Support My Blog

Monday, September 30, 2019

KG TAMBATUON - PADI ORGANIK

KAMPUNG TAMBATUON di Daerah Kota Belud, Sabah merupakan sebuah kampong tradisional yang mana penduduk tempatan disini menggabungkan tanaman padi organik, agrotourism dan eco-tourism yang menarik penulis blog dapat kunjungi. Lawatan ke kampong ini diaturkan oleh Pengarah Projek IADA Kota Belud yang mana projek ini termasuk dalam salah satu lokasi yang berada didalam kawasan projek iaitu tanaman padi merupakan salah satu sasaran utama. Lokasi kampung ini yang berada dikaki Gunung Nongkok iaitu sebelah puncak gunung Kinabalu mendapat air bersih dan jernih yang mengalir pada sungai yang banyak dasarnya batu gunung membuatkan satu panorama keindahan alam semulajadi amat mengkagumkan (Sila lihat foto diatas). Penulis sempat lihat sekitar 15 orang pelancong luar negara (Mat Salleh) menuruni gunung melalui jambatan gantung dalam hujan lebat menuju ke penginapan di kampong tersebut selapas menjalankan aktiviti mendaki gunung tersebut sejak jam 4 pagi lagi. Apa lagi dikiri kanan sungai tersebut ditanam dengan pokok padi organik (tanpa gunakan racun kimia) dimana kepada masyarakat tempatan di kampong ini mereka menjadikan tanaman padi dan beras sebagai penghasilan utama dan sumber ekonomi. Walau penulis tiba di kampong ini disambut dengan hujan amat lebat hampir satu jam tetapi akhirnya dapat juga masuk kawasan sawah selepas hujan tersebut untuk melihat sendiri dengan dekat akan bagaimana suburnya pertumbuhan 'padi tahun' ini ditanam dan dijaga dengan baik. Menurut nfo yang diberi oleh Pengarah IADA, Pn Salma kalau tidak hujan maka sessi fotografi akan dapat dilihat satu post yang indah diatas sawah dimana berlatarbelakangkan gunung Nongkok dan di belakangnya puncak Gunung Kinabalu disamping sungai dengan air jernih dan sawah padi yang menghijau seakan sebuah potret atau lukisan. Bagaimana pun penulis blog berpuas hati kekampong ini walau pun dibelakang gunung nongkok ini tidak kelihatan puncak gunung Kinabalu. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai keunikan akan Kampong Tambotuon  sebagai satu lokasi berbaloi untuk dikunjungi dan beriadah.


Tanaman Padi Unik di Sabah atau dipanggil 'Speciality Rice' hanya dapat dirasai dengan pergi ke lokasi seperti di kampung ini. Terdapat lebih dari 850 varieti padi unik di Sabah yang ditanam (asalnya didakwa terdapat lebih 1,200 jenis akan tetapi dikatakan sebahagiannya telah pupus) dimana ini menjadikan ia semakin unik dan tiada di Semenanjung Malaysia. Padi ini ditanam dalam dua keadaan iaitu yang ditanam didalam Sawah Berair dan juga ditanam dikawasan Tanah Daratan (Padi Bukit) untuk dijadikan bahan makanan sara diri masyarakat tempatan. Perayaan Pesta Keamatan isejarahnya memang berkait dengan 'semangat padi' di negeri ini yang sememangnya nasi menjadi makanan asasi penduduk dikawasan kampong seperti di Kg Tambatuon ini sejak beratus tahun dahulu. Penanaman padi ini dilakukan oleh orang kampong dimana mereka akan menggunakan varieti tertentu yang disimpan benihnya sejak turun temurun dan ada berbagai ciri yang berbeza. Kebanyakan varieti padi unik ini mengambil masa sehingga 6 bulan dan merupakan spesis padi tahunan yang berbeza dengan varieti padi moden seperti MR220CL, MR273 dan sebagainya. Lokasi kawasan sawah yang batasnya dibuat mengikut kontour tanah tidak mempunyai bentuk sama dimana air bersih dari kawasan gunung mengalir diantara petak sawah yang bertingkat. Jenis padi yang popular ditanam di Kg Tambotuon ini adalah Padi Warna Keladi yang mana nasinya memang bukan berwarna putih seperti beras biasa akan tetapi berwarna coklat. Ia ditanam dengan menyemai benih dalam tapak semaian dahulu dan kerja-kerja penyediaan tanah sawah dilakukan secara manual dengan alatan mudah ditarik kerbau. Bagaimana pun kini aktiviti kerja membajak tanah sudah menggunakan jentera dua roda dikawasan tertentu. Tanaman padi sudah berumur 4 bulan semasa lawatan penulis blog dimana akan dituai dalam bulan November. Penulis blog periksa rumpun padi dimana dilihat amat subur pertumbuhannnya (Sila lihat foto disebelah). Mempunyai perdu yang besar dan anak yang sihat dimana program penjagaan dan pembajaan dijalankan dengan teratur. 



Menurut seorang pesawah dikampung ini iaitu En Sanuel (39 tahun) yang mengiringi penulis blog ke sawah dinyatakan tahun ini dijangka mereka akan mendapat hasil tuaian baik berdasarkan kepada pertumbuhan padi (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang juga ada menanam 2.5 ekar padi warna keladi memang mempastikan amalan cara penanaman organik dilakukan olehnya dan juga penduduk kampung lain. Tidak ada penggunaan bahan kimia di sawah mereka dimana kawalan rumpai dilakukan dengan mencabut diperingkat awal penanaman. Beliau membuat baja organik cecair sendiri dan akan disembut kepada padi mengikut jadual disusun dan umur pokok. Beliau juga mendakwa memang teknik penanaman padi di kampung ini sepenuhnya organik sejak turun temurun. Mereka akan sentiasa berpakat sebelum menanam untuk tentukan jadual penanaman setiap tahun dan menyusun jadual secara bermuafakat. Sistem agihan air daripada sungai dipastikan mencukupi untuk semua petak sawah dan mengaalir setiap masa (menjadikan pokok subur) apabila air bersih mengalir dipetak sawah. Kini biasanya petani akan mengadakan gotong-royong bagi kerja membersihkan taliair (kinolian) sebanyak dua kali dalam setahununtuk melancarkan pengaliran air sungai ke sawah. Aliran kinolian boleh dikawal oleh petani daripada mengairi sawah masing-masing tetapi individu berkenaan juga harus meminta kebenaran daripada petani yang lain agar tiada perselisihan faham antara mereka. Pemantauan dipetak sawah organik ini sentiasan dilakukan kerap untuk mereka mempastikan tanaman sentiasa subur dan tidak diserang perosak dan penyakit.  


Tanaman padi unik di kampung ini penulis dapati membolehkan penduduk kampong mendapat jaminan bekalan beras setiap masa. Penuaian dilakukan dengan memotong tangkai padi atau menyabitnya sebelum dileraikan menggunakan alat membanting ataiu pelerai lain. Padi ini akan dikeringkan dengan cara menjemurnya dibawah sinaran panas matahari sbelum dibungkus atau disimpan didalam tempat simpanan padi (Kepok). Dalam pada itu umumnya aktiviti harian semua penduduk dikampong ini adalah bertani. Orang-orang Dusun adalahkaum yang sangat rajin dan memenuhi masa lapang dengan bersawah, menanam tembakau atau sigup dan buah-buahan. Kaum Dusun disini juga menanam tanaman yang semakin mendapat tempat dalam pasaran ekonomi dan tinggi nilai komersialnya. Mungkin ramai yang mengakui kehebatan cara penanaman padi tradisional yang semakin kekurangan walau banyak kemudahan namun masih boleh menghasilkan padi dengan kualitiyang sangat baik malahan tahan lama. Kini telah ada petani tradisional yang mampu mengusahakan sawah padi lebih daripada satu kawasan tanah sahaja. Kini cara penanaman padi tradisional sangat efektif dikampung ini tanpa sebarang pengaruh dari luar. Kehidupan penduduk kampung ini juga sangat makmur kerana semua penduduk mematuhi peraturan yang ada walaupun mungkin mereka tidak mendapat didikan formal yang sempurna, mereka dapat mendisiplinkan diri dengan sifat tolak ansur serta mematuhi ajaran nenek moyang mereka. Hasil beras warna yang disimpan kini semakin unik di kampung ini khususnya dan di Sabah umumnya (Sila lihat foto disebelah). Beras warna jenis keladi ini adalah jenis beras organik yang menyihatkan.


Apabila beras ini dimasak penulis blog mendapati ia tetap memberikan kualiti nasi yang amat menarik warnanya (Sila lihat foto disebelah). Nasi yang berwarna coklat ini memang enak dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan macam-macam lauk. Bagaimana pun dikalangan penduduk dan orang kampung sesuai dimakan dengan ikan masin sahaja atau pun sayuran ulaman. Nasi ini adalah lembut dimana apabila diambil baunya memang ada sedikit macam bau keladi rebus. Dipercayai kaya dengan zat galian, bahan mineral dan karbohiderat, beras warna organik ini memang kaya dengan bahan Anti Oksidan. Bahan seperti antioksidan ini memang menyebabkan pemakannya akan lebih bertenaga dan awet muda. Penulis blog dapat nikmati nasi beras keladi ini dimana memang boleh dijadikan lebih enak jika ada kaedah memasak kulinari yang khusus. Memang berbaloi mkan nasi dari beras warna ini.


Dikampong ini juga aktiviti eco-tourism dan agrotourism memang sangat aktif. Terdapat laluan terbaik untuk kepuncak gunung Nongkok yang memberikan pendaki gunung ini satu kepuasan apabila mereka berada dipuncaknya. Mereka perlu melalui lorong jalan dikaki gunung dan beberapa jambatan gantung untukkepuncaknya. Penulis blog sempat melalui jambatan gantung yang unik ini menghubungkan antara dua kampung sepanjang sungai (Sila lihat foto disebalah). Jambatan Gantung yang berharga diantara RM50 - RM60 ribu ini adalah infra perhubungan yang penting disediakan oleh pihak kerajaan. Mereka akan memikul hasil padi melalui jambatan gantung ini serta banyak kegunaan lain jambatan gantung yang tahan sekitar 5-7 tahun ini. Pembinaan jambatan gantung ini merentang sungai membolehkan laluan air sungai tidak terganggu dan amat menjaga kelestarian sungai dan persekitarannya. Kepada mereka yang belum pernah melalui jambatan gantung yang juga merupakan kenuikan di kampung ini boleh berkunjung kesini.


Selain itu terdapat tarikan paling unik di Kg Tambatuon ini iaitu 'bermanja' dengan ikan kelah yang di tagal. Hanya dengan menyeberangi jambatan gantung maka kita boleh melihat bagaimana ikan-ikan yang akan menghampiri anda sebaik sahaja kita mendekati dengan lubuk ikan ini dengan membawa makanan palet ikan. Dalam pada itu dijelaskan dimana Sistem Tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular yang juga dikenali sebagai bombon yang bermaksud 'jangan' dalam bahasa Kadazandusun. Melalui sistem ini maka penggunaan sumber semulajadi atau kawasan tertentu dihadkan bagi tujuan untuk pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut secara berterusan. Pada hari ini, komuniti Kg. Tambatuan telah mengambil inisiatif mengintegrasikan sistem tagal sebagai sebuah produk pelancongan. Ini juga merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan. Kedudukan sistem tagal dalam industri pelancongan adalah sebagai satu produk pelancongan yang telah menyumbang kepada pengurusan persekitaran yang lebih cekap, penyumbang pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial komuniti di kampung ini. Ikan besar dan kecil menghampiri kaki pelancong dan mengigit manja sambil memakan umpan yang diberikan (Sila lihat foto disebelah). Bagi pelancong aktiviti ini memang memberikan satu fasa keseronokkan yang sukar didapati dimana-mana. Semuga anda mendapat info terbaik melalui anim agro technology kali ini. Wasallam !!...
KG TAMBATUON... JAUHNYA KESANA...
MENANAM PADI... JENIS BERWARNA...
TANAMAN ORGANIK... ENAK RASANYA...
TEMPAT PELANCONG... BERGEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 906, Klagan Hotel,
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
(26 Muharam 1441H).

Sunday, September 29, 2019

DAGING KAMBING - UNTUK KESIHATAN


DAGING KAMBING sebenarnya merupakan jenis daging merah yang banyak dimakan didunia iaitu sebanyak 63% daripada kesemua jenis daging merah. Bagaimana pun penulis blog dari dulu mendengar mitos dimana memakan daging kambing menyebabkan masaalah kesihatan dan kolesterol sehinggakan ada yang pening kepala setelah memakannya. Menurut laporan MARDI ada menyatakan penyelidikan mengenai daging kambing di Malaysia amat rendah kerana populasi kambing dalam negara sangat rendah. Mereka dakwa daging kambing berbau hamis atau berbau busuk yang tidak disukai. Ada pula yang keliru diantara daging kambing (Goat) iaitu Mutton dengan Daging Bebiri (Sheeps) iaitu Lamb. Kepada mereka yang meminati daging kambing berkualiti mereka akan melihat faktur-faktur organoleptik seperti kelembutan, keberairan, bau atau aroma serta beberapa aspek lain. Penulis blog yang suka makan kambing panggang mendapati ia menyihatkan dan selalu dihidangkan pada jamuan rumah terbuka Hari Raya Puasa. Kini daging panggang atau lebih popular dipanggil dengan Kambing Golek sudah menjadi trend popular di Malaysia. Secara umumnya dilaporkan dimana kandungan kalori, lemak, lemak tidak tepu dan kolesterol daging kambing adalah lebih RENDAH berbanding dengan daging lain. Dilaporkan dimana kandungan kalorinya hanya 122 kcal  setanding dengan daging ayam (daging putih) iaitu sebanyak 120 kcal tetapi lebih rendah daripada daging lembu iaitu sebanyak 245 kcal. Kandungan protin pula sebanyak 23 gram adalah setanding dengan daging yang lain. Apa yang penulis blog berminat adalah dimana dilaporkan kandungan lemak daging kambing sekitar 2.58 gram dilaporkan 50 - 65% lebih rendah daripada daging ayam.  Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan mengenai kehebatan daging kambing untuk kesihatan bagi rujukkan semua.


Dalam pada itu kajian menunjukkan dimana Kandungan Lemak Tepu daging kambing sebanyak 0.79 gram adalah 40% lebih rendah daripada daging ayam iaitu sebanyak 1.1 gram terutama pada bahagian kulit ayam.  Menyentuh akan kandungan bahan kolesterol dilaporkan sebanyak 63.8 miligram terdapat pada daging kambing dan sebanyak 73.1 mg pada daging lembu dan sebanyak 76 mg didalam daging ayam. Ini merupakan fakta sebenar yang dikeluarkan USDA tetapi masih ramai yang dakwa makan daging putih (ayam) kurang bahaya berbanding daging merah kambing sedangkan ia sebaliknya. Fakta menarik mengenai daging kambing adalah kelembutan tekstur dagingnya dimana ia membolehkan kita mampu menhadamkan atau mencerna dengan baik. Penulis blog mendalami lagi akan kehebatan daging kambing dimana saintis tempatan (MARDI) membuktikan dimana profil asid lemak berantai panjang pada daging kambing adalah menunjukkan Asid Oleik adalah paling banyak diikuti dengan Asid Palmitik dan Asid Stearik.  Dalam pada itu daging kambing juga mempunyai nisbah kandungan asid lemak mono tidak tepu yang lebih tinggi daripada asid lemak poli tidak tepu. Asid lemak mono tidak tepu didakwa mampu untuk merangsang perembesan kolesterol daripada makanan. Kajian di Havard Universitu mendapati asid lemak tepu membolehkan penyakit kardiovaskular berbanding dengan asid lemak tidak tepu yang baik didalam membaiki aras kolesterol darah.


Daging kambing adalah sejenis daging empuk yang selalu memecah selera apabila disajikan dengan cara yang betul. Selalu daging kambing diproses melalui cara dipanggang atau dimasak kari dan juga kurma. Namun ramai juga yang tidak menggemarinya disebabkan bau yang terlalu kuat pada daging kambing. Bagaimana pun penulis blog dapati untuk mengelak masakan berbau daging harus dicuci bersih sehingga darah tidak kelihatan. Memanggang atau cara membakar adalah teknik terbaik menjadikan kambing hidangan enak dan lazat. Biasanya proses untuk memanggang penggunaan bahan perapan dan tempoh masa daging diperap adalah sangat penting. Selepas semua bahan perap dikisar pastikan daging diperap selama satu jam bagi membolehkan bahan sebati dengan daging. Salah satu menu yang sesuai diamalkan adalah menyediakan kambing panggang dengan sos kiwi. Terdapat tiga bahan utama yang perlu disediakan iaitu sos untuk perapan, pastri dan juga hiasan sayur-sayuran. Hidangan sebegini memang terkenal di Barat akan tetapi resepi ini boleh diubah suai sedikit menggunakan sos kiwi dengan rasa sedikit masam tetapi menghasilkan aroma yang lengkap apabila dipadukan dengan kambing yang sudah dipanggang. Kulit pastri pula memberikan kelainan bagi mereka yang tidak menggemari kambing panggang yang dimakan begitu saja. Bahan perapan diperlukan adalah 10 gram lada hitam, 20 gram bawang putih, 20 gram bawang merah, 5 gram biji sawi, 10 gram garam laut, 5 gram serbuk cili dan juga 25 gram minyak Zaitun serta sebanyak 80 gram daging kambing, Bahan inti pastri pula terdiri daripada 10 gram lada hitam, 15 gram bawang putih, 20 gram bawang merah, 5 gram garam laut, 5 gram paprika, 2 gram rosemary, 25 gram minyak zaitun, 60 gram daging kambing, Pastri paf dan juga 1 biji telur, diambil kuningnya. bagi bahan sayuran pula disediakan 10 gram zukini kuning, 10 gram zukini hijau, 10 gram bawang merah,  10 gram bawang putih, 10 gram cendawan shiitake, 10 gram cendawan tiram, 10 gram lobak merah, 25 gram krim putar,  15 gram mentega dan juga 5 gram garam. Bagi pembuatan sos kiwi pula diperlukan bahan 50 gram kiwi, 25 gram perisa pudina, 30 gram gula dan juga 30 gram air. Langkah-langkah menyediakannya dengan mengisar semua bahan perapan, gaul sekata pada daging dan perap selama 15 minit. Bakar di dalam ketuhar selama lapan minit pada suhu 175 darjah Celsius. Untuk inti pastri, kisar semua bahan (kecuali pastri paf dan telur). Gaul pada daging dan ia diperap lagi 15 minit. Pada masa sama dicincang kasar bahan sayuran. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan sayur, krim, mentega dan garam. Seterusnya perlu dibalut bahan sayur dengan pastri paf. Seterusnya di sapukan telur kuning di atasnya supaya pastri melekat. Sebaiknya untuk sos pula kupas kiwi dan rebus sehingga empuk. Kemudian dimasukkan gula dan sos pudina biarkan di atas api perlahan sehingga sos pekat. Akhirnya disejukkan akan semua bahan kemudian kisar. Susun daging dan pastri dalam pinggan dan akhir sekali dituang sos dan sedia untuk dihidangkan dan dimakan.


Dilaporkan secara klinikal dimana apabila seseorang itu mempunyai aras kolesterol tinggi dan dia mengambil daging kambing mka proses perembesan kolesterol oleh asid lemak mono tidak tepu akan berlaku dahulu diikuti dengan proses penguraian kolesterol oleh asid lemak rantaian sederhana. Secara tidak langsung dilaporkan dimana proses penguraian ini akan menurunkan aras kolesterol dalam darah. Keburukan utama kolesterol dalam darah adalah kerana kemampuannya untuk melekat didinding ateri yang menyebabkan plak dan seterusnya menyebabkan seseorang itu yang menyebabkan sakit jantung. Kajian perubatan oleh Persatuan Pesakit Jantung di USA mendapati pesakit jantung atau mereka yang berisiko digalakkan untuk mereka memakan daging kambing sebagai salah satu sumber protin yang sesuai dimakan oleh pesakit jantung. Penulis blog masih ingat dimana MoA telah melancarkan agar rakyat malaysia amalkan memakan daging kambing dengan lebih banyak pada tahun 2009 akan tetapi dilaporkan kurang berkesan. Dalam kempen tersebit disyorkan agar mereka memilih jenis kambing muda dan elakkan mengambil kambing tua untuk kesan yang optima. Pada masa ini daging kambing sudah diperdagangkan dalam bentuk daging kambing panggang atai daging kambing bakar atau daging salai (Sila lihat foto disebelah). Daging kambing kini sudah ada dijual dibeberapa restoren, pasar malam, pasar tani, Bazaar Ramadan dan juga gerai tepi jalan. Restoren Nasi Bambu di Sg Klah, Sungkai menghidangkan nasi bambu dengan banyak jenis lauk tetapi yang penulis blog paling suka adalah daging kambing panggang!. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...

DAGING KAMBING... BANYAK RAHSIA...
BAKA KAMBING 'BK'...DILANCAR DIA...
FAHAM KHASIAT... SUKA MEMAKANNYA...
BACA ARTIKEL... BANYAK ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 814, PineTree Hotel,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(29 Muharam 1441H).

Saturday, September 28, 2019

PELANCONGAN DAN PRODUK KOPI YIT POH

PRODUK KOPI YIT POH atau KOPI TENOM merupakan satu produk berasaskan kopi dan menjadi kebanggaan Daerah Tenom di Sabah. Penulis blog baru-baru ini telah berkunjung ke kompleks kilang ini yang telah jauh berubah berbanding dengan lawatan sata pada tahun 2015 dahulu. Ketibaan saya di sambut oleh Pengurus Syarikat iaitu Alex Yong yang masih ingat akan kedatangan saya dahulu dimana beliau ada menyimpan gambar kenangan tersebut. Kini kilang tersebut telah dikembangkan dari segi pelbagai jenis produk kopi, pembesaran kilang memproses dan paling menarik telah ada kompleks Agro-Tourism sendiri untuk pelancong yang datang ke Tenom. Di sebelah kilang telah dibangunkan kompleks pelancongan dengan banyak Chalet dan Restoren siap beroperasi sejak beberapa bulan lalu. Kemudahan ini membolehkan pelancong yang datang ke Tenom untuk mendapatkan perkhidmatan terbaharu dari segi penginapan lebih selesa dan bertaraf terbaik. Bandar Tenom memang antara kawasan tumpuan pelancong dengan adanya tarikan seperti Hutan Tripoka Semulajadi, Taman Pertanian Sabah, Water Rafting, Orchid Garden, Fishing, Makanan Tempatan dan tentunya industri kopi yang unik. Terdapat satu lagi kompleks pelancongan dibangunkan berasaskan kopi di Tenom iaitu oleh SyarikatFatt Choi diatas kawasan berbukit yang cantik permandangannya iaitu ia menghadap Sungai Padas. Artikel kali ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya paparkan mengenai kemajuan industri kopi di Tenom dengan produk kopi barunya dan juga kemudahan pelancongan Agro Tourism yang baik untuk pembanguan Tenom yang berasaskan alam semulajadi dan produk kopi untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Kemudahan chalet ditepi kilang kopi Yit Poh menunggu kedatangan pelancong di Tenom. Chalet yang baru ini selesa dengan akan dapat aroma kopi apabila berada di sini (Sila lihat foto disebelah). Ini merupakan satu tarikan baru kepada pelancong yang boleh ke Tenom dengan laluan jalanraya selama 3 jam dan menaiki keretapi unik selama 5 jam daripada Kota Kinabalu. Apa yang unik dikilang ini adalah teknologi menggoreng kopi merupakan identiti produk kopi kilang ini yang masih dikekalkan semenjak lama dulu. Seorang pekerja perlukan masa selama 2 tahun untuk menjadi tukang goreng dengan cara unik ini (Sila lihat foto disebelah). Setiap proses penggorengan memerlukan masa 2 jam sebelum ia disejukkan dan seterusnya dikisar mengikut jenis produk. Kilang ini mempunyai sijil MESTI, Sijil HALAL, GMP dan pelbagai keperluan dalan operasi sebagai kilang makanan. Serbuk kopi yang dikisar akan dihantar kepada unit penyediaan produk seterusnya kepada unit pembungkusan. Bergantung kepada jenis produk, teknik pembungkusan juga disesuaikan dimana bungkusan kecil dalam sachet kini mendapat permintaan yang amat tinggi berbanding dengan bentuk serbuk kopi campuran. Pembungkusan dilakukan secara semi-auto dengan kapasiti pengeluaran disesuaikan. Pemerhatian penulis mendapati kilang ini mampu meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran dimasa akan datang dikawasan bersebelahan sebagai unit pengeluaran baru.


Encik Alex membuat penerangan beberapa peralatan dan mesin untuk menyediakan minuman kopi. Paling asas adalah alat membancuh kopi digelar 'Vietnam Coffee Maker' yang berharga sekitar RM10 satu set. Air panas dicurah terus diatas serbuk kopi dan seterusnya ia sedia untuk diminum. Alat kedua buatan Jepun menggunakan teknik 'vacuum filter' yang berharga RM2,500 memberikan citarasa sebenar keenakan dan kepahitan kopi yang disediakan. Bagaimana pun air kopi yang menggunakan mesin pembuat kopi berharga RM10,000 menggunakan tekanan (pressure) didapati memberikan rasa kopi paling pahit (tidak pernah minum kopi sepahit ini!). Kopi pahit tanpa gula ini telah ekstrak semua yang terkandung dalam serbuh kopi tersebut. Menurut Alex jika minum kopi ini akan mengurangkan kemungkinan Parkinson Disease. Penulsi bagaimana pun berjaya menghabiskan 2 cawan kecil kopi terpahit ini. Ramai dikalangan ahli rombongn yang tidak mengethui teknik-teknik minum kopi sebenar tanpa gula yang mencabar.

Pada penulis blog industri kopi Tenom sangat berpotensi sebagai sumber kekayaan baharu jika ia diperkasakan sebagai industri asas tani. Pada penduduk tempatan dan pelancong mereka kini setuju Kopi Tenom menjadi tarikan utama pelancong sehingga menjadi punca pendapatan masyarakat di daerah itu. Produk kopi Tenom mendapat permintaan tinggi bukan sahaja dalam negara tetapi pengguna antarabangsa. Memang dalam memperkasakan sektor agromakanan dan memperkasa sosioekonomi tanaman dan produk kopi masih relevan di Tenom dan beberapa Daerah lian di Sabah seperti Sipitang, Nabawan dan Sook. Kopi Tenom kini digabungkan dengan konsep Agrotourism. Pelancong yang berkunjung ke Daerah Tenom boleh melawat Taman Pertanian Sabah sejauh 15 km dari kilang kopi Yit Poh yang ada beribu-ribu koleksi janaplasma pelbagai tnaman tropika dari seluruh dunia. Alex juga memaklumkan ada 15 ekar tanah yang menanam kopi robusta boleh dikunjungi pelancong an bagaimana ia diuruskan. Pengurus kilang mendakwa beliau akan membeli sebanyak mana kopi robusta tempatan asalkan petani memberikan biji kopi berkualiti dan sesuai dijadikan produk kopi Tenom. Konsep industri kopi dengan pelancongan yang diusahakan oleh dua pelopor industri kopi di Tenom ini patut diberikan pujian. Bandar Tenom yang terletak dikawasan pendalaman Saban ini kini mendapat tarikan baru dengan adanya industri kopi. Pembangunan aspak penanaman kopi di negara mesti diperkukuhkan agar kadar pengimportan dapat dikurangkan. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANDAR TENOM ... KOPI DIUTAMAKAN...
KILANG KOPI... CANTUM PERLANCONGAN...
SIAPA YANG SUKA... BUAT KUNJUNGAN...
MEMINUM KOPI... UMUR DIPANJANGKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kompleks Kilang Yit Poh,
Tenom, Sabah,
Malaysia.
(15 Muharam 1441H).

Friday, September 27, 2019

USAHAWAN IAT - KUIH CINCIN

KUIH CINCIN (Ring Cookies) merupakan satu produk yang diusahakan oleh Usahawan Aini dari Kg Melugus, Papar, Sabah yang berjaya. Penulis blog berkesempatan untuk membuat tinjauan teknologi kesebuah kilang membuat kuih cincin tradisional iaitu Kilang Rabiatui Enterprise yang beroperasi di Kampong Melugus, Papar, sabah bersama rombogan dan pegawai daripada Jabatan Pertanian Daerah papar dan Kota Kinabalu. Taklimat diberikan oleh Pegawai Pertanian Papar yang nyatakan usahawan projek IAT ini telah pernah menerima bantuan peralatan asas dan kini diggantikan dengan peralatan yang dibeli sendiri setelah hampir 20 tahun beroperasi. Kepada mereka yang pernah sampai ke negeri  ke Sabah pastinya anda akan bertandang ke pasar Filipina di mana bermacam-macam kraftangan seperti mutiara dan kuih muih tradisional seperti kuih cincin ada di jual di sana dimana sebahagian bekalan adalah daripada Kilang Rabiatul Enterprise ini. Bagi anda yang pernah membeli dan merasa keenakan kuih tradisional dari Borneo ini iaitu kuih cincin ini penulis blog anggap anda akan mencuba lagi kerana ianya jarang terdapat dijual di toko dan pasaraya seluruh Malaysia. Penulis blog berbincang dengan pemilik kilang ini dan mendapatkan ilmu bagaimana cara-cara membuat kuih, perkembangan syarikat, keperluan pada persijilan, strategi pemasaran dan sebagainya. Artikel malam Isnin ini selepas balik daripada Sabah saya menulis dalam bog ''Anim Agro Technology'' megenai kejayaan Syarikat Rabiatul Enterprise sebagai Usahawan berjaya di Papar untuk memajukan sektor IAT dan dijadikan bahan rujukkan anda semua.



Dari bahan rujukkan dilaporkan dimana Kuih Cincin merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah.  Kuih cincin ini merupakan makanan yang istimewa bagi kaum di Sabah. Dalam pada itu kuih cincin diperbuat daripada gula, gula nipah atau gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. Membuat kuih cincin pada penulis blog adalah mudah dan cepa jika cukup bahan dan peralatannya serta kemahiran pembuatnya. Ini kerana campuran dan bahan mentah berkualiti akan menentukan adunan gula dan tepung beras sangat kritikal menjadikan ia kuih cincin yang rangup dan seragam. Biasanya bahan-bahan diperlukan untuk membuat kuih cincin adlah sepeti 300 gram tepung beras, 100 gram gula pasir, 200 ml air untuk merebus, separuh gula nira (Syarikat ini menggunakan gula dari pokok nipah), 200 gram gula merah, Garam halus secukupnya dan juga minyak goreng secukupnya. Bagi menyediakan bahan pencelup pula bahannya adalah 500 gram tepung beras, air secukupnya dimana perlu tepung beras tadi diuli dengan air hingga cair. Proses membuatnya dimulakan dengan mendidihkan air dan gula merah dan gula nira hingga larut. Kemudian perlu dituangkan kedalam tepung beras. Kacau menggunakan spatula kemudian menguli adunan sehangga sebati. Kemudian masukkan pula gula pasir dan garam secukup rasa kedalam adunan tepung. Kacau adunan hingga sekata dan gula menjadi hancur dan kemudian diamkan satu malam. Kemudian adunan tersebut dileperkan menggunakan mesin peleper sekiar 4-5 mm megikut kesesuaian jenis kuih cincin. Kepakaran meleperkan dengan ketebalan sekta penting agar adunan ini mudan dan sesuai untuk dibentuk dengan menggunakan cetak khas.


Lazimnya adunan ini akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng. Ia kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup.  Proses menggoreng perukan kemahiran dimana ia dioreng dua kali iaitu pertama ring gula dgoreng sehingga separuh masak dan ditoskan selepas berwarna coklat matang (Sila lihat foto disebelah). Kemudian ia di celup didalam adunan tepung beras dan dimasukkan kedalam kuali yang ada minyak panas. KAcau sehingga kuih cincin masak sekata dan seragam warnanya. Apabila warnanya sudah coklat kekuniangan maka ia boleh diangkat dan ditoskan minyaknya. Bila kuih cincin ini sudah sejuk ia maka boleh dihidangkan atau dimasukkan didalam plastik pembungkusan dan sedia untuk diedarkan kepada pemborong atau dijual melalui on-line. Terdapat beberapa jenis pembungkusan untuk tujuan promosi dan pemasaran yang sudah disediakan. Bagi cara pembunglusan untuk pasaran tempatan ia diisikan didalam plastik jernih sahaja dengan 10 keping terdapat didalam satu bungkusan standard. Bagaimana pun untuk pasaran luar dan kepada pelancaong terdapa bentuk bungkusan moden yan menarik sesuai untuk dijadikan buah tangan, hamper dan juga hadiah kepada orang lain.


Kini telah dibuat satu lagi produk baru kuih cincin iaitu kuih cincin mini yang hanya mempunyai 3 lubang sahaja untuk dihantar ke hotel-hotel 5 bintang di sekitar Kota Kinabalu sebagai hadiah kepada tetamu hotel. Satu kotak kecil kuih cincin mini ini diletakan untuk dijamu tetamu dalam hotel dan mendaat sambutan baik. Dinyatakan dimana bagi kuih cincin standard yang ada 6-7 lubang untuk setiap 100 gram hidangan ia mengandugi tenaga sebanyak 557 kcal, Lemak 33.4 gram, Karbohidrat 55.8 gram dan Protein 5.8 gram. Bagi kuih cincin mini seberat 40 gtram pula ia mempunyai nilai permakananan iaitu tenaga sebanyak 223 Kcal, Karbohiderat 22.3 gram, Lemak13.4 gram dan juga Protin sebanyak 3.4 gram. Pada label pembungkusnya dinyatakan maklumat nutrisi permkanan, tempoh tamat atau lupus, logo jabatan pertanian, logo halal, Logo MeSTI dan juga berat sekitar 200 gram sebungkus. Kuih cincin merupakan makanan ringan tradisional berasal dari daerah Papar di Sabah. Ia dihasilkan daripada ramuan berkualiti dan resepi turun temurun. Kuih cincin ini mempunyai tekstur yang rangup, sedap dimakan pada bila-bila masa dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
USAHAWAN KUIH CINCIN... DIPAPAR SANA...
SUDAH 20 TAHUN... SYKT RABIATUL USAHA...
KUIH YANG RANGUP... JUGA TAHAN LAMA...
USAHAWAN BERJAYA... KUIH TRADISIONALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 917, Klagan Hotel,
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
(14 Muharram 1441H)..

Thursday, September 26, 2019

CHONG - PENANAM JAMBU BATU KOMERSIL

TANAMAN JAMBU BATU (Psidium guava) merupakan sejenis tanaman komersil diusahakan oleh En Chong di TKPM SKC Slim, Daerah Mualim, Perak yang penulis blog membuat  tinjauan teknologi. Kawasan TKPM SKC Slim seluas 197 hektar ini merupakan tanah bekas lombong yang dijadikan TKPM dibawah kelolaan Jabatan Pertanian dimana tanah tersebut adalah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak (PKPNP) yang disewakan kepada usahawan tersebut. Memang lokasi projek ini jauh untuk sampai melalui jalan berpasir yang hanya keenderaan 4-WD sahaja sesuai masuk dengan mengambil masa hampir satu jam daripada Bandar Slim River.  Terdapat seramai 23 orang usahawan tani di TKPM ini dimana antara tanaman utama yang telah diusahakan adalah Jambu Batu, Sayuran Daun (Bayam, Kangkung dan Sawi), Nangka J33, Limau Kasturi, Keledek, Akar Lotus, Jagung Manis, Mangga dan beberapa lagi. Dari segi sejarah kawasan pengeluaran makanan ini sebenarnya telah diceroboh oleh petani tempatan sebelum ianya disusun semua untuk dijadikan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang produktif di negeri Perak. Laporan Jabatan Pertanian .... 


Penanaman Jambu Batu oleh En Chong telah dilakukan semenjak 15 tahun lalu dimana kini seluas 25 hektar telah ditanam dengan jambu ini. Tanaman jambu batu ini daripada Jambu Batu Berbiji Varieti Kampuchea (GU8) yang mana ia merupakan varieti yang paling popular semenjak lebih 20 tahun lalu ditanam di Malaysia. Berbanding dengan jambu batu varieti Lohan (GU16) yang baru beberapa tahun di perkenalkan di Malaysia, En Chong berpendapat dia lebih suka menanam jambu batu jenis ini kerana buahnya lebih tahan lama jika ia dibanding dengan buah jambu batu lohan. Selain itu beliau kekal meneruskan dan menjaga pokok jambu batu varieti kampuchea ini kerana teknologi untuk menghasilkan buah jambu batu yang rangup, manis dan tahan lama ini memang menggunakan kombinasi separa organik dengan ilmu untuk menyediakan baja organik diladangnya. Semasa dikebun jambu batu beliau temannya Wong juga berbincang dengan penulis blog beberapa teknologi pengurusan tanaman jambu batu tersebut (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog telah menerima soalan bagaimana untuk meningkatkan kesuburan tanah bekas lombong ini untuk jangkamasa lebih panjang terutama apabila hasil jambu terjejas pada musim panas dan kering. Dicadang oleh saya agar beliau menggunakan 'plant gel' yang diletakkan didalam lubang disekeliling pokok jambu beliau dan bagaimana cara mengamalkannya diperjelaskan. Beliau sangat 'exited' dengan penerangan yang penulis blog diberikan dan akan melakukannya sebaik sahaja bekalan gel pertanian dibeli. Disyorkan juga agar beberapa pokok di buat cantasan semula untuk mendapatkan sistem percabangan seimbang dan sesuai untuk diuruskan. Bagi pokok muda yang disulam perlukan cantasan pembentukan seimbang seperti pakej amalan teknologi Jabatan Pertanian.


Penggunaan baja organik dilakukan oleh petani ini dimana beliau ada selalunya menggunakan IMO dan FPJ diladangnya. Beliau mengutip semua buah-buah jambu yang telah masak ranum dan gugur ditanah dan diproses menjadi baja IMO didalam tong 6,000 gelen yang diletakkan dibawah bangunan pemprosesan baja organik ditengah kebunnya. Bahan asas Molases digunakan d=sebagai salah satu bahan asas untuk menghidupkan bateria dalam baja organiknya. Penulis blog dapati cecair tersebut sudah sedia untuk digunakan apabila tong dibuka jelas ia menjadu larutan sebati. Penggunaan baja ini juga dilakukan sebulan sekali terhadap pokok matang dikebunnya dan beliau dakwa kaedah ini memang signifikan untuk hasilkan buah jambu batu yang manis dan rangup. Kemanisan buah tropika banyak bergantung kepada nutrian berasaskan organik dimana ia menyebabkan pokok hidup subur dan buahnya akan menjadi manis. Disyorkan agar En Chong dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mengenai aplikasi baja mikrob dengan menghadiri kursus lanjutan bagaimana menyediakan baja organik sama ada dialam negara atau luar negara.


Tanaman jambu batu boleh diatur jadual pengeluaran atau memetik mengikut keperluan pasaran. Bagi varieti jambu GU8 atau Kampuchea ini mudah untuk mengawal matrik pengeluarannya. Perkara ini juga diamalkan oleh En Chong didalam mengatur jaduak pengeluaran dari ladang jambu beliau. Lazimnya dahan pokok yang dibuat cantasan akan menghasilkan bunga dimana bunga ini selepas 6 bulan akan dipetik menjadi  buah jambu batu untuk dijual. Ini bermakna kalau cantasan dahan dilakukan pada awal Januari maka aktiviti memetik buah jambu matang tersebut dibuat pada penghujung Jun atau awal Julai jika pokok dalam keadaan baik dan terjaga. Berapa banyak hendak dihasilkan boleh diatur dengan melakukan cantasan, membaja, kawal serangga, membalut buah, memetik hasil dan seterusnya dipasarkan. Pengalaman penulis blog juga dipersetujui oleh En Chong dimana harga jambu batu akan turun diparas rendah pada Hari Raya Cina, Musim Buah-buahan (terutamanya puncak buah durian) dan juga semasa cuti sekolah. Pasaran jambu batu boleh disesuai jadual menuai sama seperti kita menanam Nanas (Ananas commosus) dimana aktiviti menghormon pokok akan menetukan bila buah nanas boleh dituai. Kedua0sua tanaman Jambu Batu dan Nanas serta Betik (Carica papaya) merupakan jenis buah-buahan tidak bermusim yang boleh ditanam dan dijadualkan penuaiannya mengikut masa berbeza. Tinjauan penulis blog ke kebun jambu En Chong diakhiri dengan kata-kata 'Terimakasih dato kerana memberikan banyak ilmu baru kepada saya'. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM JAMBU BATU...JENIS KAMPUCHEA...
POKOK 12 TAHUN... DIJAGA SEMPURNA...
SEPARA ORGANIK... MANIS RASA BUAHNYA...
TEKNOLOGI BARU... BUAH BAIK KUALITINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
703, Suite Executive Room,
Hotel Weil, Jalan Sultan Idris Shah,
30000, Ipoh, Perak,
Malaysia.

(19 Muharam 1441H).  

Wednesday, September 25, 2019

ORKID DI TAMAN PERTANIAN SABAH

KOLEKSI ORKID DI TAMAN PERTANIAN SABAH di Tenom merupakan antara yang terbaik didunia dengan koleksi janaplasma dan repositori yang sistematik. Penulis blog berkesempatan untuk membuat tinjauan teknologi  di sektor Pusat Konservasi Orkid yang mempunyai beratus-ratus koleksi tanaman orkid untuk dilihat para pengunjung dan peminat orkhid khususnya. Taklimat diberikan oleh Sheera dan Edna serta diiringi oleh Pegawai Pertanian Daerah Tenom En Hafiz dan ahlis-ahlis rombongan daripada Putrajaya. Memasukki Taman Pertanian Tenom ini diberikan penerangan mengenai pusat ini yang terletak dipendalaman Sabah sekitar 10km daripada Bandar Tenom. Memang pada awal pagi seawal jam 7.30 pagi kami tiba ke pintu masuk ditaman dan terus diberikan taklimat dengan jelas. Taman Pertanian Sabah atau juga lebih di kenali sebagai Taman Pertanian Lagud Seberang ini terletak di Daerah Tenom kira-kira 10 km dari Pekan Tenom. Di taman ini terdapat pelbagai jenis spesis tumbuhan, serangga, burung dan haiwan liar yang boleh menjamu pandangan pengunjung. Menariknya taman dengan keluasan 200 hektar ini berlatar belakangkan banjaran crocker iaitu banjaran terpanjang di Malaysia. Pengunjung boleh melihat dengan jelas terutama sekali kalau mereka rajin mendaki anak tangga di ‘Observation Tower’ yang ada di sediakan di dalam taman ini. Perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Taman Pertanian yang terletak di Daerah Tenom ini mengambil masa lebih kurang 3-4 jam perjalanan. Apabila sampai di Pekan Tenom hanya perlu menaiki van sewa untuk sampai ke taman. Ada banyak van sewa yang menawarkan perkhidmatan hantar ambil untuk pengunjung. Penulis blog yang menjadi tetamu khas Jabatan Pertanian Sabah mendapat kemudahan tersendiri berkunjung ke Taman ini khususnya di Taman Orkid yang memang istimewa. Artikel dalam blog ''Anim Agro Technology'' kali ini mempaparkan hasil kunjungan penulis kel lokasi tersebut untuk bahan rujukkan.


Taman TPS Tenom ini juga merupakan ‘taman ilmu’ yang menawarkan ilmu dan aspek pendidikan. Pada saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Pertanian Sabah yang menguruskan taman ini yang bertaraf terbaik dengan ada pegawai dalam bidang hortikultur yang banyak pengetahuan. Memang tidak hairan lah jika setiap tahun ada saja rombongan peminat tumbuhan dan saintis serta kalangan pelajar sekolah yang membuat kunjungan ke taman ini. Penulis blog ke Taman Pertanian Sabah ini sebanyak 4 kali tetapi hanya kali ini menghabiskan masa hampir 4 jam membuat lawatan dimana agak lama di kawasan taman konservasi orkid eksotik di Sabah. Ini bukan pertama kali menjejakkan kaki ke taman ini kerana sebelum ini ada beberapa kali membuat lawatan mesyuarat berkaitan tanaman kopi, buah nadir dan pembangunan stesyen dengan pegawai penyelidik disini iaitu Encik Andrian.  Disini rupanya terdapat tumbuhan atau tanaman yang bukan berasal dari Malaysia sebaliknya dibawa masuk dari luar negara seperti Cannon Ball, Canister, Phil Nut (Philipine Nut), Giant Water Lily atau Amazonian Lotus dan berpuluh jenis tumbuhan lagi. Bagi koleksi orkid atau anggerik liar daripada hutan Sabah atau hutan Borneo khususnya ia diberikan perhatian serius kerana ianya juga dilaporkan semakin pupus. Di Tapak Konservasi ini diwujudkan satu persekitaran khusus untuk membolehkan tumbuhan orkid hidup dengan baik.  


Pada penulis blog amat 'exited' apabila dapa melihat sendiri sejenis orkid iaitu Orkid Telinga Gajah (Phalaenopsis gigantea) yang sedang berkembang dengan baik (Sila lihat foto paling bawah dan sebelah). Orkid iini sering berbunga selepas musim kemarau dan setahun sekali sahaja. Orkid Telinga Gajah telah mula berkembang pada bulan ini dan kemungkinan akan kembang sepenuhnya sebelum bulan disember tahun akan datang. Tumbuhan ini yang digantung pada kayu pokok Pakupakis amat sesuai dengan suasana sekelilingnya yang membap dan dingin. Pemerhatian dan penjagaan dilakukan terhadap beberapa spesin orkid liar di taman ini sebagai tumbuhan yang ditanam semula ditempatkan di sini untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan. Menurut Sheera ada nyatakan diman atumbuhan dan tanaman orkid ini adalah merupakan tumbuhan yang endemik di Borneo dan ia juga didakwa dan dikatakan hanya akan berbunga 2 tahun sekali. Selain bunganya yang menarik dinyatakan dimana daunnya juga merupakan antara tarikan bagi orkid ini. Lebar daunnya boleh mencapai sehingga 1 kaki dan panjang daunnya juga mempunyai ukuran sehingga 2 kaki. Saiz daun inilah yang menyebabkan orkid ini mendapat nama, Orkid Telinga Gajah dimana ada usaha membawa keluar orkid ini dan diseludup kerana ia mempunyai nilai pasaran sehingga RM10,000 keatas bagi setiap pokok. Di Sabah spesis orkid ini sangat jarang dan sukar untuk ditemui dan hanya boleh ditemui di dua tempat sahaja yang dijaga dengan baik. Anda boleh lihat sendiri orkid unik iini dengan beramai-ramai menyaksikan sendiri Orkid yang unik ini di taman ini.


Dalam pada itu penulis blog dapat tumbuhan dinamakan sebagai Pokok Lekir, Pokok Ubi lekir, Loki atau Ubi Kekek dengan nama botaninya sebagai Titan Arum atau Amorphophallus titanum. Tumbuhan jenis orkid ini juga merupakan yang hasilkan bunga raksasa dimana dikatakan juga dikallangan masyarajkat tempatan juga dipanggil sebagai Bunga Bangkai atau Suweg raksasa. Jenis ini hanya endemik tumbuh di kawasan hutan di Borneo dan beberapa hutan lain di Sumatera.Jika berbunga lazimnya hasilkan bunga besar berwarna krim dengan tumbuh menegak bagi spesis Titan arum ini. Sekali pandang bentukk bunganya adalah seakan Bunga Terompet yang besar (pokok masih belum berbuga sewaktu lawatan). Didakwa apabila berbunga dimana Amorphophallus titanium ini boleh membesar sehingga 4 m dengan diameter sekitar 1.5 meter besarnya. Tumbuhan ini ada 2 fasa pertumbuhan iaitu fasa vegetatif f=dan fasa repproduktif dimana pada fasa  vegetatif biasanya batang tumbuh di atas umbi akan muncul batang tunggal dan daun yang sekilas mirip dengan pokok betik (Sila lihat foto disebelah). Ketinggian pokoknya boleh mencecah sehingga mencapai 6 meter. Setelah beberapa tahun maka organ generatifnya akan layu kecuali umbsinya yang mana ia akan mengeluarkan bunga yang besar. 
Bunga ini akan keluar bila umbsiinya memiliki berat minima sekitar 4 kg. Bila jumlah makanan dalam umbisi sudah kurang atau belum mencapai berat 4 kg sebaiknya pokok tersebut dibuang dan digantikan dengan pokok baru. Semasa bunga mekar akhirnya didebunga dan menjadi buah berbiji. Biji-biji ini boleh dijadikan benih untuk ditanam dengan mudah tunbuh fasa vegetatif. 

Penulis blog paling 'happy' apabila dilihat beberapa Kad QR Code ada digantung pada jelas beberapa spesis orkid terpilih (Sila lihat foto disebelah). Kad berwarna putih hitam ini mudah diakses dengan HP OPPO sayadan dalam beberapa saat kemudian ada link mempaparkan akan kenyataan spesis bunga tersebut dapam HP dan saya teus buat 'print screen'. Ini memudahkan saya dan pengunjung untuk mendapatkan maklumat terus daripada kecanggihan QR Code dan HP dengan cepat dan tepat. Dakwa Sheera setakat ini hampir 60% daripada spesis orkid di taman ini telah dipasang dengan tag QR Code dan usahasama membuatna dibuat bersama beberapa pihak berkepentingan didalan bidang akademik dan industri orkid di Sabah. Memang teknologi seperti ini sudah popular digunakan seperti pengalaman penulis blog di China dimana ia amat memudahkan orang biasa untuk mengakses maklumat. Dalam pada itu beberapa tumbuhan laon seperti herba, buah-buahan, tanaman akuatik, bunga-bungaan dan ornamental serta koleksi pokok dari luar negara juga boleh dipasang dengan tag QR Code untuk memudahkan para pelancong dan pengunjung mendapatkan akses maklumat yang tepat dan pantas. Walau pun signal untuk HP agak kurang kuat akan tetapi ia masih berfungsi dengan baik semasa saya membuat akses. Kepada anda pembaca blog anim agro technology kena datang berkunjung ke Taman Pertanian Sabah di Tenom ini untuk mendapatkan pelbagai info yang berbaloi mengunjunginya. Wasallam!!!...
TAMAN ORKID...KOLEKSI JANAPLASMA...
ORKID GERGASI... BERBAGAI LAINNYA...
PENERANGAN DIBERI... JELAS ISINYA...
DIJEMPUT SEMUA DATANG... ILMU DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 106, Orkid Hotel,
Tenom, Sabah,
Malaysia.
*15 Muharam 1441H).

Tuesday, September 24, 2019

BATU GANTUNG - INOVASI PETOLA

INOVASI BATU GANTUNG pada tanaman petola (Luffa acutangula ) merupakan satu amalan agronomi yang pada penulis blog jumpai amat praktikal bagi penanam sayur di TKPM Kg Slim, Daerah Mualim, Perak. Masaalah buah petola yang membengkok sering dikaitkan sebagai buah yang kurang berkualiti atau bergred rendah berbanding dengan buah petola yang bentuknya lurus. Tanaman Petola merupakan tanaman sayur buah yang popular selepas cili, timun dan peria. Ia juga merupakan sejenis sayuran buah dari keluarga Cucubitaceae yang ditanam secara komersial di Malaysia. Walau pun tanaman ini agak mudah ditanam tetapi ilmu teknikal petani perlu tinggi untuk mempastikan penghasilan yang lumayan dan mampu mencapai seperti hasil potensi. Penulis yang memang berpengalaman luas dalam menjalankan kerja-kerja khidmat nasehat terhadap penanaman petola segi semasa bertugas di selluruh negara sering meninjau amalan teknologi penanaman petola. Terkini ramai juga petani yang mengubah kaedah penanaman petola kepada teknologi fertigasi termasuk mengamalkan penanaman secara Teknologi Gantung. Masih ramai juga petani yang menanam petola dengan kaedah konvensional dimana mereka kini lebih banyak berubah kepada kaedah penanaman secara sistem berpara. Penanaman petola secara komersial dijalankan secara meluas di Johor, Pahang dan Kelantan. Pada 2018 seluas 1,361 hektar petola ditanam dengan pengeluaran sebanyak 18,762 metrik tan. Kawasan paling luas ditanam petola pada 2011 ialah Daerah Bera di Pahang (83 ha) diikuti Daerah Kota Tinggi di Johor (72 ha) dan Daerah Tumpat Kelantan (66 ha). Artikel pagi ini  didalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis inovasi penggunaan batu gantung untuk mempastikan buah petola yang dituai menjadi lurus untuk tingkatkan gred petola tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan.


Pokok Petola yang ditanam merupakan jenis tumbuhan yang menjalar diatas para dimana ia mula berbunga dan berbuah selepas 4-5 minggu ditanam. Bunga yang keluar ini akan menjadi buah bermula daripada putik sehingga ia sedia dituai apabila buah matang. Bagaimana pun bergantung kepada varieti,  amalan agronomi dan juga keadaan cuaca kualiti buah petola ini akan berbagai bentuknya kerana ada yang bengkok (separuh bulat), separuh bengkok dan ada yang bengkok. Buah petola yang bengkok ini sering digredkan sebagai buah petola yang kurang disukai pengguna (Sila anda lihat foto disebelah). Petani perlu mengasingkan buah petola yang membengkok ini untuk dijual dengan gred yang rendah dan dijual murah. Jika jumlah buah yang membengkok ini banyak maka ianya akan menjejaskan pendatan penanam sayur. Kesbuah membengkok ini disebabkan oleh berbagai faktur seperti faktur genetik, serangan serangga, kekurangan air, kekurangan nutrien atau baja dan kemungkinan oleh faktur angin dan cahaya matahari. Walau pun dari segi rasa petola yang lurus dan tegak ini tiada apa perbezaan akan tetapi pengguna tidak suka dengan petola membengkok ini. 


Inovasi yang penulis blog jumpa adalah oleh beberapa penanam sayur komersil di TKPM SKC Slim, Daerah Mualim, Perak. Ini adalah inovasi mudah (simple inovation) akan tetapi ia amat praktikal. Konsep yang digunakan adalah memberikan pemberat pada putih buah petola selama semingga untuk mempastikan buah tersebut jadi buah yang LURUS dan TIDAK MEMBENGKOK. Batu Gantung ini akan menggunakan alat khas Penggantung Buah Petola yang komponennya terdiri daripada Penyepit Baju Plastilk, Dawai Pengikat Tahan Karat (Coated) dan juga Batu Pemberat Konkrit. Cara membuat batu gantung ini amat mudah dengan membancuh simen dan masukkan kedalam dulang semaian (112 lubang) atau 'sowing tray' dan diletakkan dawai halus sepanjang 15-20 cm ditengah-tengahnya. Biarkan konkrot keras dan dikeluarkan daripada acuan. Mekudian dibahagian atas dawai ini diikat dengan penyepit baju (Plastik) yang kukuh (Sila lihat foto disebelah). Batu gantung ini memang tahan lama dan boleh digunakan beberapa kali musim tanaman petola kecuali penyepit plastik yang mereput selepas lama digunakan tetapi ia mudah diganti dengan penyepit baju yang baru. Selepas diguna ia boleh dikumpulkan dan disimpan dikawasan yang selamat untuk digunakan semula pada musim akan datang. Walau pun cara ini memerlukan modal dan kos tenaga kerja dilaporkan ia mempu meningkatkan pendapatan petani.


Penulis blog berbincang dengan petani yang membuat inovasi tersebut iaitu Encik Ah Peng (Sila lihat foto disebelah) di pondok kebunnya. Dakwanya dia pernah meliha bagaimana ada rakannya yang menggantung putik buah petolanya dengan gunakan pelbagai jenis alat pemberat seperti kayu, batu chipping, besi dan sebagainya dimana beratnya serta cara mengikatnya agak rumit. Kemuidan beliau fikir untuk menggunakan dulang semaian, dwai coated dan penyepit baju plastik dan didapati kaedah ini amat praktikal. Menurut beliau putik bunga petola yang muda berukuran 10 - 15 cm sudah boleh digantung dengan batu gantung dengan lekatkan penyepit baju pada hujung buah selama seminggu. Kemudian ia perlu dicabut semula dan disimpan atau pun digunakan untuk tanaman petola lain yang belum buahnya digantung. Waau pun ada kos tambahan pekerja dan kos membuat batu gantung, beliau dakwa akan mendapat buah yang lebih 95% berbentuk menegak yang pengguna selalu pilih buah tersebut berbanding dengan buah petola bengkok. Antara masaaalah menggantung batu ini adalah ada kalanya batu gantung ini jatuh selepas dipasang, buah patah akibat terlalu berat, masaalah tiupan angin kencang dan juga waktu menggantung sudah lewat (buah sudah membengkok awal). Apa pun ini beliau terus menggantung petola sehingga kini kerana pemborong akan memberikan harga baik untuk kualiti petola yang dihasilkan.


Biasanya buah petola akan dipetik apabila sudah matang untk dikumpulkan, digredkan dan dimasukkan didalam bakul. Buah petola yang bentuknya tegak akan disusun dalam bakul pemasaran dengan mudah berbanding dengan buah petola yang membengkok. Ia akan disusun didalam bakul dengan mudah dan jumlah buah yang bole dimasukkan lebih banyak dan tersusun (Sila lihat foto disebelah). Buah petola yang membengkok semua ada yang dimasukkan didalam bakul pemasaran lain (gred rendah) dan ada juga petani komersil terus membuangnya begitu sahaja di kawasan kebun. Penggunaan batu gantung yang biasa diamalkan oleh beberapa petani penanam sayur komersil di TKPM SKC Slim ini dilaporkan amat praktikal. TKPM SKC Slim ini antara pengeluar sayur utama di Lembah Kelang kerana beberapa orang petani di TKPM ini adalah pembekal sayuran dan buah-buahan utama di Pasar Borong Selayang. Selain daripada petola, tanaman lain yang dihasilkan di TKPM ini adalah sayur daun (Bayam, Kangkong dan Sawi), Limau Kasturi, Jambu Batu, Longan, Nangka, Mangga dan beberapa lagi. Inovasi menggunakan batu gantung kepada buah petola ini pada pennulis blog anim agro technology perlu diketengahkan ideanya kepada penanam petola lain seluruh negara. Semua artikel ini memberi  info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
TANAM PETOLA... ADA CARANYA...
PETOLA TENGAK... ADA PETUA...
BATU DIGANTUNG... PEMBERATNYA...
GRED A... MESTI TEGAK BUAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 701, Junior Suite,
Wiel Hotel, Ipoh,
Perak,
Malaysia.
(21 Muharam 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...