Support My Blog

Monday, March 11, 2024

PANAS ISU BAWANG MERAH - APA KATA MEDIA?

ISU HARGA BAWANG
merupakan 
diantara isu panas berkait dengan barang asas makanan yang sering di perkatakan selain daripada isu harga ayam, isu harga beras di Malaysia sejak beberapa tahun ini. Ia diperkatakan oleh ramai kalangan pengguna terdiri dari rakyat biasa sehingga di bincangkan di Parlimen tetapi di lihat tiada apa yang berlaku di lapangan untuk Malaysia mampu menanam bawang merah secara komersial seperti di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Baru-baru ini di parlimen Perdana Menteri meminta semua ahli Parlimen memahami isu beras, bawang dan daging ayam. Dilaporkan India sejak tahum lepas telah menghadkan eksport beras putih manakala duti eksport bagi kkomoditi bagi bawang dari india telah dinaikkan sebanyak 40 peratus. Rakyat Malaysia diminta faham isu ini dan tentunya bagi pengguna yang membeli bawang dari India akan amat terkesan. Dalam masa sama ia berlaku juga tentang isu asas dimana keputusan India untuk menghadkan eksport beras putih menyebabkan kes ini menjejaskan harga pengguna. PM juga nyatakan dimana dia bersetuju isu itu dijadikan isu yang serius yang menekan hidup rakyat dimana semua pihak terutama kalangan menteri supaya turun dan pantau sendiri situasi berkenaan. Dalam pada itu media laporkan dimana Menteri Pertanian menyatakan 'Malaysia tidak mengalami kekurangan bawang dimana dakwanya bekalan bawang di negara ini masih mencukupi meskipun India menyekat eksport bawangnya. Dakwanya sekatan eksport bawang itu bersifat sementara dan kerajaan telah mengambil langkah mengimport bawang dari negara seperti China, Thailand dan Pakistan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi di negara ini. Dinyatakan dimana Malaysia masih tidak mengalami masalah kekurangan bekalan bawang cuma harganya saja turun naik. Sekatan bawang ini bersifat sementara macam beras juga hari itu bila kerajaan melalukan perundingan semula kemudian mereka sanggup menjual sebanyak 170,000 tan metrik kepada Malaysia. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini bekalan bawang di Malaysia susulan sekatan eksport bawang dari India. Dilaporkan pada tahun lepas dilaporkan Direktorat Perdagangan Luar Negeri India mengumumkan negara tersebut melarang eksport bawang bagi meningkatkan bekalan domestik selain dapat membendung inflasi pengguna. Beberapa jabatan dan agensi berkaitan bawang di Malaysia kini mula bercakap semula bagaimana hendak membangunkan industri tanaman bawang merah yang tidak pernah dilakukan dengan baik. Ada terlalu banyak sebab dan faktur pada penulis blog mengenai asas kegagalan Malaysia menghasllkan bawang sendiri. Penulis blog berkunjung ke Indonesia pada 6 - 8 Mac 2024 untuk melihat sendiri kehebatan negara tersebut dalam industri tanaman bawang dengan cemerlang. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" sebaik sahaja pulang lawatan ini menulis apa yang media tempatan laporkan mengenai isu anas bawang untuk dijadikan info tambahan semua pembaca.


Paling menarik laporan beberapa media berkaitan 'Program penanaman bawang kurangkan kebergantungan import 30 peratus' yang cuma menyejukan sedikit kepanasan rakyat Malaysia mengenai isu ini. Dilaporkan ada satu jenis Program Pembangunan Tanaman Bawang yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun ini hingga 2030 dijangka membantu dalam mengurangkan import bawang negara sebanyak 30%. Menurut Menteri Pertanian dimana program berkenaan akan dilaksanakan dalam dua fasa meliputi prakomersial bermula tahun ini hingga tahun depan dan fasa komersial pada 2026 hingga 2030. Bagi fasa prakomersial negara dijangka mampu untuk menghasilkan 5 bawang kecil menjelang tahun 2024. Kini sebanyak 70 tan metrik benih bebawang kecil serta 230 kilogram (kg) biji benih bawang kecil akan dibekalkan MARDI dalam fasa berkenaan. Apa pun bagi program penanaman bawang dimana kawasan seluas 100 hektar akan seterusnya dibangunkan masing-masing 50 hektar pada tahun pertama disusuli 50 hektar lagi pada tahun kedua dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak 5 mt sehektar (Penulis blog yang ke Brebes minggu ini dapati purata pendapatan bawang Indonesia adalah 10 - 12 mt sehektar). Dakwanya kaedah ini akan mengurangkan import bawang di Malaysia. Bagi fasa komersial pula sebanyak 14,470 tan bawang merah dijangka dihasilkan menjelang 2026 yang mana pelaksanaannya membabitkan kawasan penanaman seluas 1,374 hektar. Ini akan dapat memenuhi keperluan tempatan sebanyak 30% iaitu pada 2030. Penanaman bawang kecil ketika ini sudah dimulakan di kawasan pertubuhan peladang seluas 1.2 hektar di Perlis dan Selangor dan ada satu hektar lagi di Ladang Bikam, Perak. Dilaporkan dimana tahap pertama penuaian dijangka pada April  2024.  Kini kementerian memfokuskan kepada pembangunan tanaman bawang kecil memandangkan bawang besar dan bawang putih tidak boleh ditanam di negara ketika ini susulan keadaan iklim yang tidak sesuai berpandukan hasil penyelidikan MARDI sejak 2020. Dalam masa sama MARDI memperkenalkan tiga varieti bawang kecil yang boleh ditanam di Malaysia iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3. Ketiga-tiga varieti ini berbeza daripada segi saiz, warna, keupayaan adaptasinya terhadap jenis tanah yang ditanam dan mampu mengeluarkan hasil sekitar 4 - 6 mt sehekktar bagi sekali penuaian. Dilaporkan dimana Malaysia biasanya mengimport sebanyak 687,000 tan bawang  dengan membabitkan nilai RM1.58 bilion pada 2022. Pada tahun sama dilaporkan kadar penggunaan per kapita bawang kecil di Malaysia adalah 1.2kg seorang setahun. Negara bergantung sepenuhnya kepada sumber bawang diimport dari India, Belanda (khususnya Bawang Holland), China, Pakistan dan Thailand. Antara jenis bawang segar diimport adalah bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.


Mungkin ramai berasa gembira apabila banyak media termasuk Bernama yang laporkan dimana 'MARDI hasilkan tiga varieti bawang merah​' sebagai satu yang baik. Bagaimana pun bagi penulis blog berita ini cuma 'gimik' sahaja kerana semenjak tahun 2023 lagi (sudah lebih setahun) belum ada aktiviti penanaman bawang secara komersial varieti ini apa yang sedihnya penulis blog belum menjumpai di pasaran bawang ini dan berfikir apa sebenarnya apa yang sudah berlaku. Media laporkan dimana MARDI telah menghasilkan tiga (3) varieti bawang merah melalui usaha inovasi serta R&D yang telah dijalankan sejak 2020.  MARDI buat kenyataan media dimana ada tiga varieti bawang merah itu ialah BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 telah dilancarkan bersempena Show Tech MARDI pada Ogos 2023 yang sesuai ditanam di tanah rendah dengan tanah yang berbeza iaitu mineral, BRIS dan gambut. Dakwaan tersebut juga nyatakan kualiti bawang merah yang diperoleh adalah sama seperti bawang import di pasaran iaitu bersaiz baik antara 25 - 35cm, berwarna merah terang dan menarik, segar dan tahan kepada serangan serangga dan penyakit, serta mampu mengeluarkan hasil sekitar 4 - 6 mt sehektar. Heboh bila pihak MARDI mengambil keputusan menggiatkan aktiviti penyelidikan bagi membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada import bawang ekoran krisis bekalan bawang import akibat bencana banjir di India pada 2020 yang mengakibatkan harga jualan bawang meningkat sehingga tiga kali ganda dari RM3/kg kepada RM16/kg. Dilaporkan MARDI kini giat mengkomersialkan pengeluaran benih dan bahan tanaman utama bawang merah dalam usaha meluaskan tanaman di dalam negara agar teknologi itu mampu berdaya saing demi memastikan kedaulatan makanan terjamin serta meningkatkan ekonomi negara. Ramai masih menunggi akan proses bagi pengkomersialan pengeluaran bawang merah MARDI akan bermula awal tahun 2024 dengan tumpuan kepada tujuan pengeluaran benih dan peluasan kawasan di plot-plot terpilih usahawan tani. MARDI kini dalam fasa permulaan dengan menghasilkan benih-benih bawang dari bebawang yang ditanam di sebidang tanah berkeluasan satu hektar di Serdang sebelum ia diedarkan kepada petani-petani yang telah kenal pasti untuk mereka mulakan penanaman bawang. Kerajaan juga bercadang untuk mengembangkan plot-plot tanaman bawang sehingga 20 hektar kepada usahawan tani yang berminat di seluruh Malaysia. MARDI berhasrat untuk dapat meningkatkan kepada 40 hektar pada 2025 dan seterusnya meningkat kepada 100 hektar menjelang 2030. Dianggarkan dimana sekiranya setiap hektar tanah dapat menghasilkan bebawang kering sebanyak lapan tan dan dari 40 hektar boleh dapatkan 320 mt bawang yang akan mampu mengurangkan kebergantungan import dari negara luar dalam masa lima tahun lagi. Penulis blog berharap ia akan menjadi kenyataan dengan penglibatan banyak pihak. Kerajaan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) untuk mewujudkan pusat pengeluaran benih bawang di Perak. Hab bawang yang akan diwujudkan tersebut akan dikendalikan oleh usahawan tani di bawah PPPNP dan akan membekalkan benih kepada pengeluar bawang merah di negeri Perak yang berminat. Sebagai permulaan dimana ada seramai 17 usahawan telah menjalani kursus pengeluaran bawang di MARDI sebagai langkah awal pemindahan teknologi kepada golongan sasar. 


Dalam pada itu dilaporkan 'MARDI jalankan penyelidikan tanaman bawang, kurang kebergantungan bawang import' seperti laporan oleh Astro Awani. Dilaporkan dimana ada 3 varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 dilancarkan baru-baru ini sempena Show Tech MARDI 2023. Penyelidikan penanaman bawang bagi membantu meningkatkan pengeluaran, sekaligus diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bawang merah import yang tinggi.  Baka tersebut hasil daripada kajian pengadaptasian dan penilaian yang melibatkan pengumpulan bahan genetik dari pasaran tempatan, syarikat biji benih dan agensi penyelidikan antarabangsa serta koleksi benih sedia ada hasil kajian terdahulu. Kajian berkaitan bawang bermula tahun 1970-an antaranya melibatkan kajian varieti bawang pada tahun 1974; kajian potensi bawang besar di tanah alluvium atau tanah bris (1993); kajian keperluan nutrien bawang merah di tanah bris (1994) dan kajian bawang merah di tanah gambut (1998). Isu teknologi yang mana melibatkan pembangunan teknologi pengeluaran bawang merah ke arah peningkatan produktiviti, adaptasi tanaman di tanah rendah, pengurangan masalah perosak, penyakit dan kerosakan lepas tuai serta pengukuhan pemasaran. Ia juga melibatkan bagi pengenalpastian dan pengadaptasian varieti bawang yang tahan panas, sesuai dengan cuaca atau agroiklim Malaysia serta meningkatkan kecekapan pengeluaran biji benih dan bawang tempatan di Malaysia. Tiga varieti bawang merah yang dilancarkan berpotensi membuahkan hasil yang tinggi, di samping mempunyai ciri-ciri dan keunikan tersendiri. Varieti BAW-1 sebagai contohnya mempunyai saiz antara 25 - 35 milimeter (mm), beradaptasi di tanah mineral dan tanah bris, berwarna merah terang berbanding BAW-2 yang berwarna merah muda dan mempunyai saiz sederhana 28 hingga 32mm serta beradaptasi di tanah mineral dan gambut. Varieti BAW-3 berwarna merah muda, mempunyai saiz yang lebih kecil iaitu antara 18 hingga 25mm serta beradaptasi di tanah bris, tanah mineral dan tanah gambut. Varieti bawang-bawang berkenaan boleh mula dituai dalam tempoh 60 - 75 hari selepas ianya ditanam bagi memastikan ia dalam kualiti yang baik, bersaiz sempurna dan bebas penyakit. Selepas dituai maka semua bebawang akan melalui proses pengeringan menggunakan kaedah semulajadi iaitu pengeringan terus di bawah cahaya matahari atau menggunakan rumah pengeringan. Proses berkenaan dilakukan dengan suhu sekitar 30 -  32 darjah Celsius, serta kelembapan relatif antara 65 - 70 peratus iaitu selama tiga hingga tujuh hari. Kemudian, bawang merah diikat secara rumpun atau bunjut dan boleh terus dipasarkan.  Bawang merah boleh disimpan dalam bilik penyimpanan pada suhu persekitaran dan tempoh hayat penyimpanan bawang merah antara tiga hingga lima blan dengan pengekalan kualiti baik dan diterima pasaran. Dilaporkan dimana Malaysia biasa mengimport bawang merah segar iaitu putih dari India sebanyak 62%, diikuti Natherlands (15%), China (9%), Pakistan (8%), Thailand (2%), Egypt (2%) dan lain-lain negara (2%). Jumlah import bawang pada tahun 2022 bagi ketiga-tiga jenis (besar, kecil dan putih) berjumlah RM1,578.4 juta iaitu satu kadar peningkatan sebanyak 9% iaitu kenaikan dari sekitar RM 1,477.6 juta pada 2021.


Paling terkini dimana pada 3 Mac 2024 media laporkan kisah dimana 'Malaysia mengorak langkah tanam bawang besar-besaran' dilaporkan oleh Malaysian Gazette. Media laporkan dimana 
Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mengurangkan kebergantungan kepada bawang merah import. Ini boleh berlaku apabila MARDI telah berjaya menghasilkan tiga varieti Bawang Merah MARDI iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 pada tahun 2023. Dinyatakan dimana pada tahun 2024 adalah masa untuk Malaysia mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran. Kini MARDI bersama Jabatan Pertanian dilaporkan telah memulakan penanaman Bawang Merah Mardi BAW-1 di kawasan seluas satu hektar di Kuala Bikam, Batang Padang, Perak pada 24 Januari 2024. Apa pun tumpuan perlu lebih semasa memantau rapi semua proses pertumbuhan dan pengeluaran Bawang Merah BAW-1 ini. Data-data yang diperolehi nanti dilaporkan ia akan dapat membantu kementerian merangka plan penanaman bawang merah tempatan ini secara besar-besaran. Isu krisis bekalan bawang yang berlaku pada 2020 akibat bencana banjir besar di India telah mengakibatkan kenaikan harga bawang di pasaran lebih 30% daripada RM6 kepada RM8 sekilogram. Apa pun berikutan itu maka kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan kepada import bawang negara dalam tempoh lima tahun. Semuga indusri penanaman bawang di Malaysia khususnya bawang kecil atau bawang merah akan menjadi satu usaha yang meningkatkan lagi keterjaminan makanan negara seperti dirancangkan. Diharap artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM BAWANG...DICUBA DI MALAYSIA...
KURANGKAN IMPORT... BERBILLION NILAINYA...
ADA 3 VARIETI... SUDAH PUN BERTANAM DIA...
DIHARAP BERJAYA.. MINTA DOA DARI SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Room 444, Hotel Concorde,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
(28 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...