Support My Blog

Monday, September 9, 2019

CLIMBING FIG DI TAWAU SABAH

BUAH NADIR CLIMBING FIG (Ficus pictata) yang penulis blog jumpa di Ladang Balung Eco Resorts di Tawau  Sabah merupakan sejenis buah nadir yang sukar ditemui. Buah ini daripada keluarga Moraceae ini terdapat dalam hutan sekitar Malaysia, Thailand, Myanmar, Indochina, Indonesia, Taiwan dan juga di Kepulauan Andaman merupakan buah unik yang tumbuh liar. Pokok yang menjalar pada batang pokok balak yang besar ini mengeluarkan buah apabila masak berwarna oren dan hijau semasa muda (Sila lihat foto diatas sekali). Kalau habitat asalnya ia mempunyai ciri memanjat dalam hutan tetapi kini ada yang menjadikannya sebagai tanaman ornamental yang bernilai tinggi dibeberapa buah taman hutan. Apa yang penting dilaporkan dimana buah daripada pokok ini didakwa ada getah putih (latex), bentuk daun rhomboidial obovte dan buah berbentuk bulat yang oren warnanya apabula masak. Pokok dikotilidon yang berbunga ini adalah jenis parennial yang mempunyai batang yang tidak regular bentuknya semasa memanjat. Batangnya jenis berkayu dimana akarnya akan melekat pada batang pokok perumah menggunakan akar jenis thick-liana pada pokok induk. Bagaimana pun jika ia menjalar diatas tanah juga mampu menghasilkan buah sama seperti pokok ini yang memanjat pokok (climbing). Pengalaman penulis blog iaitu mengenai pokok ini dibantu oleh seorang pakar pokok buah nadir di Malaysia iaitu En Fazlisyam di Serdang dan ARC Mr. Chong di Stesyen Pertanian Quion, Tawau. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sejenis buah nadir iaitu buah Climbing Fig yang penulis jumpa di sebuah pokok besar di Tawau baru-baru ini untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Pokok fig hutan ini mempunyai susunan daun yang bersilang dengan saiz daun yang kecil berbentuk oblong sehingga bentuk obovate sehingga ada yang ianya berdaun lebar. Ukuran daun adalah sekitar 1 - 12 cm panjang dan sekitar 0.5 - 7.5 cm lebar dengan berwarna hijau gelap berkilat dibahagian atas dan hijau adalah terang dibawahnya (Sila lihat foto disebelah). Dibahagian hujung daun dan bawanya ada sedikit berbulu begitu juga dengan bahagian tangkai daun. Pokok jenis dioecious ini memang mengeluarkan bunga betina dan bunga jantan yang mana ia berlainan pada pokok yang sama. Dalam pemerhatian yang penulis blog teliti memang agak sukar untuk melihat akan bunganya kerana semasa lawatan dijalankan adalah musim berbuah yang sedang masak. Agen pendebungga buah fig hutan ini adalah tebuan atau wasps dimana ia akan dapat memacukkan belalai atau muncungnya kedalam bunga tersebut dimana berlaku proses pendebungaan akan berlaku didalam habitat hitan malar hijau tropika. Didakwa dimana daunnya sering digunakan sebagai bahan berguna yang dilenyek untuk merawat masaalah gatal dan juga sesuai direbus dimana airnya akan menghilangkan demam dan bahan campuran untuk ubat gigi. Bagaimana pun penulis blog dapati belum ada produk komersil berasaskan kepada pokok climbing tree di Malaysia setakat ini.


Meneliti terus buahnya yang bergayutan pada batang dan dahan pokok lebih menarik lagi. Pokok ini merupakan pokok yang mana buahnya adalah jenis Buah Synconium berbentuk 'Globose' dan juga berbentuk 'Ovoid'. Buah berwarna hijau ketika muda akan berubah menjadi buah berwarna oren sehingga berwarna ungu apabila buah masak (Sila lihat foto disebelah). Sekali pandang ada yang mendakwa bahawa buah ini seakan buah Kamquat. Buahnya bersaiz kecil sehingga berzaiz sederhana besar dengan garispusat sekitar 10 cm dimana ia mengeluarkan bau yang tersendiri apabila masak dan dibelah. Buah yang masak ranum kemudian akan gugur dan jatuh ketanah untuk dimakan oleh haiwan lain yang suka. Hanya spesis yang memanjat sahaja akan berbuah sedang yang menjakar diatas tanah tidak berbuah. Pokok fing climbing ini berbuah beberapa kali dalam setahun akan tetapi paling banyak sama dengan musim buah sekitar bulan Julai sehingga September. Pokok ini didakw mampu tumbuh untuk satu jangkamasa lama asalkan pokok induk dan habitat asalnya tidaj terganggu.


Apabila mengambil buah fig hutan yang dipetik maka kemidian ia dibelah dengan menggunakan tangan dan boleh juga menggunakan pisau. Isinya dilihat mengandungi banyak filamen berwarna kemerahan atau coklat (mengikut spesis) dan dikelilingi dengan kulit tebak (sekitar 1 cm) tebalnya (Sila lihat foto disebelah). Buah yang masak didalam hutam merupakan sejenis buah yang sangat disukai oleh Burung Kenyalang atau Hornbill (Anorrhinus galeritus) yang merupakan burung istimewa di kepulauan Borneo. Kehadiran burung kenyalang ini memakan buah tersebut ada dipaparkan didalam foto paling bawah dalam artikel kali ini. Pelbagai saiz, warna dan bentuk buah fig hutan ini selalunya akan menarik burung tersebut untuk datang memakannya apabila ia sudah cukup masak. Sehingga kini belum ada lagi nilai komersil buah ini untuk dimakan segar mahu pun untuk dijadikan produk proses seperti jus, produk komestik atau pun makanan kesihatan. Kajian dan penyelidikan kanjut boleh dijalankan pihak saintis akan kepentingan buah ini dimasa akan datang. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK MEMANJAT... FIG HUTAN DIA...
DI HUTAN SABAH... SAYA DAH JUMPA...
BANYAK BUAH ... OREN WARNANYA...
MENULIS ARTIKEL... TAMBAH INFONYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8015, MB Hotel,
Jalan Haji Karim,
Bandar Tawau, Sabah,
Malaysia.
(2 Ogos 2019).
Kemasini pada 10 September 2019.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...