Support My Blog

Sunday, March 31, 2024

POTENSI MAKAN UBI YACON

UBI YACON
(Smallanthus sonchifolius) yang juga ia dikenali sebagai 'Ubi ajaib' atau 'Ubi Yakon' atau 'Pokok Daun Insulin' mungkin ramai yang kurang mengenalinya. Di laporkan dimana ubi ini baru sahaja di perkenalkan di Malaysia dan di tnam secara komersial oleh petani yang mengetahuinya dan mamou mendapatkan benihnya. Lazimnya ciri pda ubinya yang mempunyai rasa manis dan rangup seperti sengkuang cina dimana ia menjadi kegemaran ramai kepada yang eminati makanan ubi yakon ini. Dalam banyak hal didakwa dimana ubi ini sering digunakan bagi pesakit kencing manis (diabetis) serta mereka yang bermasaalah dengan tekanan darah tinggi. Ubi ini dilaporkan juga sering diambil sebagai makanan untuk pelawas. Walau bagaimana pun apa yang penulis blog dengar dimana ada dakwaan dimana bagi wanita mengandung tidak disyorkan utk memakan ubinya kerana menganggu akan beberapa aspek kesihatan bayunya. Dilaporkan juga dimana bahagian daunnya sangat terkenal untuk diproses sebagai daun teh atau lebih opular sebagai 'Teh Insulin' mereka yang ada masaalah diabetes. Dalam beberapa tinjauan dilaporkan terkini dimana dengan adanya sosmed facebook, blog dan tiktok serta Instagram banyak maklumat yang tersebar dengan cepat kepada orng ramai. Begitu juga di kalangan petani dimana cepat tersebar beberapa jenis tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan eksotik. Tanaman ini didakwa akan memukau beberapa petani yang kuat berimaginasi dengan pelbagai bentuk dan ukuran terutama mejana pendapatan walau pun belum ada kepastian. Penulis blog mendapati dimana salah satu tanaman ini, yang dengan cepat mendapat populariti di Malaysia termasuk Tanaman Ubi Yakon. Ketika berhadapan dengan tanaman dibawah kategori 'sayur' ini di beberapa lokasi dilaporkan ia menarikperhatian jiran yang ingin melihatnya. Ramai yang masih bertanya termasuk soalan apakah keistimewaannya kepada kesihatan, dimana hendak mendapatkan benihnya, bagaimana amalan agronomi untuk menguruskan tanaman, berapa lama di tuai, berapa harga jualan, apakah ia boleh diproses atau tidak dan banyak lagi persoalan. Bagaimana pun belum ada pakej amalan teknologi rasmi yang di keluarkan oleh Jabatan Pertanian atau mana-mana pihak penyelidikan di Malaysia mengenai teknologi dan nilai ekonomi tanaman baru ini. Lebih baik berhati-hati jika ada petani yang hendak menanam secara meluas kerana tidak mahu berulang macam tanaman pernah viral di Malaysia seperti Tanaman Asparagus, Tanaman Hiah Noni, Tanaman Sentang, Tanaman Halia Bara, Tanaman Guarana dan beberapa lagi. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai potensi akan sejenis tanaman dikenali sebagai Ubi Yacon untuk dijadikan bahan rujukan semua.


Menarik jika dikongsikan info akan apa dia k
ebaikan dan keburukan ubi yacon pada artikel kali ini. Ubi Yacon seakan seperti Artichoke Jerusalem sebagai salah satu sumber polisakarida yang kaya. Ada laporan dimana ia mengandungi sejumlah besar inulin iaitu pengganti semula jadi insulin. Ia dapat mengawal kadar glukos dalam darah dimana ini menjadikan yacon sebagai makanan yang sangat diperlukan dalam diet orang yang menghidap diabetes. Bahan inulin didakwa mempunyai keupayaan untuk mengikat logam berat dan sebatian toksik dalam sel dan mengeluarkannya dengan selamat dari badan. Didakwa dimana ubi dari tanaman yacon mempunyai kesan yang baik terhadap fungsi perut dan usus kerana kandungan seratnya yang tinggi. Bahan serat kasar akan menghilangkan rasa lapar untuk waktu yang lama dan berfungsi sebagai satu keadaan persekitaran yang baik untuk pertumbuhan bakteria bermanfaat. Perkara ini sekaligus mengehadkan pertumbuhan patogen di saluran gastrointestinal (usus). Sebagai tambahan ada laporan menyatakan dimana akar yacon boleh membantu membersihkan badan melalui sifat pencahar ringan. Pelbagai vitamin dan unsur surih dalam makanan yang sihat ini terlibat dalam meningkatkan metabolisma, mencegah pelbagai jenis penyakit sistem kardiovaskular dan menyokong fungsi sistem saraf yang stabil. Bahan antioksidan yang terdapat di dalam tumbuhan berubi ini mamu menentang radikal bebas dalam tisu sel sehingga memperlambat penuaan mereka. Dalam pada itu jika di buat jus yacon didakwa ia juga mempunyai sifat yang serupa. Apa pun antara ciri keburukan makanan dari ubi tacon ini kepada tubuh manusia hampir tidak ada. Perlu diabaikan sepenuhnya penggunaan ubi tanaman jika berlaku sekiranya intoleransi individu terhadap ubi yacon kerana ia sangat jarang berlaku. Orang yang mengalami peningkatan pengeluaran gas tidak boleh menyalahgunakan kerana ia makan ubi yacon kerana banyaknya serat di dalamnya saja  yang hanya meningkatkan manifestasi kembung perut. Uni yacon dilaporkan ia selamat untuk semua orang dari semua peringkat umur dan keadaan kesihatan.


Komposisi ubi yacon yang di uji dalam makmal dilaporkan dimana ia kaya dengan vitamin dan mineral. Ia di lapor mengandungi vitamin C dengan jumlah yang diperlukan untuk imuniti, vitamin kumpulan B, antioksidan fenol serta asid kafeik dan klorogenik dimana bahannin mambantu dalam memanjangkan usia sel dan tubuh secara keseluruhan. Uni Yacon juga diaporkan mengandungi Selenium (Se) yang mempengaruhi kelenturan sendi dan meningkatkan fungsi pembiakan. Di samping itu ubi yacon mengandungi fosforus (P) dan kalium (K) yang secara langsung mempengaruhi akan sistem kekuatan tisu tulang. Sebilangan besar khasiat dari ubi yacon ini bermanfaat selain rasa ubi yacon eksotik memberi inspirasi kepada banyak penanam untuk menanamnya. Cara makan ubi yacon ini ada pelbagai cara seperti secara sesuai
  direbus, dibakar, digoreng, ditambah dengan hidangan daging, ikan dan daging ayam. Ada kalanya ubi yacon ini dijadikan sebagai 'pencuci mulut' dan sebagai sejenis hidangan manis berdasarkan ubi yacon ini semakin popular. Dilaporkan j uga dimana ubi yacon sesuai juga digunakan dalam penyediaan pelbagai sirap, sebagai bahan tampalan untuk produk pastri dan dijadikan jem. Ubi yacon ini juga boleh digunakan untuk membuat hidangan makanan manis yang berfungsi sebagai makanan alternatif yang sihat pengganti bagi gula-gula (sweets) dan coklat. Kalangan pengguna uniknya ada suka memakan ubi yacon mentah dimana ia cukup menyelerakan. Sebaiknya cara memakannya dengan menyimpannya selama 5 - 7 hari setelah menuai (elakan makan selepas dituai) dan sebaiknya ia di kupas kulitnya dahuu sebeum memakan ubi yacon mentah (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu selain ubinya dimana bahagian pucuk yang muda tanaman sesuai dimakan sebagai salad atau lauk setelah sicelur dulu dan juga dijadikan ulaman. 


Beberapa sumber rujukkan menyatakan dimana ubi yacon juga ia berguna bagi mereka yang mengurangkan berat badan atau ingin menghilangkan saiz pinggang beberapa centimeter. Sebatian aktif dalam ubi ini dilaporkan ia bukan sahaja mampu  membersihkan badan dari toksin akan tetapi juga mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserida dalam darah. Perkara ini akan membantu membakar lemak dan ini akan meningkatkan metabolisme seseorang. Kesan dari makanan ubi yakon ini adalah dilaporkan ia akan lebih efektif jika di tanam dan dituai  kawasan kebun yang beriklum panas. Umbi dari kawasan tropika dilaporkan ia ada ciri yang lebih berguna walau pun dilaporkan bekalannya masih kurang dipasaran. Ada kajian mendapati dimana bahan ekstrak akar uni yacon ia sesuai digunakan untuk menurunkan berat badan. Sudah ada produk ini dipasaran dimana permintaan semakin tinggi dan sudah terkenal dengan khasiantnya kepada kesihatan terutamanya jika pengguna cuba menggabungkan penggunaan produk sirap dan amalan makanan seimbang serta melakukan aktiviti senaman yang kerap. Dilaprokan produk tersebut tidak boleh disalahgunakan kerana bahan 'neacar yacon' didakwa boleh menyebabkan ketidakselesaan seseorang sekiranya dos produk diambik dengan kuantiti berlebihan. Sebaiknya kadar dos harian cuma 2 sudu kecil untuk tujuan atasi masalah seperti buang air besar, kembung perut, hidung berair, isu seperti kehilangan selera sementara. Uni yacon terkenal dengan kandungan kalori rendah dan memang ia juga tidak mengandungi lemak dimana sebahagian besar produk adalah karbohidrat yang sukar dicerna. Pada masa yang sama kajian mendapati dimana nilai tenaga 100 g ubi yacon hanya 60 kcal iaitu jumlah yang menjadikannya makanan kesihatan. 


Pembiakan untuk menanam ubi Yacon boleh melalui rizom dan ubinya sendiri. Di negara beriklim sejuk dimana bahan tanaman ini kurang sesuai kerana jangkamasa panasnya pendek tidak seperti di kawasan tropika. Di Rusia cara menanam ubi yakon ini menggubakan rizom bertunas yang di biakan dalam pusat semaian. Sebekum menanam perlu diperiksa dimana mendapatkan bahan tanaman yang banyak atau ada tunas kerana jika tiada tunas makan ia tidak akan hidup. Semasa menanam benih dari tunas akar dimana sebaiknya bahan tersebut disiapkan awal diman di negara beriklim sejuk adalah pada akhir Januari - awal Februari. Prosedur penyebaran benih ubi yacon dilakukan mengikut jadual yang disusun dimana rizom matang pertlu dipotong secara teliti
 untuk tidak mencederakan tunas dan diletakkan di dalam bekas yang berasingan. Sebaiknya rizom dibahagian bawahnya dilapiskan dengan bahan penyerap kelembapan seperti kertas yang ditapis. Filem kaca atau pelekat diletakkan di atas bekas untuk membuat rumah hijau yang tidak stabil bagi tujuan mengawal kelembapan yang tinggi dapat dijaga dengan menyembur dengan air secara berkala. Pstikan benih ini didedahkan berangin bagi elakkan ia busuk yang bermula di akar tanaman. Selepas 2 minggu maka pucuk yacon muda pertama akan muncul dan selepas itu, riizom ini dipotong lagi sehingga setiap tunas baru mendapat satu akar. Potongan segar dirawat dengan bahan arang dimana cara ini semua nutrien akan memberi semua anak benih yang ada dan tidak membentuk yang baru. Seterusnya ia dipindahkan ke tray atau dulang mengandungi bahan substrat nutrien. Diameter tray ini berukuran 30 x 30 cm keatas (Sila lihat foto disebelah).  Kemudian pada akhir minggu ke-8 maka bolehlah anak benih di letakkan di tanah terbuka seselum sesuai ditanam. Petani di Malaysia boleh menanam ubi yacon sebagai salah satu tanaman pilihan mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
UBI YACON... IA DI JADIKAN MAKANAN...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI LAPORAN...
KURANG TERKENAL...DIJUAL DIPASARAN...
BACA ARTIKEL... TIDAK KETINGGALAN...

By,
M Anem,
Senior agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Syaaban 1445H)

Saturday, March 30, 2024

CARA BAGI MENGHALAU BURUNG GAGAK

BURUNG GAGAK
(Corvus spp) atau 'Crow' adalah sejenis burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' sejak lama dulu kerana banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut. Kini sudah banyak burung gagak di Putrajaya dimana ada penghuni di kawasan perumahan yang memberinya makan dimana populasi gagak semakin banyak. Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu berwarna hitam ini mampu terbang dan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam? Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya. Artikel kali ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa cara mudah bagi tujuan menghalau kehadiran dan isu iaitu kacau-ganggu burung gagak yang tidak disukai masyarakat untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Cara menghalau burung termasuk burung gagak hitam pertama adalah dengan cara memasang 'Birds Spikes'. Biasanya kita panggil Birds Spikes atau sebagai 'Paku Burung' apabila ingin memasangnya. Kaedah ini dilihat sesuai atau boleh ia dipasang iaitu disekitar permukaan tepi bumbung atau dibahagian tepi kawasan tingkap atau mana-mana tempat binaan yang biasanya burung termasuk gagak akan datang bertenggek. Penggunaan alat Spikes Burung ini selalunya ia mampu menghalang burung dari turun untuk hinggap kerana paku tajam menyakitkannya dimana ia tidak akan singgah di kawasan tersebut lagi setelah kemudian mengetahuinya. Birds Spikes ini ada dalam berbagai bentuk dan dibuat samada dari bahan besi atau plastik. Pilihan jenis spikes adalah bergantung kepada jenis burung yang biasa datang hinggap di lokasi atau diatas dahan pokok juga (Boleh menggunakan jenis dawai berduri yang dililit didahan pokok jika mahu). Penulis blog palig lazim melihat pesawah, pekebun buah dan penternak ikan kolam yang memasang JARING BURUNG atau sebarang jenis jaring sesuai di lokasi khusus dimana ia menghalang pergerkan burung. Apa pun biasanyan kaedah memasang jaring amat sesuai untuk menghalang kedatangan burung di kawasan yang terbuka luas. Cara ini adalah untuk menghalang burng masuk ke kawasan kebun atau di kawasan dikawasan gudang. Dengan memasang jaring yang bersesuaian bergantung pada saiz burung yang mahu dihalang lazimya kemudian premis dapat dihindari dari serangan burung. Dalam menghalau burung ada kaedah atau cara dengan Memasang ALAT ULTRASOUND atau digelar juga sebagau alat ultrasonik atau Alat Sonik. Ia sesuai bagi kawasan yang diganggu burung seperti dikawasan yang ramai orang dimana cara ini adalah agak berkesan dan selamat. Alat ultrasonik mengeluarkan bunyi berfrekuasi tinggi atau rendah yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia tetapi tidak disukai oleh haiwan burung untuk mendekatinya. Bunyi itu sebaliknya memberikan gangguan kepada deria burung dan kesannya adalah alatan bunyi ultrasonik maka burung akan seterusnya menjauhi kawasan tersebut.


Dalam pada itu di luar negara maju yang masih ada dengan gagak mereka kini menggunakan teknik memasang 'Lazer' yang didakwa ia mampu untuk menghalau burung termasuk spesis gagak dari singgah atau datang ke kawasan peralatan dipasang. Alat lazer ini selalu ia menghasilkan sejenis cahaya 'tembakan lazer' yang yang biasanya kuat dan sentiasa berubah warna dimana ia akan membuatkan burung takut untuk menghampiri kawasan tersebut. Burung-burung yang melihat cahaya kuat ini akan lari tanpa membuatkan mereka tercedera. Walau pun teknologi ini agak kurang di lihat di Malaysia akan tetapi mungkin mereka yang berhampiran dengan kawasan pokok dimana gagak tidur boleh membeli lampu lazer (murah sahaja) di pasar malam atau secara on-line dan menyuluh kelompok gagak di malam hari. Mungkin kalau gagak tidak juga mahu beredar maka boleh di cantas atau di tebang sahaja dahan tersebut. Satu lagi alat yang mungkin sesuai digunakan untuk menghalau burung dan gagak adalah menggunakan DRONES. Drone kini merupakan salah satu gadget atau alatan eletronik yang mudah di beli di kedai atau pun secara on-line juga. Walau pun kos agak tinggi akan tetapi dilaporkan penggunaan drones ini memang ia mampu menghalau burung dari masuk kawasan yang luas seperti ladang. Drone yang boleh terbang digabungkan ia dengan bunyi burung pemangsa laximnya akan menghalau burung lain dari masuk ke kawasan tersebut. Bagaimana pun bagi burung gagak Malaysia belum ada kajian yang dilakukan bagi menggunakan drones bagi menghalau burung gagak dikawasan bermasaalah. Adakah ia sesuai kerana harga drone juga bukan murah.


Salah satu kaedah yang mungkin boleh di gunakan bagi menghalau gagak adalah dengan memasang SISTEM RENJATAN LETRIK.  Kaedah ini sesuai di kawasan yang selamat daripada gangguan manusia dan haiwan lain serta berkeadaan tinggi. Lokasi sesuai mungkin di kawasan tingkap, bumbung rimah, dekat dahan pokok dimana gagak suka berkumpul, tiang tenggek dekat tong sampah dan sebagainya. Pemasangan sistem renjatan ini menggunakan kuasa letrik yang minima sahaja sekiar 6-10 joule dimana tidak membahayakan kepada manusia tetapi jika tersentuh maka akan terkejut akibat renjatan tersebut. Dawai renjatan itu akan disentuh gagak dimana kejutan tersebut menyababkan ia akan lari. Apa pun kaedah ini dilihat sebagai satu kaedah selamat dengan gunakan 'timer' dimana disesuaikan masa burung gagak suka hinggap terutama pada waktu hendak tidur malam. Renjatan letrik kecil yang tidak merbahaya dan tidak akan cederakan burung ini adalah selamat dan mampu menghalau burung dari datang lagi ke kawasan tersebut. Kaedah lain adalah dengan menyapu BAHAN MELEKIT pada dahan atau tempat gagak selalu bertenggek. Bahan melekit ini mudah di perolehi melalui pembelian secara on-line terdiri daripada pelbagai jenama, bahan dan kekuatannya. Kaedah sapuan gel atau semburan bahan melekit pada kawasan yang sering disinggahi oleh burung dimana apabila gagak hinggap dan rasa lekit tersebut membuatkan mereka rasa tidak selesa dan seterusnya melarikan diri atau melekat di lokasi. Salah satu cara yang agak kurang di gunakan adalah dengan cara PASANG LEMBAGA yang boleh menakutkan burung gagak. Walau pun cara ini dilihat sebagai murah dan mudah akan tetapi dari aspek keberkesanannya mungkin agak kurang efektif. Tapi di kawasan sawah padi memasang 'orang-orang' mampu menghalau burung pipit. Memasang BONEKA PEMANGSA berbentuk seperti burung pemangsa (helang atau burung hantu) dilihat satu cara berkesan untuk menjauhkan burung gagak. Memasang CERMIN MUKA juga boleh dilakukan dimana sinaran dari cermin akan menakutkan gagak juga. Cara yang agak kurang logik dilakukan seperti ada kalangan yang memasang gambar burung pemangsa yang ditakuti gagak serta memasang bebola terapung di lokasi. Bagaimana pun bergantung kepada kreativiti seseorang dan komuniti untuk menghalau gagak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENGHALAU GAGAK.... BAGAIMANA CARA...
PAKU BURUNG... BELI DAN PASANG SAJA...
RENJATAN LETRIK... LAZER BERCAHAYA...
PELBAGAI KREATIVITI... BOLEH DI CUBA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 53211, Tingkat 32,
Hotel Ramada, No 5, Persiaran Medini Utara 3, 
Bandar Medini Iskandar, 
79250 Iskandar Puteri, 
Johor,
Malaysia.
(11 Ramadan 1445H).

Friday, March 29, 2024

STRUKTUR PELINDUNG HUJAN - APA DIA?

Kini ramai yang sudah tahu apakah dia istilah STRUKTUR PELINDUNG HUJAN atau SPH dalam dunia pertanian sektor tanaman. Apa pun bagi penulis blog yang sudah lebih 45 tahun dalam sektor pertanian memahami dimana Struktur Pelindung Hujan (SPH) struktur berbumbung yang melindungi tumbuhan yang ditanam didalamnya daripada terkena hujan yang lebat dan sinaran matahari matahari terik di waktu siang. Lazimnya pada bahagian bumbung SPH akan menggunakan bumbung terdiri bahan plastik yang mempunyai lapisan dari perlindungan UV. Terdapat banyak jenis plastik ini daripada jenis basic yang murah serta selalu cepat koyak sehingga jenis canggih yang mahal dan tahan lama. Apa yang penulis blog tahu dimana kerangka SPH menggunakan batang atau tiang yang diperbuat daripada batang paip, besi, kayu atau pun bahan ain yang kukuh. Terdapat banyak rekabentuk SPH dari yang konvensional sehingga rekagentuk moden yang komplikated. Saiz SPH juga berbeza-beza mengikut keperluan dan juga jenis tanaman hendak di usahakan. Terdapat SPH yang di pasang dengan jaring sebagai dinding dengan ukuran ubang sekecil 32 mesh (paling meluas digunakan) untuk menghalang serangga menganggu tanaman didalam SPH.  Apa yang penulis blog faham dimana bumbung plastik yang menghalang UV light bagi mempastikan tanaman tidak cepat layu. Bumbung akan menghalang hujan lebat dimana ia bertujuan mengurangkan serangan penyakit disebabkan air hujan dan kelembapan seperti jenis kulat. Bumbung plastik yang menghalang curahan hujan juga melindungi baja dan semburan racun kimia daripada membazir apabila terkena hujan selepas di aplikasikan. Walau pun kelihatan canggih akan tetapi SPH mempunyai cabaran dan kelemahan tersendiri. Kos pembinaan SPH adalah tinggi dimana ini akan menyebabkan ROI (return to investment menjdi lambat). Dalam pada itu kos penyelenggaraan SPH juga tinggi terutama bahagian plastik pada bimbung yang mudah roak atau koyak disebaban banyak faktor. Dalam kes proses pendebungaan ada isu tersendiri apabila agen pedebungaan seperti serangga, angin dan sebagainya tidak boleh berfungsi didalam SPH. Ia akan menyebabkan penghasilan rendah jika tidak dibantu dengan memasukkan lebah atau kelulut atau menggunakan 'wind blower' untuk proses pendebungaan. Apa pun sebaiknya jenis tanaman yang bernilai tinggi dan berikan pulangan baik sahaja sesuai di tanam di dalam SPH. Artikel malam ini dari tingkat 7, Hotel Impiana, Senai, Johor Bahru pada 16 Ramadan 1445H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia SPH sebagai satu bahan untuk dijadikan rujukkan pembaca semua.


Trend terkini dimana SPH dijadikan ikon untuk menarik golongan anakmuda menceburi bidang pertanian terutama dalam sektor tanaman. Struktur Pelindung Hujan (SPH) kini dijadikan sebagai satu keperluan untuk penanaman pelbagai jenis tanaman termasuk dalam usaha untuk melaksanakan proses penanaman halia secara fertigasi. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Cameroon Highland, Pahang tentunya dapat melihat bertapa banyaknya SPH di gunakan dalam sektor tanaman dan florikultur di kawasan tanah tinggi tersebut. Beberapa jenis tanaman sayur dan bunga komersil untuk pasaran domestik dan eksport seperti tomato, kobis bulat, timun jepun, cili benggala, salad dan sebagainya di lihat menggunaka SPH. Paling lazim dimana kebanyakan etani komerisl yang mempunyai SPH akan melakukan Sistem Tanaman Secara Fertigasi. Pilih jenis tanah yang rata dimana ini memudahkan kerja pembinaan SPH). Bagi penulis blog mendapati dimana SPH sesuai dibina agar faktor persekitaran luar dapat dikawal. Semasa berpuluh tahun terlibat dengan pertanian pernah melihat bagaimana evolusi penggunaan SPH di MAlaysia sejak awal atahun 1980'an sehingga kini. SPH SPH yang terdapat masa kini ada yang berskala besar yang lebih komersial seperti jenis dome, gable, jack roof atau jenis struktur yang berkos rendah yang lebih ekonomik seperti jenis fertigasi SPH Rakyat yang di perkenalkan oleh JAbatan Pertanian Malaysia. Penulis blog pernah membuat tinjauan teknologi penggunaan SPH untuk tanaman tomato di Raub, Pahang seluas 25 ekar dalam satu lokasi yang bersambung dan mampu menghasilan ribuan kg tomato sebulan (Sila lihat foto disebelah). Pengusaha ini mencipta pelbagai inovasi dalam membuat kerja penyelenggaraan SPH seperti yang saya pernah tuis dalam blog ini sebelum ini.


Apa pun baik di bincangkan apakah dia kelebihan kalau petani komersial jika mereka menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH). Dilaporkan dimana SPH mampu membantu untuk mengawal faktor persekitaran luar seperti hujan lebat yang mana selalunya ia boleh mengakibatkan kerosakan fizikal terhadap tanaman yang ditanam secara terbuka. Pemasangan jenis plastik khas di bumbung adalah lutsinar (membenarkan 70-80% cahaya) dimana ini akan mengurangkan pancaran sinar matahari yang terik dan berterusan kepada tanaman yang boleh mempengaruhi pada proses pertumbuhan tanaman. Bermodalkan bajet yang baik maka dilihat ketahanan bahan binaan daripada bahan lebih berkualiti akan bertahan lama dan sentiasa kukuh daripada ancaman angin kuat, hujan lebat dan ancvaman lain. Dalam SPH perlu ada sistem pengudaraan baik bergantung kepada ketinggian dan keluasan SPH dimana semuanya perlukan kemahirn menguruskan termasuk memasang kipas agar udara boleh beredar dengan baik didalam SPH. Apa yang penulis blog tinjau dimana selalunya kapasiti tanaman terpilih akan dapat ditingkatkan bergantung kepada jarak tanaman dan saiz SPH serta pengurusan agronomi yang sistematik. Hasil beberapa testimoni dimana ramai petani dakwa dimana kos yang lebih ekonomik dan mesra pengguna melalui pelbagai pendekatan dalam menggunakan bahan SPH serta rekabentuk yang sesuai. Biasanya bahagian bumbung SPH yang ditutupi dengan plastik lutsinar UV ditambah dengan kegunaan jaring hitam 50-70% akan memberikan keteduhan cahaya sesuai diaplikasikan untuk tanaman seperti jenis halia fertigasi kerana kesan lindungan kepada tanaman seperti dengan cara mengurangkan cahaya yang sampai terus kepada tanaman adalah bagus. Ia dapat mengawal daripada sinaran matahari yang terlalu terik yang mampu mengancam pertumbuhan pokok halia. Keberkesanan SPH apa pun selalunya boleh dipertingkatkan dengan memasang jaring kalis serangga sebagai dinding bagi kawalan perosak serangga dan struktur ini di gelar 'Struktur Kalis Serangga' atau SKS. Bagi mengatasi masaalah pendebungaan tanaman seperti tomato dan meloh yang ditanam dalam SPH kini sudah ada teknologi meetakkan log kelulut beberapa minggu untuk membantu proses pendebubgaan. Bagi SPH tomato mereka menggunakan 'Alat Wind Blower' dengan di pikul pekerja dan berjalan di antara barisan tanaman tomato pada waktu sesuai membantu proses pendebungaan tomato. Pemasangan 'big size yellow sticker' dilihat membantu mengawl serangga seperti Kutu Thrips didalan SPH (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kini semaih canggi rekabentuk SPH dibina dan pelbagai inovasi sudah di amalkan pemilih SPH di Malaysia. 


Rekabentuk SPH paling popular di Malaysia adalah jenis 
Struktur Pelindung Hujan (SPH) iaitu JENIS DOME. Struktur SPH jenis dome ini terdiri daripada struktur tiang didirikan dengan selalunya ia menggunakan besi Galvanized Iron (G.I) yang bersaiz ID 50mm dan juga berketebalan 2.3mm. Lazimnya SPH ini mempunyai struktur bumbung menggunakan plastik lutsinar UV dengan ketebalan 0.20mm dan telus cahaya 95% serta lengkap dengan pemasangan jaring hitam polyethylene pada kadar 50-70% keteduhan cahaya. Apa yang penulis blog tahu dimana SPH jenis Dome dibina dengan saiz 30.0m panjang, 6.0m lebar dan 4.0m tinggi mengikut kesesuaian tanah, bajet dan juga jenis tanaman. Dahulu SPH jenis ini boleh dibina dengan dengan anggaran kos RM27,000.00 untuk satu (1) bay akan tetapi semasa artikel ini di tulis pada Mac 2024 harganya sudah jauh meningkat naik. Jenis SPH dome ini memuatkan bagi 1 hektar kawasan boleh dibina sebanyak 15 unit SPH (45 bay) dimana selalunya ia mampuu untuk diisi dengan sebanyak atau kapasiti 1,200 polibeg per SPH. Apa pun bergantung kepada saiz polibeg, jenis tanaman dan juga kaedah pengurusan serta amalan agronomi. Pada penulis blog mendapati dimana struktur jenis ini banyak digunakan oleh pengusaha tanaman secara besar-besaran seperti di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland dan juga di projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) kelolaan JAbatan Pertanian Malaysia dimana beroperasi secara komersial.


Penulis blog sebenarnya sangat berminat dengan istilah 
Struktur Pelindung Hujan (SPH) jenis FERTIGASI RAKYAT yang di popularkan oleh Jabatan Pertanian. Idea memperkenalkan SPH Fertigasi Rakyat memang murah, mudah dibina dengan konsep yang disesuaikan dengan keadaan cuaca dan jenis tanaman di MAlaysia. Tinjauan yang di buat penulis blog mendapati dimana struktur SPH Fertigasi Rakyat akan dibina dengan saiz yang lebih kecil iaitu 25.0m panjang, 3.6m lebar dan 3.4m tinggi untuk satu (1) bay berbanding SPH jenis Dome. Cara ini adalah bertujuan bagi mengurangkan kos pembinaan dan lazimnya struktur ini banyak digunakan oleh pengusaha kecil serta lebih ekonomik di kawasan projek Kelompok atau individu yang hobinya menanam sayuran menggunakan teknik SPH dan fertigasi. Binaan asas struktur ini terdiri daripada struktur tiang menggunakan Besi G.I 21mm OD dengan tahap ketebalan 1.6mm. Struktur bumbung fertigasi rakyat ini selalu akan dilengkapi dengan plastik lutsinar UV dengan ketebalan 0.20mm dan lengkap dengan pemasangan jaring hitam polyethylene pada kadar 50-70% keteduhan cahaya. Struktur SPH Fertigasi Rakyat ini boleh dibina dengan jumlah iaitu sebanyak 8 unit sehektar (1 unit terdapat 10 bay) dan boleh memuatkan sebanyak 28,400 polibeg berukuran 24” lebar x 16” tinggi. Setiap unit Struktur Fertigasi Rakyat sesuai untuk ia di bina mengandungi susunan 10 bay bagi memudahkan reka bentuk sistem pengairan titis yang ekonomik dan efisyen. Setiap unit boleh memuatkan polibeg sebanyak 3,300 beg dengan mengambil kira kawasan untuk menempatkan struktur sistem pengairan titis. Setiap unit juga dilengkapi dengan sistem pengairan titis fertigasi termasuk tangki air dengan kapasiti 500 hingga 600 gelen serta pam air elektrik dengan spesifikasi kadar alir minimum 117 lpm (31.0 gpm) dan ‘pump head’ 25.0 m (82.0 kaki). Pengalaman penulis blog semasa bertugas dahulu didapati anggaran kos pembinaan satu (1) bay Struktur Fertigasi Rakyat adalah sebanyak RM3,500.00 dan berjumlah RM280,000.00 untuk sehektar (80 bay) akan tetapi mungkin kini kos agak lebih tinggi lagi. Pembinaan sistem pengairan titis fertigasi untuk satu (1) unit Struktur Fertigasi Rakyat dianggarkan sebanyak RM18,000.00 dan berjumlah RM144,000.00 untuk sehektar.  


Tidak kurang popular juga jenis projek iaitu FERTIGASI TERBUKA dimana tidak ada struktur SPH di bina. Teknologi penanaman secara 
Fertigasi Terbuka adalah sesuai bagi beberapa jenis tanaman yang di usahakan secara fertigasi tetapii tidak di bina struktur SPH seperti para diatas. Bagi penanaman halia fertigasi atau tanaman lain seperti cili dan terung sesuai ia dibuatdengan cara terbuka di bawah teduhan (jaring hitam 50-70%) tanpa menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH) juga boleh menjadi kaedah alternatif kepada pengusaha yang ingin menggunakan teknologi fertigasi. Ia sesuai kepada petani yang cuma mempunyai modal atau jumlah bajet yang terhad. Apa yang penting ia di buat diatas tanah rata, di pasang lapisan pelapik tanah (floor mat) begi mengurangkan pertumbuhan rumpai, mengurangkan gangguan 'soil born disease' dan juga bertujuan memudahkan pengurusan amalan agronomi. Dengan pengurusan tanaman yang berkesan apa yang penulis blog tinjau dimana dengan mengamalkan sistem fertigasi terbuka ini maka petani juga dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi berbanding dengan sistem tanaman konvensional. Kaedh ini dilihat ia akan mampu berikan pengeluaran hasil yang setara dengan penanaman secara fertigasi di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Kaedah ini adalah diantara sistem pilihan ramai petani di Malaysia iaitu fertigasi secara terbuka dan di lakukan di seluruh negara. Semuga artikel ini memberi ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....

BUAT STRUKTUR...PELINDUNG HUJAN...
ADA BUMBUNG...TIANGNYA PUN TAHAN...
HUJAN LEBAT... TANAMAN DILINDUNGKAN...
BERBAGAI BENTUK... PELBAGAI REKAAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 717, Hotel Impiana,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1445H).

Thursday, March 28, 2024

CIRI DAN TEKNOLOGI PERAPI TANAH BRIS (Part 2)

TANAH BRIS (Bris soil) merupakan salah satu jenis tanah bermasaalah yang terdapat di Malaysia. Apa pun menyentuh mengenai kewujudan jenis tanah bermasaalah dimana di Malaysia merupakan salah satu isu dalam pembangunan pertanian yang perlukan perhatian khusus. Kawasan ini tidak seperti tanah mineral biasa yang mudah untuk ia dibangunkan menggunakan amalan teknologi dan pengurusan pertanian baik sandard yang mudah. Terdapat lebih dari 2.5 juta hektar kawasan tanah bermasaalah di Malaysia. Tanah bermasaalah terdiri dari 5 jenis iaitu jenis TANAH ASID SULFAT, TANAH GAMBUT, TANAH BEKAS LOMBONG, TANAH BRIS dan TANAH MASIN. Kebanyakan tanah bermasaalah ini memang ia memerlukan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk dibangunkan dan hanya beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang sesuai dikawasan tanah bermasaalah ini. Pada penulis blog dimana jenis Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah jenis mengandungi komponen pasir yang sangat tinggi iaitu melebihi 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Sila baca artikel saya mengenai tanah bermasaalah dengan pautan (Sila klik disini). Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah sangat tinggi. Tanah jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini. Pengurusan tanah jenis ini dilakukan dengan kaedah pembajaan dan penggunaan Baja Organik yang banyak. Baja organik mampu meningkatkan kelembapan tanah dan membekalkan unsur makanan kepada tanaman. Kawasan tanah jenis ini perlukan bekalan air yang konsisten dengan pemasangan sistem pengairan yang sempurna melalui sistem pengairan renjis, sistem pengairan titis, mist dan sebagainya. Pastikan sistem saliran tanah jenis ini juga sempurna. Cara memberi baja kepada pokok disesuaaikan agar lebih kerap dilakukan kerana masaalah kadar larut resap yang tinggi. Penggunaan sistem sungkupan diatas tanah sesuai digunakan seperti penggunaan plastik silvershine, rumpai kering, jerami padi, lalang dan sebagainya. Penambahan tanah atas adalah disyorkan dilaksanakan. Pemilihan jenis tanaman sesuai untuk tanah jenis ini penting seperti jenis tanaman jangkapendek, sayur-sayuran, mangga, nenas dan sebagainya termasuk tembikai. Artikel pada subuh 9 Ramadan 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi 'Bris Fixer' hasil kajian MARDI mengenai perapi tanah Bris untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog ini semua.


Merujuk kepada hasil kajian MARDI yang dipaparkan dalam Bulletin Teknologi MARDI Bil 31/2022 yang dilakukan oleh Theeba Manickam wajar ia  agar di tulis semula dan di kongsikan. Kajian yang bertajuk '
BRIS Fixer: Teknologi perapi tanah bermasalah BRIS yang kos efektif' dimana dilaporkan 'Teknologi BRIS Fixer' yang mena ia menggunakan sisa biochar sekam padi bersifat alkali dan mempunyai KPA yang tinggi. BRIS Fixer merupakan formulasi kompos biojisim berasaskan biochar sekam padi mempunyai KPA dan nutrien efektif yang sesuai dijadikan sebagai perapi tanah BRIS (Sila lihat foto disebelah). Formulasi BRIS Fixer dibangunkan dengan teknik iaitu proses pengomposan bersama tinja ayam dan sisa biochar dalam kadar yang terpilih. Nilai pH yang optimum iaitu pH7.1 untuk tanaman dan KPA yang tinggi iaitu 89.1% merupakan kriteria BRIS Fixer yang efektif untuk merawat tanah bermasalah BRIS. Keberkesanan BRIS Fixer terhadap pengeluaran tanaman jagung didapati lebih tinggi daripada tinja ayam dengan peningkatan hasil pengeluaran sebanyak 5%. Kesan positif juga dikenal pasti dalam peningkatan KPA tanah sebanyak 18% daripada KPA tanah asal 5%. Teknologi BRIS Fixer ini bukan sahaja boleh menjadi alternatif mesra alam yang sangat sesuai menggantikan penggunaan tinja ayam yang tidak diproses oleh petani dalam memulihkan tanah BRIS dimana dilaporkan ia juga dapat membantu peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan juaga secara tidak langsung memberi manfaat kepada negara iaitu secara keseluruhannya dari segi produktiviti pertanian dan pengekalan persekitaran yang sihat dan lestari. Tanah bris yang merupakan jenis tanah bermasaalah seperti dijelaskan diatas dan dalam Part 1 artikel ini memang perlu di rawat sebeum ianya sesuai dijadikan kawasan penanaman. Proses penyelidikan pembangunan teknologi BRIS Fixer Teknologi BRIS Fixer ini sebenarnya menggunakan produk sisa biochar dari kilang pemprosesan padi yang didapati di Negeri Kelantan. Kanian mennggunakan kaedah penghasilan 'BRIS Fixer' dengan cara melibatkan pengumpulan sisa biochar dari kilang dan diproses menjadi kompos menggunakan tinja ayam pada kadar yang telah dikenal pasti sebelumnya.


Apa pun penulis blog faham dimana bagi memehami p
erincian 'Teknologi BRIS Fixer' yang mana ia berasaskan biochar sekam padi mempunyai nilai pH yang beralkali iaitu pada pH7.1. Sifat fizik kimia BRIS Fixer turut meliputi KPK yang tinggi iaitu sebanyak 22.2 cmol/kg, dengan kadar NPK sebanyak N1.1:P1.2:K2.3. Produk BRIS Fixer ini mempunyai KPA yang tinggi sebanyak 89.1% .Kajian yang dilakukan juaga melibatkan sebanyak empat musim untuk tanaman jagung manis di tanah BRIS iaitu rawatan dengan menggunakan 'BRIS Fixer' dimana hasil kajian mendapati bawawa terdapat peningkatan KPK dan KPA dalam tanah tersebut dimana masing-masing nilainya sebanyak 5% (KPK)dan 18% (KPA) berbanding dengan kawalan manakala peningkatan hasil jagung adalah sebanyak 15%. Kajian ini menunjukkan satu petanda yang baik di lapangan. Apa pun aplikasi dan manfaat teknologi ini terhadap golongan sasar utama untuk teknologi ini adalah petani atau pengusaha tanaman yang mempunyai jenis tanah bris. Selain itu dilaporkan dimana teknologi ini berpotensi dijadikan sebagai medium tanaman bagi menggantikan medium cocopeat dalam sistem fertigasi berdasarkan kepada kajian awal yang dijalankan di Kedah bagi penanaman cili menggunakan sistem fertigasi. Bagi kumpulan industri seperti kilang pemprosesan baja atau pun kilang membuat kompos dilaporkan teknologi ini akan dapat menjadikan formulasi sebagai salah satu produk tambah nilai bagi meningkatkan rangkaian produk pemasaran mereka. Laporan kajian MARDI ini mengenai teknologi 'BRIS Fixer' yang telah pun dibangunkan untuk mengatasi permasalahan pengeluaran pertanian di tanah BRIS. Teknologi ini yang mana ia dihasilkan didakwa mampu memanfaatkan petani dengan meningkatkan hasil pertanian, membina industri dengan meningkatkan tambah nilai produk input pengeluaran pertanian melalui penggunaan bahan buangan secara berkesan, mampu mengatasi masalah persekitaran dengan penggunaan bahan yang mesra alam dan memanfaatkan negara secara keseluruhannya dari segi produktiviti pertanian.


Dalam portal berita sinarharian.com ada melaporkan kisah bagaimana 'Tuai hasil lumayan tanam jagung' di Kelantan yang sesuai di kongsikan. Kisah dari Kelantan ini melaporkan dimana penanam pokok jagung berkelompok di Kampung Paloh, Kelantan ini telah mendapat hasil tuaian lumayan pada musim kedua tanaman itu pada tahun ini. Pendapatannya  sekitar RM3,000 tersebut diperolehi itu berikutan pokok jagung yang bebas daripada ancaman ulat selain faktor cuaca panas dan hujan sekali-sekala. Bagi Kamarulzzaman Kail (65 tahun) dimana dia menenam pokok jagung manis Varieti 1603 dan 1606 iaitu diusahakan berlima dengan penanam lain di tanah ladang seluas 2.2 hektar. Pokok jagung tidak perlu disiram jika cuaca hujan ketika menunggu proses matang. Jagung manis memerlukan tempoh antara 70 hingga 75 hari untuk matang dan sedia dituai selain memerlukan cuaca panas serta dingin atau bukan kemarau. Ulat juga tidak ada ketika musim kedua ini dimana ia membantu mendapatkan hasil pertanian yang sangat baik sebanyak dua kali ganda berbanding musim pertama tahun ini. Penanaman jagung secara berkelompok itu sudah dilakukan sejak tahun 80-an dengan hasil-hasil jagung dijual secara runcit dan borong di sekitar negeri Kelantan termasuk Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) tang terdapat di Tunjong, Kota Bharu. Jualan secara runcit dilakukan di sepanjang bahu jalan di kawasan Paloh dengan harga bagi empat batang jagung ialah RM5 atau tiga batang untuk saiz yang lebih besar. Berita ini bagaimana pun tidak menyatakan sama ada tanah yang digunakan adalah tanah bris atau mendapat rawatan sewajarnya jika ianya adalah tanah bris. Rakannya Mohd Hafizudin (32) pula nyatakan musim baharu penanaman akan bermula pada Ogos ini dan mengharapkan perkara sama iaitu cuaca baik serta bebas serangan serangga untuk mereka harap mendapatkan hasil jagung yang terbaik. Sama seperti musim kali ini diharapkan musim-musim akan datang akan ada keadaan cuaca panas dan dingin serta tidak banjir sebelum tiba musim menuai.  Lokasi ladang yang berada di tebing sungai Kelantan berhampirna pantai ini juga memang ia berisiko banjir yang akan menenggelamkan serta merosakkan pokok-pokok jagung jika berlaku. Sebagai petani muda dia melakukan aktiviti penanaman jagung tersebut setelah dia menerima bantuan enjin pam air dan jentera untuk membina batas tanaman daripada Jabatan Pertanian Kelantan. Jabatan Pertanian juga memberikan bantuan baja kerana memang kos membeli baja adalah antara yang tinggi dalam proses untuk penanaman jagung. Kini satu guni baja seberat 50 kilogram berharga RM210. Proses membaja perlu dilakukan sebanyak dua kali setiap musim dengan sebanyak tiga kilogram akan digunakan bagi setiap 0.4 hektar luas tanaman. 
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
TANAH BRIS.. BERMASAALAH JENISNYA....
SAMA TANAH BEKAS LOMBONG... JUGA...
BAJA ORGANIK... PERLU SELALU GUNA....
TANAM TEMBIKAI... PETANI TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1445H).
Posted from
Room 718, Hotel Impiana,
Johor Bahru, Johor.

Wednesday, March 27, 2024

CIRI DAN TEKNOLOGI PERAPI TANAH BRIS (Part 1)

TANAH BRIS (Bris soil)
merupakan salah satu jenis tanah bermasaalah yang terdapat di Malaysia. Apa pun menyentuh mengenai kewujudn jenis tanah bermasaalah dimana di laporkan di Malaysia merupakan salah satu isu dalam pembangunan pertanian yang perlukan perhatian khusus. Kawasan ini tidak seperti tanah mineral biasa yang mudah untuk ia dibangunkan menggunakan amalan teknologi dan pengurusan pertanian baik sandard yang mudah. Terdapat lebih dari 2.5 juta hektar kawasan tanah bermasaalah di Malaysia. Tanah bermasaalah terdiri dari 5 jenis iaitu TANAH ASID SULFAT, TANAGH GAMBUT, TANAH BEKAS LOMBONG, TANAH BRIS dan TANAH MASIN. Kebanyakan tanah bermasaalah ini memang ia memerlukan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk dibangunkan dan hanya beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang sesuai dikawasan tanah bermasaalah ini. Pada penulis blog dimana jenis 
Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah jenis mengandungi komponen pasir yang sangat tinggi iaitu melebihi 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Sila baca artikel saya mengenai tanah bermasaalah dengan pautan (Sila Klik Di
sini).  Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah sangat tinggi. Tanah jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini. Pengurusan tanah jenis ini dilakukan dengan kaedah pembajaan dan penggunaan Baja Organik yang banyak. Baja organik mampu meningkatkan kelembapan tanah dan membekalkan unsur makanan kepada tanaman. Kawasan tanah jenis ini perlukan bekalan air yang konsisten dengan pemasangan sistem pengairan yang sempurna melalui sistem pengairan renjis, sistem pengairan titis, mist dan sebagainya. Pastikan sistem saliran tanah jenis ini juga sempurna. Cara memberi baja kepada pokok disesuaaikan agar lebih kerap dilakukan kerana masaalah kadar larut resap yang tinggi. Penggunaan sistem sungkupan diatas tanah sesuai digunakan seperti penggunaan plastik silvershine, rumpai kering, jerami padi, lalang dan sebagainya. Penambahan tanah atas adalah disyorkan dilaksanakan. Pemilihan jenis tanaman sesuai untuk tanah jenis ini penting seperti tanaman jangkapendek, sayur-sayuran, mangga, nenas dan sebagainya termasuk tembikai. Artikel pada subuh 9 Ramadan 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai ciri-ciri dan juga teknologi perapi tanah terutama bagi jenis tanah bris untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog ini semua.
 

Tanah BRIS dicirikan oleh saliran yang tinggi, kapasiti pegangan air (KPA), kapasiti penukaran kation (KPK), nutrien dan pH rendah yang merupakan tanah bermasalah untuk pertanian. Apa pun selalunya kawasan tanah BRIS tidak menjadi pilihan untuk kegunaan pertanian secara intensif kerana tahap pengeluaran pertanian yang dihasilkan adalah tidak optimum dan kompetitif. Terdapat sebanyak 100,000 hektar tanah BRIS di Semananjung Malaysia dimana jika dibaik pulih pasti ia akan dapat membantu penambahan keluasan tanah untuk kegunaan pertanian yang secara tidak langsung boleh membantu peningkatan hasil pertanian dalam negara. Pengalaman penulis blog semasa berada di Kelantan dimana ada kawasan tanah BRIS berkeluasan 18,000 hektar dan aktiviti pertanian tetap dilaksanakan di kawasan ini. Apa yang unik dimana lazimnya petani mengambil pendekatan untuk meningkatkan kesuburan tanah BRIS melalui penggunaan tinja ayam yang tidak diproses. Penggunaan kaedah ini kini bagaimana pun mengundang masalah patogen dan masalah bau serta menambah tahap keasidan tanah bagi penggunaan jangka panjang. Salah stu teknologi berasaskan sisa biochar sekam padi telah dibangunkan sebagai perapi tanah yang membolehkan tanah BRIS dipulihkan untuk kegunaan pertanian. Sisa biochar bagi teknologi ini diperoleh dari kilang pemprosesan padi. Terdapat empat kilang pemprosesan padi di Kelantan iaitu tiga daripadanya milik BERNAS dan satu milik syarikat swasta. Setiap tahun kilang pemprosesan padi ini akan menghasilkan sisa biochar yang dianggarkan sebanyak 10,000 tan metrik yang akan dilupuskan dengan membuangnya ke kawasan yang dibenarkan dan kaedah pelupusan ini akan melibatkan kos berjumlah RM10,000/kilang setiap tahun. Industri setempat juga tidak menyedari bahawa sisa biochar yang dihasilkan dari kilang ini mempunyai manfaat tersendiri. Ciri asas tanah bris dimana ia merupakan tanah bermasalah yang terdapat di persisiran pantai Laut Cina Selatan. Kawasan ini menerima purata curahan hujan 100-120 mm setiap tahun. Tekstur tanah yang berpasir dan bahan organik yang sangat rendah menjadikannya sukar untuk diurus. Butiran tanah pasir bercerai berai dan daya dalam menyimpan air dan nutrien adalah rendah. Akibatnya tanah cepat kering dan proses larut resap nutrien adalah tinggi. Keadaan ini menyebabkan tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur dan hasil adalah tersangat rendah. Ada pelbagai cara bagi membaiki tanah Bris termasuklah bagaimana cara memilih baja yang sesuai. Ini kerana ia adalah salah satu faktor penting didalam kerja-kerja amalan pengurusan pembajaan tanah bris. Disamping baja kimia, tanah bris memerlukan baja organan untuk memperbaiki keadaan fizikal tanah dan meninggikan keupayaan tanah memegang dan menyimpan air serta baja. 


Baja organan yang biasa digunakan adalah seperti tahi ayam, tahi lembu, tahi kambing, ‘sludge’ kelapa sawit, tandan kosong kelapa sawit, baja hijau, kompos dan juga tanah gambut. Kadar penggunaan bajar organan adalah sekurang-kurang 20 kg/pokok/tahun. Bahan organan ini perlu dicampur dengan tanah bris atau diletakkan di dalam lubang sebelum kerja penanaman dijalankan. Cara penggunaan tandan kosong ialah dengan mengisikannya ke dalam lubang yang digali lebih besar daripada biasa. Tandan kosong akan megalami proses pereputan dan akar yang memanjang akan dapat mengambil zat makanan yang dihasilkan dari pereputan tersebut.
Pembajaan dengan nutrien mikro (3 kg/hektar) dan teknik pengapuran (0.5 kg GML/pokok/tahun) juga perlu diberikan kepada pokok yang di tanam di tanah bris. Pembajaan mesti dipecahkan ke beberapa kali aplikasi yang dianggap ekonomik supaya kehilangan nutrien melalui proses larut resap dapat dikurangkan. Kawasan tanah bris sangat sensitif dengan sistem pengairan. Bagi tanaman buah-buahan di atas tanah bris memerlukan sistem pengairan yang sempurna untuk ia dapat membekalkan air kepada tanaman secukupnya kepada pokok. Adalah di galakkan agar menggunakan sistem pengairan titis untuk disediakan bertujuan menyiram pokok mengikut kelembapan tanah. Pada musim kemarau hasil rekomendasi penyelidikkan dimana sistem pengairan perlu dibuat selama 2 jam (sebanyak 45 liter/pokok). Kekurangan air di tanah bris disebabkan ia mempunyai rongga besar yang mana air cepat larutresap kedalam tanah.


Penting mengaitkan bagaimana kaitan reaksi tanah dengan jenis tanah. Sains tanah menyatakan dimana biasanya reaksi tanah diukur dalam unit pH. Jika pH kurang dari 7 (asid), pH=7 (neutral) dan pH lebih daripada nilai 7 (alkali). Nilai pH tanah adalah ia berlainan dari satu tempat ke satu tempat dan dari satu musim ke musim. Biasanya kebanyakan tanaman sesuai untuk hidup dalam keadaan baik bila nilai pH dalam lingkungan pH6.0 - pH 7.5. Kebanyakan tanah sedentary dan alluvium di Malaysia berasid di mana nilai pH 4.2 - pH 4.8. Tanah gambut dan tanah asid sulfat mempunyai nilai pH kurang dari pH3.8. Apa pun pengaruh tanah biasanya pH nya tidak melebihi nilai 8.3 kerana semasa akar tumbuhan dan organisma tanah bernafas biasanya ia akan mengeluarkan gas CO2 dan bertindak dengan air lalu membentuk Asid Karbonik. Tanah akan menjadi berasid apabila sebahagian besar kation tukar gantinya terdiri A13+ dan H yang mana kemudian keadaan ini disebabkan oleh larut resap. Apabila air bergerak melalui tanah sebahagian daripada H+ sedia ada akan menggantikan Na+, Mg2+ dan K+ yang alirkan air hujan yang dibawa oleh Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Kehadiran A13+ dan H+ yang banyak menjadikan tanah itu bersifat asid. Dilaporkan dimana setiap jenis tanaman ada mempunyai tindakbalas yang berbeza kepada pH tanah. Tanaman bijian akan hidup subur pada pH 5.5 - 6.5 sementara dilaporkan tanaman kekacang perlu pH 6-7 untuk memberikan banyak bintil, akar dan saiznya akan menjadi lebih besar. Dalam pada itu jenis tanaman jagung dan lobak merah akan hidup subur pada pH 5-6. Bagi sesetengah tanaman pula ada dilaporkan ia menyukai tanah masam (asidik). Salah satu teknik untuk memperbaiki kualiti sebab pH rendan tanam adalah secara pengapuran. Dalam pada itu bagi meninggikan pH tanah yang rendah maka bahan kapur boleh dicampur dengan betul dengan lapisan tanah atas zon perakaran (0-25 cm). Diantara bahan-bahan kapur yang boleh digunakan bagi tujuan menaikan pH tanah adalah seperti jenis kapur bakar (bahan kalsium silika atau Slag), Basic acid dan juga bahan seperti Ground Magnesium Limestone (GML). Kini ada pelbagai jenis produk baja atau perapi tanah di pasaran yang boleh digunakan untuk menyuburkan tanah. Sebaiknya cara pemberian kapur bagi jenis tanah-tanah di tropika dimana keperluan kapur bagi sekitar dan sedalam 20 cm (tan metrik). Caranya adalah berbeza dari satu jenis tanah dengan jenis tanah yang lain. Bagi tanah yang berpasir pemberian kapur hendaklah sedikit demi sedikit bagi mengelak terjadinya pengapuran berlebihan. Sebaiknya kekerapan pemberian kapur bergantung kepada kehalusan dan jenis bahan kapur. Bagi kapur halus ia cepat bertindakbalas dengan tanah tetapi kesannya tidak lama berbanding dengan kapur yang kasar. Bagi tanah masam, pemberian kapur diberi 15 cm tanah yang dibajak dan hendaklah digaulkan agar dapat mengelakkan daripada pengapuran yang berlebihan disamping membantu meneutralkan asid di dalam tanah bagi perkembangan akar. Pemberian kapur hendaklah diberikan beberapa minggu sebelum penanaman biasanya yang biasa diamalkan 30 hari sebelum tanam.


Menarik kisah di media dilaporkan oleh bharian.com yang bertajuk '
Tuai 40 tan tembikai semusim di tanah bris' untuk dikongsikan. Kisah dari Kelantan ini melaporkan dimana berkat usaha gigih tiga orang belia termasuk sepasang suami isteri mengusahakan tanah terbiar jenis tanah bris dengan tanaman 'tembikai boci' tidak sia-sia apabila mampu menuai hasil iaitu sehingga 40 tan untuk sekali musim. Media laporkan dimana tanaman tembikai boci diusahakan mereka sejak lebih tiga tahun lalu itu bertujuan untuk di pasarkan di Singapura melalui seorang pemborong. Salah seorang usahawan wanita iaitu Pn Nurul Nadira menyatakan mereka mendapat keizinan daripada pihak JKKK Kamping untuk memajukan tanah rizab seluas 1.2 hektar tersebut. Mereka mengusahakan tanaman tembikai  dimana awalnya mengumpul modal sehingga lebih RM40,000 untuk pembukaan tanah, pembelian benih pokok, baja, pagar dan proses penjagaan. Kemudian setelah berhasil di laporkan buah yang dijual kepada pemborong hanya terdiri darpada gred A dan difahamkan sudah dieksport ke Singapura juga dengan harga yang baik. Mereka sebenarnya dalam tempoh satu tahun akan dapat menanam tembikai ini antara dua hingga tiga musim bergantung kepada keadaan cuaca. Selalunya dalam satu musim penanaman mereka memperoleh hasil sehingga 40 tan tembikai boci gred A. Proses untuk menanam memerlukan penjagaan yang rapi kerana buah yang ingin dihasilkan adalah gred A dan musim penanaman bergantung kepada keadaan cuaca juga. Dilaporkan dimana kalau cuaca hujan mereka tidak dapat menanam kerana buah akan rosak bila ditenggelami air. Buah gred ini dijual pada harga antara RM1.40 hingga RM3 sekilogram (kg) bergantung kepada harga semasa dengan berat sehingga mencecah 10 kg sebiji. Mereka bersyukur kerana dengan bantuan beberapa pihak mereka kini dapat mengusahakan kebun tembikai boci yang mana ia  tambah pendapatan dan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban keluarga. selalunya buah tembikai yang ditanam akan mengeluarkan hasil selepas 60 hari penanaman. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
TANAH BRIS.. BERMASAALAH JENISNYA....
SAMA TANAH BEKAS LOMBONG... JUGA...
BAJA ORGANIK... PERLU SELALU GUNA....
TANAM TEMBIKAI... PETANI TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1445H).

Tuesday, March 26, 2024

AGROVOLTAIC - PERTANIAN DENGAN TENAGA

AGROVOLTAIC
merupakan satu terminologi baru yang juga di panggil 'Sistem Agrivoltaik' atau 'Sistem PhotoVoltaic pertanian' yang mana ia kini sedang membangunkan bersama kawasan tanah yang sama untuk kedua-dua kuasa fotovoltaik suria (solar panel) dan juga untuk aktiviti pertanian. Pada penulis blog dimana teknologi baru ini menjanjikan dalam usaha untuk  meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan penggunaan air, di samping memperoleh tenaga dan juga memberikan pendapatan tambahan. Ia adalah konsep baru yang menghubungkan tiga elemen paling asas dalam kehidupan moden iaitu MAKANAN (food), AIR (water) dan TENAGA (energy). Dilaporkan dimana kaedah bagi penggunaan 'Panel Suria' atau 'Panel Solar' kini semakin popular bagi menghasilkan tenaga untuk pelbagai kegunaan dengan teknologi melibatkan 'tenaga yang boleh dipernaharui' atau 'renewable energy'. Panel suria boleh diletakkan tinggi sesuai untuk membolehkan jenis tumbuh-tumbuhan tertentu yang hanya jumlah cahaya matahari yang betul dan kemudian cahaya matahari yang berlebihan boleh dituai untuk tenaga elektrik. Kaedah ini dilihat sebagai satu pendekatan terbaik di Malaysia yang mempunyai sinaran matahari lumayan sepanjang tahun untuk di laksanakan. Pada penulis blog walau pun pernah melihat prosek seperti ini di beberapa lokasi mendapati ia boleh dijadikan salah satu pendekatan dimasa akan datang dengan lebih meluas. Kaedah ini mampu menghasilkan lebih banyak pendapatan negara berbanding dengan jika tanpa aktiviti tanaman di bawahnya. Agrivoltaics ialah hubungan simbiotik di mana kedua-dua panel solar dan tanaman mendapat dimanfaatkan kerana ia membantu antara satu sama lain untuk berprestasi lebih baik melalui amalan agronomi yang selamat dan cekap. Pada zaman ini mungkin sudah ramai di antara pengguna yang mahukan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui dapat dilaksanakan dalam negara akan tetapi di manakah kawasan yang sesuai bagi tujuan meletakkan semua panel solar perlu di lakukan berdasarkan perundangan sedia ada. Ini kerana apabila pemasangan solar semakin berkembang maka ia mungkin boleh menganggu kelestarian penduduk yang berhampiran untuk jangkamasa panjang. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis untuk memahami apakah dia maksud pertanian 'Agrovoltaic' yang sudah mula di sebut umum sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua. Ini kerana hasil dari kerja penyelidikan yang dilakukan oleh saintis Perancis Christophe Dupraz dan pasukannya dimana ia menunjukkan bahawa sistem agrivolta ini mampu untuk meningkatkan produktiviti tanah global daripada 35% kepada 73%. Wow!...


Dilaporkan dimana pakar sains berkaitan dengan teknologi aplikasi Sistem Tenaga Suria membuat penyelidikan bagi dapat mengetahui bagaimana sinaran suria dan tanaman makanan boleh dilaksanakan. Banyak kajian di negara maju terutama yang beriklim temperate dan beriklim tropika yang dijalankan bagi mendapatkan teknologi paling terbaik untuk tujuan ini. Salah satu kajian yang dilakukn di beberapa negara seperti di Swit
zerland, Jerman dan Austria sebagai projek perintis dimana saintis menggunakan 720 modul solar dwi-muka yang meliputi sekitar 1- 3 hektar. Mereka memasang panel dengan cukup tinggi dimana cara ini akan membolehkan beberapa jenis tanaman terpilih akan menerima jumlah cahaya matahari yang hampir sama seolah-olah mereka tumbuh secara semula jadi dalam keadaan biasa. Apa dilaporkan dimana kegiatan pertanian dimulai pada milenium ke-4 pada desa perbukitan di bahagian tenggara Turki. Aktiviti pertanian dimulakan dengan secara sederhana dengan benih tanaman sesuai seadanya dan sistem peralatan  sederhana. Sebenarnya di peringkat awal tiada perancangan memasang infra asas dan peralatan khas untuk bertani. Kemudian apabila semakin meluas dan lama teknologi agrovoltaic ini dilihat sudah semakin banyak peralatan dan rekabentuk yang lebih cekap dan effisien. Kini dilihat yang teknologi agrovoltaic ini merupakan inovasi berkonsepkan 'win-win approach' yang walau pun kos agak tetapi tetapi sesuai untuk jangkamasa panjang dan mesra alam. Sebenarnya teknologi ini maka semua kegiatan sektor pertanian terutamanya untuk tanaman makanan dan ternakair dilihat iamenjadi lebih mudah untuk dilakukan oleh manusia. Berbagai inovasi berhasil diciptakan dan sudah digunakan di lapangan dimana ada sebahagian negari yang sudah dibuat di negara kita. Paling canggih dimana teknologi sistem fertigasi yang moden amat sesuai dengan konsep inovasi pertanian agrovoltaic ini yang menguntungkan beberapa pihak.


Penulis blog ingin kongsikan akan beberapa fakta menarik mengenai teknologi agrovoltaic ini sebagai cara memehaminya. Fakta pertama dimana cara ini boleh m
engoptimakan hasil disesuatu kawasan sehingga 186%!. Apabila penduduk di seluruh dunia kian mengalami peningkatan di setiap tahunnya dimana akibat dari peningkatan penduduk berbanding adalah terbalik dengan ketersediaan kawasan sesuai pertanian yang sentiasa mengurang. Berlaku juga isu persaingan diantara sektor pertanian yang menghasilkan makanan dengan sektor tenaga yang juga semakin meningkat keperluannya. Kini dilaporkan sudah ada satu inovasi iaitu namanya Agrivoltaic atau pun  AgrovoltaicAgrivoltaic memiliki konsep penggabungan iaitu antara pertanian dan penghasil tenaga letrik dimana dengan cara memanfaatkan sumber energi yang tidak pernah habis di dunia iaitu dari matahari (sun). Sementara itu dimana maksud 'Agrivoltaic boleh ia membantu mengatasi kedua isu ini dalam kekurangan kawasan untuk pertanian masa kini. Fakta pertama adalah dimana  Agrivolatic mengkombinasikan diantara sektor pertanian dan tenagaPertanian dan energi adalah kedua aspek yang memakan banyak kawasan namun sangat penting untuk kehidupan manusia. Konsep Agrovolatic yang menggabungkan keduanya adalah satu sinergi atau dikenal juga dengan istilah sebagai 'Green Deal'. Hasil dari kombinasi keduanya meningkatkan efisiensi kawasan tanah lapang sehingga 186%. Pada penulis blog dimana sistem Agrivolatic menggabungkan pertanian dan energi dalam satu lokasi yang mana ada panel solar dipasang yang bertujuan untuk menyerap cahaya matahari untuk menjadi tenaga.  Dalam pada itu dibawahnya dipasang sistem tanaman (sepertii fertigasi) bagi penanaman pelbagai jenis tanaman akanan yang diperlukan. Fakta kedua adalah dimana sistem agrovoltaic mampu menghasilkan simbiosis mutualisme dimana sistem ini merupakan kaedah penyelesaian yang lebih menguntungkan bagi kedua belah pihak. Pihak diantara penjana tenaga dan sektor pertanian adalah bentuk simbiosis gabungan yang boleh memberi keuntungan dimana bagi sektor pertanian ia mengurangkan proses penguapan (respiration) disebebkan atau akibat suhu panas matahari yang terlalu terik dimana umumnya ia kurangkan kes-kes kematian tanaman akibat kekeringan. Sistem Agrovoltaic juga berpotensi aspek penggunaan air. Panel solar yang dipasang juga mampu potensial untuk mengurangi kebutuhan air. Bagi sistem fertigasi pastinya ia menjimatkan bil letrik yang dijana dari panel solar. Pastinya panel solar yang banyak akan menjadi suber tenaga yang besar untuk komuniti. Apabila ada tanam lazimnya ia akan menurunkan suhu (suhu keliling jadi rendah) kerana faktur kelempaban dari sistem tanaman. Ini beri keadaan dimana panel solar akan bekerja lebih optimal jika berada pada suhu rendah. Selain itu ada penjimatan kos merata tanah bagi tanaman sistem fertigasi kerana kos meratakan tanah disekalikan dengan kos pemasangan panel solar diperingkat awal. 


Fakta seterusnya dimana sistem sgrovoltaic ini mempunyai beberapa jenis yang mmana ia boleh disesuaikan dengan keperluan. Sistem ini boleh disesuaikan sama ada ia berskala mega, skala sederhana atau skala kecil untuk di rekabentuk mengikut keperluan. Apa pun semasa membuat perancangan dimana  perlu juga 
mempertimbangkan beberapa faktor utama termasuk apakah jenis-jenis tanaman premium yang ditanam. Setiap tanaman memiliki kehendak agronomi yang berlainan termasuk keperluan cahaya matahari, jangkahayat, masa menuai, sistem pertumbuhan (jenis pokok, menjalar atau umbisi) dan terpenting sesuai untuk ditanam dengan adanya naungan panel solar diatasnya (Sila lihat foto disebelah). Merujuk kajian dilakukan dimana konsep Agroviltaic ini ada 3 jenis sistem rekabentuk iaitu Ground Mounted, Elevated dan Solar Greenhouse. Jenis Ground Mounted sesuai dipasang bagi sistem berskala besar dimana susunan panel solar adalah senget (miring) sehingga boleh disesuaikan dengan tanaman agar menerima cahaya matahari berlebihan. Jenis Elevated pula panel solar akan disusun dengan sistem lebih renggang dan jarak lebih jauh diantara panel solar dimana ia sesuai untuk tanaman yang berukuran besar. Paling selalu dilihat adalah jenis Solar Greenhouse yang mana ia adalah merupakan sistem yang menggabungkan diantara panel solar dengan struktur rumah hijau (greenhouse). Greenhouse boleh menggunakan tenaga letrik dari panel solar yang dihasilkan untuk menjana keperluannya seperti pencahayaan, pam air, mengawal suhu dan menjalankan sistem pengairan. Fakta setrusnya dimana terdapat beberpa masalah atau isu dalam sistem ini semasa pengoperasiannya. Antara cabarannya adalah dimana kos pemasangan sistem ini dilihat sangat mahal dimana panel suria adalah kelengkapannya adalah dikenali sebagai bahan yang tinggi kosnya. Dalam aspek pertanian akan dilihat tanaman perlu di tukar-tukar atau dilakukan penggiliran tanaman agar kejadian serangan perosak dan penyakit dapat di minimakan agar memberikan hasil yang banyak dan berkualiti. Oleh kerana cuaca di tropika ini panas dan belum banyak kajian dilakukan perlu waspada akan faktur Return to Investment (ROI) yang perlu di teliti dari peringkat awal lagi. Bagaimana pun bagi penulis blog percaya yang sistem agrovoltaic ini memang mempunyai potensi yang besar di masa depan di Malaysia. Ia selaras dengan beberapa buah negara maju yang sukses memempraktikkan sistem ini selaras dengan konsep revolusi hijau (green technology) yang di war-warkan. Di laporkan beberapa negara yang maju dalam sistem ini termasuk di Eropah, Jepun, Korea Selatan, China dan USA. Malaysia sebagai negara tropika mampu melaksanakan sistem agrovoltaic ini dengan baik melalui perancangan strategik menjana tenaga eletrik dan ia mampu untuk menjamin pengeluaran makanan. Selama ini isu kebergantungan penjanaan eletrik menggunakan minyak dan arang batu boleh di tinggalkan dan diggantikan dengan guna panel solar bagi menjana eletrik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SISTEM AGROVOLTAIC... INOVASI ADA...
GABUNG PERTANIAN... DAN TENAGA...
SESUAI DI GUNA... DALAM MALAYSIA...
TENAGA DIJANA... MAKANAN DISEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...