Support My Blog

Tuesday, September 30, 2014

KELULUT - TEKNOLOGI TERNAK (Part 2)

KELULUT atau Lebah Kelulut merupakan serangga kecil yang ujud didalam kawasan tumbuh-tumbuhan semulajadi di negara kita. Serangga ini dahulu hanya dibiarkan sahaja membuat sarang dicelah-celah batang kayu, di rumah kayu, dicelah-celah batu dan tidak dipandang sebagai satu sumber ekonomi. Kini telah ramai dikalangan usahawan kita yang mula berminat untuk menternak kelulut kerana potensi pendapatan yang boleh dijana adalah baik. Penulis blog ini mendapat kini terdapat lebih dari 35 spesis kelulut terdapat di Malaysia antaranya Trigona mellina, Trigona atripes, Trigona terminata, Trigona itama, Trigona collina, Trigona apicalis, Trigona laeviceps, Trigona thoracica dan banyak lagi. Bagaimana pun hanya dua spesis kelulut yang paling berpotensi untuk diternak secara komersil iaitu Trigona thoracica (Berbadan agak besar sedikit dan sangat aktif) dan juga Trigona itama (agak kecil sedikit dan aktif). Daripada pemantauan penulis dibeberapa projek ternakan lebah kelulut di Pokok Sena, Kedah, di Kelantan dan di Negeri Terengganu mendapati bahawa jenis spesis T. thoracica memberikan hasil lebih cepat berbanding dengan jenis spesis T. itama walau pun pada akhirnya kedua-dua spesis ini memberikan jumlah hasil yang hampir sama dari segi ekonomik. Spesis T. itama ini didapati masih aktif mencari makanan walau pun pada musim hujan berbanding dengan spesis satu lagi. Hanya mereka yang berkursus mengenai lebah keluut yang diadakan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI serta syarikat swasta mungkin akan mengenali perbezaan kedua-dua spesis kelulut tersebut. Mungkin masih ada dikalangan kita kurang faham bahawa serangga kelulut merupakan jenis lebah yang tidak menyengat seperti lebah madu jenis Apis cerana (Lebah Keran) dan Apis mellifera (Lebah impot). Walau pun jumlah madu lebah kelulut yang dihasilkan agak sedikit berbanding dengan lebah madu ia masih menguntungkan kerana nilai madu kelulut lebih mahal menjadikan ia adalah nilai sumber ekonomi baru yang boleh dibangunkan di Malaysia. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi dan ilmu mengenai ternakan kelulut bagi rujukan anda. 


Sebenarnya apa usahawan perlu tahu sebelum menternak Lebah Kelulut?. Pada saya beberpa tips penting sebelum mulakan penternakan kelulut perlu dipauhi. Pertama sekali adalah mengkaji lokasi dimana kita hendak menternak kelulut, Semestinya usahawan baru perlu untuk mendapatkan sebanyak mana ilmu berkaitan kelulut melalui kursus, lawatan belajar atau membaca info tambahan daripada internet. Pastikan anda meluangkan masa menghadiri kursus anjuran Jabatan Pertanian, MARDI atau pihak swasta kelulut yang berwibawa. Setelah kursus anda perlu menentukan sumber koloni bagi mulakan projek sama ada mencari sendiri atau beli dari pembekal yang ada jaminan. Pastikan anda tahu jenis koloni kelulut yang sesuai dibela (T. thoracica atau T. itama). Antara faktur penentu dalam kejayaan penternakan kelulut adalah menentukan pemasaran produk kelulut sama ada ujud atau tidak berhampiran anda. Selalu berkunjung ke tempat ladang ternakan pengusaha sediada dan berhubung dengan penternak kelulut yang berjaya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara hands-on. Kini telah ramai usahawan kelulut yang menternak secara kecil-kecilan dikawasan rumah dan juga dikawasan hutan akasia atau hutan gelam. Kalau anda buka internet, banyak artikel dan informasi mengenai teknologi menternak kelulut untuk dijadikan rujukan. 

Terdapat dua Teknologi Pemeliharaan Lebah Kelulut iaitu menggunakan TEKNIK TOPPING dan TEKNIK KOTAK. Apa yang kini lazim dilakukan oleh ramai usahawan muda dan baru adalah Teknik Topping adalah dimana kaedah ini menggunakan bahan batang pokok kayu yang mengandungi koloni lebah kelulut dan akan diletakan 'kotak madu' dibahagian diatasnya. Batang Kayu yang mempunyai lubang ditengahnya dan mengandungi koloni kelulut akan disambung dengan Kotak Madu dimana disambung dengan lubang bulat ditengahnya. Lubang seluas 2 inci ditengah-tengah kotak membolehkan kelulut menyimpan madu dalam kantung yang dibina. Teknik ini lebih sesuai dilakukan untuk pengusaha baru kerana risiko kelulut lari rendah kerana koloni utama masih tinggal dalam batang kayu sama seperti keadaan semulajadinya dihabitat asal. Bagaimana pun terdapat juga beberapa kelemahan teknik ini dimana koloni kelulut sukar untuk diubah ke beberapa tempat lain yang banyak sumber makanan. Teknik ini juga agak sukar untuk membuat proses pemecahan koloni. Pemecahan koloni akan dilakukan dengan teknik membelah batang kayu. Lazimnya jangkamasa madu untuk naik ke kotak lambat sedikit dengan teknik kotak dan teknik ini boleh menyebabkan sarang ada risiko diserang anai-anai.

Pilihan kedua dan moden adalah cara Teknik Kotak dimana ternakan kelulut menggunakan Kotak Kelulut yang dibina khas untuknya (Sila lihat foto sebelah). Cara ini melibatkan teknik pemindahan koloni ke dalam kotak perlu dilakukan dengan berhati-hati agar proses itu memudahkan kita dan kemasukkan kelulut. Perkara yang penting dalam proses ini ialah kedudukan corong atau muncung sarang lebah kelulut. Ia mempunyai sejenis bauan yang akan menjadi tanda bahawa sarang itu didiami oleh spesis tersebut sahaja.  Lazimnya koloni lebah kelulut dalam batang kayu perlu dibelah untuk mengeluarkan telurnya. Teknik membelah koloni perlu dilakukan dengan berhati-hati agar mesin memotong tidak terkena telur dan ratu. Jika ratu kelulut tersebut mati maka lazimnya semua koloni akan mati akhirnya dan koloni akan membuat ratu baharu jika ada telur ratu. Cara ini mudah untuk proses pemecahan koloni tetapi memerlukan kemahiran dan kepakaran yang hebat.

Menternak Lebah Kelulut adalah cara terbaik sebagai sumber pendapatan sampingan. Peternakan lebah kelulut memberi hasil yang lumayan sama seperti lebah madu biasa kalau diusahakan dengan betul mengikut pakej amalan teknologi yang sesuai. Lebah kelulut tidak menyegat berbanding dengan lebah madu. Kajian penulis mendapati permintaan madu kelulut semakin tinggi kerana pengguna sedar tentang khasiat yang ada padanya sedangkan pengeluaran masih lagi amat kurang. Kalau dahulu madu kelulut diambil secara liar dan kini telah muncul cara baru untuk menternak secara komersial serta memudahkan pengambilan madu. Beberapa jenis produk dari lebah kelulut adalah seperti Madu kelulut, Propolis dan Pollen atau bee bread. Dari segi ekonomi yang penulis dapat daripada pakar kelulut dan pengusaha sedia ada mendapati lebah kelulut dapat memberi sumber pendapatan yang lumayan kepada penternaknya. Seseorang usahawan yang memiliki 100 koloni lebah kelulut akan dapat 4 kali tuaian madu setahun. Anggaran hasil tuaian sekitar antara 2-5kg madu, 1-2kg bee bread dan 400-800g propolis dari setiap koloni setahun. Dalam satu tahun anggaran pendapatan penternak kelulut yang aktif mampu menjana sekitar RM 650-RM700 untuk 1 koloni dan kalau anda mempunyai sebanyak100 koloni maka pendapatan dianggarkan sebanyak RM65,000 - RM70,000 setahun. Kini harga pasaran madu kelulut berada RM 80 - RM240 per kg, harga bagi Bee bread RM75 per kg dan harga bagi propolis RM180 /kg. Kadar harga ini berubah mengikut faktur pemintaan dan bekalan dan musim.

Apabila membaca artikel ini telah timbul minat untuk mulakan menternak kelulut sendiri dikawasan rumah. Bagaimana untuk memulakan bagi usahawan baru sebaiknya bermula dengan10 koloni dahulu. Tujuan ini adalah untuk mereka mempelajari dan mengenal dengan lebih dekat mengenai pengurusan lebah kelulut sebelum membuat pelaburan yang besar bagi mengelak kerugian yang lebih besar. Modal yang perlu adalah kos untuk membeli Koloni (Trigona itama) iaitu sekitar RM 250-RM800 (dalam batang kayu) dan pembelian kotak kelulut sebanyak RM 80 (1 kotak). Lain-lain los sebanyak RM 1,000 diperlukan untuk menyediakan tanaman untuk bahan makanan, peralatan, penyediaan tapak dan sebagainya. Jumlah kos asas untuk mulakan penternakan kelulut adalah sebanyak RM 4,300 - RM9,800. Bagaimana pun masa perbelanjaan sebenar hanya berlaku apabila ada pembekal bersedia membekalkan koloni kelulut yang sememangnya agak sukar mendapatkan yang berkualiti dan terjamin. Walau pun spesis kelulut banyak jenis, antara jenis spesis yang disyorkan adalah Trigona itama, Trigona thoracica, Trigona laeviceps dan juga Trigona terminata. Kawasan yang sesuai menternak kelulut seperti di ladang buahan seperti jenis dusun belimbing dan mangga dan kawasan hutan akasia atau Hutan gelam. Bagaimana untuk mereka yang tinggal di kawasan kampung dusun buahan juga sesuai untuk menternak kelulut. Penulis dapati hasil madu bergantung kepada sumber makanan. Sekiranya terhad digalakan menanam pokok bunga atau tumbuhan yang disukai oleh lebah kelulut seperti Honolulu creepers, rumput israel, bunga pukul lapan dan banyak jenis lagi. Wasallam!.


POTENSI...KELULUT DIPELIHARA...
JENISNYA,..THORACICA KE ITAMA...
SEDIA KOTAK... TOPPING JUGA...
CARI ILMU... MELAWAT MEREKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 104, Hotel Air Hitam,
Lawat Pusat Pertanian Air Hitam,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1435H)  

Monday, September 29, 2014

KELULUT - TEKNOLOGI TERNAK (Part 1)

KELULUT atau Lebah Kelulut merupakan serangga kecil yang ujud didalam kawasan tumbuh-tumbuhan semulajadi di negara kita. Serangga ini dahulu hanya dibiarkan sahaja membuat sarang dicelah-celah batang kayu, di rumah dan dicelah-celah batu dan tidak dipandang sebagai satu sumber ekonomi. Kini telah ramai dikalangan usahawan kita yang mula berminat untuk menternak kelulut kerana potensi pendapatan yang boleh dijana. Penulis mendapat kini terdapat lebih dari 35 spesis kelulut terdapat di Malaysia antaranya Trigona mellina, Trigona atripes, Trigona terminata, Trigona itama, Trigona collina, Trigona apicalis, Trigona laeviceps, Trigona thoracica dan banyak lagi. Bagaimana pun hanya dua spesis yang berpotensi untuk diternak secara komersil iaitu Trigona thoracica (Berbadan agak besar sedikit dan sangat aktif) dan juga Trigona itama (agak kecil sedikit dan aktif). Daripada pemantauan penulis dibeberapa projek ternakan lebah kelulut di Pokok Sena, Kedah, di Kelantan dan di Negeri Terengganu mendapati bahawa spesis T. thoracica memberikan hasil lebih cepat berbanding dengan T. itama walau pun pada akhirnya kedua-dua spesis ini memberikan jumlah hasil yang hampir sama dari segi ekonomik. Spesis T. itama ini didapati masih aktif mencari makanan walau pun pada musim hujan berbanding dengan spesis satu lagi. Hanya mereka yang berkursus mengenai lebah keluut yang diadakan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI serta syarikat swasta mungkin akan mengenali perbezaan kedua-dua spesis kelulut tersebut. Mungkin masih ada dikalangan kita kurang faham bahawa kelulut merupakan jenis lebah yang tidak menyengat seperti lebah madu jenis Apis cerana (Lebah Keran) dan Apis mellifera (Lebah impot). Walau pun jumlah madu lebah kelulut yang dihasilkan agak sedikit berbanding dengan lebah madu, oleh kerana nilai madu kelulut lebih mahal menjadikan ia adalah nilai sumber ekonomi baru yang boleh dibangunkan di Malaysia. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi dan ilmu mengenai ternakan kelulut bagi rujukan anda. 


Selain daripada hasil madu kelulut, penternakan lebah kelulut juga dapat meningkatkan proses pendebungaan, menghasilkan propolis, resin dan juga baik untuk program agro- pelancongan. Serangga kelulut juga tidak mempunyai banyak masaalah serangan penyakit dan perosak seperti yang sering berlaku kepada lebah madu keran atau lebah madu impot. Bagaimana pun masa ini harga membeli koloni kelulut aalah tinggi disebabkan oleh permintaan yang meningkat dan bekalan koloni baru yang sedikit. Kini belum ramai usahawan yang mempunyai teknologi dan juga kepakaran untuk membiakkan kelulut. Ini berbeza dengan teknik membiakan ratu dan koloni Lebah Madu yang membolehkan proses untuk menyediakan ratu lebah. Pada masa ini teknik memerangkap ratu dan koloni kelulut masih menggunakan perangkap kayu berlubang secara tradisional. Bagaimana pun seorang saintis dan usahawan di Kelantan telah mencipta sejenis Kotak Kelulut yang dipanggil sebagai 'MUSTAFA HIVE' yang mampu memecahkan koloni kelulut dengan baik dan cekap. 

Penulis mendapati cara mengecam jenis lebah kelulut memerlukan kemahiran dan kepakaran khusus kerana mungkin mereka yang tidak kenal akan menyangkakan ia sebagai jenis lalat atau pun semut terbang atau pun lalat buah. Kelulut dalam keadaan semulajadi sering membina sarang dengan laluan pintu lubang masuk kesarangnya yang kecil sahaja dicelah-celah lubang kayu atau batu (Sila lihat foto disebelah)Sarangnya diperbuat daripada lilin, resin dan sejenis gam dan ada juga gunakan lumpur tanah untuk struktur binaan sarang. Walau pun pintunya kecil tetapi koloni kelulut yang produktif akan membuat banyak lapisan atau kelompok sarang didalamnya. Lazimnya koloni kelulut yang baik mempunyai lebih dari 9 lapisan sarang. Bagi mengenali spesis kelulut, kita perlu melihat beberapa ciri marfologi kerana kelulut mempunyai pelbagai warna mengikut spesis. Bagi spesis T. Itama ia adalah berwarna hitam dimana saiznya lebih kecil daripada lebah madu iaitu hanya sebesar lalat malahan ia adalah lebih kecil (Sila lihat foto dibawah). Kelulut juga mempunyai rekabentuk struktur sarang yang berlainan bagi setiap spesis dimana dalam pemerhatian penulis mendapati ada spesis kelulut suka membuat sarang di dinding rumah, siling, simen, batang pokok dan dalam tanah. Kalau diteliti lagi terdapat perbezaan agak nyata mengenai struktur pintu masuk juga berlainan mengikut spesis.

Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam (Sila lihat foto sebelah). Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Penulis dapati ia seakan sama sama seperti lebah madu dimana kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. Bagaimana pun lazimnya madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah. Madu kelulut juga berharga lebih mahal berbanding dengan madu lebah biasa kerana kurang dipasaran dan sukar untuk mendapatkan jumlah yang banyak. Kini walau pun kelulut telah menjadi kesukaan ramai peminat, pengeluaran dan juga penghasilan madu kelulut masih sedikit dan sukar diperolehi dipasaran tempatan. Dari segi khasiat pula madu kelulut termasuk jenis madu yang mampu meningkatkan metabolisma badan, menambah tenaga batin, menjaga kesihatan, menguatkan tenaga wanita yang baru bersalin dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman. Hasil penyelidikan saintis mendapati madu kelulut memberi nilai tambah dimana ia disahkan mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan.

Persoalannya sekarang adalah apakah menternak Lebah Kelulut ini mempunyai potensi?. Pada masa ini permintaan terhadap madu kelulut kini semakin meningkat kerana kesedaran pengguna tentang khasiatnya berbanding dengan madu lebah biasa. Khasiatnya dapat mengubati pelbagai penyakit berbahaya. Lebah kelulut tidak memerlukan ruang yang cukup luas untuk aktiviti memeliharanya. Madu lebah kelulut juga amat berkhasiat berbanding madu lebah biasa dan boleh diternak ditepi rumah, kebun sayuran, kawasan dusun buahan dan dimana sahaja yang mempunyai sumber makan. Hasil dari lebah kelulut adalah madu, propolis dan bee bread. Teknik memelihara juga agak mudah dijaga dan kelulut memang tidak menyengat seperti lebah Apis cerana dan Apis dorsata. Ia boleh hidup lama sehingga beberapa tahun sekiranya tidak diancam oleh musuhnya dan sentiasa mempunyai sumber makanan yang mencukupi. Pengusaha hanya perlu menyediakan tempat tinggal yang sesuai (kotak) untuk memudahkan pengumpulan madu dibahagian atas koloni. Sebagai perbndingan menternak kelulut tidak perlu sediakan makanan dan minuman spt ternakan lembu, kambing, ayam tetapi kita perlu membuat pemeriksaan berjadual sahaja. Semuga anda mendapat info teknologi dari blog "Anim Agro Technology" dan ianya berguna. Wasallam!...


TERNAK KELULUT...BAGAIMANA...
TENTUKAN SPESIS...YANG MANA...
MADU MANIS... MASAM PUN RASA...
BERKHASIAT... MAHAL HARGANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional Timur,
Pusat Pertanian Sekayu,
Terengganu,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1435H)

Sunday, September 28, 2014

KELULUT - POTENSI

LEBAH KELULUT merupakan satu kenyataan yang kini menjadi 'hot item' kerana Lebah Kelulut (Trigona sp) telah dipromosikan dengan hebat untuk diternak secara komersil atau hobi sahaja. Ramai dikalangan mereka yang telah pun mendengar berita menternak kelulut melalui media eletronik atau media cetak atau alatan Smartphone akan mencari maklumat setelah berminat. Lebah Kelulut (Stingless Bee) memang telah lama ujud secara semulajadi dipersekitaran kita terutama dikawasan kampong-kampong sejak dulu kala tanpa dihiraukan. Kini apabila madu kelulut dijual dengan harga tinggi dan mempunyai khasiat yang sangat hebat untuk kesihatan serta ada permintaan tinggi dikalangan pengguna, amat wajar aktiviti penternakan lebah kelulut  ini digalakkan. Kalau anda melayari internet akan berjumpa dengan banyak informasi mengenai lebah kelulut yang sebenarnya serangga kecil yang banyak membantu tumbuhan untuk proses pendebungaan (pollination process). Ia merupakan sejenis serangga berfaedah (beneficial insects) yang sewajarnya dipelihara bagi mendapatkan menafaatnya bukannya dibunuh atau diusir daripada kawasan kebun. Kini satu koloni lebah kelulut yang produktif boleh dijual dengan harga tinggi sebagai sumber pendapatan kerana ia mempunyai permintaan yang amat tinggi. Kemahiran pemilik dan penternak kelulut untuk dapat menghasilkan koloni lebah kelulut baru boleh memberikan pulangan yang baik. Artikel kali ini say menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ringkasan potensi penternakan lebah kelulut untuk dijadikan panduan semua bakal penternak. Jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pakar-pakar di Jabatan Pertanian, MARDI atau menghubungi penternak lebah kelulut komersil dilokasi tertentu.


Menternak lebah (sama ada Lebah Madu atau Kelulut) tidak sama dengan aktiviti pertanian lain seperti tanaman, ternakan haiwan atau perikanan dan Industri Asas Tani. Ini kerana ia sangat terpengaruh dengan persekitaran dan cuaca serta amalan pengurusan yang dijalankan. Serangga lebah memerlukan 'BUNGA' (flowers) untuk dikunjungi bagi mengambil nektar dan debunga (pollen) sebagai sumber makanan utama. Nektar adalah sejenis manisan yang dikeluarkan oleh kebanyakan bunga tumbuhan terpilih (ada banyak juga jenis bunga yang tiada nektar ) yang lazimnya berada dibahagian dalam kelopak bunga. Debunga pula adalah gamet dihasilkan oleh bunga sebagai unsur untuk disenyawakan dalam pistil (ovary) bagi menghasilkan buah dan biji. Nektar dan pollen ini dikutip oleh lebah kelulut dari banyak kuntum bunga pada waktu siang hari dengan keadaan cuaca baik (tidak hujan atau ribut). Kelulut memeng tidak akan keluar dari sarang atau haif ketika hujan lebat kerana tidak sesuai. Oleh itu perkara asas memahami cashflow lebah kelulut adalah membuat analisis tentang 'pattern' cuaca dan persekitaran untuk menternak lebah kelulut. Lazimnya pada musim hujan (monsoon season) amalan pengurusan penternakan kelulut perlu diubahsuai. Makanan tambahan kelulut perlu diberikan jika keadaan memerlukan agar bilangan anggota dalam koloni akan utuh dan tidak menjadi lemah atau berkurangan.


Bagi memulakan ternakan kelulut seseorang itu perlu mendapatkan ilmu dan kemahiran menternak kelulut melalui kursus teknikal atau belajar sendiri dari penternak dilokasi yang menternak kelulut. Seterusnya mereka perlu mencali lokasi sesuai dan MODAL untuk memulakan aktiviti. Keperluan modal permulaan untuk menternak kelulut dianggarkan sebanyak RM 8,000 untuk 5 koloni yang awal. Ini adalah untuk pembelian koloni kelulut (Dalam Kayu atau Dalam Haif), Kemudahan Tiang, Alatan Mengutip Madu Kelulut, Penapis, Botol Madu, Label, Kos penyediaan tanaman dan makanan tambahan. Kos membeli koloni kelulut adalah paling tinggi dimana harga pasaran sekarang sekitar RM 400 - RM 500 satu koloni. Wasallam!.


LEBAH KELULUT...KECIL SAIZNYA...
TIDAK SENGAT... SEDIKIT MADUNYA...
CARA MENTERNAK...MUDAH DIJAGA... 
SEMAK CASHFLOW... DARI MULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Sekayu,
Kuala Berang,
Terengganu,
malaysia.
(17 Syawal 1435H)

Saturday, September 27, 2014

KELULUT - Trigona thoracica (Part 2)

KELULUT (Trigona sp) merupakan sejenis serangga kecil kumpulan lebah yang berwarna gelap dan lazimnya tidak menyengat. Lebah kelulut atau kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu walau pun saiznya serangga ini kecil. Diseluruh dunia serangga ini dikatakan mempunyai hampir 500 spesis bergantung kepada lokalti dan cuaca persekitaran. Penulis mendapati bahawa lebah kini menjadi popular seperti 'goreng pisang panas' apabila promosi dilakukan oleh usahawan muda. Banyak kursus dan kempen memelihara kelulut walau pun ko permulaan untuk menyediakan kotak kelulut dan koloni kelulut agak tinggi . Kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia daripada kawasan seperti di Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika benua Amerika. Bagaimana pun di Malaysia kelulut tempatan memang telah ujud semenjak dulu kala tanpa diminati oleh penduduk dikampong. Peranan kelulut sebagai serangga pendebunga yang signifikan untuk bunga buah-buahan dan tumbuhan lain kurang diperkatakan secara khusus. Artikel malam Hari Malaysia ini (16 September 2014) ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mempaparkan mengenai beberapa kelulut Trigona thoracica untuk dijadikan bahan bacaan. 


Apa yang menarik mengenai spesis kelulut ini adalah dimana pintu masuk koloni T. thoracica berupa lubang tunggal berdiameter 1,5cm (Sila lihat foto sebelah). Lubang ini yang cukup besar pada permukaan tanah yang dikelilingi oleh kumpulan berbagai bahan asas kukuh sama ada berbentuk silinder dan juga berbentuk corong. Bila diteliti kita akan melihat warna tebing  yang mengelilingi pintu masuk nyaris sama dengan warna tanah atau batuan tebing di sekitar sarang itu. Ini adalah sebagai teknik penyamaran tersebut diperkirakan sebagai usaha pertahanan koloni dari gangguan musuh. Lazimnya sama seperti jenis trigona yang lain pintu maka masuk di jaga oleh sekumpulan trigona jantan yang memiliki perwatakan yang sifatnya galak macam 'Garang'. Kelulut penjaga ini macam hendak menyerang dengan cukup ganas semasa kita mendekati sarang mereka. Rahang kelulut ini cukup kuat sehingga gigitannya akan terasa dan juga agak menyakitkan serta lazimnya akan memberikan bekas selepas ia menggigit kulit. Lebah kelulut spesis endemik di Malaysia dimana antara kehebatan kelulut ini dikenal pasti sebagai salah satu agenpendebunga untuk tanaman seperti durian, rambutan, dan manggis.


Bentuk dan Isian Sarang Kelulut jenis in tidak banyak berbeza dengan kelulut lain. Teknik menggali sarang kelulut ini pada tanah yang ada disarang dilakukan untuk mendapatkan maklumat. Aktiviti penggalian. perlu dilakukan secara hati-hati agar tidak berlaku kerosakan terutama dibahagian utama sarang. Jenis kelulut T. Thoracica ini berbentuk bundar tidak presisi seukuran bola sepak dewasa, mengisi rongga di tebing tanah yang juga berbentuk bundar seukuran sarang (Sila lihat rajah disebelah). Di sekeliling dinding sarang dilapisi oleh lapisan hitam yang keras terdiri dari gam pelekat dan bahan semulajadi alam seperti tanah kering, pasir besi dan batuan kecil. Bila lempengan dinding dipatahkan maka isi patahan yang berwarna coklat tua adalah sangat mirip besi berkarat. Melihat sedikit ke dalam, penggisian sarang terdiri dari jalur pintu masuk, pot untuk penyimpanan larva, pot penyimpanan madu dan pollen. Kelihatan juga adalah interior lainnya seperti jalur-jalur yang menyerupai akar dan percabangan yang dibuat dengan menggunakan propolis. Jalur-jalur tersebut digunakan sebagai jalan atau perlintasan para lebah dari satu tempat ke tempat yang lain serta berguna pula sebagai penyangga struktur bangunan sarang. Bentuk pot penyimpanan telur dan larva lebah berbentuk piringan spiral bukan tumpuk. Apa yang perlu diketahui adalah persentasi penyimpanan telur lebih besar bila dibandingkan pot penyimpanan madu dan pollen.


Produk utama lebah trigona adalah madu dan bee pollen. Pada kes-kes tertentu penulis dapati perbezaan fizikal antara jenis madu T. thoracica dengan madu trigona yang lain adalah dari segi rasa dan warna. Namun perbezaan tersebut saya fikir sudah biasa pada kelulut yang lain juga kerana perbezaan rasa dan warna pada madu trigona sangat dipengaruhi oleh persekitaran habitat, sumber makanan, usia madu dan juga iklim. Madu kelulut  yang biasa dihasilkan adalah berwarna kuning terang hingga kehitaman. Pada spesies ini warna madu lazimnya berwarna violet atau hitam keungu-unguan juga bergantung kepada faktur yang dinyatakan diatas. Bagaimana pun untuk dibezakan dengan madu lebah (Apis spp) memang agak nyata perbandingannya. Ini saya dpati berbeza dari segi rasa dimana ia memiliki rasa manis dan masam (Keasidan tinggi) dan ada diantara pengguna mengatakan bau madu kelulut agak kuat (ada kata macam bau hamis) dimana tidak terdapat kepada kelulut lain. Apa pun madu lebah kelulut trigona mempunyai khasiat yang tinggi setanding dengan madu kelulut lain dengan harga yang dikatakan tinggi mencecah RM 160 - RM200 satu kilogram. Wasallam!.

JENIS KELULUT... T. THORACICA...
BERWARNA COKLAT...CANTIKNYA...
HASILKAN MADU... ADA KUALITINYA...
MUDAH DITERNAK... BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Tambak Paya,
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.

(1 Zulhijjah 1435H)

Friday, September 26, 2014

KELULUT - Trigona thoracica (Part 1)

KELULUT (Trigona sp) merupakan sejenis serangga kecil kumpulan lebah yang berwarna gelap dan tidak menyengat. Lebah kelulut atau kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu walau pun saiznya serangga ini kecil. Diseluruh dunia serangga ini dikatakan mempunyai hampir 500 spesis bergantung kepada lokalti dan cuaca persekitaran. Penulis mendapati bahawa lebah kini menjadi popular seperti 'goreng pisang panas' apabila promosi dilakukan oleh usahawan muda. Banyak kursus dan kempen memelihara kelulut walau pun ko permulaan untuk menyediakan kotak kelulut dan koloni kelulut agak tinggi . Kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia daripada kawasan seperti di Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika benua Amerika. Bagaimana pun di Malaysia kelulut tempatan memang telah ujud semenjak dulu kala tanpa diminati oleh penduduk dikampong. Peranan kelulut sebagai serangga pendebunga yang signifikan untuk bunga buah-buahan dan tumbuhan lain kurang diperkatakan secara khusus. Artikel malam Hari Malaysia ini (16 September 2014) ini dalam blog "Anim Agro Technology" say amempaparkan mengenai beberapa spesis kelulut untuk dijadikan bahan bacaan. 


Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah dimana kajian makmal ada menunjukkan dengan nyata perbezaan dari segi keasidan dan kandungan air berlainan. Kelulut lezimnya akan dapat menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis berbeza dengan lebah madu yang menyimpan dalam kom yang ditutup lapisan lilin. Penulis maklum bahawa madu kelulut tidak putih atau jernih seperti madu lebah dimana ia banyak bergantung kepada sumber makanan, jenis kelulut dan juga faktor pada persekitaran. bagaimana pun ia gelap sedikit dengan madu lebah secara umum. Rasa madu kelulut masam sedikit berbanding madu lebah. Harga ladang dan harga runcit madu kelulut lebih tinggi sehingga mencecah RM200 sekilogram sedangkan madu lebah sekitar RM40 - RM 80 sekilogram. Ini kerana untuk mendapatkan madu kelulut adalah sukar akibat produktiviti rendah kerana saiz serangga amat kecil dan jarak penerbangannya juga terhad.


Lebah Kelulut ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan bagi kebanyakan jenis buah-buahan, bunga, sayur dan tanaman lain. Foto sebelah menunjukkan kelulut pada bunga pokok senduduk yang mengeluarkan nektar dan debunga dikawasan kamppong. Kelulut ini sebanarnya merupakan keluarga lebah juga walau pun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Pemerhatian penulis dan pembelajaran terhadap spesies kelulut ini mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies Kelulut. Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Perkara ini disahkan oleh beberapa penyelidik MARDI dalam kertas teknikal yang dibentangkan semasa kursus penternakan kelulut anjuran Jabatan Pertanian yang saya bersama mendengarnya. Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.


Trigona Thoracica

Geniotrigona thoracica ialah jenis lebah kelulut spesis endemik di Malaysia. Ia terdiri daripada kumpulan kelulut Indo-Malayan. Kelulut ini dikenal pasti sebagai salah satu agen pendebunga untuk tanaman seperti durian, rambutan, dan manggis. T. thoracica lazimnya akan membuat sarang di batang dan tunggul kayu. Madunya walau pun sedikit tetapi ia memang boleh dimakan. Ia melindungi sarangnya dengan lapisan propolis. Kajian dibeberapa lokasi mendapati daripada banyak jenis lebah kelulut didakwa spesis T. thoracica ini dapat di kelaskan sebagai jenis yang memang special kerana ia memiliki ukuran tubuh yang lebih besar jika dibandingkan lebah trigona lainnya. Kelulut jnis ini memiliki ciri yang mudah dibezakan pada warna tubuhnya yang didominasi warna hitam kecoklatan (brownies) dan bagian thorax yang berwarna coklat (Sila lihat foto sebelah)T. Thoracica bergenera Heterotrigona dimana ia pertama kali dijumpai oleh Smith tahun 1857 dan kemudian dalam beberapa eksplorasi lain iaitu oleh Cameron tahun 1902 dengan nama Trigona lacteifasciata Cameron. Nama lain pernah diberikan adalah seperti Trigona ambusta oleh Cockerell tahun 1918 dan juga sebagai Trigona borneensis oleh Friese tahun 1933 di Pulau Kalimantan.


Di ikalangan orang kampong, kelulut jenis ini sering dijumpai oleh para petani dan penduduk kampong dengan biasanya bersarang di tebing-tebing bukit atau tanah ladang yang mana kedudukannya agak curam. Ia juga bersarang dalam pokok kayu berlubang walau pun kini dilaporkan dalam keadaan semulajadi populasinya sudah jauh berkurang akibat pencerobohan kawasanan asalnya. Berdasarkan pemerhatian beberapa penyelidik, spesis T. Thoracica boleh diambil koloninya untuk dijinakan dan diternak dikawasan kampong yang mempunyai banyak sumber makanan. Kini banyak jenis kelulut ini telah dibiakan dan dijual sebagai spesis kelulut yang produktif dan menjadi rebutan ramai. Beberapa teknologi baru pembiakan atau pemecahan koloni kelulut T. thoracica telah berjaya dilakukan melalui pelbagai cara. Selain daripada teknik menggunakan kayu berlubang sebagai perangkap, teknologi Faif MUSTAFA didapati berjaya melakukannya dengan signifikan dalam pemecahan koloni kelulut. Artikel ini bersambung dengan Part 2 berikutnya. Wasallam.


KELULUT COKLAT..IA THORACICA...
DALAM LUBANG... BINA SARANGNYA...
KERJA... IA MENGUNJUNGI BUNGA...
HASILKAN MADU... AMAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomi,
Ladang Herba Nasuha,
KM 16, Jalan Pagoh-Muar,
Muar, Johor,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1435H)

Thursday, September 25, 2014

LALAT BUAH - PENGENALAN

LALAT BUAH (Fruit Fly) atau nama saintifik sebagai Bactrocera carambolae merupakan sejenis serangga perosak banyak tanaman di Malaysia. Terdapat beberapa spesis lalat buah yang tegar menyerang beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyebabkan kerugian kepada petani jika tidak dikawal. Akibat serangan lalat buah juga menyebabkan kualiti hasil tanaman menjadi rosak atau turun kualitinya. Petani perlu memahami akan kitaran hidup lalat buah untuk ia lebuh mudah membuat kawalan. Lazimnya lalat buah dewasa akan bertelur pada peringkat awal pembentukan buah yang disukainya. Buah yang berkulit nipis dan sering dijadikan lokasi bertelur seperti buah Belimbing, Mangga, Nangka, Betik, Peria, Petola, Timun, Terung dan sebagainya. Dalam masa 1-2 hari telur lalat buah boleh menetas (bergantung kepada jenis buah dan peringkat kematangan buah). Ia akan menjadi peingkat larva yang tinggal dalam buah dan makan bahagian isi buah yang menyebabkan kerosakan kepada hasil tersebut. Peringkat larva untuk lalat buah lazimnya adalah selama 8-10 hari (Sila lihat rajah dibawah). Seterusnya larva tersebut akan bertukar kepada peringkat kepompong yang mengambil masa selama 10 hari. Kepompong terbentuk di dalam tanah. Selepas peringkat kepompong maka lalat buah akan menjadi dewasa dengan jangkamasa peringkat dewasa cuma selama 5-7 hari sahaja. Peringkat dewasa lalat buah merupakan peringkat paling aktif dengan ia mempunyai kepak untuk memudahkan terbang daripada satu buah kepada buah yang lain untuk bertelur selepas proses mengawan. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai lalat buah untuk kita menambah ilmu pengetahuan dan dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
.



Lalat Buah lazimnya akan aktif pada waktu pagi antara 8-10 pagi dan pada waktu petang antara pukul 5-7 petang bergantung kepada keadaan cuaca. Lalat buah menyerang dengan cara lalat dewasa akan menyegat atau menyuntik telur pada buah. Kemudiaan larva yang menetas akan memakan tisu buah dari dalam dimana antara tanda tanda serangan adalah buah kelihatan lebam, lembik dan berair. Saya dapati jika di amati pada fizikal luar buah akan terdapat kesan seperti tusukan jarum pada bahagian luar buah. Jika anda teliti lagi pada bahagian dalam buah pula kita akan jumpa ulat yang di panggil larva. Serangan lalat buah jika tidak di kawal boleh menyebabkan lebih 50% hasil kebun anda akan musnah. Apa yang penting bagi petani adalah tahu bagaimana mereka hendak mengawal populasi lalat buah terutama untuk tanaman tertentu. Antara punca yang menyebabkan lalat buah datang adalah disebabkan oleh buah yang terkena antraknos. Jadi kita kena mengawal kesihatan tanam di kebun supaya jangan terkena fungus antraknos. Antara perkara yang lazim dilakukan adlah dengan menyembur racun kulat secara rutin atau secara berjadual mengikut arahan pada label.

Dalam mrmberi banyak ceramah dan tunjukajar mengenai serangan lalat buah dan kawalannya, saya sering memberikan beberapa kaedah dan pilihan yang sesuai untuk dilakukan. Antara beberapa kaedah yang boleh dilakukan adalah sengan cara kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan secara kimia atau dengan cara kawalan lain. Berikut adalah antara kaedah untuk mengatasi lalat buah. Cara kawalan kimia paling mudah dijalankan seperti semburan dengan bahan kikia seperti bahan Lebaycid 550 (Bayer Cropscience) dengan bahan aktif fenthion (paling mujarab). Selain itu bahan racun kimia dengan bahan aktif cypermethrin boleh digunakan. Bahan seterusnya yang boleh digunakan adalah seperti Prevathon yang sesuai dicampur dengan racun Imida untuk mematikan ulat dalam buah. Bahan seperti racun Dimethoate dengan bawang putih (Dimethoate dengan cara kerja sistemik) dimana ia akan meresap pada daun dan buah dan ulat yang makan isi buah sebelum jadi pupa akan mati sebab makanan beracun. Ini akan menyebabkan jumlah populasi lalat buah akan berkurang. Sementara itu dibuktikan bahawa  bawang putih menghasilkan aroma yang tidak di sukai serangga lalat buah ini. Akhir sekali bahan racun DIMEXION  yang kuat baunya dan juga baunya tidak di sukai serangga boleh digunakan dengan mengikut arahan pada label.

Kaedah memasang Perangkap Lalat Buah merupakan teknik yang po;pular dilakukan masa kini oleh ramai petani. Aktiviti memasang perangkap lalat buah dengan menggunakan feromon Methyl euganol. Methyl euganol akan menghasilkan bau yang akan menarik lalat jantan masuk ke dalam perangkap yang telah di isi air atau racun, bila lalat jantan berkurangan maka kurang berlaku persenyawaan dan populasi lalat buah akan berkurangan dengan mendadak, perangkap ini haruslah sentiasa di selia (buang lalat yang mati,dan titiskan pemikat yang baru jika bau feromon sudah mula berkurang) dan pastikan perangkap di pasang pada bahagian luar dan tepi kebun bukan bahagian dalam kebun. Selain itu perangkap lalat buah boleh di buat sendiri dengan mudah dimana ada dua cara boleh dilakukan iaitu Kaedah ini A dan B. Cara ini juga dikatakan lebih efisyen kerana ia dapat memerangkap lalat buah jantan dan betina. Kaedah 'A' adalah dimana perangkap lalat buah menggunakan cara yang ekonomik. Apa yang kita perlukan ialah dengan mengambil 200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya) dan 1 botol plastik 2-liter. Caranya dengan kita potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher dan kemudian campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol. Kemudian di tambah dengan yis. Kita tidak perlu untuk gaul lagi selepas itu. Ia akan menghasilkan karbon dioksida yang kuat dimana gas ini akan menyebabkan lalat buah betina dan jantan tertarik dengan karbon dioksida. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi atau letakkan di sekeliling atau dikawasan luar kebun anda pada ketinggian 2-3 meter. Apa yang perlu diingat adalah kita perlu ulangi jika populasi lalat masih kelihatan. Kaedah 'B' pula adalah dengan memadang perangkap lalat buah untuk ladang belimbing dan jambu batu. Mula-mula ambil air kencing lembu kemudian ia dicampur dengan perahan airlimau nipis atau kasturi. Anda boleh memilih kaedah kawalan lalat buah dengan keupayaan dan tahap keberkesanan dan ekonomik. Wasallam.!

LALAT BUAH... PERINGKAT MANA...
LALAT DEWASA...BILA TELURNYA...
LARVA MEROSAK...BUAH JUGA...
PERLU KAWAL..DENGAN SEGERA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Belimbing Swasta,
Batang Si, Semenyih, 
Selangor, Malaysia.
(14 Syawal 1435H)

Wednesday, September 24, 2014

KUNYIT - KHASIATNYA


KUNYIT (Cucuma domestica) adalah sejenis tanaman umbisi dari keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dipercayai telah lama ditanam di India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa Sanskrit. India dan Indo-Malesia dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari ekspedisi Marco Polo. Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalam Sanskrit dipanggil Harida, Arab (Kukum), Tamil ( Manjal), Inggeris (Tumeric), China (Kiang-hoang) dan dalam bahasa Jawa (Kunyir). Daripada perkataan Arablah kita dapat sebutan Latin iaitu nama 'Curcuma' dan diberi nama latin sebagai Cucuma domestica. Tanaman kunyit di Malaysia ditanam seluas 154 ha (2006) menurun kepada 79 hektar (2009) dan dianggarkan seluas 70 hektar pada tahun 2013 dengan anggaran hasil sebanyak 610 metrik tan. Nilai pengeluaran hasil dianggarkan sebanyak RM 1.64 juta. Kunyit hanya banyak di tanam dibeberapa negeri seperti di Johor, Selangor , Negeri Sembilan dan Sabah. Hampir 40% tanaman kunyit adalah di Negeri Selangor terutama dibebarapa kawasan tanah gambut untuk pasaran segar sahaja. Maklumat penanaman kunyit secara monokrop komersil yang luas jaramg dijumpai kerana kebanyakan petani menanam kunyit secara kecil-kecilan. Kunyit merupakan tumbuhan herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan. Tingginya boleh sampai 1 meter berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai. Pelepah-pelepah daunnya membentuk batang. Ubi utamanya dipanggil rizom, bulat panjang mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat. Bahagian rizom dan ubi sisi inilah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Ubi sisi ini bercabang-cabang lagi sehingga keseluruhannya membentuk suatu rumpun. Bekas-bekas akar nampak jelas pada ubi-ubi sisi ini yang berwarna jingga kecoklatan dari luar. Pada bahagian dalamnya berwarna jingga terang atau agak kuning. Rasa ubi ini agak pahit dan getir dengan bau yang khusus. Ia berbunga di hujung batang dan panjangnya 10 - 15 sm. Daun-daun pelindung bunganya berwarna putih atau putih bergaris-garis hijau atau merah jambu di hujungnya manakala yang terletak di bahagian bawah hijau muda. Bunganya putih atau kuning pucat dan mekar atau kembang bersama-sama. Artikel ini ditulis dalam untuk 'Anim Agro Technology' memberikan khasiat berdasarkan dari pembacaan penulis sbagai bahan bacaan dan rujukkan anda.


Banyak kajian menjurus menyatakan bahawa kunyit adalah bahan semulajadi didalam kemampuannya dalam melawan penyakit kanser. Laporan analisa daripada beberapa pusat penyelidikkan seperti kajian dari Universiti California Los Angeles mendapati enzim yang menyebabkan kanser di dalam badan pesakit dapat dikurangkan dengan kunyit dan serta dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser. Cara aplikasi bergantung kepada tahap serangan atau seperti dinasihatkan oleh pakar makanan dan pakar perubatan. Kunyit juga didakwa sebagai berpotensi sebagai ejen penghalang bengkak. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Randy J. Horwitz iaitu seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona USA mendapati penggunaan kunyit sebelum rawatan dijalankan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti arthritis rheumatoid. Di negara kita kunyit banyak dijual dipasar basah, pasar tani, pasar malam, kedai runcit dan sebagainya. Harga kunyit agak stabil sepanjang tahun dan jarang menhgadapi masaalah pengeluaran dan pembesaran.

Khasiat ke 3 mengenai kunyit adalah kerana kehebatannya sebagai bahan antioksidan yang memang berkuasa (Power punya!). Kajian yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Maryland USA mendapati kunyit mempunyai bahan antioksidan iaitu bahan dinamakan Curcumoid yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan. Bagaimana pun tidak ramai tahu mengenai perkara ini. Kunyit boleh meningkatkan paras antibodi di dalam badan manusa. Selain itu kunyit boleh meneutralkan kesan radikal bebas yang menyebabkan penyakit, kemudian merangsang mekanisme antioksidan semulajadi di dalam badan. Kunyit membantu meningkatkan fungsi dalam otak dan memori manusia yang serang mengambil bahan kunyit dalam menu hariannya. Dilaporkan kebanyakan penyakit yang dikaitkan dengan memori adalah berpunca dari pengurangan bilangan sel-sel otak yang berhubung dan penurunan tahap hormon peningkat memori otak. Kunyit juga didakwa mampu meningkatkan kembali hormon peningkat memori dimana seterusnya meningkatkan penambahan bilangan sel-sel otak dan mengurangkan risiko mendapat nyanyuk. Kunyit kini didakwa sangat bermanfaat untuk mengurangkan kemurungan. Satu kajian ke atas 60 orang pesakit kemurungan mendapati kunyit lebih efektif untuk memulihkan masalah kemurungan berbanding penggunaan pil anti-kemurungan seperti prozac. Khasiat kunyit perlu dikajia secara serius di Malaysia.

Seterusnya ke 7 adalah khasiat kunyit dalam ia menyokong fungsi hati yang terus sihat.
Saintis juga mendapati kunyit membantu meningkatkan aliran rembesan jus hempedu supaya ia meningkatkan keupayaan hati untuk memecahkan toksin yang berada di dalam perut. Ia juga bermanfaat sebagai bahan detoksifikasi hati yang seterusnya membantu mencernakan lemak dengan berkesan. Kunyit mampu memperlahankan proses penuaan (ageing factor) yang signifikan untuk manusia. Lazimnya kunyit adalah bersifat antioksidan dimana ia juga boleh membantu mengurangkan proses penuaan dengan menghalang tindakan radikal bebas daripada terus menerus dalam merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan kesan penuaan jelas kelihatan terutamanya pada kulit wajah. Ada juga ke10 laporan menganai kunyit dimana ia membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Ini menjadikan bahawa kunyit boleh membantu pesakit diabetis. Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Penjagaan Diabetis dan Jurnal Pertubuhan Diabetik Amerika Syarikat mendedahkan bahawa ekstrak kunyit mampu menghalang peningkatan diabetis tahap 2 di kalangan populasi pra-diabetik setelah mengambil kunyit selama 9 bulan. Bahan aktif curcumoids di dalam kunyit mengurangkan pembentukan lemak pada dinding arteri yang menghalang aliran darah di dalam arteri. Hasil kajian ada menunjukkan kunyit dapat mencegah kita daripada pelbagai penyakit. Kita sering mengambil mudah apabila menyebut tentang khasiat kunyit kerana mungkin bahan ini sering kita temui di dapur.

Di Malaysia terdapat beberapa spesies kunyit liar yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga), temu emas (Curcuma zeodoria), temu putih (Curcuma auriantica), temu hitam (Curcuma aerugtinosa) dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza). Lazimnya, kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Masyarakat kampung menggunakan perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga untuk menyembuhkan bengkak hati. Tidak ketinggalan, kunyit berserta ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Sebatian kimia daripada kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas. Di sebalik keistimewaan kunyit sebagai bahan masakan, pakar-pakar dan hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi perhatian tentang kehebatan herba ini. Tahukan anda keistimewaan kunyit terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit?. Prof. Gerard Bodeker berkata, kunyit diperakui oleh pakar dan hospital ternama di Amerika Syarikat dan Eropah untuk mengubat pelbagai jenis penyakit. Pigmen yang begitu besar khasiatnya dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.

Curcumin ialah bahan aktif utama yang mampu menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan daripada serangan penyakit. Ia juga dikenali sebagai bahan penyembuh terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil daripada ekstrak curcumin seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit. Pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas turut mendapati, curcumin ada anti oksida yang mampu meneutralkan radikal bebas dan menjadi punca kepada penyakit barah. Terdapat beberapa radikal bebas iaitu bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel dalam badan. Justeru, curcumin yang mengandungi komponen bioaktif polyphenol dapat membantu mencegah tanda awal barah. Kajian menunjukkan kunyit memang mampu dan sesuai dijadikan makanan kesihatan dan juga sebagai komoditi yang menguntungkan jika diusahakan dengan betul. Wasalllam!.

KHASIAT KUNYIT... BANYAKNYA...
PENYAKIT...KANSER ANTARANYA...
DIJADIKAN SERBUK...SENANG GUNA...
BACA ARTIKEL... HATI TERBUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(19 Syaaban 1435H)

Tuesday, September 23, 2014

SANTAN KELAPA SAWIT

SANTAN KELAPA SAWIT merupakan satu produk baru yang dihasilkan daripada produk kelalapa sawit (Elaeis guineensis) yang semakin dikenali. Mungkin orang ramai mengetahui santan kelapa yang rasanya sedap dan sering digunakan dalam pelbagai masakan sama ada lauk pauk atau kuih. Santan kelapa (Cocos nucifera) banyak digunakan dalam masakan harian terutama dalam makanan tradisional, tetapi mempunyai tahap asid lemak tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan jika diambil dengan kadar berlebihan serta boleh menyebabkan kegemukan. Sekumpulan penyelidik dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya mencipta santan daripada minyak kelapa sawit yang setanding santan kelapa dari segi rasa dan rupa, malah mempunyai pelbagai khasiat, termasuk kandungan lemah tepu yang rendah dan lebih tahan lama. Ketua Penyelidik, Dr Zaida Zainal, berkata kejayaan menghasilkan santan sawit itu mampu mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia yang gemar menggunakan santan kelapa dalam masakan, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan. Artikel malam Sabtu ini sempena Cuti Tahun Baru Cina saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu produk baru iaitu santan kelapa sawit untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. 

Kebanyakan kita mahu mengubah minda masyarakat negara ini supaya menukar gaya hidup lebih sihat dengan cara mengambil pemakanan yang betul. Santan sawit ini menjadi alternatif untuk menggantikan santan kelapa kerana khasiatnya yang banyak dan baik untuk kesihata. Menghasilkan santan sawit serbuk dengan teknik penyemburan kering pada 1998, Dr Zaida yang memegang ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Biosains dari Universiti Cardiff, Wales, United Kingdom dibantu oleh Suid Abdul Aziz, Wan Rosnani Awg Isa, Dr Nor Aini Idris dan Azman Ismail meneruskan kesinambungan ciptaan mereka menerusi penghasilan santan daripada minyak kelapa sawit. Kumpulan itu menjalankan penyelidikan sejak pertengahan tahun lalu dan berjaya menghasilkan santan cecair daripada minyak kelapa sawit yang diambil daripada mesokarp (sabut) yang dikenali sebagai minyak sawit RBD (ditapis, diluntur dan dinyahbau). Secara ringkasnya, minyak kelapa sawit terdiri daripada mesokarp (sabut) dan kernel (inti). Mesocarp mengandungi kandungan minyak sebanyak 56 peratus, manakala kernel mengandungi minyak 44 peratus. 

Dr Zaida berkata, minyak kelapa sawit yang digunakan untuk membuat santan diproses daripada minyak sawit mentah yang berwarna jingga pekat sehingga bertukar menjadi kuning keputihan selepas melalui proses penapisan. Ia berbeza daripada minyak kelapa sawit olein untuk masakan yang difraksinasikan dan ditapis sehingga menjadi kuning jernih. Keistimewaan santan sawit, katanya, ia tidak meningkatkan kadar kandungan kolesterol LDL (tidak baik) dalam badan yang sekali gus tidak menjejaskan jantung, berbeza dengan santan kelapa yang boleh meningkatkan kandungan LDL yang tinggi dan mengurangkan HDL yang diperlukan oleh badan. Lemak tak tepu yang ada pada santan sawit seperti palmitik (C16:0) dan oleik (C18:1) tidak menggalakkan pembentukan mendakan kolesterol pada dinding arteri. Beliau berkata, serangan jantung dan strok akan berlaku jika kolesterol terus mendak pada dinding arteri sehingga arteri menjadi keras dan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan menyebabkan serangan penyakit jantung dan strok. Penggunaan santan kelapa berhubung kait dengan peningkatan kandungan kolesterol LDL (tidak baik) yang boleh menyebabkan penyumbatan pada saluran arteri jantung kerana santan kelapa mempunyai kandungan asid lemak tepu yang tinggi seperti asid laurik (C12:0) dan miristik (C14:0). Kandungan asik laurik dalam santan kelapa adalah sebanyak 49.1 peratus berbanding santan sawit yang hanya 0.25 peratus saja. Malah asid miristik dalam santan kelapa adalah 18.4 peratus, manakala santan sawit sebanyak 1 peratus saja. Itulah sebabnya, kadangkala apabila kita makan nasi lemak bersantan selalunya kita akan rasa mengantuk, ini disebabkan lemak dalam santan kelapa itu bertindak dan menyumbat arteri menyebabkan perjalanan oksigen agak lambat,” katanya. 

Dr Zaida berkata, santan sawit kaya dengan vitamin A dan E semula jadi yang baik untuk kesihatan, terutama bagi penglihatan, mengelakkan proses penuaan, penyakit jantung dan baik untuk kulit. Vitamin E terdiri daripada tokoferol dan tokotrienol yang mempunyai unsur antioksida yang mampu melawan kembali unsur radikal bebas dan mencegah kerosakan sel dalam badan yang disebabkan proses metabolik dalam badan dan tindakan bahan kimia toksik dari persekitaran. Kanser akan berlaku jika terjadinya kerosakan sel. Katanya, kehadiran beta-karotena dalam santan sawit yang adalah sumber vitamin A juga bertindak sebagai antioksida seperti vitamin E. Santan sawit ini juga bebas daripada trans-asid lemak yang dikenal pasti sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia. Dari segi penyimpanan, santan kelapa mempunyai jangka hayat yang rendah, iaitu kurang daripada lima jam dalam suhu bilik, manakala santan sawit boleh bertahan sehingga beberapa hari tanpa berubah bau dan warna serta rasa kerana mengandungi asid lemak berangkai panjang (C-IU) ke atas. Ia tidak mudah basi, walaupun dibiarkan dalam suhu bilik selama dua hari (30-33 darjah Celsius ) dan boleh bertahan selama tiga bulan jika disimpan dalam peti sejuk dengan suhu lima darjah Celsius. Malah, katanya, kajian penyimpanan yang dijalankan di MPOB menunjukkan santan sawit ini masih dalam keadaan baik dan stabil pada suhu 25 darjah Celsius selama hampir sebulan tanpa bahan pengawet. Teknologi penghasilan santan cecair berasaskan sawit itu hanya membabitkan proses emulsifikasi (pengemulsifikasi) dan homogenisasi (penghomogenan). Oleh itu, proses penghasilan santan ini lebih murah berbanding penggunaan proses semburan kering. Lebih menarik, kos menghasilkan santan sawit lebih murah berbanding santan kelapa kerana minyak sawit mudah didapati. Sebelum ini, ciptaan santan sawit serbuk menerima pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara, termasuk pingat perak dalam Pertandingan Reka Cipta Antarabangsa Geneva pada 2000; Anugerah Inovasi Porim pada 1998. Sumber asal :http://www.majalah.com/.



SANTAN SAWIT... APA DIA...
ADA INFO...NAK BELI DIMANA...
BUAT CENDOL..ADUH ENAKNYA...
HASIL KAJIAN... KITA HEBATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 112, Hotel Equatorial, Bangi,
Selangor,
Malaysia.
(30 Rabiulawal 1435H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...