmati hasil tuaian pertama kira-kira 200 kilogram (kg) cili yang menjana pendapatan RM960. Sebelum ini dia mengusahakan penanaman 10 pokok Cilibangi secara manual. Program ini diperkenalkan dan menggunakan kaedah penanaman fertigasi nyata berbeza dan lebih mudah kerana ia kurang memerlukan penggunaan tenaga tetapi hanya perlu membuat pemantauan dan penyelenggaraan berkala mengikut panduan penanaman lengkap yang diberi. Pernah juga dia hampir putus asa kerana lima bakul cili belum matang terpaksa dibuang apabila banyak dahan pokok patah kerana kedudukan rumahnya yang terletak dalam laluan angin. Kaedah penjagaan lebih teliti bagi mengelakkan kejadian itu berulang termasuk memastikan pemasangan dawai sokongan pada cabang pokok serta meningkatkan prosedur pembajaan apabila mendapati daun kelihatan seperti kurang zat. Apa pun pengalamannya menarik kerana ia bukan saja membantu mengurangkan kos bagi perbelanjaan dapur malah mampu menjana pendapatan sampingan. Potensi menanam cili ini boleh menghasilka  antara 40kg hingga 200kg cili sekali tuaian berdasarkan pakej diambil iaitu antara 50 hingga 200 polibeg anak pokok Cilibangi. Terdapat pembeli yang sedia untuk  menawarkan harga belian semula RM6 bagi setiap kg cili dimana ini sekali gus membolehkan peserta yang terlibat menjana pendapatan minimum RM200 hingga lebih RM1,000 seawal tiga bulan selepas penanaman. Pakej syarikat CBB mengambil kira segala aspek berkaitan bermula daripada penanaman hingga pasaran bagi meminimumkan risiko kegagalan serta dapat memastikan peserta mampu menjana pendapatan. 

P
akej CCB yang menggunakan sistem penanaman fertigasi dilengkapi semua keperluan baja, anak pokok dan peralatan penanaman Cili Bangi untuk satu musim penanaman iaitu enam bulan termasuk perkhidmatan pemasangan sistem fertigasi, latihan praktikal serta panduan penanaman yang lengkap (SOP). Ini juga benar-benar memudahkan peserta kerana hanya perlu fokus kepada penjagaan tanaman mengikut SOP disediakan. Dari segi pemasaran hasil tanaman, Serotech turut menawarkan program belian semula kepada peserta di sekitar Lembah Klang yang mana hasil tanaman itu akan dijual di ekspo atau diproses menjadi produk hiliran seperti sos, cili jeruk dan pes cili. Penggunaan Cilibangi hasil penyelidikan Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri daripada UKM adalah kelebihan pakej itu kerana varieti cili berkenaan mempunyai tahap ketahanan terhadap penyakit yang tinggi selain berbunga dan berbuah secara serentak. Antara ciri utama Cilibangi iaitu berbunga dan berbuah serentak membolehkan tuaian dalam kuantiti yang banyak dilakukan secara serentak berbanding varieti Cili Kulai yang perlu dituai secara berperingkat, lazimnya, selang dua hingga tiga hari. Ciri tahan penyakit varieti ini juga mampu mengelak serangan virus yang menyebabkan cili bantut atau kecil serta bengkok. Lebih istimewa apabila peserta boleh memilih varieti mengikut rasa iaitu kurang pedas, sederhana pedas dan sangat pedas yang hanya kurang sedikit saja rasa pedas berbanding cili padi. Kini ada seramai 10 peserta sekitar Lembah Klang mendaftar mengikut pakej CBB setakat ini sejak ia diperkenalkan pada April lalu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM CILI... CILI PADI JENISNYA....
DIKAWASAN KEBUN... LUASNYA...
KELILING RUMAH... BOLEH JUGA...
CILIBANGI... CONTOH DAH ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 RabiulAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...