Support My Blog

Sunday, March 17, 2024

BAJA TAHI KAMBING - APA ISUNYA?

TAHI KAMBING
atau TINJA KAMBING adalah salah satu hasil dari aktiviti menternak kambing yang mana ia boleh di menafaatkan sebagai baja organik yang sesuai diguna untuk tanaman. Saya memang tahu akan perkara ini semenjak dulu kerana pernah memelihara kambing dan tahi kambing diambil dari kandang kambing akan di kumpulkan dan di letakkan di bawah pokok pisang, dan hasilnya pokok pisang subur dan memberikan hasil yang lumayan. Selama ini kita hanya tahu yang aktiviti ternakan kambing dan kambing biri-biri hanya menghasilkan satu produk saja misalnya kambing pedaging hanya menghasilkan daging, manakala kambing tenusu mengeluarkan susu saja. Saya rasa ramai penternak sedia maklum tinja atau najis ternakan sesuai dijadikan baja bagi pelbagai jenis tanaman, sama ada untuk tanaman jangka pendek atau panjang. Pada masa ini telah ada teknologi dan teknik pemprosesan tinja yang biasanya dibuang begitu saja dimana ianya menyumbang kepada pencemaran alam sekitar telah boleh di proses untuk dijadikan baja yang dikenali sebagai 'Baja organik'. Dalam Sektor Pertanian, mungkin semua pernah dengar berkenaan 'Baja organik' atau ada yang katakan lebih popular sebagai 'Emas Hitam' iaitu merupakan hasil tahi atau tinja kambing yang diproses atau dikitar semula. Baja jenis organik ini merupakan baja yang dihasilkan daripada punca tanaman atau ternakan yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia atau bahan hormon lain. Dalam saya membuat pemerhatian mengenai aktiviti menternak kambing, kita akan bermula dengan bilangan populasi yang sesuai untuk mendapatkan jumlah tahi kambing yang ekonomik untuk di proses. Lazimnya dengan sebanyak 50 ekor kambing, penternak sudah boleh mengusahakan baja organik untuk meningkatkan sumber pendapatan dan menggantikan punca pendapatan utama asal. Disarankan agar projek seperti ini merupakan pelengkap kepada bidang penternakan selain daripada mendapatkan hasil aktiviti penternakan untuk daging, kulit, susu dan sebagainya. Kuantiti tahi kambing lazimnya terkumpul di bawah kandang akan bertambah dari sehari ke sehari. Keadaan penghasilan tahi kambing ini sering mengujudkan pencemaran bau jika kita tidak diuruskan dengan betul dan mengakibatkan pencemaran dikawasan kandang kambing. Keadaan berkenaan boleh menyebabkan berlakunya serangan beberapa jenis penyakit kepada kambing yang diternak seperti penyakit radang paru-paru terutama pada ternakan tua dan terlalu muda. Artikel subuh lepas sahur 2 Ramadan 1445H kali ini saya menulis bagaimana kita hendak menggunakan tahi kambing dan isunya sebagai satu produk berguna dalam ''Anim Agro Technology'' untuk jadi bahan rujukkan pembaca semua.


Ternakan kambing dan biri-biri hanya menghasilkan satu produk saja misalnya kambing pedaging hanya menghasilkan daging, manakala kambing tenusu ianya mengeluarkan susu sahaja. Sebelum ini penternak sedia maklum tinja atau najis ternakan sesuai dijadikan baja bagi pelbagai jenis tanaman, sama ada jangka pendek atau panjang. Kini dengan adanya teknologi dan teknik pemprosesan tinja yang biasanya dibuang begitu saja dan menyumbang kepada pencemaran atau dijadikan baja boleh menghasilkan baja organik. 
Baja organik atau popular sebagai emas hitam merupakan hasil tinja kambing yang diproses atau dikitar semula.Baja organik merupakan baja yang dihasilkan daripada punca tanaman atau ternakan yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia atau hormon. Bermula dengan 50 ekor kambing dimana kalangan penternak sudah boleh mengusahakan baja organik justeru meningkatkan pendapatan dan menggantikan punca pendapatan utama asal. Kuantiti tahi atau tinja kambing akan bertambah dari sehari ke sehari dimana ini akan mewujudkan pencemaran bau jika tidak diuruskan dengan betul. Keadaan berkenaan akan menyebabkan penyakit seperti radang paru-paru terutama pada ternakan tua dan terlalu muda. Apa pun penulis blog lihat dimana longgokan yang bertambah banyak akan menyebabkan pencemaran alam sekitar apabila hari hujan. Setiap projek yang mengandungi 250 ekor ibu atau 750 ekor kambing mampu menghasilkan 9,000 kilogram (kg) atau 9 mt tinja mentah sebulan. Jumlah tinja yang dihasilkan setiap bulan dalam kuantiti banyak dan boleh dijadikan satu sumber pendapatan yang lumayan sekiranya diurus secara sistematik. Apa pun kini sistem penternakan insentif merupakan sistem paling sesuai bagi pengeluaran baja organik secara sistematik kerana ternakan bebas tidak akan memberikan tinja yang optimum. Kandang Penternak disaran membina kandang setinggi enam kaki (dua meter) dari permukaan tanah bagi memudahkan kerja memungut tinja mentah. Permukaan bawah kandang boleh di simen atau tidak mengikut kesesuaian keadaan tempat. Bagi kandang kecil usaha memungut tinja dilakukan menggunakan plastik kanvas di bawah lantai dengan curam ke tepi kandang. Tinja kambing merupakan 83 peratus bahan mentah baja organik bahan organik, bermakna sembilan tan metrik tinja mentah mampu menghasilkan 10.5 tan metrik baja organik. Baja organik dapat dipasarkan pada harga RM800 satu tan dan ladang komersial yang berskala 250 ekor kambing mampu ia menghasilkan RM8,400 sebulan melalui kaedah pemasaran. Jika baja jenis organik dijual dalam bungkusan kecil maka pendapatan meningkat kepada angka yang lebih lumayan.


Sebaiknya bagi tujuan ini p
eralatan seperti bangsal (15 kaki x 28 kaki atau lebih besar) mesin pembancuh tinja, cangkul, jaring penapis, alat penimbang dan bekas plastik diperlukan bagi menghasilkan baja organik. Semua peralatan dianggarkan berharga kira-kira RM10,000. Baja organik tidak mengandungi sebarang bahan kimia, antibiotik atau hormon dan dilapor ia tidak mencemarkan alam sekitar atau kualiti air. Baja organik juga dapat mengurangkan serangan hama dan penyakit dan sesuai digunakan bagi semua jenis tanaman jangka panjang seperti durian, duku dan manggis serta jangka pendek seperti sawi, cili dan tomato. Apa pun kini najis kambing boleh diproses dan dijadikan baja yang mampu memberi pendapatan tambahan kepada penternak. Jika sesuai untuk digunakan terus ia boleh di masukkan kedalam guni bagi tujuan di bawa kekawasan kebun yang perlukan baja organik seperti tahi kambing (Sila lihat foto disebelah). Baja organik dari tahi kambing dihasilkan daripada tinja kambing segar yang diternak dan sebaiknya dari kambing yang tidak dilepaskan bebas. Kambing yang di ternak bebas akan memakan semua jenis rumput termasuk bijinya yang boleh menyebabkan bijinya tumbuh di kawasan kebun jika tidak sempat di komposkan dahulu. Tahi kambing dari kandang kambing yang diberikan rumput napier yang di potong dengan kombinasi makanan pelet selalunya tahimya tiada biji rumput. Diantara kebaikan menggunakan baja tahi kambing ini adalah seperti kemampuannya yang mana ia dapat menyuburkan lapisan bawah permukaan tanah serta ia mampu untuk meningkatkan populasi mikro organisma tanah. Dalam pada itu baja ini akan meningkatkan daya serap akar atau pun kadar daya serapan air serta akan meningkatkan ketersediaan unsur terutamanya NPK dalam jangkamasa panjang untuk membentuk nutrien yang sangat diperlukan tanaman. Paling penting baja ini akan mengurangkan kos pertanian dan amat mesra alam. Sebaiknya pada minggu kedua, terbalikkan timbunan dengan memindahkannya ke petak berasingan. Suhu dalam timbunan pada minggu kedua akan naik hingga 60 darjah celsius dan ulang pembalikan pada setiap minggu hingga minggu kelima. Suhu dalam timbunan pada minggu ketiga dan keempat akan naik hingga 70 Celsius. Pada minggu kelima pula suhu akan turun antara 30 - 40 darjah celsius menandakan proses pengkomposan telah selesai. Semasa pembalikan dilakukan, pastikan keadaan kelembapan sekitar 60% dan jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air.


Kajian pakar mendapati dimana baja organik asal tahi kambing sesuai untuk digunakan untuk pelbagai jenis tanaman makanan dan tanaman industri (tanaman kekal). Baja ini dilaporkan akan memberikan unsur nutrien makro dan mikro kepada tumbuhan dengan baik. Antara unsur makro termasuk Nitrogen (N), POsforan (P) dan Kaliam (K) sementara bagi unsur mikro pula termasuk Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Zat Besi (Fe), Boron (B), Zink (Zn), Kobalt (Co), Manganese (Mn), Tembaga (Cu) dan beberapa lagi. Baja ini yang di bubuh kepada tanaman
 akan meningkatkan ratio organik pada tanah yang mana dapat membantu tanah untuk ia menyimpan air dan membantu proses pengudaraan (soil aeration) serta memberikan keadaan sesuai untuk semua mikroorganisma yang di perlukan oleh tanaman hidup. Baja ini di dakwa mampu untuk meningkatkan kapasiti tukar kation (CPC) tanah diman dapat juga ia menggemburkan dan akan menyuburkan tanah. Kesan akhir penggunaan baja tahi kambing dilaporkan akan meningkatkan produktiviti hasil tanaman dimana ia mampu meningkatkan kandungan unsur nutrien yang di perlukan oleh tanaman. Secara tidak langsung dimana manafaat tahi kambing akan dapat merangsang pertumbuhan akar, batang dan daun tanaman petani. Apa yang penting bagi penternak dan petani dimana mereka perlu faham akan cara menyediakan tahi kambing sebagai baja organik yang cekap. Apa pun sebelum dijadikan baja organik sebaiknya tahi kambing perlu di tapis terlebih dahulu untuk memisahkan antara sebarang kekotoran dan benda-benda asing yang kemungkinan tercampur ke dalamnya. Antara kekotoran yang mungkin ada termasuk bahan plastik, kayu, batu, besi dan sebagainya. Pemisahan ini boleh dilakukan dengan menggemburan tahu kambing sehingga proses penguraian atau pengkomposan dapat berjalan lebih cepat. Penggunaan bahan larutan EM4 yang disemburkan pada timbunan tahi kambing secara merata. Longgokan tahi kambing ini mesti dibalik-balikkan dan disembur lagi dengan larutan EM4 ke seluruh bahagian. Setelah semua merata dimana tahi kambing menjadi agak lembap dengan tingkat kebasahan air sekitar 30 - 40% dimana ia kemudian boleh masukkan baja organijk ini ke dalam karung tetapi perlu diingatkan agar ia jangan terlalu penuh. Kemudian ia perlu diikat karung tersebut dengan tali dan letakkan di tempat teduh. Baja tahi kambing sebaiknya mesti dipantau setiap 2 minggu sekali dimana jika dilihat keadaannya terlalu kering maka ia boleh disiram atau disembur dengan larutan EM4. Semasa menyimpan guni baja tahi kambing ini dalam plastik beg sebaiknya sering di terbalikan agar ada pengedaran udara didalam karung tersebut. Biasanya proses pengkomposan tahi kambing akan lengkap selepas 2 bulan proses fermentasi. Baja ini sesuai di gunakan dengan kadar yang disyorkan mengikt jenis dan umur tanaman. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA TAHI KAMBING... AMAT BERGUNA....
BAHAN MAKANANNYA...MESTI DI PERIKSA...
DI LONGGOKKAN... DALAM KARUNG JUGA...
BAJA ORGANI INI... MENAMBAH HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 444, Hotel Concorde,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
(29 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...