TANAMAN HALIA FERTIGASI (Zingiber officinalis) secara fertigasi merupakan satu teknologi terkini yang diamalkan oleh beberapa orang usahawan. Baru-baru ini penulis blog membuat tinjauan teknologi ke kebun halia fertigasi milik Encik Osman Senik di TKPM Inderapura, Kuantan Pahang. En Osman Senik adalah lulusan pertanian yang berazam untuk menjadikan tanaman halia kaedah tanaman fertigasi sebagai bidangusaha terbaru. Minat beliau dalam pertanian setelah lama berkecimpong dalam bidang minyak Petronas dan kini beralih kepada bidang tanaman seperti halia berdasarkan kepada potensinya. Dakwa beliau kawasan sesuai perlu dicari dan terus memohon kawasan tanaman sesuai di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Inderapura (TKPM) di Kuantan yang mana mudah untuk dikunjungi beliau. Ini kerana telah ada struktur Rumah Pelindung Hujan (SPH) di TKPM ini yang sesuai untuk penanaman halia secara fertigasi. Kemudahan asas infra seperti sistem bekalan air dan teknologi fertigasi yang dilakukan oleh lebih daripada 20 peserta TKPM di sini menggunakan teknologi fertigasi menjadi panduan kepada beliau. Kelulusan mengusahakan tapak diterima pada Febuari 2019 dan beliau seterusnya membuat kerja-kerja tapak seperti memasang jaring hitam sebagai penaung dan meletakkan plastik dibahagian tapak dikawasan SPH ini. Seterusnya beliau membeli input seperti plastik hitam bersaiz besar, media tanaman fertigasi, sistem piping sistem fertigasi dan juga input benih. Pengisian polibeg dengan media tanaman sebanyak 8,000 beg dan disusun dengan jarak 2 kaki x 2 kaki dalam masa 3 minggu. Perkara penting dalam aktiviti penanaman halia fertigasi adalah rumah pelindung hujab yang tinggi kos pembinaannya. En Osman menggunakan rumah SPH yang dibina oleh Jabatan Pertanian di TKPM dengan sewaan. Artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan teknologi dan kosting tanaman halis secara fertigasi oleh usahawan di Kuantan untuk bahan rujukkan anda semua.
Tanaman Halia boleh dituai sebagai halia muda atau halia tua/matang. Halia boleh dipungut sebagai halia muda selepas 4 - 6 bulan selepas ditanam dalam polibeg. Manakala halia tua atau matang boleh dituai dalam tempoh 9 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibeg. Dalam pada itu diantara tanda-tanda halia sudah matang atau tua adalah berlakunya nekrosis di bahagian hujung daun dan daun halia mulai kering pada usia 7 - 8 bulan. Secara purata setiap rumpun halia di dalam polibeg akan menghasilkan 2.4 sekilo halia muda manakala bagi halia tua pula setelah cukup uumur maka rizomnya mampu mencecah 5.4 sekilo satu polbeg. Penggredan dilakukan berdasarkan saiz rizom atau pun secara timbangan berat dan rasa kepedasan rizom halia. Pengendalian lepas tuai yang teratur bagi halia amat penting untuk mengawal akan kemungkinan akibat kerosakan dan kemerosotan mutu kualiti rizom. Mutu dan harga pasaran halia boleh menurun akibat jangkitan kulat, kehilangan air (kecut dan berkedut-kedut) dan juga percambahan tunas. Lazimnya ada petani yang akan lihat dimana polibeg halia dialihkan ke bangsal atau tempat yang redup pada awal pagi ataupun petang. Halia akan dikeluarkan daripada polibeg dan dicuci dalam keadaan persekitaran yang redup bagi mengelak kehilangan kandungan air yang boleh menyebabkan halia menjadi kecut. Bagaimana pun kesan pancaran matahari dijangka boleh menyebabkan penghijauan yang akan menjejaskan mutu halia. Rumpun halia akan dipotong dan diasingkan daripada beg tanaman. Halia dan medium tanaman akan dikeluarkan daripada beg tanaman. Apa yang penting adalah dimana bahagian rizom akan diasingkan daripada medium tanaman dengan menggunakan semburan air separa kuat supaya tidak menjejaskan rupa dan bentuk halia. Halia yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam bakul plastik. Bahan pengalas seperti kertas atau span perlu bagi mengelak geseran antara bakul dan rizom halia. Penuaian hasil halia akan dibawa dengan secepat mungkin ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan bagi operasi penyediaan yang seterusnya.
Paling penting penulis blog hendak kongsi info sepertimana yang dibuat analisa bersama En Amir (AO Kuantan) berikut dipaparkan analisa kos pengeluaran dan pendapatan tanaman halia fertigasi. En Osman membeli benih halia benting sebanyak RM15,000 dan benih halia Sabah sebanyak RM15,000 menjadikan jumlah kos benih adalah RM30,000. Kos bahan polibeg besar berwarna hitam sebanyak 8,000 polibeg sebayak RM12,800. Kos bahan Cocopeat 4,000 guni adalah sebanyak RM32,000 dan pembelian Weedmat 6 gulung dan Netting Hitam untuk bumbung dibawah SPH sebanyak RM3,000, Bhan-bhan input kimmia seperti racun kulat dan racun serangga menjadikan jumlah kos pelaburan beliau adalah sebanyak RM70,000.00 untuk bahan input dan RM 18,000 kos tenaga kerja menjadikan jumlah kos pengeluaran sebanyak RM88,000. Selepas 6 bulan maka hasil yang dijangka adalah 2 kg satu polibeg dengan 95% menjadi gred baik menjanjikan jumlah hasil sebanyak 15,200 kg. Harga kontrek halia muda yang ditawarkan oleh PPK kepada En Osman untuk halia fertigasi adalah RM16.00 sekilogram pada harga ladang. Anggaran pendapatan kasar adalah sebanyak RM243,300. Ini bermakna anggaran pendapatan bersih ladang setelah dirtolak kos pengeluaran adalah RM155,000 semusim. Jangkaan pendapatan bulanan dari tanaman fertigasi halia atas kertas adalah sekitar RM25,833 sebulan. Dilihat dari segi kiraan memang agak memberangsangkan akan penanaman halia secara fertigasi ini. Bagaimana pun penulis blog dapati diprojek lain harga halia muda di ladang hanya sekitar RM10.00 sekilogram. Jika ini harga sebenar maka jumlah pendapatan kasar adalah sebanyak jumlahnya RM121,000 dengan pendapatan bersih sekitar RM33,600 (bagi tempoh 6 bulan) atau pun sebanyak RM6,720 sebulan. Penulis blog membuat rujukkan kepada jurnal MARDI mengenai kosting tanaman halis fertigasi diterbitkan pada tahin 2016 dimana untuk halia muda MARDI berjaya hasilkan sebanyak 2.4 kg/pokok/musim dimana dengan bilangan kali penanaman adalah 3 kali setahun menjadikan jumlah pokok halis ditanam 500 pokok/SPH menghasilkan halia muda sebanyak 108,000 kg. Jika pada masa itu harga ditawarkan untuk halia muda adalah RM3.00/kg maka anggaran kasar pendapatan kasar tahunan (3 kali tanam) adalah sebanyak RM324,000 atau pun RM27,000 sebulan. Seterusnya MARDI dakwa bagi penghasilan halia tua pula mampu menghasilkan sebanyak 5.4 kg satu polibeg dengan sebanyak 500 polibeg/SPH dan 1 kali opusingan setahun menghasilkan sebanyak 81,000 kg hasil. Jika harga ladang halia tua pada 2016 sekitar RM3.60 maka anggaran pendapatan kasar kajian MARDI adalah sebanyak RM291,000 setahun atau sekitar RM24,300 sebulan. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM HALIA.. FERTIGASI CARANYA...
DALAM POLIBEG.. COCOPEAT MEDIA...
HALIA MUDA... 6 BULAN TANAMNYA...
ANALISA KOSTING... TINGGI UNTUNGNYA?...
By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Room 1009, Kinta Waterfront Hotel,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(1 Muharam 1441H).
Penanaman halia secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan menghadapi beberapa masalah serangga perosak dan penyakit bergantung kepada cara petani membuat penjagaan. Faktor asas seperti kebersihan persekitaran ladang, kebersihan sistem pengairan fertigasi dan amalan kultur oleh pengusaha dan pekerja ladang memainkan peranan penting dalam mencegah sebarang serangan serangga perosak dan penyakit. Penulis blog sebagai agronomist dapati jika berlaku serangan serangga perosak dan penyakit utama tanaman halia boleh dikawal dengan cara amalan kultur yang betul atau menggunakan racun perosak atau kedua-duanya sekali. Penyemburan racun perosak hanya digunakan apabila perlu sahaja dan semua tatasusila penggunaan racun kimia mesti betul dan dipatuhi. Diantara beberapa perosak yang mungkin menyerang tanaman halia fertigasi adalah Ulat Pengorek (Udaspes folus) yang boleh dikawal dengan semburan seperti racun Permethrin. Penyakit Layu Bakteria yang berpunca (Pseudomonas solanacearum) boleh dikawal dengan memusnahkan pokok berserta polibeg dan medium yang berpenyakit. Sebaiknya petani perlu menggunakan rizom benih yang sihat dan dipastikan kawasan tanaman halia fertigasi mempunyai sistem saliran yang baik. Bagi serangan Penyakit Bintik Daun (Phyllosticta zaingibera) yang boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Cara lain adalah dengan membuang daun yang berpenyakit. Bagi serangan oleh Penyakit Akar (Fusarium oxysporum) sesuai dikawal dengan semburan racun Previcur N atau menggunakan rizom benih yang sihat dan dipastikan menentukan saliran yang baik. Bagaimana pun tinjauan penulis di kebun En Osman di dapati kadar serangan perosak dan penyakit amat minima.
Dalam pada itu cara penanaman halis fertigasi di kebun ini adalah sebanyak 8,000 polibeg dengan sebanyak 4,000 polibeg menggunakan Varieti Halia Bentong dan sebanyak 4,000 polibeg lagi adalah menggunakan varieti Halia Sabah. Harga benih digunakan adalah sama. Amalan dan cara menanam adalah dengan benih rizom akan dimasukkan kedalam polibeg iaitu rizom yang ada 2-3 mata tunas kedalam polibeg yang mengandungi media tanaman cocopeat. Sebaiknya dibubuh Baja Bio Supreme 100 gram/polibeg. Lazimnya benih rizom halia bermutu akan diletakkan didalam cocoppeat dilapisan bawah sekali. Rizom ditanam dalam anggaran jarak 7 inci atas lapisan baja tersebut. Bagi tujuan pengairan Osman akan menggunakan air kosong 3 kali sehari iaitu sekadar cukup sekadar untuk melembapkan sedikit cocopeat cocopeat. Bagaimana pun jika berlaku hujan maka tidak perlu siram. En Osman juga sentiasa membuat pemantauan didalam usaha membuat kawalan Penyakit dan Perosak. Beliau menggunakan racun kulat iaiti racun tolclofus 50% dimana petani ada gunakan jenama racun Rizolex. Antara bahan racun serangga yang digunakan adalah Cypermethrin 20% dan beliau juga juga guna Mencozeb. Cara membaja adalah menggunakan baja NPK 16:16:16 jenama Yaramilla. Baja butir ini akan dibubuh dalam polibeg atas cocopeat sebulan sekali dengan kadar diamalkan adalah Kadar 20 gram/polibeg (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan baja Chitosan secara semburan daun menyihatkan lagii tanaman halia fertigasi.
Tanaman Halia boleh dituai sebagai halia muda atau halia tua/matang. Halia boleh dipungut sebagai halia muda selepas 4 - 6 bulan selepas ditanam dalam polibeg. Manakala halia tua atau matang boleh dituai dalam tempoh 9 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibeg. Dalam pada itu diantara tanda-tanda halia sudah matang atau tua adalah berlakunya nekrosis di bahagian hujung daun dan daun halia mulai kering pada usia 7 - 8 bulan. Secara purata setiap rumpun halia di dalam polibeg akan menghasilkan 2.4 sekilo halia muda manakala bagi halia tua pula setelah cukup uumur maka rizomnya mampu mencecah 5.4 sekilo satu polbeg. Penggredan dilakukan berdasarkan saiz rizom atau pun secara timbangan berat dan rasa kepedasan rizom halia. Pengendalian lepas tuai yang teratur bagi halia amat penting untuk mengawal akan kemungkinan akibat kerosakan dan kemerosotan mutu kualiti rizom. Mutu dan harga pasaran halia boleh menurun akibat jangkitan kulat, kehilangan air (kecut dan berkedut-kedut) dan juga percambahan tunas. Lazimnya ada petani yang akan lihat dimana polibeg halia dialihkan ke bangsal atau tempat yang redup pada awal pagi ataupun petang. Halia akan dikeluarkan daripada polibeg dan dicuci dalam keadaan persekitaran yang redup bagi mengelak kehilangan kandungan air yang boleh menyebabkan halia menjadi kecut. Bagaimana pun kesan pancaran matahari dijangka boleh menyebabkan penghijauan yang akan menjejaskan mutu halia. Rumpun halia akan dipotong dan diasingkan daripada beg tanaman. Halia dan medium tanaman akan dikeluarkan daripada beg tanaman. Apa yang penting adalah dimana bahagian rizom akan diasingkan daripada medium tanaman dengan menggunakan semburan air separa kuat supaya tidak menjejaskan rupa dan bentuk halia. Halia yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam bakul plastik. Bahan pengalas seperti kertas atau span perlu bagi mengelak geseran antara bakul dan rizom halia. Penuaian hasil halia akan dibawa dengan secepat mungkin ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan bagi operasi penyediaan yang seterusnya.
Paling penting penulis blog hendak kongsi info sepertimana yang dibuat analisa bersama En Amir (AO Kuantan) berikut dipaparkan analisa kos pengeluaran dan pendapatan tanaman halia fertigasi. En Osman membeli benih halia benting sebanyak RM15,000 dan benih halia Sabah sebanyak RM15,000 menjadikan jumlah kos benih adalah RM30,000. Kos bahan polibeg besar berwarna hitam sebanyak 8,000 polibeg sebayak RM12,800. Kos bahan Cocopeat 4,000 guni adalah sebanyak RM32,000 dan pembelian Weedmat 6 gulung dan Netting Hitam untuk bumbung dibawah SPH sebanyak RM3,000, Bhan-bhan input kimmia seperti racun kulat dan racun serangga menjadikan jumlah kos pelaburan beliau adalah sebanyak RM70,000.00 untuk bahan input dan RM 18,000 kos tenaga kerja menjadikan jumlah kos pengeluaran sebanyak RM88,000. Selepas 6 bulan maka hasil yang dijangka adalah 2 kg satu polibeg dengan 95% menjadi gred baik menjanjikan jumlah hasil sebanyak 15,200 kg. Harga kontrek halia muda yang ditawarkan oleh PPK kepada En Osman untuk halia fertigasi adalah RM16.00 sekilogram pada harga ladang. Anggaran pendapatan kasar adalah sebanyak RM243,300. Ini bermakna anggaran pendapatan bersih ladang setelah dirtolak kos pengeluaran adalah RM155,000 semusim. Jangkaan pendapatan bulanan dari tanaman fertigasi halia atas kertas adalah sekitar RM25,833 sebulan. Dilihat dari segi kiraan memang agak memberangsangkan akan penanaman halia secara fertigasi ini. Bagaimana pun penulis blog dapati diprojek lain harga halia muda di ladang hanya sekitar RM10.00 sekilogram. Jika ini harga sebenar maka jumlah pendapatan kasar adalah sebanyak jumlahnya RM121,000 dengan pendapatan bersih sekitar RM33,600 (bagi tempoh 6 bulan) atau pun sebanyak RM6,720 sebulan. Penulis blog membuat rujukkan kepada jurnal MARDI mengenai kosting tanaman halis fertigasi diterbitkan pada tahin 2016 dimana untuk halia muda MARDI berjaya hasilkan sebanyak 2.4 kg/pokok/musim dimana dengan bilangan kali penanaman adalah 3 kali setahun menjadikan jumlah pokok halis ditanam 500 pokok/SPH menghasilkan halia muda sebanyak 108,000 kg. Jika pada masa itu harga ditawarkan untuk halia muda adalah RM3.00/kg maka anggaran kasar pendapatan kasar tahunan (3 kali tanam) adalah sebanyak RM324,000 atau pun RM27,000 sebulan. Seterusnya MARDI dakwa bagi penghasilan halia tua pula mampu menghasilkan sebanyak 5.4 kg satu polibeg dengan sebanyak 500 polibeg/SPH dan 1 kali opusingan setahun menghasilkan sebanyak 81,000 kg hasil. Jika harga ladang halia tua pada 2016 sekitar RM3.60 maka anggaran pendapatan kasar kajian MARDI adalah sebanyak RM291,000 setahun atau sekitar RM24,300 sebulan. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM HALIA.. FERTIGASI CARANYA...
DALAM POLIBEG.. COCOPEAT MEDIA...
HALIA MUDA... 6 BULAN TANAMNYA...
ANALISA KOSTING... TINGGI UNTUNGNYA?...
By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Room 1009, Kinta Waterfront Hotel,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(1 Muharam 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.